Berterus Terang Lebih Baik Dari Menyimpan Atau Sebaliknya ?

May 31, 2010

29 Comments
Salam.

Entry ini aku anggap sebagai satu contoh yang mungkin akan membuatkan sesetengah orang berfikir negatif ataupun positif. Entry yang mungkin pernah berlaku ataupun tidak pernah berlaku antara 2 pasangan atau lebih. Papepon diakhir entry ini, ingin sangat aku mendapatkan feedback dari korang terhadap apakah yang harus aku buat seterusnya ? Jom layan dulu .


Problem²

Berterus terang kalau itu ini atau sebaliknya memang sangatlah bagus tetapi demi menjaga hati seseorang , perkara ini mungkin tidak dapat dibuat oleh sesetengah manusia. Oraite Aku memang jenis suka berterus terang tetapi problem kalau kat 'certain' orang yang pernah aku suka atau sebaliknya! 'Certain' ok bukan semua . Kalau semua memang aku lepas jer, sebagai contoh aku suka ke tak suka apa yang mereka² buat , memang aku direct-x jer.

Tapi kat certain nie yang buat aku payah nak kuarkan kata² yang selalu terngiang² dalam kepalahotak aku. Sampai dah hafal setiap dialog yang akan aku bagi tau, tapi tengok muka jer aku terus kelu 20000 bahasa ngaahhh. Neway hasrat nak lepaskan jer tapi biasalah , timing cam cilaka jer memanjang. Urghh tekanan jugak bila memikirkan benda² remeh camni .

Aku fikir lagilah , kalau aku tarik 'certain' orang nie, duduk depan aku. Pastu direct lepas cakap apa yang terbuku kat dalam hati ini .Tapi aku takut dia takboleh terima apa yang aku nak bagi tau itu. urgh tapikan kalau aku tahan jer apa yang sepatutnya aku luahkan ini . Sampai bila² tanda tanya akan ada dalam diri ini. Memang serious aku paling tak suka benda ini berlaku dalam diri aku.

Even hati ini masih meragui adakah dia telah mendapat 'lorong' yang sememangnya membolehkan dia mendapat kebahagian yang sepenuhnya ?Urgh itu semua dalam permainan minda! Dalam diri ingin meluahkan , tetapi dalam minda memikirkan negatif lebih banyak berbanding positif. So apakah situasi ini akan korang panggil 'berterus terang lebih baik dari menyimpan' ? aku luahkan , takut tersentap dia . dan kalau aku tak luahkan . aku jer sentap . heh

Kalaulah korang disituasi 'aku' apakah perbuatan korang seterusnya? Sharing Is Caring yeah!
Take note ini 'mungkin ada kena mengena dan tidak kena mengena dengan si penulis' !

New Template & Freebies From Melz [ Perlukan Comments ]

May 28, 2010

25 Comments
Salam Dari Melz

Pertamanya nak cakap yang template nie patutnya dah lama release tapi mel tahan coz nak tunggu MelRomeo.com nie kuaq. Dan² dah nak sumbat time up melromeo.com tuh , ada plak coding yang error .

Dem bengang gilerlahkan pastu terus terasa nak dengar lagu bengang dari Akim . Dek kerana mendengar sambil buat kerja itu ini , ada juga aku terasa bangang time tuh coz tak google semua dulu before buat itu ini.

Usha punya usha Rupanya Sites.google.com tak support Javascript yang berself domain! Oraite aku dah belajar satu perkara kat situ. So kena hold dululah cari solutions semua sebab nak buat backup bagai untuk hosting Javascript tuh untuk hosting kat tempat lain. Aku malas giler nak upload kat Fileave ataupun Dropbox. Sebab tempoh load dia akan jadi panjang.

Tapikan . Lepas aku try kat firefox menjadi pulak dan di Google Chrome tak menjadi ! Ahh nie aku bingit nie .So moralnya kat sini Sites.google.com masih boleh digunakan untuk self domain tetapi tak dapat dibaca dengan menggunakan Google Chrome! Ok start ari tuh aku dah tak pakai Google Chrome! Ahaks. FireFox Ftw!

So settlelah bab coding . Aku remove jerlah Jquery semua walaupun aku perabeh 3- 4 jam buat design semua untuk coding tuh . Argh tak apalah adat bermain dengan coding try and error itu semua menjadi kebiasaan jugak nanti kan ? uhuks

Oraite sekarang template ini suci dari sebarang Coding Jquery . So semua javascript / Css / Html ajer . Simple Design dari Melz! ini adalah sedikit screen shot yang diambil satu persatu dan dicantumkan menjadi 1 template.

1.
http://3.bp.blogspot.com/_peCDtCKCYpY/S_56CTLxLBI/AAAAAAAAB-E/HdeZJN5jld4/s1600/header.png

2.
http://3.bp.blogspot.com/_peCDtCKCYpY/S_58yT1Zy0I/AAAAAAAAB-0/xI2aARhrDiw/s1600/jpg.png

3.
http://3.bp.blogspot.com/_peCDtCKCYpY/S_56FD0uW4I/AAAAAAAAB-M/IMsPqzRfG88/s1600/footer.png

Ok pastu cantum semua bagai jadilah 1 Wink² !


Freebies!

Oraite setel sudah bab template . Sekarang aku nak bagi Freebies ! Korang ingat lagi tak template lama aku dulu? Aku ingat nak buat Contest ataupun bagi free jer kat korang? ahaha So korang rasa mana yang terbaik untuk aku buat ? Pendapat korang sangatlah aku inginkan hoyeh!

Ok² kalau tak ingat! tak apa , aku ada screen shot sikit na


Demo - Download

Ciri² yang ada
1. Summary Entry
2. Jquery Lazyload
3. Navigation bar
4. Background Url ( boleh ditukar )
5. 3 Collumn
6. 3 Share button ( facebook , twitter , buzz )
7. itu jer kot . nak lebeh korang usha la yep!
Enjoy

Contest dan Free lain²

Contest :
Aku buatkan korang header!
Warna semua boleh tukar untuk 1 pemenang ajerlah!
Favicon
2 Jquery Tambahan - untuk pengguna Domain Blogspot

Free : Gasak koranglah nak buat apa ahaha.

Melz : So apa pendapat korang ? Please² perlukan sangat²!

Sorry Bloggers Di Kuala Lumpur Dan Terima Kasih!

May 26, 2010

37 Comments
Salam Entry Panjang Dari Melz

Kesilapan mungkin berlaku samada dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja. Aku manusia bukan robot yang boleh disetkan dalam diri ini untuk tidak menyakiti hati orang lain. Mungkin cara aku tidak dapat dijadikan pengubat ketawa namun korang anggap ia sebagai pembuat duka. Aku berblogging sudah 9 bulan dan telah ramai blogger yang telah aku temui. Ingin aku listkan beberapa blogger yang kerap atau telah aku jumpa didalam entry ini. Deeply Sorry Coz Curi Gambar Korang ahaks!


YnaaOhYnaa
p/s : cis mata nak lentiq Miahaha neway mana gambar lain daaa ?

First blogger yang aku jumpa , Blogger yang paling aku rapat dan blogger yang paling mudah untuk aku berborak. Dia seorang sangat mudah ketawa dan kadang² mudah serious, takut woh kalau dia serious miahaha.Okeh Papepon Sorry Ynaa kalau apa yang mel buat lawak ke apa ke yang mungkin boleh bikin panas or what everlahkan. Apa yang mel buat itu actually nak buat ynaa terhibur and once again pasal dulu² ada msg 'bodoh gilak' ahaha masih ada dalam ingatan tetapi tiada didalam nset ini! huhu Sorry about that once again yah! Biasa tekanan jiwa gitu keke


AjwinAjeera :
p/s : Alololo muka suci / sweet jer kan! Miahaha

Awin, Sejak kita berjumpa last dekat Uitm Segamat dan Sampailah sesudahnya kita tiba di TunHusseinOn . Itulah kali terakhir kita bertemu kan ? uhuks, Mungkin mel ada bergurau tak ingat dunia dan gurauan mel tuh mungkin bikin awin tersentuh atau sebaliknya, Mel mintak maaf. Oraite ? ermm


Aina :
p/s : Macam Biasa Aina! Aku suka Pic nie ! miahaha

Blogger yang sweet gile tapi susah sikit nak buat dia nie tersenyum ! Sokey aku akan cuba buat kau tersenyum dan aku akan cuba datang wedding kau! hoho dah nak kawen dah kau tapi aku harap blog jangan ditinggalkan , aku harap kau terus menulis okeh! Sorry babe aku lately busy giler sampai tak tegur kau kan? Aku tau kau perli aku kan dalam chatbox tuh? Cismore ahaks. nanti kau dah kawen , raya aku boleh la datang makan kueh raya kan ? miahahaha

Aus/Bean/Sendra/DayDeck :
Aus & Bean & dayDeck : Keep Cute 4 ever okeh
CEO Kuehtart : Jangan ketart sangat muka bila bergambar please! miahaha

Blogger² lelaki yang mantol dan bermasalah ahaha. Aku happy dapat kenal korang semua coz korang berempat ada style yang berbeza membuatkan aku tak jemu lepak ngan korang. So disebabkan 4 orang nie mantol , disebabkan itu aku campurkan sekali ahaha. Aku faham kadang² cara aku tak cantik coz bikin korang panas bila aku jarang sebut nama korang dalam blog kan? Ahaha bukan sebab aku lupa ke apa. Mungkin sebab aku sukar untuk 'describe' pasal korang ahaks! Sorry okeh walaupun bukan hari raya aku ngan rela hati minta maaf kat korang, aku tau kadang² aku tak 'terlayan' problem korang. Sokey aku akan cuba setelkan apa yang dah aku cakap hehe. To Deck : jangan bahan aku lagi ;( Tsk²



RinaSalleh
p/s : buntang mata mel cari kat profile , pic banyak sangat ekeke

Heyyoh RinaSalleh adalah blogger yang join semua event yang Melz buat di Kuala Lumpur selama 9 bulan ini. Thanks you So much Rina! Neway Congrats ngan Event RinaSalleh.Com masa tuh, walaupun bagi mel 'oklah' tapi Rina dah buat ngan terbaik! Cuba improve lagi untuk next event. 'standardlah eventkan'? nak buat 100% perfect memang takdapat beb haha. Mel nak mintak maaf if mel ada nyusahkan Rina time kita hangout ke apa ke. Kot² kalau mel ada salah tapi tak perasan kan? Salah faham ke time kita borak² kan? ahaha Sorry Rina!




Eyriqazz , Jai , Aie DarkBatMan
P/s : ngam² aku cari gambar kat google keyword : teratakarmo.com ahaha dapat 3jejaka nie!

Aku respect cara korang berblogging. korang ingin terus mencari ilmu blog tanpa rasa apa². Aku lebih muda dari korang dan korang tak kekok untuk menerima pengetahuan dari aku yang membuatkan aku senang bersama korang. Seorang blogger yang meningkat naik dan aku harap akan terus naik yep. Aku nak minta maaf coz mungkin ada certain things yang ingin aku buat tetapi mungkin time yang korang suruh tuh tak ngam² ngan masa aku nak buat. Tapi jangan risau setibanya aku di JB , akan aku buat okeh !

KakTash,CikHel,KakLily :
DayDeck : CEO Membahan orang
Kaklily : penolong membahan orang
KakTash : bendahari mebahan orang
Cikhel : Dibahan ahahaha

Ahaha 3 Orang sekali! sebab 3 - 3 tak lokek ngan senyuman . Tengok jer mesti senyum , 3 - 3 pun ada jer bahan nak borak. Aku jumpa 3 - 3 nie pun kat Gathering The mines! Ahaks. Memang layan beb coz dorang cool giler terbabas. Kalau korang tak caya korang pergila jumpa depa semua mesti korang enjoy abeslah kan! aku tatau aku ada buat salah ke tak , aku rasa takda kot kan kan kan ? ahahaha Neway mel enjoy giler kalau korang ada dalam event² ;) Serious


Nadia
p/s : I takut dia garang! grrr Miahaha

I mintak maaf yep Coz kalau i ada ganggu ke apa ke itu ke ini ke , Cam annoy coz salah jalan time nak gerak ke melaka ke .Ye I stone tahap Ke-14! Miahaha , pengakuan exclusive di blog sendiri! Wtf! hoho Neway kalau i pun dah lama hempas henpon coz payah benor nak explain jalan kan? . Kekeke

Kepada Semua Bloggers!
Huda , Carl , Syah , diana ,Jard , Kak ina , matjoe , Deya , Carl , Fazreen , Nurull , IntanFateha , Hairihassan , abe , Eyka , Hana , Puteribiru(sarah) , Lovelyemy , awek aus, CikCumey , GMT , SenyapSudehh ahaha , cikTi , Gadis , Anarm , MohdZaid , Fhad , Si kosong , , Dilla, Pojie , Shahir , AleenAvril , Ahfat , Ayong , Saffawati , Yiyin , Rara, (Team DIGI) Omaigod takleh aku nak listkan semua , abes dah memory aku ahaha + tadi termakan maggie so memory banyak dah hilang ngan Kuah Maggi Curry yang sememangnya sedap dan lazat!

Lastly Kepada semua blogger KualaLumpur yang telah aku jumpa atau belum jumpa, Maaf juga ingin aku pinta kerana aku perlu! Untuk Setiap perkara sekecil zarah , aku ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa kita berjumpa dan semasa kita berinteraksi . Mungkin cara aku tidak begitu sopan walaupun korang semua lebih muda atau tua. Mungkin juga korang tegur aku tetapi aku tak terlayan atau sebaliknya , mungkin juga korang cakap aku sombong kerana aku tak kenal korang , mungkin juga korang terasa hati dengan cara gurauan aku , mungkin jugak korang marah/sakit hati ngan layanan aku terhadap korang . Maaf Maaf itu yang ingin aku dahulukan.

Ok lah weh , aku Enjoy gila tahap dewa² ngan korang semua. Terbaik dan sporting dan boleh layan kepala aku time aku buat event ke apa ke . Wokeh Enjoy this entry and tunggu Esok entry Memory! Yeahhh dan kepada semua Bloggers. Majulah! kerana aku tau semua orang inginkan kemajuan! ahaks . Tunggu Entry Cinta Pentagon Dan Memoryku Di Kuala Lumpur!

Korang tengok macam ramai awek jer kan , alamak korang nie ! bagilah can kat aku sikit Miahahahaha . ok joke ja na , angpa semua cam tak paham² aku nie camna kekeke Ceh sapa la nak kat ang mel keke . Ok Semua gambar dikreditkan kepada tuanpunya gambar . kalau tak suka . Maaflah aku dah publish ! wakakaka

Bye² Kuala Lumpur! Hye² Johor Bahur!

2 Social Network Dari Malaysia

May 25, 2010

28 Comments
Salam Info Malaysia

Sebelum utarakan Sosial Network ini , ingin mel kembangkan lagi apa itu Social Network. Social Network ialah rangkaian sosial untuk kita mengupload gambar , mencari kenalan menggunakan sistem Add Friends, Bermain game² berbentuk Java, mengupdate status dan meninggalkan comment serta macam² lagi keistimewaannya.

Jika korang membaca penulisan ini , pasti korang sudah ada Facebook atau Myspace yang sememangnya tengah hot di pesada dunia. Namun penciptanya adalah dari Luar Negara. Tetapi tahukah korang yang kita di Malaysia juga mempunyai Social Network iaitu penciptanya berasal dari Malaysia! Dan sekarang semakin popular dikalangan penduduk Malaysia.


Jiwang.la empire besar daripada JiwangNetwork iaitu terdiri daripada Jiwang.Org , Jiwang.Cc , Jiwang.Net , Jiwang.Ws. Didalam network ini korang boleh download apa² ajer dari Movie / Music / Software dan macam² lagi. Didalam web ini jugak korang boleh mendapatkan informasi tentang Komputer , kereta , game dan macam² jugak hehe. banyak juga yang boleh dapat daripada 1 sumber kan ? terbaik!

Oraite sekarang melz nak cerita pasal Jiwang.la iaitu Social Network daripada JiwangNetwork. Antara aplikasi yang boleh korang dapat dalam web ini.

1. Social Network
2. Chat bersama kawan²
3. Bermain Game Arcade
4. Blog
5. Community
6. Forum
7. Videos
8. Polls

Jiwang.la ini jugak memberikan peluang kepada korang untuk menukar theme iaitu background dan macam-macam lagi iaitu sama seperti Myspace.com . Neway Korang kenalah mahir dalam CSS/HTML untuk menukarnya sekiranya korang mau!

Hoho banyakkan kegunaan yang ada dalam website ini ? Apalagi mari mengorak langkah untuk mencubanya. Nak tau lagi ? Pergilah sendiri! Jiwang.la hehe




Dari pandangan aku , website ini lebih kurang macam Facebook iaitu dari segi warna , style dan applicaton dia. Tak pastilah kalau korang dapat pemerhatian yang lebih banyak dari aku tapi aku just boleh bagi tiga jer , kalau bagi lebeh2 tuh yang malas nak godeh sampai kedasar ahaha.

So kita boleh roger dia sebagai Facebook Version Malaysia ? Urgh buruk yoh, Papepon name dia still MyFriends2u.com dan penggunaan Domain yang agak panjang tetapi telah diutarakan oleh admin dalam status aku. Mekaseh kerana alert tang situ ngan users hehe.

Dalam MF2u ini jugak ada game arcade iaitu lebih kurang macam Jiwang.la . kat situ korang boleh beat ngan kawan² korang untuk mendapatkan markah tertinggi . So Buatlah yang terbaik untuk mengatasi kawan korang ahaks.

MF2U ini jugak memberikan application untuk Form Job iaitu korang boleh search kerja² yang berada di Malaysia ini. Ok lah tuh ada jugak pekdah kepada penganggur macam aku nie ahaha.

Selain daripada itu juga MF2U ini jugak memberikan platform untuk korang jual beli dalam 1 web yang sama. Hoho dah macam Mudah.my dalam MF2U ini. Takpelah kan memudahkan pengguna. Sambil berkenalan sambil berniaga tak gitu ?

So apa tunggu lagi ? Jom usha² MyFriends2u.com!

Papepon marilah kita mencuba 2 Social Website yang ingin naik ke persada Malaysia . Taksalah Kalau kita mencuba untuk menyokong industri Internet yang berada dalam Malaysia ini! Enjoy



Senarai Game² Bodoh Yang Paling Aku Suka

May 22, 2010

23 Comments
Salam Dari Melz

Maaflah yep , coz macam dah tak terjaga blog aku nie dan ini disebabkan oleh kerja! Kerja aku senang , tak pening kepala, takperlu dimaki oleh bos, takperlu kerja ikut 'officetime', goyang² kaki pun boleh tapi duit tak jalan lah demit! Aku kadang² jugak berada dalam keadaan BanglaMode gara² aku berkerja tak kira waktu. 2pagi pun aku buat kerja ahaha. Ok ini disebabkan Aku seorang freelance yang tak bertamadun. Wah Selamber kau cakap tak bertamadun kan? Miahaha lantaklah. Oklah aku bukan nak bebel menatang nie semua tapi aku nak bebel listing game² bodoh yang pernah aku main dan addict sampai berjueh kepala aku layan!

Kenapa aku cakap game bodoh ? First game ini 2D kot so macam bodo² jer kan ? ahaha dan Sebab lain ialah game nielah bikin aku jadi gila dan kerap berada didepan komputer dan bikin masa depan aku huru hara ( eceh macam pernah dengar jer ) Miahaha




SAMURAI SHODOWN


Pertamanya Game yang boleh membuatkan aku 24jam melekat kat komputer bersama abe² di sebelah rumah aku , Seiingat aku game ini aku main time darjah 2 - 4 camtuhlah . bapak lama gila aku kenang balik pasal game nie. Ingat punya ingat aku rasa nak ketawa jugak. Dulu aku pro game nie coz aku malas nak citerlah kan , semua abe² kat sebelah rumah aku tuh . Kompem aku tapau sampai dorang pun naik bosan kalau aku datang rumah dorang ahaha.

Sebab bila aku menang , Next abe akan ganti orang yang kalah . So aku selalu menang jer so aku kena stay la lawan sampai aku kalah .Seingat aku record aku pernah kalahkan rotation abe² kat sebelah rumah aku sebanyak 29-0 Ahahaha . Sorry ye abe² aku masih ingat dan aku perlu bongkarkan betapa machonyer aku bermain game nie ;]

Time aku arrival ke rumah dorang selalunya dalam time² 4.00pm berserta baju sekolah dan bag sekolah. coz aku dulu sekolah senai beb. bapak jauh dari rumah aku yang berada di area Skudai . Aku dulu kalau tengok brader bas yang bawak tuh , pergh rasa bebulu jer sebab dia bawak bas taknak slow la plak kan . kalaulah ada parang kat tangan dah aku tala kat leher dia coz takmo upgrade bas tu jadi laju. ahaha tak matangkan aku ?

So dorang bagi syarat kat aku, kalau nak main game ini kena ingat rumus "electric" . Apa lanciau nak aku hafal Formula Electric Untuk Degree punya sedangkan aku seorang pelajar sekolah rendah yang sememangnya masih mempunyai sijil hingusan tahap dewa² lagi.

Tapi aku still ingat rumus tuh beb. Malas jer aku nak bagi tau coz nanti korang cakap aku kerek! Ah pergi mamp la korang nak cakap aku kerek ke apa . ada aku 'care' ahah

Rumus dia adalah "V = IR" "I=Arus" "R=Rintangan" "V=Voltan"




DIGDUG

Game Kedua yang aku gian kalau berada di kampung. Pergh macho tak kampung aku? ada komputer beb , barulah aku tak rasa bosan berada dikampung coz kalau aku main game time dikampung , segala bapak nyamuk yang hinggap kat badan,kepala,tangan,tapakaki takkan aku rasa . So Itu antara pekdah yang terbaik selain Ridsect atau Fumakikilala.

Time tuh komputer satu , tapi adik beradik ramai . aduhhh memang asyik tukar2 turn jerlah tapi kalau aku ngamuk , abang/kakak/kakak/abang aku takkan kacau coz aku ada bekap besar punya . Mak aku lah wakaka

So apa yang bestnya ngan game nie? Erm aku suka time dia pam musuh tuh pastu meletup . gerek beb! Ahaha so kepada yang belum try game bodoh nie . marilah sama-sama kita try sampai lebam yeh!

Actually aku kureng faham pasal game nie tapi yang aku ingat , game ini hanyalah pam2 dan kasi enemy tuh mati . ahaha tuhjerlah yang aku ingat coz time aku main game nie pun bebetul2 time aku kecik lagi dan apa yang aku tau tekan2 keyboard jer LOL


ROAD RASH

Sapa tak layan game nie? memang tak rock la korangkan ? Game nie aku layan sebab akak aku layan sekali kot . ntahlah aku pun dah lupa . tapi game nie best aku ngan abang aku dan ahli2 keluarga sama-sama layan . Mak ngan bapak aku taklah isk korang nie!

Game ini bikin gempak sebab , korang kena race dan menanglah kan takkan kalah plak isk korang nie! So bila korang menang, korang akan dapat cash money dan money nie korang boleh beli motor gempak sikit coz nak lumba untuk next event. Memang macho game nie beb! So game nie jgak boleh mengelakkan diri daripada merempit! Miahaha Enjoy

Game nie kitorang akan bersatu padu untuk menang setiap race yang ada dalam game nie , dah kira teamwork gila vavi lah untuk menang, aku rasa aku pernah buat sorak2 belakang abang aku supaya menang dalam Map The City kot aku pun dah lupa. Game nie jadi best bila ada lagu-lagu yang memang gempak untuk dilayan , antaranya korang layanlah youtube kat bawah nie. Tajuk lagu dia SuperUnknown.



Oklah walaupun banyak lagi . tapi aku listkan 3 jer game bodoh tapi jangan risau , game nie takkan bikin kau bodoh! Sekian Dari Melz. Babai nak sambung Kirja ahaha Muah kiri , muah kanan Salam :]

Penulis Korang
Melz

Kehidupan Seorang Blogger Picasan Mencari Makna Yang Tersirat Dalam Blogging

May 19, 2010

35 Comments
Salam Dari Melz

Tadi aku berada di luar rumah, sengaja mengambil mood menulis entry di luar rumah. Tengok atas ada awan. Tengok depan ada screen, Tengok bawah ada keyboard ngan touch mouse. Erm aku tidak akan pandang kebelakang kerana aku malas dan aku tau yang belakang aku cumalah dinding rumah! Apa yang aku tengok hanyalah screen lappy ini untuk aku terus menaip entry yang akan aku paparkan dekat korang semua. Ops!tiba² Aku buntu untuk meneruskan penulisan entry ini.....
Aku bangun dan masuk ke bilik untuk baring seketika sambil lelapkan mata ini.



Aku kerut²kan dahi untuk memikirkan ayat yang perlu aku sambungkan dan aku fikir² sehingga tidak dapat aku fikirkan lagi. Terus aku bangun nak pergi ke toilet untuk aku membasuh muka, dan aku melihat cermin. Kelihatan muka aku dan aku tiba-tiba tiada apa yang aku fikirkan kecuali 'masa'. Aku habiskan masa untuk berada didepan lappy ini sambil menulis entry untuk blog kesayanganku ? Aku tak tau kenapa aku fikirkan benda ini lalu aku gelengkan kepala dan membasuh muka untuk kali ke dua.

Aku keluar dari toilet dan aku duduk di meja makan. Terlalu jauh aku renungkan tetapi apa yang aku renungkan hanyalah masa. Tiba² teringat dulu aku menulis pagi² buta tetapi aku menulis entry ini di petang hari. Aku gunakan masa macam tidak terurus kerana blog? Erm Aku fikir lagi, adakah aku membuang masa kerana blogging? Erm aku menjawab dalam keadaan monolog sahaja. "tidak, apa yang aku type ini akan ditontonkan kepada ribuan orang dan mungkin mereka akan gunakan entry aku untuk dijadikan motivasi dan juga sebagai bahan senyuman mereka" dan apa yang ingin aku sampaikan? . "Apa yang ingin aku sampaikan?" aku tidak dapat menjawab kerana aku takdapat menghayati blog aku sendiri.

Aku hentikan monolog itu lalu mengambil Roti yang berada di dapur untuk aku isi perut ini kerana lapar



Aku duduk kembali dan aku ingin menjawab pertanyaan monolog itu . "Apa yang ingin aku sampaikan adalah suatu perkara yang lain daripada lain, apa yang ingin aku sampaikan adalah perkongsian 'pengalaman,pembelajaran,info,motivasi yang buat orang berfikir apa yang ada dalam setiap entry aku dan macam² lagi" , Aku tanya lagi adakah aku puas dengan jawapan itu? aku jawab "Puas" tetapi aku masih mencari untuk membetulkan apa yang aku rasa keliru lagi dalam blogging.

Aku duduk mengadap lappy aku dan aku salin balik apa yang aku fikir 15minit yang telah berlalu dengan bermonolog dan macam² lagi. Akhirnya aku cakap "OMG aku dah buat satu entry yang mungkin aku boleh share kepada korang semua" Aku harap korang dapat fahami isi tersirat dalam entry ini.
EndMelz

Banyak Benda Nak Buat Setibanya Di Johor Bahru !

May 17, 2010

20 Comments
Salam Dari Melz

Hehe entry ini mel type ngan penuh ceria! seriously ahaha . Tak tau kenapa tetibe kepala high semacam. Mungkin sebab gangguan tidur yang tak betul agaknya lol.

Neway Kejap jer dah 2 Minggu kat KL. Pejam celik , pejam celik pastu tengok kalendar dah 17 05 2010 . Ops dah Bulan 5 siut , Omaigod kejapnyer masa berlalu dan umur pun makin lama makin tua bukannya muda . Calon pun takda lagi adeh Miahaha ok tetibe jauh sangat fikir apsal tah. ZZZ

Oraite takda apa pun sebenarnya ngan entry ini tapi just nak mention serba sikit pasal entry-entry yang lepas akan ada kaitan ngan entry untuk Esok. Special entry untuk 'certain' bloggers yang pernah aku jumpa dan aku rasa aku dah kenal 'agak' rapat ngan dorang hehe.





Oh ya , Esok atau lusa jgak akan aku renew blog ini. Sorry yep tergendala coz yelah aku duk kat kl nie mana la ada masa nak coding itu ini. Hohoho new Domain , new Style la kan ?

Biru ? Kelabu ? Putih ? Hitam ? Erm akan aku terapkan jgak , actually template nyer dah siap tapi aku kena ubah balik warna-warna dia dan Javascript tak support untuk domain sendiri kalau hosting kat Sites.google.com . Aduh kena pakai FileAve.com la jawabnyer. Kalau tak , tak jalanlah Jquery semua tuh.


Apa Itu Cinta Pentagon ? Saksikan Nanti!

Neway , ada satulagi . Mungkin korang suka atau tak suka tapi itu semua terpulanglah , akan aku cuba hidupkan satu cerita "Cinta Pentagon" yang akan ke blog tak lama lagi. Hasil Nukilan blogger2 lain jugak hehe . Aku harap dapat sokongan dari korang jgak :)

Ish banyaknyer kerja yang perlu dibuat setibanya di JB :) Oraite geng. Semoga kita berjumpa lagi , adios Kuala Lumpur , Hye-hye Johor Bahru ! Oh ya Template nie bukan Permanent ok! Ahaks Sekian Mekaseh

EndMelz

Sorry-Sorry Sajalah Sampai Mati!

8 Comments
Salam Dari Melz

Firstly apa yang aku nak bebel nie pun akan aku gunakan untuk diri aku jugak, dan aku sedar yang aku jgak ada banyak buat salah ngan member2 aku samada aku sedar atau tak sedar. Tapi serious aku kalau ada buat salah akan aku direct jer cakap , takda simpan2 punya ahaks. So enjoy this entry la keh!

Aku nak story pendek jer hari ini coz takda benda sangat nak sampaikan dalam entry ini dan aku harap entry ini boleh dijadikan pedoman untuk koranglah kan , mostly benda2 camni akan terjadi bila korang lalai dan tak dapat nak memahami hati orang. Memang susah nak faham hati orang tapi nak buat macam mana?


Kita sebagai manusia perlu belajar supaya kita mudah disenangi oleh orang lain. Macam sosial la kan? Time kita kat primary/secondary/kolej/ipt tuh semua, kita bukan berada disana hanya untuk segulung kertas tetapi kita berada disana untuk mempelajari bagaimana bersosial ngan masyarakat juga sebenarnya.

Antaranya korang diajar untuk 'berkawan', korang diajar untuk menjadi lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek, korang diajar untuk berhadapan ngan audiens , korang jgak diajar untuk berdikari , selain itu jgak korang diajar untuk menjadi seorang insan yang boleh memahami orang lain. Setiap orang ada had untuk menjadi matang dan berfikiran matang akan membuatkan kau sangat2 mudah untuk didekati oleh masyarakat.

Macam aku cakap dalam pendahuluan diatas , nak memahami orang memang susah tapi ia akan terus susah kalau kita tak mengorak langkah untuk 'belajar' cara untuk memahami orang kan? Sebenarnya kalau tak memahami hati orang lain, kita akan lebih mudah terjerumus kepada membuat kesalahan tanpa kita sedari atau kita sedar tetapi tidak menganggap benda itu serious atau kita fikir benda itu tidak akan merobek hati orang lain.

Cuba kita fikir apa yang kita buat itu ini kepada orang lain dan kita fikir dalam2 sekiranya perkara itu sendiri yang terjadi pada diri kita sendiri. Apa yang boleh kita ucapkan ? Speechless rite ? hehe

So macam tajuk aku utarakan ini , Sorry-sorry Sajalah Sampai Mati! kerana kau tau apa yang kau buat akan terlepas bila orang yang kau dekati itu mudah untuk memaafkan dan kau seperti tak hargai perasaan orang yang suka memaafkan diri kau . Fikir dalam2 beb, aku bukannya baik pun tapi kadang2 kita kena fikir perasaan orang jugak kan?

Even kau tuh ''Musuh'' camna sekalipun tapi kita kena ada rasa ''hormat'' antara satu sama lain , aku ambil ini dari filem "Troy" 'But even enemy can show respect' oraite? Just think about it. Aku utarakan ini kepada diri sendiri dan aku utarakan kepada korang sekiranya korang boleh menerimanya.

p/s : kalau dah sedar apa yang kau buat tuh salah , Minta Maaflah dan Jangan ikutkan perasaan/ego yang negatif menguasai diri. Dan setelah apa yang terjadi , jadikan iktibar supaya tidak ulangi perbuatan itu.

EndMelz

Cikgu ! Selamat Hari Guru

May 16, 2010

2 Comments
Salam dari Melz

Cikgu! selamat hari guru mel ucapkan ahaks. cikgu selalu digunakan untuk sekolah menengah dan sekolah rendah. tapi dulu time aku kat ipta pun aku tersebut jgak Cikgu nak pergi toilet kat lect aku miahaha . nak wat camne kan dah terbiasa ! Cis


Credit Picture to [Click]

Sorry aku hanya ingat cikgu-cikgu aku time aku sekolah menengah jer , sekolah rendah aku ingat sorang dua jer tuh pun ntah cam ntah tak . tapi nama dia Cikgu Syahnizam . Dulu aku pindah sekolah dari sekolah rendah islam hidayah ke sekolah kebangsaan sri skudai . tak sampai 2 minggu aku dilantik menjadi pengawas wakaka . muka aku nerd la tuh kot :P

Cikgu Syahnizam la yang lantik aku time tuh , best seh jadi pengawas nie. Coz aku ingat lagi time tuh sajer lepak2 time rehat , cikgu semua dah suruh turun kalau time rehat . aku plak malas + memang malas la nak kuar time time camtuh miahaha . dan-dan Cikgu Shahnizam nie masuk kelas aku ngan budak-budak pompuan ngan lelaki memekak cam cilake . semua kena denda , tapi aku tak ! Wtf

Aku segan plak time tuh miahaha dan dan aku cakap aku pun join dorang nie ( eceh baik plak ) Tapi disebabkan aku jujur semua orang dalam kelas tuh TAK kena denda . hoho seb baik aku jadi hero time tuh ! nak plak ada awek yang aku admire tapi lepas tuh ntah celah mana dia pergi cis! dia meninggalkan aku tanpa kata! miahaha jiwang plak ....

Credit Picture to [Click]

Ok masuk jer sekolah menengah , aku disumbat ke dalam Sekolah Menengah Sri Skudai. So sesiapa yang macho dan cute , hello2 la aku yer . Erm kat sekolah nie aku ingat Cikgu matematik aku tapi aku lupa nama WTF! Cikgu nie suka kat aku , aku tau coz aku memang suka matematik Miahaha . Dia suka bagi keje sekolah guna buka teks , aku plak suka buat keje sekolah tuh sebelum dia mintak . Ada la kadang-kadang dia skip keje sekolah dalam buku teks tuh contohnya

TOPIK 1.2.2 - Aku buat tapi dia skip keje sekolah kepada TOPIK 1.2.3 . ahh macam mana tak tebal buku matematik aku ? Wakaka. Tuh semua kisah lampau memang gempak dan time tuh aku tau yang dia cikgu disiplin terbaik! First2 dia masuk kelas aku , bapak cuak dowh! muka tak bleh blah aku cakap tapi semua itu hanya pandangan luar ajer ! Miahaha papepon cikgu matematik aku memang terbaik !

Pastu aku dipindahkan ke Sekolah Menengah Desa Skudai , coz kediaman aku dekat ngan sekolah tuh , hoho bukan sebab aku jahat ok! jangan nak ngade2 cakap aku budak samseng yang kerap dibuang sekolah . aku bukan dibuang , tapi aku di pindahkan . terpinggir syit! Miahaha .

Kat sekolah nie macam2 jenis cikgu aku jumpa , tapi aku tabik spring class kereta kat cikgu Arba'yah coz dia memahami 'kami berdua' miahaha . walaupun cerita ini cerita lama tapi aku still ingat weh! jasa cikgu yang cute ngan senyuman hik hik . Ok sekarang aku nak cerita cikgu BM aku plak .

Cikgu yang sempoi dan smart jer kemana ! Cikgu Azmi bin Ahmad , tapi aku dengar sekarang dia dah naik pangkat kat pejabat kementerian . hoho terbaik! papepon cikgu Azmi memang sempoi dowh , kau ajak la dia main bowling kompem kau kalah sebab dia pro aku plak noob . wtf ! Cikgu erm bilalah nak payung den lagi aih!

Cikgu Norheza! Cikgu add math yang terbaik dari ladang , walaupun aku nie kadang2 tak pernahnya nak siyes time belajar tapi dia tetap sabar ngan aku , mungkin aku cute sebab tuh cikgu tak berani nak marah kan ? Miahaha Sokey . Cikgu terbaik yoh! raya ku datang , kuih kasi banyak please kekeke.

Oraite Cikgu


Credit Picture to [Click]

Cikgu Zailan , Cikgu yang takleh nak beta , kalau korang cakap 'Ayam kuar dulu dari telur' - kompem dia jawab benda2 sampai korang takleh jawab miahaha . Aku pernah bengang time tuh aku 4 orang ditahan sebab bawak motor masuk sekolah ahaha Kami ada Lesen Cikgu! kenapa cikgu kenapa ? miahaha . Akibat daripada itu , helmet kami disimpan untuk apa ntah , tapi setelah dipujuk akhirnya dapat jgak helmet tuh . hoho tapi time dia balik la dia bagi .cis ! sajer nak suruh kitorang teman ahahaha

Ok lah nie jer lah serba sikit pasal cikgu-cikgu aku yang mantol dan cikgu-cikgu aku yang terbaik dari ladang . walaupun dorang kadang2 mereng tapi dorang tetap cikgu aku yang cool . walaupun dulu aku kena sebat ngan Cikgu Rosnani. ahaha Akan ku kenang sampai bebila beb !

so papepon nak bebel sampai berbuih memang berbuih la jab lagi . papepon jugak la nak cakap sikit selamat Hari guru cikgu2 sekalian alam !Walaupun ada angpa yang tak ngajo pun aku nak ucapkan . don't worry kerana angpa aku mendapat ilmu , kerana angpa jgak aku mendapat pengalaman hidup yang berbeza. Terimas!

Once again : SELAMAT HARI GURU
Regards
Melz

500 Hari Dalam Satu Musim

May 13, 2010

Salam Dari Melz

hai guys ! Oh lambatnya 18/05/2010 . dah tahap bosan aku stay menanguk kat kolumpo nie wtf! . takpe mel . masa tuh kejap jer belalu macam entry yang akan aku bahaskan ini , ada kene mengena ngan masa tapi masa ini merujuk kepada 'Musim' . Apokobondo aih kau jang oi nak bebel pasal musim2 plak nie ? hahh jom teruskan membaca ;]

Bermulalah ceritanya .

Hehe relax kat kolumpo nie kalau takda benda nak buat memang bosan , so macam2 cara la nak cari untuk hiburkan kepala hotak yang kosong nie . Aku plak kalau nak bawak lappy dari Johor ke Kolumpo memanglah malas dan aku rasa korang toksah cakaplah coz aku memang pemalas nak bawak bag banyak2 ahaha .

Ahh teringat plak Dulu-dulu time 'musim' school pun aku bawak bag macam takda jer . yela buku teks semua bawah meja ahaha . Cikgu nak marah pun cam takleh marah sebab tak sampai hati nak marah miahaha .yela nak wat camne muka cute takkan nak marah nanti apa plak jadinya Ok takleh blah dah nie . Sila skip yang ini*


Lakonan yang sempoi , awek yang sempoi , jalan cerita pun sempoi ,
ops lepas nie ada AdnanSempoi ke ? Miahaha wtf

Okok back to entry lah kan . Camni , apa yang aku nak kongsi ngan korang pasal cerita 500 Days Of Summer . Woh cerita ini memang gempak , tapi kalau korang belom tengok, dont worry babeh aku memang takleh tolong yang tuh , pandai2 la korang cari. Miahaha

Actually cerita ini dah lama kot . Time 2009 tahun lepas lah kan so dah lama la tuh zzz . Aku rasa aku jer yang ketinggalan tiang/zaman apa lagi ? Lsit please miahaha okok serious!. Cerita ini aku layan relax2 jer kat lappy abang aku wakkaka tuh pun lepas bangun tidur pastu cambest plak coz memang bestlahkan ahaha . Babun jiwang jgak abang aku nie. tapi nak wat cane cerita ini memang gempak dan flow cerita dia menarik !

Flow dia cantik aku cakap sebab dia ada 500 hari bersama seorang perempuan dan korang kena fahamlah kenapa nombor iaitu hari itu berubah2 coz dia flashback kenangan lama bersama awek dia . camtuh la dari pemahaman aku . Tapi Overall memang terbaiklah cerita ini . aku dah tengok 3x kot . Ahh korang apa tunggu lagi ? gogo pergi download please . cari jer kat celah2 mana kat dalam Rapid4me.com

Oh ya , sekali jalanlah aku nak share lagu yang memang best gilak , aku dah tangkap cintan ngan lagu nie dan mungkin korang pun akan tangkap jgak bersama aku coz melodi dia yang sempoi lebih kurang macam lagu-lagu dari TheFray . Tapi aku tatau sapa nyanyi coz malas nak gali lagi miahaha . Korang enjoy jer la okeh



Jangan Terlalu Mengharapkan Sesuatu Yang Mungkin Atau Tak Mungkin Terjadi!

May 12, 2010

Salam Dari Melz

Sebelum tengok Adamaya 6.30pm nanti , aku ada terfikir entry ini ada kaitan ngan Dani la sikit so aku terus tambah sikit untuk pendahuluan atau aku cakap mukadimah , tapi bukan menyeluruh atau kalau korang nak adaptasikan secara menyeluruh , itu terpulang kat korang lah kan . Tengok cara Dani nie dia punya mengharap tak ingat dunia dan kau tengok cara dia derita camna ? Papepon Adamaya dah nak abes der . dah2 jom kita teruskan ngan entry ini !

Setiap orang ada ajer benda baru yang ingin dicuba , tak kesahlah cubaan itu akan gagal ataupun berjaya , tetapi sekiranya mencuba dengan penuh yakin dan minat . Pasti cubaan itu mendapat peratusan yang tinggi untuk berjaya . Namun janganlah terlalu hampa pabila gagal , cuba lagi untuk cubaan yang lain .

Aku bukan nak story pasal cubaan dalam kehidupan coz itu semua mungkin aku akan utarakan dalam entry untuk kemudian hari , aku sekarang nak utarakan entry 'harapan yang sangat gila-gila boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam diri' ! Fikirkan semua ini setelah selesai entry ini dibaca !

Aku mencari sesuatu disebalik entry ini juga . kerana apa yang aku utarakan adalah salah satu pengalaman hidup aku . dan ada juga pengalaman dari rakan-rakanku kerana aku pernah dilabel 'Good Listener' ahaha aku ingin ketawa juga tapi apakan daya ia mungkin bahan gelakku ataupun mungkin bahan yang benar dalam diriku tapi aku masih belum sedar. siapa tahu kan ? Kita kadang-kadang tak dapat baca apa keistimewaan diri kita ini. hehe

Aku kadang-kadang akan terlalu mengharapkan sesuatu dan kadang-kadang aku tidak mengharapkan sesuatu itu untuk terjadi pada aku . Biarlah ia secara tenang dan mudah untuk datang pada aku. Aku pernah mengharap dulu , memang perit jiwa ini pabila mengharapkan sangat tetapi ia pudar dari satu masa ke satu masa setelah banyak laluan lain yang aku terapi dalam kehidupan ini .


i harap!

Seperti tajuk entry ini , Mencuba untuk tidak mengharap adalah lebih baik daripada mengharap. Kerana bagi aku , jika kita terlalu mengharap mesti kita akan bermusuhan antara satu sama lain sebagai contoh : 'berkata ingin tolong iaitu bukan kata janji' , 'bercinta' , 'aku mungkin datang' , 'kompem aku datang' dan macam-macam lagi .

Aku motivasikan diri ini untuk tidak mengharap dan sering aku utarakan 'Jangan mengharapkan sangat okeh' sekiranya buat event ke apa . kita fikir yang kita nie merancang dan 'Dia' yang menentukan . Ayat ini sentiasa aku ucapkan kepada diri sendiri ;) sebab aku takmau kecewa coz aku tau itu adalah harapan yang akan jadi atau tak jadi. harapan boleh menjadi sangat perit! ingat tuh yep coz aku pernah mengharap dan disebabkan itulah aku ingin kongsi ngan korang semua !

Ok kompem i balik 18/05/2010 ke JB . Sapa yang still kat KL .taknak bawak i jenjalan ke ? miahaha.

Ada Orang Terasa Dengan Entry Aku ? Bagus ! AKU PUAS!

May 10, 2010

Salam Dari Melz

Tengok kiri , tengok kanan , tengok depan dan akhir sekali belakang . Takda orang , maknanya aku seorang-seorang jer type entry ini . Ini terbukti , sekiranya aku berseorangan dan bertemankan environment yang tenang dan relax . mesti macam-macam aku boleh type . Dari satu benda kepada satu benda yang berkait dan mungkin entry-entry aku boleh buatkan korang ketawa , menangis , marah dan macam-macam lagi . OK jom baca leklok dari A sampai la Z ye!

Walaupun aku menulis dalam keadaan seorang , tetapi pembaca iaitu korang mesti ada menemani aku . Terima kasih kepada korang yang terus membaca nukilan aku yang tah pape bagi seseorang yang mempunyai sifat 'dengki' . Penulisan aku kalau korang faham baguslah coz aku lebih suka memberi 'keyword' dan 'isi tersirat' dari sound direct yang ntah pape ahaha. Untuk mukadimah boleh sangat korang skip tetapi isinya . fahamilah baru utarakan comment dan macam-macam . hehe

Walaupun aku menulis dalam keadaan yang agak 'poyo' termenung dan menulis seperti orang takda masalah . 1 perenggan bolehlah abeskan 1-5 minit sekiranya otak aku kosong tanpa memikirkan orang lain . apasal ngan orang lain plak ? Erm camni , sekiranya aku berfikir orang lain akan mengkritik entry aku , erm pastinya aku ingin menulis dengan penuh berhati-hati ini kerana aku tidak ingin dikritik . namun begitu , apa yang aku tulis ini adalah dari pemikiran terus ke entry tanpa memikirkan orang nak marah ke , nangis ke , tacing ke apa ke . itu semua korang punya pasal la kan ?

Tapi janganlah nak herdik / marah / maki / hina / caci / sial / semua negatif la malas aku nak listkan karang korang cakap plak aku yang bagi kata-kata negatif kat korang ahaha . Kita nie ada adab . tulis ikut adab mesti orang suka ngan flow kita . setakat perkataan 'bodoh' itu semua ada dalam kamus dewan boleh la kan ? ahaha . fikiran janganlah sempit sangat ye benda kecik jangan kasi tacing sangat !

Erm aku terfikir kalaulah ramai orang memerhatikan aku dan sememangnya orang-orang itu aku tak kenal . aku akan rasa segan untuk menulis haha .Yelahkan ? Orang pun pelik apalah aku duk bebel dalam blog ini . dan kepelikan dorang tuh membuatkan aku menjadi lebih pelik pabila aku pelik melihat cara dorang melihat aku yang sebuk menaip entry yang terjadinya daripada nukilan aku sendiri .

Aku kerap berfikir luar dari jangkaan juga , tapi bukan perasaan orang terhadap apa yang aku tulis tetapi aku terfikir kalaulah kawan-kawan aku duduk disebelah aku dan dorang melihat apa yang aku type panjang-panjang dan dorang akan mengatakan kepada aku , kau ni buang masa je ke ? Tapi aku tak jawab apa yang dorang cakap malah aku senyum jer coz aku faham ada certain orang tak paham apa itu blog dan dorang tak tau apa fungsi blog ini ? Kau type-type tapi apa hasilnya ?


Padan muka! ahaha kenapa orang tunjuk ibu jari sebagai tanda 'bagus' dan 'padan muka' ?
aku masih tak dapat jawab !

ok hasilnya Puas! Aku puas luahkan apa yang ingin aku luahkan dan semuanya tertera didalam blog ini adalah hasil luahan aku . Sekiranya korang luahkan didalam blog mungkin* 1000 jenis orang yang akan membaca . Dan daripada 1000 tuh mungkin 500 akan terasa ngan apa yang aku tulis kerana pengalaman hidup dorang mungkin akan 'clash' ngan apa yang aku ceritakan . tetapi 500 orang lagi akan mengambil itu sebagai iktibar dalam kehidupan .

Sekiranya orang marah ngan apa yang aku tulis itu . Itu bermakna Entry aku berjaya membuatkan orang 'terasa' hehe ;] dan berjaya mengambil point-point penting dan menyedarkan banyak pihak ! Dari situ aku puaslah kan ? ahaha Tapi janganlah amek point simple yang sememangnya bodoh jer akan berfikiran begitu . come on aku menulis semua bukan untuk bergaduh tetapi untuk sama-sama sedar . aku nie pun masih new atau orang panggil 'freshmeat' so apa lah nak gadoh-gadoh kan ?

Apa-apapun aku puas setelah 9 bulan berblogging ngan macam-macam kerenah orang ! Aku ulang aku PUAS! ahaha

Dari Jb Ke Kl Dan Sedikit Kerja Bersama 2 Awek Single !

May 7, 2010

Salam Dari Melz ,

First nak cakap , doakan semuanya berjalan lancar untuk event RinaSalleh inie . Hoho dah banyak dia support aku dalam event -event aku yang lepas now ! aku plak yang support .gogogo!


Sorry tempat dah penuh . ada la 100 orang wanita's yang hadir ahaha.
Jangan tanya ku nak join ke apa ke itu ke . ini bukan event aku . so harap maaf la yep ;]

Sorry sesangat tak update . ahaha pom tengok Email bersepah terus ekeke . sorry yoh akan mel jawab 1 by 1 pasal blog , nuffnang dan lain2. harap faham kesibukan aku lately yang sememangnya lepak kat rumah jer actually ahahahaha .

Aku dari JB 5/5 tuh pepagi dah gerak kuar ngan muka sangap coz tidor 3 jam jak . Pom mak aku kejut , mel bangun aih kang terlopas flight kol 8 kang .ahhh bangun mandi semua dah siap barang packing sejak kol 3AM 4/5 tuh . dan2 terlupa satu barang paling penting semasa travel . Adeh charger gua lupa bawak siut ! Cilake . Amekobat seb baik abang aku kat kl ramai kawan yang ada Nset SonyErricson ahaha . OK setel problem

Ok siapakah dua awek tuh ? cak-cak . 1 YnaaOhYnaa a.k.a YnaaSengalGiler! Miahaha . wtf lama giler siut tak jumpa dia . terus laga-laga pipi ececece ahahaha . kontroversi sien ! ok takda pun , pandang pun cam bengis jer kan ! Uhuks.


Mel & Rina Muka ngantok takleh blah ahahaha kantoi !


cool tak aku ? ke sejuk ahaha . babun puji diri tak perabeh ! ahahah
Si ynaa ntah nak buat nanded kat hidung kekeke
Rina tuh nak promote coklat plak ke ? :]

and keduanya . thanks to RinaSalleh coz fetch mel kat Kl sentral . ingatkan nak suruh jer rina nie amek kat LCCT . tapi kang kompem kena libas ngan parang wakaka . Sumpah aku sakit jiwa naik bas ke KLSentral coz enjin dia . aduiyai semput time naik bukit . elak tak sampai jer ahahaha .


Ynaa yang sengal ahahaha. makan jer tau ! Wekk .
tuh coklat menimbun lepas nie abes la tuh ahahaha

tapi aku selamat sampailah kan . terus kitorang lepak kat Ikano , ntah si YnaaSengalGiler cakap tempat nie boleh main ikan-ikan . tapi sekor ikan pun aku taknampak . tape-tape . nanti aku ajak dia pergi BuayaNo kat Jb plak na. kita duk layan Buaya sampai lebam kat sana . ahahaha

Sampai-sampai terus makan .apa lagi bebel jer la kan .ahahaha tapi aku relax , aku kan cool dan cute so tak da la banyak cakap miahaha .dorang gossip aku relax jer ;)) . lepas makan dan gossip , kitorang pun carilah port nak lepak bikin web ngan coklat bagai semua kan . terus jumpa Setarbak kat tepi sana . terus kitorang lepak dan tunggu giliran untuk duduk .cis cilaka time tuh plak la kan banyak orang nak lepak cis cis more more !


Aku tau muka aku cam selenger mintak 20sen . ok stop jangan kecoh !

Pastu ada la sikit adengan kitorang yang ntah ok ntah tak . korang tengok jer la . semua gambar ini dikreditkan kepada ynaa dan Rina . aku malas nak amek gambar coz dalam jiwa ku dilema , cam mana aku nak cas enset ini nanti :( isk isk miahahaha

Tuh jer citer yang mel boleh bagi tau kat angpa . yang lain semua ada dalam peti besi . ahaha dan ini adalah entry 20 Minit coz masa dah nak abes. Ku lepak CC dowh ! ahaha

Enjoy Guys .

Bye² MelRomeo.Blogspot.com | Hye² MelRomeo.Com

May 4, 2010

Salam Dari Melz

Lupa plak nak Bagi tau kat korang yang MelRomeo.Blogspot.com Telah Bertukar Menjadi MelRomeo.Com ahaks. Platform yang aku gunakan masih Blogger.com iaitu free hosting dari Google.com ;] .



Ada ramai jgak yang tanya kat aku , takda apa² effect ke kat blog kalau tukar domain ? ada . seperti entry yang lepas aku bagi tau kat korang lah kan sila [click] , antaranya

1. PR korang jadi 0

2. Rank Alexa kau jadi berjuta² lemon

tuh jer kot , yang pasal nuffnang tuh aku tengok masih menjadi 5 bintang kesemuany ahaks! Actually dia sebenarnya macam domain yang baru = domain yang baru lahir . Tapi takyah fikir sangat coz benda nie nanti akan dapat baik time to time. Relax yoh

Proses nak tukar senang jer sebenarnya , yelah kalau ada domain sendiri rasa bersemangat sikit nak buat entry ahaha and lagi satu korang dah kuarkan duit untuk blog korang sendiri. Domain ini orang panggil Nama address dan Hosting adalah tapak kita berpaut pada server. 2 perkara berbeza ok kengkawan.

Aku pun cam kureng sihat hari ini , just nak mention yang blog ini dah bertukar domain jer. sorry coz lambat ahaha . And 1 lagi soalan yang kerap ditanya - Berapa harga domain ?

RM30 Untuk Setahun di Netkl.com . Step² beli² domain ini korang boleh rujuk Kuehtart.com .

Melz : Maaf Mood aku lari lately untuk buat entry ;(
Yang Benar ,
Melz

Urghh. Aku nak Marah ! Sabaq Melz! sabaq !

May 2, 2010

salam dari Melz .

Salam tetap salam beb coz aku hormat korang hehe ;] tapi korang jer tak jawab kan ? Jujur please ;] ahahahaha .

aku nak merepek dalam entry kali ini . korang jangan baca please coz aku memang gila vavi stress nak mampus. urgghhh banyak benda plak hari ini jadi . tapi takpe aku relax . relax kepala kotak kau relax = = . urhghh tamo tulis sebenarnya tapi terpaksa coz aku tatau nak releasekan stress nie camna . sampailah aku terbaca artikel . cara2 menghilangkan stress iaitu menulis . aku tak suka tulis . aku suka menaip ! wtf urghhh

Wtfish apsal nak marah jer nie . aishhhoo bengang wow bangang! urghhh tekanan ada sikit time² camni . baik korang jangan comment . kang aku sumpit kang grrrr . adehhhh stress nak mampuih! den dah kobaq ang tak caya . ok malas nak type . nie jer aku nak marah . marah lebeh2 pun boleh bikin kepala jadi gunung berapi. urgghh

Apa yang aku nak habaq nie ? meh aku habaq kat ang semua . Den dah marah benor dah nie. coz den perabeh duit kredit coz mende2 camnie jer . urghhh tak boleh ke pindahkan Domain jer dan den akan stfu takkan ganggu korang wahai hosting² dan domain² Supplier ??!!! Domain tuh kan satu naungan kenapa lah nak jaga sangat duit takat Rm30 dari sorang client ? wtffff aku bengang giler dah nie .

Sambung lagi *(&*(^*&^()&)@)#&)@*#&#))($&% . Urghhh bye urghh..

Selamat Hari Pekerja Buruh Dan Selamat Menyambung Ketiduran !

May 1, 2010

Salam Pagi dari Melz,

Fuh pagi-pagi yang sememangnya belum lagi aku lelapkan mata nie . ceh nak wat camne aku suka kerja time pagi² buta . Ada orang tuh cakap kalau kerja hari sabtu dan tengah pagi buta bermakna orang itu sedang berada dalam keadaan (BM) Bangla Mode ? yeke dan siapa orang yang cakap tuh eh ? jabbb aku la Miahaha .


Beriya jer lebih kau kan mel ? ahaha

Okeh , pagi² lagi aku dah tanya mak aku 'ma ari ini hari apa ?' ceh menggedik padahal ada Calender kat desktop tuh , ada jgak kena hempuk tapi ma aku nie la bestnya , aku tanya soalan dodo pun ma aku jawab . muah kiri kanan ye ma ahahaha.

Okeh hari ini hari Sabtu ! dan hari ini Hari Buruh . Hari buruh itu apa ? hari buruh tuh hari pekerja . Pekerja yang terbaik dari ladang dan pekerja yang makan gaji buta serta pekerja² yang relax² tidor kat belakang opis dan pekerja² yang memang suka menular seperti diri ini ! ecece



Hoho pengalaman Praktikal aku Baper tahun lepas.

Aku ingin mengucapkan ! Selamat menyambung ketiduran dan selamat hari buruh serta selamat hari minggu ! Best kan ? Aku ini orang kerja ke tak kerja , kena kerja jgak beb sebab aku nie pekerja freelance yang termacho dari pasar malam . Hoho kena la buat kerja itu ini untuk bikin web² yang bakal aku hidangkan kepada client aku. ececece Client macam la ko dah ada company mel oiii . InsyaAllah suatu hari nanti siapa tahu kan ?

So kepada yang bekerja or tak berkerja , Aku ingin buat poll sikit menggunakan Comment . Ada berani ? Sila pilih yep . just nak tau jer ;]

POLL :AKU SEORANG !
A. Aku Seorang Pelajar
B. Aku Seorang Pekerja

C. Aku Seorang Pengangur terbaik dari pasar malam !

Best Regards ,
Melz

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo