NewProject – ForuMelz™ | We Share Because We Care!

Jun 25, 2010

0 Comments
Akibat daripada penggunaan bandwidth yang masih banyak dan mel rasa lebih baik jangan mel bazirkan begitu sajer. Mel just nak inform kat korang semua yang mel ada buat 1 NewProject yang mel bagi namanya – ForuMelz™ .Melz harap korang semua dapat bagi sokongan dari segi apa pun mel tak kesah.

Apa Aku Nak Buat Dengan Duit Nuffnang Nie ?

0 Comments
Salam

Syukur Alhamdullilah terhadap rezeki yang aku dapat setakat ni. Aku terimanya dengan hati yang terbuka. Terima kasih kepada korang yang tak putus² duduk support aku. Terima kasih coz dapat terima penulisan aku nie. hehe

Neway dah 10 Bulan aku blogging , ada 2 bulan lagi cukuplah 1 tahun aku blogging dalam Personal + Public blog. Blog aku tiada Niche coz aku tak minat duduk dalam 1 kategori jer hehe, Kalau nak monetize blog pun tak boleh sangat dalam Malaysia ni coz ntahlah malas nak citer.


Click untuk baca seterusnya

Pilih Cbox Atau ShoutMix ?

Jun 23, 2010

0 Comments

Salam Semua!

Chatbox selalunya ‘akan’ ada dalam sesebuah blog sekiranya blog itu baru sahaja dibuka. Ini kerana sesebuah blog itu akan dihadiri dan dikenali ramai dengan hanya berblogwalking. Cerita pasal Blogwalking , ye! memang penat berblogwalking ni. Yelah nak promosikan blog kepada khalayak umum bukan mudah dan memerlukan kesabaran yang sejati (ecehterlayan wings plak) . Aku dah lalui semuanya tuh dan aku dah lalui camne bestnya menjalinkan persahabatan melalui blog. Neway pandangan aku terhadap kawan diblog tak sama ngan kawan di Facebook atau Myspace coz aku dah rasa kelainannya bila hangout reramai. So itu nanti kita talk la eh ? berbalik kepada tajuk entry.


CLICK untuk Baca Seterusnya


Tips Format Gambar Pada Blog

Jun 22, 2010

0 Comments
Salam Dari Melz

Salam Dari Melz Gambar yang menarik pasti akan menyerlahkan mata untuk membaca kerana gambar banyak menceritakan sesuatu perkara lebih daripada isi yang kita sampaikan dalam bentuk penulisan. Ini sudah pasti kerana kita tau yang gambar mempunyai 1001 makna yang tersirat dan mempunyai 256 000 jenis warna yang terdapat dalam satu gambar. Dalampost ini aku akan ceritakan sikit pasal format.

Pesanan & Teguran Blogger kepada Blogger!

0 Comments

Salam Dari Melz

Pertamanya aku bukak entry ini sebab nak bagi pendapat dan pandangan peribadi . Kalau korang rasa tak best atau tak menepati ngan jiwa korang. Sila pergi dari terus membaca kerana aku menulis menggunakan akal bukan emosi. Papepon "ada otak gunalah" actually benda ni memang dah selalu kedengaran dan tak perlu aku olah dengan lebih mendalam pasal benda ni. Aku blogger biasa , tak punya apa pun . Just suka bagi pendapat , pandangan , perkongsian, motivasi (yang aku gunakan jugak pada diri aku) dan macam² lagi aku gunakan dalam blogging ni.






Tips Mendapatkan Backlink atau Traffic Dari Comment Form!

Jun 21, 2010

0 Comments
Sign Up sahaja macam biasa dan uploadkan gambar yang sesuai . Kita harus tahu yang avatar menarik perhatian akan memberikan kita peluang lebih cerah untuk mendapatkan backlink dari pembaca lain ! Wordpress dan Blogger mempunyai platform yang berbeza so dari situ jenis comment formnya juga berbeza.


FOR MORE INFO... CLICK

test

Jun 18, 2010

0 Comments
test

Perhatian : Kepada Semua !

Jun 17, 2010

4 Comments
Salam Dari Melz

Dengan ini mel ingin informkan bahawa MelRomeo.blogspot.com akan berpindah ke MelRomeo.com - Kira Fully Switch sudah . Sekian Mekaseh

MelRomeo.com

Dari Blogger Berpindah ke Hosting WordPress

Jun 15, 2010

3 Comments
Salam Dari Melz

Ahaks. Lepas aku duk pikiaq berejam² untuk menggunakan selfhost. Akhirnya terjawab jugak setelah aku ngan kakak aku buat self hosting. Ahaha tadi gigih buat payment ngan kakak aku ! kakak yang mana ? yang kelisa. Rujuk [click]


Blogger - Wordpress

Oraite aku rasa esoklah baru up hosting semua bagai ngan theme terbaik dari ladang punya gua rembat kat celah mana ntah . Ahaha neway banyak benda yang aku nak kongsi setelah aku gunakan MelRomeo.com. Ngeh² neway aku tak main subdomain tapi aku main subfolder coz aku suka subfolder berbanding subdomain. Ahaks boleh sumbat 2 - 3 theme dalam 1 domain ahaha.

Tengoklah kalau dah ada camera , aku buat Melromeo.com/Shoot ahahaha kalau aku nak jual² aku buat MelRomeo.com/shop <--- jual ape der? ngeh♥

Oklah guys kepada sesiapa yang nak bertukar ke self host . aku boleh guide, don't worry babeh! mudah jer. Ramai mintak buat tutorial , tapi aku rasa dah banyak orang buat tutorial pasal nie dan yang buat ebook pun dah bersepah. Hoho

Neway Melromeo.com aku akan competekan entry dari Infokami.com coz aku nak tutup blog tuh dah. nak maintain banyak blog memang pening , baper banyak blog ? diam² sudey ahaha. Neway wait and see blog aku nanti okeh ? Papepon gua respect sama si JustKhai boleh handle banyak blog. Ngeh²


Jangan Lupa PollMelz Aku
sila click


Wait and See



New Style dalam MelRomeo.Com - PollMelz

Jun 14, 2010

30 Comments
Salam 1 Malaysia!

Oraite sebelum mel cerita lebih panjang pasal PollMelz. Ingin mel hujahkan sikit apa benda ngan pollMelz nie? Oraite mudahjer . Mel akan bagi beberapa pandangan dalam bentuk gambar atau apa sahaja untuk korang pilih mengikut pemerhatian korang .

Dan contoh akan diberikan dibawah ini. Korang hanya perlu memberikan kata 'pandangan' pada ruangan Comment . dan mel akan calculate segalanya dalam masa 1 Minggu untuk mel bongkarkan pandangan masing².

Kalau korang bagi tau sebab kenapa korang pilih . Itu jugak akan memberikan impak yang lebih berkesankan ? ngeh² So aku harap Style kali ini akan memberikan kita lebih pendapat dan pandangan dari segi pemikiran masing² ataupun minat masing². Ahh Smart tak? ngeh² . Ok Pollnya seperti berikut :





Antara list Servis telekomunikasi di Malaysia dibawah .
Mana antaranya adalah pilihan korang ? dan kenapa korang pilih ?

1. MAXIS


Informasi MAXIS :

Ditubuhkan : 1993 disenaraikan kepada umum 2002
Website : Http://maxis.com.my
Lagi : [Click]


2. CELCOM



Informasi CELCOM :

Ditubuhkan : 1988
Website : www.celcom.com.my
Lagi : [Click]


3. U MOBILE


Informasi UMOBILE :


Ditubuhkan : 1998
Website : http://www.u.com.my/
Lagi : [Click]


4. DIGI



Informasi DIGI :

Ditubuhkan : 1998
Website : http://www.digi.com.my/
Lagi : [Click]



Oraite . ada 4 jer aku listkan . so apa yang korang harus buat . Pilih mana satu pilihan korang untuk aku poll kan pada minggu depan . Oraite ? Kalau boleh sertakan kenapa korang pilih brand tuh berbanding brand² yang lain. Aku harap New Style ini dapat memberikan sudut pandangan masing2 terhadap brand² yang ada dalam Malaysia ini.

Dan dengan pandangan korang tuh jugaklah . Orang lain dapat merujuk sedikit sebanyak daripada pandangan korang terhadap brand² yang ada. Insya-Allah aku akan improve apa yang kurang dan aku perlukan feedback dari korang ;). Sekian

Your Best Blogger

Thanks Followers , Thanks Readers , Thanks²

11 Comments
Salam Senin!

Pepagi camni memang best layan benda yang tak sepatutnya layan! Wtf ? Layan pebenda plak tuh Melz oit. Miahaha , Cis layan guitar la derr kompem lu semua fikir lain kan ? dah² back to reality , eceh ngeh. Actually entry ini aku nak berterima kasih kat korang yang tak putus² jengah MelRomeo.Com walaupun ramai Silent Reader . takpe aku tak kesah dah asalkan korang hargai penulisan aku yang tah pape nie. Ngeh²



Sajer semalam aku bukak blog pastu terperati Follower 2008 . Pastu aku biarkan sikit terus jadi 2010. Hohah! Dan² plak tahun nie tahun 2010. So aku snap untuk dijadikan entry lah kan . Papehal 2009 adalah tahun aku berkerja dan mencari pengalaman dalam hidup dan tahun 2010 aku akan menimba ilmu lagi Insya-Allah !

Oraite sekali jalan aku nak roger kat korang semua yang Logo MelRomeo. Ala yang M tuh akan berubah menjadi M lain! Ngeh² coz tetibe dapat idea kelmarin ( cis kelmarin punya idea, baru sekarang kau mau ceritakah ) Lantaklah ! ngeh²


menjadi

atau hitam R tuh

amacam? ngeh²

Oraite lah nak bebel panjang² pun malas dah nie . Coz aku tengah edit Vlog pasal "Tiada Idea?Apa Mau buat?" Tips yang aku bebel ntah meraban apa ntah. Layan jerlah lepas



Ok babai :) Layan guitar sat sambil dengar petikan guitar dibawah nie!Ngeh² Enjoy
Buat Follower & ReaderKu! terimalah Ahaha bukan aku main pun .
tunggu la aku pektis dulu na!



Oraite Best Regards



Kebaikan Kereta Kecil [ Small Car ]

Jun 12, 2010

34 Comments
Salam Dari Melz

Banyak sudah Malaysia kuarkan kereta yang bersaiz kecil. Antaranya model dari Proton iaitu Savvy dan tiara . (ada kecik lagi ke der?) Lain dari tuh kompem² dari peneraju Perodua yang sememangnya mengeluarkan model² kecil dari Daihatsu iaitu kereta cam Kancil , Kelisa, Myvi (aku tengok kecik besar kecik besar jer ni) ahaha. papepon janganlah korang cakap Rusa tuh kenderaan kecik , memang tak lama lah kan ? Uhuks.

Oraite sebenarnya aku sajer jer nak bebel pasal kereta² kecil nie coz semalam aku ngan kakak aku lepak kat Cs. Terus cari Maybank untuk aku buat account bagai . tapi dek kerana si staff tuh macam malas nak buatkan aku account. Aih macam² alasan dia bagi kat kitorang. agak ringan jer selipar aku nak masuk dalam mulut dia karang. Tapi takpe aku maintain cute gitu.. so aku takdalah buat adengan makan selipar kat situ , teruih akak aku cakap jom blah.

Blah² akak aku bayar parking . Biasalah masuk tak sampai 10 minit dah baper hinggit kena. Duk bebel jer lah kakak aku pasal parking plak . Miahahaha ok gua takleh blah pasal nie . Stop²..

Kuar jer parking akak aku cakap ameklah gambar tuh . Aku pun apa lagi , kuarkan henset 3310ieFirefox generasi ke-18 untuk mencapture gambar² yang melibatkan kereta kecil ! Ngahh korang enjoylah malas nak type dah miahaha..



Ok malas nak kerek! ahahaha kereta besar tak muat ok! sekian mekaseh
Agak jenuh jgak kalau nak cari parking kat area CS nie . tapi dan² macam ada reserve untuk aku ngan kakak aku time tuh Miahaha .First² aku ingatkan untuk orang cacat punya parking. rupanya small car ! ngeh²



Ini untuk buktikan sikit bahawa kakaku memandu 'small car' ahaks!
kalau angpa semua jumpa no plate 4554 nie kat area johor . hello² lah yep! miahaha

Yang Cute,



Mari Belajar BASIC HTML / CSS dari Melz Part 1

Jun 10, 2010

16 Comments
Salam Dari Melz

Benda kalau kita belajar slow² lama² kita akan jadi pandai. Jangan suka terapkan dalam jiwa ataupun kepala , Ah malaslah nak belajar . Come on bro and sis benda² nie camni pun kita kena belajar walaupun nampak simple sebenarnya. Kat situlah kita dapat pengalaman hidup dari 1 benda ke satu benda. Ahh ada paham na ?

Aku nak cerita pasal HTML , Mungkin ia nampak mudah bagi sesetengah manusia yang memang dah pro dalam bab coding semua. Tapi yelahkan kalau nak belajar next next . kena lah belajar yang bawah² dulu. Lagi pun aku pun masih belajar so apa salahnya kita belajar sama² dan improve sesame ye tak ? Aku ada ilmu , aku sebarkan kat angpa semua lah ngeh²


okeh jadi bengap jap tengok gambar nie cis..

First² HTML itu kalau kita google pun semua orang boleh dapat jawapan , tapi takpe aku bagi jugak jawapan kat sini manalah tau kot² korang punya line internet terhad kan? ngeh² HTML itu bermaksud " HyperText Markup Language " bold lagi tuh.

HTML FONT!

Oraite kita belajar basic pasal fon't dulu yang sememangnya ramai dah tau kalau korang semua layan myspace kan ? Ngeh² tapi takpe , nama pun dah basic kan ? Kita belajar slow²! Ingat tuh.
Font² akan menjadi lain mengikut tag yang korang berikan . Korang jugak boleh test menggunakan notepad. dan korang save as Blabla.html . pastu korang right click dan Open with IE ke FireFox ke GoogleChrome ke . ikut browser koranglah.

  • Bold ini bermakna Bold iaitu font akan menjadi Bold
  • italic ini bermakna Italic iaitu font akan menjadi italic
  • strike ini bermakna Strike iaitu font akan menjadi strike
  • underline ini plak underline dan font akan jadi underline



CSS Font

Oraite itu baru pasal simple font yang korang selalu gunakan dalam posting or apa2 lah kan. so sekarang advance sikit pasal kecik besar atau bahasa ibondanya CAPSLOCK dan non Capslock yang korang selalu buat tuh. Senang jer . Jom usha kat bawah nie contoh CSS Korang pergi kat Layout > Edit Html > Korang search Text-Transform

text-transform : Uppercase ;

UPPERCASE --- perkataan akan menjadi besar semua iaitu full capslock. tak kira korang tekan caps ke tak tekan ke . ia akan tetap menjadi capslock

Normal Case --- Bila korang gunakan attribute Normalcase plak . Korang boleh gunakan khidmat Capslock atau tidak . ia akan jadi standard font.

lowercase --- korang akan nampak semua perkataan menjadi kecil jer. tak kesahlah korang tekan capslock ke apa. ia tetap akan menjadi tulisan kecik.

Okleh nanti kita sambung na , nak kuar sat ngehh²

yang cute ,




Blog.My Berikan Blog Percuma Untuk Wordpress

Jun 8, 2010

26 Comments
Salam Dari Melz

Semalam mel relax² buat web , tiba² ada kawan roger pasal Blog.my yang menawarkan blog percuma untuk platform Wordpress . Huwaw! Apa lagi aku cepat² jer usha ! Semua service yang ada dalam Wordpress.Org Full access boleh diguna pakai dalam wordpress ini. Korang boleh install plugin , theme , widget apa lagi semua korang nak sumbat pun boleh . Tiada bandwidth akan dikenakan. So apa lagi ? Pengguna Blogspot yang ingin menggunakan Wordpress boleh gunakan Blog.my! Hiks²




Harus diingatkan subdomain sahaja yang diberikan dalam service blog percuma ini ! Apa itu subdomain? Oraite contoh subdomain macam - MelRomeo.blogspot.com . Maka sekiranya korang ingin menggunakan Blog.my ini. So domainnya akan jadi Seperti MelRomeo.blog.my <-- lagi ringkas kan? Ngeh² Blog.my Ini menggunakan server yang berkapisiti besar jugak! iaitu
  • 4 Core Cpu – Core2Quad Q9300
  • 8 GB RAM
  • 1 TB SATA Hard disk
  • 100 Mbps

So papehal kalau korang nak register semua , bolehlah go ke Blog.my ! Kat situ korang bolehlah godeh² Wordpress . Benda pun baru , so cuba lah dulu ! Enjoy with Wordpress

Regards,

Tips Memilih Templates Blog Part 1

Jun 7, 2010

26 Comments
Salam Dari Melz

First impression adalah sangat diperlukan untuk memastikan blog kita nampak kemas dan teratur. Tak kira dari segi susunan mahupun grafik . Memang betul ada orang cakap 'simple² template pun tapi apa yang kita nak 'isi entry' tetapi penggunaan ' warna ,style, dan design ' akan memberikan kita sedikit impak terhadap mood untuk kita menulis. Memang aku bukan budak seni , tapi kadang² cuba kita fikir untuk memahami 'seni' itu hehe.

Selain daripada itu jugak , kita akan lebih peka terhadap blog sendiri kerana penggunaan template dari segi warna , susunan dan design yang akan memberangsangkan mata kita untuk lebih berfikiran kretif. Kita jangan fikir , ala biasa2 sudah lah . Itu semua pemikiran jangka masa pendek kerana kita TIDAK ingin mendapatkan pengetahuan lebih lanjut terhadap design dan sebagainya.

Come on , google , yahoo , youtube , ask , kawan , apa lagi ? Referlah kepada mereka² yang mahir kalau korang inginkan sesuatu yang baru dalam ' rumah internet' korang sendiri kan? Oraite , mel akan bagi tau sikit pasal template dan sedikit link untuk korang download dan upload kedalam rumah korang .

Firstly , dimana korang boleh dapatkan template yang smart² dan gempak ? Oraite

1. Btemplates
2. FinalSense
3. Pyzam
4. Bloggertemplates
5. Bloggerstyles

FullText Style & Summary Style

Contoh Full Style :



Pertamanya , pemerhatian mel terhadap blogger lebih suka terhadap Blog berunsur "Full Text" berbanding "Summary" ini kerana mungkin ada di antara korang tidak gemar dengan double click terhadap 1 page . Full Text style korang boleh tengok di blog aku sendiri dimana segala 'content' yang ada akan dipaparkan sepenuhnya didalam 1 page. So korang bayangkan kalau penulisan yang panjang² macam aku nie boleh ke taruk 5 Entry dalam 1 Page ?

Contoh Summary Style :



Namun begitu , Penggunaan Summary Style kurang digemari oleh 'personal' blogger mungkin korang takmau penulisan korang nampak terlalu formal rite ? Tapi sebenarnya Penggunaan Summary style ini lebih kemas dan tidak berat berbanding Full Text ini kerana display gambar yang korang letak adalah lebih kecik iaitu Thumbnail sajer. So load pun laju jer dan selain itu jugak , korang dapat meningkatkan lagi PageViews korang . So bila pageviews lebih tinggi maka penggunaan Percentange SEO lebih tinggi berbanding Full text . Ini disebabkan page static yang korang ada tuh pada setiap tajuk akan membuatkan % nya semakin masyuk ;) Ada paham ?


Susunan Column Templates
Keduanya Dari segi Susunan Widget. Widget yang berterabur pun memang akan jadi sakit hati jugak kalau nak baca! Actually terpulang kat korang coz ada beberapa jenis template iaitu 1 column , 2 column , 3 column , dan 4 column . Ramai memilih 2 Column kerana mahukan kekemasan! So susunan flow dia akan mel bagi untuk Next entry , hehe . Newaylah kan . kalau kita amek 3 column pun ok jugak sebab kita mengurangkan pengunaan Scrolling page yang sangat banyak. So bila korang pakai Summary Style campur plak ngan 3 column , pergh tak macam static giler plak kan korang pun boleh tengok demo kat page blog ini! [click Nescafe]

Oraite sekarang nak citer apa lagi eh ? Kang citer lelebeh takdalah Part 2 3 4 Miahaha! Oraite Kita sambung nanti la eh. tetibe buntu plak , actually banyak jugak aku nak cerita pasal template. yelah kan aku pun kerja buat theme itu ini . so banyak jugak contoh aku usha dan daripada contoh itu aku dapat belajar sikit2. Bila dah belajar tuh yang aku nak share ngan korang semua . Tak salah kita bersharing bercaring Miahaha!


End Melz

Idea Ada Tetapi Diganggu !

Jun 4, 2010

19 Comments
Salam Semua!

Sajer jer nak berborak ngan korang memalam camni kan! itu yang aku update blog nie. Aku tengok macam dah tak terurus dah blog ni hehe , tapi terima kasih atas sokongan korang! Still datang walaupun aku tak update. Weh Terharu dowh!



Neway Amacam sehat dak korang ? hak² ntahlah sejak aku duduk kat Jb nie, perasaan untuk aku menulis blog macam terbantut jer. Mungkin kerana aku berada di rumah sendiri dan disebabkan itulah aku rasa cam penulisan blogging aku makin kurang. Memang kurang! Aku dapat rasakan Coz time mood menulis tuh datang . tetibe jer ' Npon aku berdering'

*Member - Bukan nama sebenar kerana beliau tidak ingin nama beliau berada diblog ku! Coz dia kata takmo jadi glamer coz kat luar pun dah glamer takkan nak glamer kat internet lak " Cis poyo giler! sekian . teruskan membaca!

Member : mir kuar yok.
Melz : erk erk , aku ada kejer tengah buat ( blogging )
Member : Kejer mendenya tengah malam camni ?
Melz : Erk ada lah ngeh² tapi! (dek kerana aku taknak label diri aku sebagai bangla) , aku cakap
' ehh apsal ? '
Member : Kuar lah yok , kan dah cakap tadi .
Melz : Pergi mana ?
Member : makan² , lelepak tapi kau payung sikit lah .
Melz : Payung ? Erm Air jer lah ahaha
Member : janji payung ! Sat lagi aku datang amek ko.
Melz : ok ( tetibe jer tengok notepad yang tergendala) Sayu jer Huhu.. ( capai towel , gi mandi )

Lepas tuh sampai rumah , tengok notepad yang tergendala tuh . Terus delete sebab malas!AhhhTapi papepon , aku ada simpan satu notepad pasal " Tips Pemilihan Template " Nanti kalau ada masa aku update tuh okeh!Oklah nak sambung kerja! ( kerja betul ! )

Regards

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo