#SaveJejai Blogger

Aug 17, 2012

9 Comments
Salam dan selamat berpuasa kepada semua.

Hati ini ingin sangat berkongsi tentang keadaan kawan blogger kita yang bernama Jejai. Marilah kita sama-sama berdoa dan menolong kawan kita yang kini mengidap penyakit kanser paru-paru peringkat akhir(stage 4) . Marilah kita sama-sama meringankan beban Jejai sekeluarga.




Sesiapa yang bermurah hati ingin menghulur sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan ke:


Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164351079691
Nama
:
AZHAR BIN RAMLI (Jejai)
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
164089741562
Nama
:
MAZLIANA BINTI OTHMAN

Atau boleh juga disalurkan melalui pihak Fazreen Network yang membantu dalam pengurusan dana sumbangan dari rakan-rakan sekalian dan juga mereka yang prihatin. Untuk hulurkan sumbangan melalui pihak Fazreen Network, sila masukkan alamat email ‘payments@fazreen.com‘ di ruangan email penerima dan subjek ‘Save Je Jai‘ di ruangan subjek transaksi sekiranya membuat tranksasi online.



Bank
:
CIMB
No. Akaun
:
12050002115101
Nama
:
FAZREEN NETWORK
Bank
:
MAYBANK
No. Akaun
:
562106625023
Nama
:
NURHIDAYAH AQILLA

Read More : http://savejejai.tumblr.com/

Improve Your Blogshop With MelRomeo

Jun 18, 2012

10 Comments
Salam Readers

Ahha hari ni aku nak kobar sikit jer pasal Promosi yang sedang aku jalankan iaitu perniagaan web developer ( Ecommerce ) iaitu dengan lebih dikenali sebagai BLOGSHOP. Kebanyakkan orang mengunakan blogspot sebagai medium jual beli dan kalau korang tengok susah sebenarnya nak simpan data dan invois bagai. So dengan menggunakan khidmat aku ni semua korang dapat ;)

So kepada yang berminat boleh terus hubungi aku menggunakan email me@melromeo.com . Segala pertanyaan boleh dibuat ye don't worry aku takdahal lah bab menjawab soalan-soalan daripada korang semua. So segala butiran iaitu features yang bakal korang dapat dengan menggunakan servis aku ni . Sila rujuk poster dibawah.



Ahha macam poster ni ? keh keh keh Oh yea.. untuk platform ni aku akan sentiasa update dan korang akan dapat update terus menerus.

Aku ulang suara : Kalau berminat sila call 0177345540  //  email kan jer me@melromeo.com

Cerita Pasal Baju

May 31, 2012

3 Comments
Wohha Salam Readers!

Bercerita pasal baju , aku ni memang suka design-design baju dan ideanya datang pun bila ada idea lah. Takda idea macam mana nak design. Kalau time takda idea tu mmg rasa nak baling selipar kat kau jer. ye kau lah yang tengah baca ni . Kah kah kah

Alright ceritanya bermula camni ...

Itu hari aku singgah di HP ( Holiday Plaza ) dan aku jadi taksub dengan tempat yang baru aku tau iaitu Order Cetak Baju ni. Tapi Aunty tu macam kurang la layanan mesra terhadap pelanggan. Seryes macam nak taknak jer dia cakap ngan aku. Sedih dok

Ahh papehal pun aku suka dengan servis dia lah kan. Pada mulanya aku tanya baper ringgit selai . Aunty tu terus cakap . harga ikut design , pastu aku ni plak jenis degil tanya bertalu2.. kalau design yang lebih kurang macam ni harga baper plak ? harga ikut design itu jer dia jawab.. pastu aku tanya lagi. Kalau macam ni average baper plak harga ? harga ikut design.. aku rasa cam nak bagi kaki jer. hahaha tapi aku ditenangkan oleh member aku 'Hazry' dia suruh aku selitkan nama dia kat baju aku . Ah celake

Punyalah aku dok fikir nak kaler apa yang paling sesuai sebab asalnya warna yang dia tunjuk sample tu warna hitam dan aku cam kurang berkenan baju2 yang warna hitam , kalau ada pun tu aku beli secara hembus. Anyway kualiti baju dari aunty ni memang superb! 4x basuh takdahal. 5 - 6 kali basuh aku tak tau lah jadi apa. Elak jadi ultraman jer. kah kah kah


Pastu aku tertumpu pada 1 Design aunty tu. .Fuh style la sia! Everyday i'm shuffling pastu aku dinganjing oleh member2 aku , dorang cakap ape lagi shuffle la. hamjadah!

Okay tu jer lah citer pasal baju . Nanti Next² entry aku tulis pasal design-design baju yang aku pernah buat ye ? aku ni takda lah pro bab-bab design ni , boleh lah takat yang mampu design. keh keh keh

p/s oleh orang ramai : shit bosan siut citer kau mel!

Saya First Di Facebook.

May 26, 2012

3 Comments
Salam readers

Entry ini mengisahkan si polan yang sering kali menaip '1st' , 'First' dan sebagainya yakni mempunyai makna yang sama iaitu pertama dalam bahagian comment. Namun begitu aku tertarik untuk berkongsi comment yang telah dicomment oleh brader ni dan aku tak pasti sama ada ianya dibuat oleh tuannya atau sebaliknya. mari kita baca apakah First yang sering kali ditaip oleh para Facebookers di bahagian comment.



Saya tertarik untuk merungkai signifikan sebutan 'FIRST' yang selalu disalaherti kan aplikasinya dalam ruangan komen facebook. Relevan taipan 'first' ini menunjukkan impak positif dan negatif. Secara positif, mereka yang memberi komen 'first' diramal sebagai seorang yang mempunyai keyakinan serta tahap 'awareness' yang tinggi dan juga kebolehan menaip yang pantas. Aspek 'awareness' ini berkait rapat dengan kebolehan individu tersebut mengenalpasti dengan tepat masa yang digunakan oleh admin sesuatu group/rakan untuk menaip sesuatu status. 

Perlu diingat,aspek ini bukanlah bakat yang dikurniakan tetapi juga adalah boleh dipengaruhi oleh nasib atau 'luck'. Kaitan antara dua faktor (luck dan awareness) ini mungkin boleh diurai dengan melakukan ujian '2-Sample t-Test' secara statistikal dimana 'null hypothesis' ditetapkan sebagai 'Perbezaan antara kedua-dua aspek adalah sifar'. Sekiranya P value diperolehi daripada data sama atau melebihi nilai 'alpha' (biasanya 0.05) yang ditetapkan, maka 'null hypothesis' ditolak dan konklusi diterima dimana 'luck dan awareness' mempunyai kaitan yang signifikan antara satu sama lain (sehingga kini tiada data diterbitkan dalam jurnal statistik). Kelajuan seseorang menaip juga boleh membantu individu tersebut menaip first dengan pantas. Beza jarak antara F,R,S dan T kesemuanya hanya satu unit berbanding huruf I yang terletak dua unit dari T dan tiga unit dari I. Tiada penyelidikan dibuat dalam menilai kelajuan taipan perkataan FIRST namun kajian ini tidak mustahil untuk dilaksanakan. Kelajuan individu untuk menaip 'first' tidak mustahil dicapai kurang daripada satu saat, sama pantas dengan jentera formula satu sekarang ini. Taipan yang pantas juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti suhu/keadaan/suasana sekitar (distraksi), kondisi tangan dan badan (fizikal), jarak mata dan skrin komputer, umur/RAM komputer/laptop, tahap penglihatan individu, jenis/keadaan permukaan 'keyboard' yang digunakan (ergonomik) dan frekuensi pengunaan komputer. 

Dari aspek negatif, taipan 'first' (jika bukan kali pertama) boleh memberi kesan negatif kepada orang lain dengan cara membantutkan 'flow of reading' seseorang dalam pembacaan status. Malah, ia juga mampu menghilangkan minat orang lain untuk meneruskan pembacaan di ruangan komen walaupun unsur humor kadangkala diekspresikan hasil daripada frekuensi taipan 'first' oleh orang ramai. Namun,kekerapan menaip 'first' kadangkala me'refleks'kan karakteristik individu tertentu secara negatif. Dalam erti kata lain, mereka yang menaip 'first' selalu boleh disalahertikan sebagai riak dan bangga diri. Pandangan negatif ini mungkin boleh dikurangkan dengan meminimakan taipan 'first'. Namun begitu, adalah tidak sesuai untuk menyalahkan individu tersebut sekiranya niyyah/niat individu tersebut bukannya untuk menunjukkan nilai negatif. Sukar untuk meramal niyyah seseorang itu melainkan dengan 'kebolehan' untuk membaca mindanya. Secara umumnya,tidak kesemuanya niyyah individu dalam memberi komen adalah negatif kerana sebahagiannya adalah positif,termasuklah niyyah untuk berjenaka. Namun, dalam berjenaka pula ada limitasi, kesan positif dan negatif, yang terlalu panjang untuk diuraikan. 


Sekian.
Salam FIRST untuk semua.

By the way oh that's cool you were the first comment want a cookie? Haha
Okay guys?  - penulisan diatas bukan hak milik saya.





Contest Design Baju Ainan Tasneem

May 22, 2012

3 Comments
Salam readers, 

Beberapa hari lalu aku ternampak contest oleh Ainan Tasneem. Yeah Ainan Tasneem kini makin lama makin awesome dengan lagu-lagu santai dia. Ala tajuk dia Aku Suka Dia hehe Kalau aku dengar ada la 2- 3 kali jer ulang , kang lelebeh jiran elak jiran aku turut sama menyanyi.. wakaka

Source : AinanTasneem

Konsep yang aku buat adalah simple sebab kalau warna terlalu banyak Kos untuk buatnya pun makin la mahal. So aku decide untuk gunakan 3 warna sahaja iaitu Merah , Kelabu Dan putih.  Aku selitkan guitar sebab dah memang sinonim dengan akustik si Ainan ni kan ? hehe

Ok itu jerlah aku boleh citer , tengah nak betulkan mood blogging ni balik . hope korang support ;)
Ok salam.

WoW! Blogger Platform

May 12, 2012

0 Comments
Salam Readers

Wakaka agak tekejut dan tekesima aku dengan blogger dashboard ni. Lama gila aku tinggalkan blogger.com ni sampai camni jadinya.. adoi


At first aku blur habis camna nak gunakanlah dan sistem yang dorang rombak ni makin lama makin simple dan nice untuk digunakan.

Terbukti dijalan raya orang lebih mudah melekat pada interface yang simple kan ? Apakata korang tentang interface terbaru dari blogger ni ?

p/s : gua ketinggalan siut..ajar aku please..

Say Hello World!

Apr 1, 2012

5 Comments
Salam Readers

Hello World! Miahaha apa kabaq korang semua ? sihat ? aku harap begitulah dan ini aku nak habaq sikit yang aku bakal menukar semula daripada wordpress ke blogger platform yelah aku pun sekarang ni dah agak malas nak berblogging.

Seriously sudah lama aku tak gunakan platform blogger ni untuk menulis secara official.Tapi sebelum aku gunakannya aku perlu membaiki semula perkara-perkara yang sepatutnya ada dalam blog ni.



Selain daripada itu juga , aku rasa selesa menulis dengan menggunakan platform blogger berbanding aku menggunakan wordpress. Ntahlah kalau aku menggunakan platform Wordpress , aku dapat rasakan kelainan iaitu seringkali aku menitikberatkan cara penggunaan ayat dan daripada situ hilang terus tumpuan aku untuk menulis entry yang bersantai. huhu

So aku harap korang still dapat menyokong aku dalam industri blogger even aku dah agak lama tinggalkannya.. Wiggie²

Sekian dari Melz ;)
Salam

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo