Saya First Di Facebook.

May 26, 2012

Salam readers

Entry ini mengisahkan si polan yang sering kali menaip '1st' , 'First' dan sebagainya yakni mempunyai makna yang sama iaitu pertama dalam bahagian comment. Namun begitu aku tertarik untuk berkongsi comment yang telah dicomment oleh brader ni dan aku tak pasti sama ada ianya dibuat oleh tuannya atau sebaliknya. mari kita baca apakah First yang sering kali ditaip oleh para Facebookers di bahagian comment.



Saya tertarik untuk merungkai signifikan sebutan 'FIRST' yang selalu disalaherti kan aplikasinya dalam ruangan komen facebook. Relevan taipan 'first' ini menunjukkan impak positif dan negatif. Secara positif, mereka yang memberi komen 'first' diramal sebagai seorang yang mempunyai keyakinan serta tahap 'awareness' yang tinggi dan juga kebolehan menaip yang pantas. Aspek 'awareness' ini berkait rapat dengan kebolehan individu tersebut mengenalpasti dengan tepat masa yang digunakan oleh admin sesuatu group/rakan untuk menaip sesuatu status. 

Perlu diingat,aspek ini bukanlah bakat yang dikurniakan tetapi juga adalah boleh dipengaruhi oleh nasib atau 'luck'. Kaitan antara dua faktor (luck dan awareness) ini mungkin boleh diurai dengan melakukan ujian '2-Sample t-Test' secara statistikal dimana 'null hypothesis' ditetapkan sebagai 'Perbezaan antara kedua-dua aspek adalah sifar'. Sekiranya P value diperolehi daripada data sama atau melebihi nilai 'alpha' (biasanya 0.05) yang ditetapkan, maka 'null hypothesis' ditolak dan konklusi diterima dimana 'luck dan awareness' mempunyai kaitan yang signifikan antara satu sama lain (sehingga kini tiada data diterbitkan dalam jurnal statistik). Kelajuan seseorang menaip juga boleh membantu individu tersebut menaip first dengan pantas. Beza jarak antara F,R,S dan T kesemuanya hanya satu unit berbanding huruf I yang terletak dua unit dari T dan tiga unit dari I. Tiada penyelidikan dibuat dalam menilai kelajuan taipan perkataan FIRST namun kajian ini tidak mustahil untuk dilaksanakan. Kelajuan individu untuk menaip 'first' tidak mustahil dicapai kurang daripada satu saat, sama pantas dengan jentera formula satu sekarang ini. Taipan yang pantas juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu/keadaan/suasana sekitar (distraksi), kondisi tangan dan badan (fizikal), jarak mata dan skrin komputer, umur/RAM komputer/laptop, tahap penglihatan individu, jenis/keadaan permukaan 'keyboard' yang digunakan (ergonomik) dan frekuensi pengunaan komputer. 

Dari aspek negatif, taipan 'first' (jika bukan kali pertama) boleh memberi kesan negatif kepada orang lain dengan cara membantutkan 'flow of reading' seseorang dalam pembacaan status. Malah, ia juga mampu menghilangkan minat orang lain untuk meneruskan pembacaan di ruangan komen walaupun unsur humor kadangkala diekspresikan hasil daripada frekuensi taipan 'first' oleh orang ramai. Namun,kekerapan menaip 'first' kadangkala me'refleks'kan karakteristik individu tertentu secara negatif. Dalam erti kata lain, mereka yang menaip 'first' selalu boleh disalahertikan sebagai riak dan bangga diri. Pandangan negatif ini mungkin boleh dikurangkan dengan meminimakan taipan 'first'. Namun begitu, adalah tidak sesuai untuk menyalahkan individu tersebut sekiranya niyyah/niat individu tersebut bukannya untuk menunjukkan nilai negatif. Sukar untuk meramal niyyah seseorang itu melainkan dengan 'kebolehan' untuk membaca mindanya. Secara umumnya,tidak kesemuanya niyyah individu dalam memberi komen adalah negatif kerana sebahagiannya adalah positif,termasuklah niyyah untuk berjenaka. Namun, dalam berjenaka pula ada limitasi, kesan positif dan negatif, yang terlalu panjang untuk diuraikan. 


Sekian.
Salam FIRST untuk semua.

By the way oh that's cool you were the first comment want a cookie? Haha
Okay guys?  - penulisan diatas bukan hak milik saya.





3 Comments:

shada wentz said...

saya 1st comment ni!

ironi bukan?

Melz said...

hahaha.. nak biskut ? :P

Romeo Laut said...

first, errr... hahahah. siap ada frekuensi data lagi. hebat nih. facebook punya hal.... hahah.

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo