Bye² Semua ! Urghh Sedih Plak Tetibe ;]

Apr 30, 2010

Salam Dari Melz

Aku dah buat kata putus dan kata hati yang sangat terkesima , walaupun berat mata memandang , berat lagi duit poket aku untuk kuar . eh apsal lain macam jer ayat nie ? Miahaha. yela aku nie kerja pun Freelance jer beb. Buat website tu ini dapatlah duit makan sikit kan ? ekekek. Okeh aku bukan nak story pasal life aku lah kan . tapi aku nak story pasal Web MelRomeo.blogspot.com will be banished from google.com ececece.

Macam aku cakap ngan korang dululah kan, aku akan tukar background bagai semua , so saper nak theme nie weh? ahahaha aku jual lelong ahahah. Poyo ada plak nak belikan ? ceh buang airliur jer aku menulis ni.

Urghh actually aku dalam dilema sebelumnya , yela dari 0 naik atas cam shit rasanya ahaha. Itu ini aku harungi now aku nak ucap selamat tinggal walaupun berat hati untuk melihat namun aku harus mencuba untuk menggunakan nama sendiri kekeke.

0. Theme
Bye Theme! Coz aku akan tukar lain la jawabnya . aku actually benci giler 3 column nie ahahaha tapi nak wat camne , 2 3 kali bukak rasa best plakkan ;] Neway aku tengah develop lagi theme baru aku . Coz pelik banyak sangat error Cis!



Apa yang ingin aku ucapkan selamat tinggal ini ? Oh no ! Aku bukan nak berhenti berblogging la weh , aku just nak tukar domain.com jer . Aku dah bagi duit kat kakak aku yang terhot! ahaha So apa yang aku nak say bye² nie ? Jom usha

1. Page Rank



Page Rank aku dah 3 sebelum ini . So apapun dia akan menjadi 0 la sebab aku akan tukar domain. Bye² MelRomeo.Blogspot.com! Isk pedih jgak nak dapat PageRank nie .

2. Bintang² Nuffnang



Bye² Bintangku! Sesungguhnya ini jer yang aku kejar selama ini WAKAKAKA . Aku suka tengok bintang tuh menjadi 5 semuanya kekeke. Aku mengutip bintang² itu dilangit yang indah ecece dan² berpuisi kau yep mel!

3. Alexa



Walaupun aku takda hal sangat bab menatang nie coz benda nie boleh manipulate sangat! dan boleh nampak sangat kemanipulatetan dia. Tapi hohoh jangan cakap aku manipulate ok ! Tak langsung! atau Langsung tak aku gunakan apa jua cara untuk menaikkan Rank Alexa blog ini Hohoho.

4. SiteLink dari Google



Aku teruja jgak la dapat 3 dari google . Mekaseh yep google but now i have to say good bye to blogspot la brader coz i pun nak pakai MelRomeo.com nie! huhuhu

Papepon Thanks kepada korang yang terus menyaport aku okeh! Love yahh
Bye² MelRomeo.Blogspot.com | Hye² MelRomeo.Com

Regards Melz!

Vlog | MbCk Crew Meeting Dalam Kereta

Salam Dari Melz

Group MbCk mesti korang pernah dengar kalau korang pembaca setia MelRomeo , ececece dan², ado plak ekau pembaco setio yoh Melz ? Ok actually group ini start dari sekolah lagi dah ada , nak story memang panjanglah kan apa kata korang gunakan Search Button tuh dan tulis Mbck . mesti ada 1 entry pasal kitorang nie.


Nielah geng² biol gua !

Gambar nie disnap time kitorang ada kat Jusco Tebrau Yohh! ahaha , masa tuh parking dah la besar memang gempak la kitorang menjahanamkan kereta sewa tuh ! Miahaha . Kitorang masa tuh sewa kereta Kancil . Ceh Bodykit jer kancil tapi enjin Nissan Skyline sebijik bai ! jangan tekejut ! Miahaha . Time nie jgaklah kitorang praktis men drift coz time tuh kereta tak banyak so bestlah layan drift ahaha . Siyes bodoh giler!



Time nie plak kitorang nak lepak makan². Siyes cam syit jgaklah time nie . Si 'b' tuh makan mekdi + Steambot + Shisha = Muntah WAKAKA Hoi aku bongkarkan rahsia kau nie weh !. Jambu siut muntah lepas makan kekeke . Papepon kitorang ada la snap gambar muntah dia , fuh memang terbaik! muntah kat parking mekdi plak tuh. Relax eh


Video Meeting dalam Kereta !

Melz Soalan : Apa kata Korang terhadap 3 Orang member aku nie !

2 Petua Sengal Dari MelRomeo | Mesti Jangan Cuba!

Apr 29, 2010

Salam Dari Melz

Entry nie aku buat sajer² coz memang bosan tahap dewa² so aku harap korang layan la eyh dengan penuh rasa curiga dan penuh rasa sayang terhadap diriku ini kekeke. Aku yang bosan nie sengaja cari petua yang sememangnya tak boleh diterima pakai dalam akta 28 Kanun Keseksaan boleh dimandatori kejadah apa aku nak bebel nie pun aku tatau dah aih . Jom usha !

Petua Mewangikan Diri Anda Untuk 28 Jam.


Der gua ingatkan lagi nie , roger parent kau dulu sebelum buat petua nie
coz petua nie mujarab! hak²

Derr lu cite sikit kat gua pewangi apa yang boleh tahan 28jam ? Ada ? takda ke ada itu lu punya produk la kan , lu toksah bikin panas kat sini yoh ahaha . Poyyo giler kan ? Produk ini memang terbaiklah coz boleh hindarkan diri dari LIPAS , NYAMUK dan segala serangga yang boleh bikin korang panas! Sememangnya Produk ini 20 dalam 1 so boleh la try. Ini bukan iklan Racun Perosak ok! kalau nak try petua² nie , sila announce kat keluarga terdekat dulu dan sign surat² apa yang patut . WAKAKAKA

Petua Mendapatkan Lesung Twitter kat Pipi


Derr lu tekan dalam² sampai berdarah baru masyuk derr! keke

Petua nie petua main² so take note kat situ , jika pipi berdarah sila²lah lap ngan tisu yep Ahahah. Neway item yang digunakan untuk cucuk pipi tuh kalau makin tajam makin powa! Kelihatan aku menggunakan Pensel 2B ciptaan ApekCina. So kalau nak kasi tajam , apa yang harus korang buat ? Sharpen la dulu bai ! Ahaha ok Kalau kita gunakan hipotesis sains dulu² time sekolah kan ? Semakin tajam semakin dalam Lesung Twitter yang akan terhasil. Ecece dalam blog pro plak cipta hipotesis tapi kalau dalam kertas jawapan tak macam gagap plak kan ? cismore betol !

Petua Mencantikkan Kuku Tangan!

Ok² nie serious part la kan, aku pun tak hebat bab petua nie sebenarnya tapi korang boleh la usha kat sini [Click] Petua nie memang betullah kan sebab mak aku pun dah buat. Usha dan praktikkan , Save budget bai! Takyah nak beli pengilap kuku bagai tuh semua , buang kacing² jer semua tuh ahaha.

Oklah 2 Petua Mesti jangan Cuba dan 1 Petua Mesti Cuba! Hak² Kalau nak lebeh² lagi [eh lebih² plak dia nie] , korang usha jer la yep Infokami aku tuh , banyak lagi Petua yang mak aku nak tulis nanti ;] Kekeke

So korang nak petua dari aku lagi tak ?

Contest "Tunjukkan Bakat Anda"

Apr 27, 2010

Salam dari Melz

Hoho seb baik si Ery ni ingatkan aku kat Twitter ;] mekaseh Ery . Actually betul² mel dah buat tapi tertinggal plak file dia kat KL sana . Ekekeke , kalau nak balik kl memang 5/5 nantilah jawabnya coz nak join event RinaSalleh nanti. [Don't worry later mel review sikit pasal event 9/5 tuh okeh ;]
Contest EryFariha



Header No 1


Header No 2

Review Sikit dari Melz terhadap Header yang mel buat sendiri ini !

Oraite header yang mel buat kureng 30 minit nie . tup² dapat plak idea nak buat cam button untuk link blog . ekekeke. nampak boleh la layan bagi mel la kalau korang tengok tatau la camne ekekeke.

Disebabkan blog si Ery nie penuh ngan warna² warni , so mel try adaptasikan diri menjadi pelangi sebentar . Agak sukar sebab tak biasa dengan banyak warna tapi disebabkan pandangan kerap beralih pada tudung yang colourful tuh so dapatlah sikit² sesuaikan diri bersama warna² tuh !

Header ini mel gunakan format PSD dan PNG . So nanti senanglah kalau nak ubah² . kot² ada niat nak tukar domain ke kan ? ahahaha boleh la ubah pada file PSD tuh jer kekeke . So kepada korang tuh yang nak buat header boleh jer rujuk Tutorial tuh dan satu lagi Wajib gunakan PNG baru nampak gempak ok! PNG dalam bahasa Urban dia "Portable Network Graphics" !

Mel gunakan size Pixels 700px X 300px so mel rasa oklah kot untuk satu header camni , lagipun header besar² nanti tatau nak taruk apa kat dalam ruangan. Ahaks . Itu pun duk godeh dalam kamus dewan dan pustaka untuk mendapatkan ayat yang agak romantik dan ala² sama :P

Mel jugak menggunakan Transparent sebagai header ini supaya si Ery ini bolehlah nak tukar design background belakang dia dan takkan ganggu punyalah ahaha . So kalau nak cari Design Background lelawa mel suggest kat sini [click]

Apa lagi eh nak cakap ? ekeke bebel panjang giler kan ? LOL sokeylah kan itu jer mel nak cakap


Jom Join ! ahaha Esok Last :\

Persoalan : Amacam Header ini ? Ok ke tak ? Jujur ahaha!


MelRomeo New Header New Season

Salam Dari Melz

Semalam memang aku takdapat fikir apa siut untuk buat web design tuh . Cis idea kelaut weh ! Tapi akibat daripada takda idea nak buat web tuh , so aku pun apa lagi mulakan kerja-kerja menconteng bersama KedaiGambar [Photoshop] kesayangan aku la kan.

Conteng² 15 minit jer kot , dapatlah header baru . Takdalah lawa sangat tapi idea nie dapat tang aku tengok orang ramai² tengah borak-borak tapi aku taknak letak muka so dapatlah idea camtuh kekekeke.

So Sharing Is Caring Season, Lelaki dan Perempuan Season, MelBlogger Season, Where Real Bloggers Meet Season, ♥ To make Friends Season tuh semua dah lepas dah. Hak² so now mel ngan macho dan cutenya di pagi raya yang indah nie, aku nak announce la yep bahawa blog melromeo.blogspot.com akan bertukar season kepada WaTanyaLuJawab atau bahasa cantik dia "aku tanya, korang jawab" Season !


New Header New Style . Less QQ

Actually Season nie aku akan buat entry yang bertanyakan pendapat, cadangan, dan pandangan korang sesimple yang boleh. Don't Worrylah aku akan elaborate sikit2 pasal benda tuh semua so korang relax² jer. Oh ya tak lupa jgak, Season ini aku rasa korang pun boleh gunakan tajuk yang aku utarakan tuh untuk dijadikan entry. Coz kalau korang nak jawab comment aku tuh cam tak cukup ruang ke apa , hah amek ajer takdahal ;]

Contohnya Aku cerita pasal entry akan datang "Apa Hadiah paling chambest yang aku/korang pernah dapat? " Ini persoalan, so korang pun boleh jadikan persoalan ini untuk entry korang . Senang jer kan? kalau korang dah takda idea la yep hek².

Lagi satu jugak, dah namanya soal jawab kan? So sekali jalanlah aku jadikan kepada Xm Mode iaitu nama panjang dia Exam Mode LOL pendek jer. So aku sekali jalan jgak lah nak ucapkan selamat maju jaya kepada yang menduduki peperiksaan iyo!

So aku harap season kali ini dapat mengeratkan lagi blogger antara blogger yep ! itu jer aku nak hak² . Enjoy blogging and reading my blog ! Ok babai nak tidor O.o <--- cam panda dah ahaha

Regards
Melz

Bila Kau Bercinta Dan Bila Kau Tidak bercinta

Apr 24, 2010

Salam Dari Melz ,


Please Go Away kejimbit kau !

Come on lah mari sini aku cerita pasal benda ini . Mungkin certain orang meluat nak dengar tapi kalau kau fikir dalam² , mungkin kau akan berterima kasih kepada aku. Hidup ini mudah kalau kau tau caranya , bukan nak belagak tapi nak tegur dan bagi tau cara yang paling sesuai bila kita berada di dunia nyata .

Aku nak cerita panjang pun malas tapi ada baiknya kalau korang luangkan masa untuk membaca secebis idea yang sangat bernas dari LuthTextile . Actually aku memang bookmark dah topic yang diutarakan oleh LuthTextile so aku pun ingat takperlu aku ulang apa yang telah dia utarakan. Kata-kata yang memang boleh buat kita terfikir sejenak pun ada . Nice entry dude !

Oraite sekarang aku nak bercerita 'Bila Tidak Bercinta'. Aku bercerita dari pengalaman , kalau bukan dari pengalaman pun takkesahlah kot sebab dari pemerhatian aku pun dah cukup memadai , ini bukan cerita membabi buta coz kita tahu babi itu khinzir dan babi itu binatang! Aku bercerita sebab aku ingin menegur buruknya bercinta bila tidak tau caranya . Kau fikir dalam² apa mesej yang aku nak sampaikan .


Mula² start bercinta semua ada janji manis la kan ;] ahahaha

Kalau kita fikir dalam² tentang pemerhatian aku terhadap cinta . Dulu semuanya indah , iyelah awek/pakwe tuh buat apa pun semuanya indah belakalah kan . Berkepit sampai tak ingat dunia pastu in the end lu fikir apa yang aku nak cakap nie weh . Last² bila putus . Cilaka , *&^() , Bull Sh*t semua benda negatif kau pacak kat dia kan ? Itu aku rasa tak cukuplah kot kau hina dia dan kau maki dia sampai dia takleh blah la kot .

So kat sini kau fikir dalam² hypokrit yang sememangnya cilaka terhadap 2 pasangan itu . Tak kesahlah A marah B dan B marah A . Tapi kalau kau tau cara bercinta . Atau aku nak story "Matang" bila bercinta . Even kau dah bergaduh sampai nak rak , tapi ending dia janganlah maki sampai nak bertegur pun tak boleh . Itu bodoh namanya . Contohnya cerita Adamaya si Mika dan Sarah . Alahai cam syit plak aku nak tengok perangai camtuh kalau kat depan aku .

Weh dulu baik² coz masing2 suka dan sekarang cam syit bila masing² tak suka . Weh tak boleh la camtuh , kau orang fikirlah baik² kita hidup ini ada jangka masa panjang dan ada jangka masa pendek . Tak apa aku olahkan dua-dua bagi korang faham apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya .

Jangka masa pendek - Kot²lah kalau tiba² dia mati sebab exciden ke sakit ke apa ke . Kau nak cakap apa ? Ego kan ? Best kan ?

Jangka masa panjang - Benda kita tak boleh duga , dulu kau approach cara baik , come on lah putus pun cara baiklah . Sebab kalau kita fikir cara panjang. Ex kau tuh akan jadi kawan baik kau . So kita merancang untuk putus , tapi takdir kalau tiba² kau ada jodoh balik ngan dia kan senang. Come on lah Fikir dalam² apa yang aku nak story ini.

Aku bagi contoh lagilah . Umur kau tetibe jer meningkat , tapi kau masih belum berkahwin sebab kau terlalu memilih dan ex dulunya kau buat taik sangat² sampai nak berjumpa pun tak boleh dah. then sampai ketua kau tak jumpa calon . apa cer ? Dan cuba kalau kau tak buat taik ngan ex kau tuh mana tau daripada 5 orang Ex kau yang masih single ? Kau boleh bikin calon apa ? Fikir dalam-dalam apa yang aku nak story ini.


Tak jadi kawan baik pun takpa jadilah kawan biasa kan ? ;]

Moral yang aku nak roger kat entry ini bila bercinta itu ok jer , kalau tak bercinta tuh pun ok la kan ? just janganlah nak anggap lebih2 or nak mengharapkan sangat cinta itu balik kalau korang dah deal memang nak putuskan hubungan itu. Ada faham ?

Sebab bila lu berdendam sangat-sangat . Memang tak kemana hidup ini . Buang ego tuh sikit . sikit pun jadilah kan ? Fikirkan coz aku pun sedang memikirkannya dan content ini pun dijadikan sebagai dendanm Kawan kepada kawan ;]

Persoalan : So apa pandangan korang terhadap Entry ini ?

Apa yang Anda Tahu Tentang Darkbatman Dot Com

Apr 23, 2010

Salam Dari Melz .


RM250.00 Untuk Dimenangi , Ada rezeki adalah Melz kekek ;]


Rm250.00 agak besar tuh , boleh sangat beli kasut Adidas baru ahaha . Tapi aku tak berapa nak kesah kalau dapat atau tadapat. Firstly aku join ini bukanlah sebab RM250.00 itu.Coz itu bukanlah sebab utama okeh! tapi sebab utamanya adalah aku perlu memberikan pandangan personal aku terhadap Blog , Admin dan Visitor Darkbatman . Serious ini ! Dalam entry ini aku akan review seorang blogger yang aku dah 3 kali jumpa ! So apa yang aku bagi tau nie adalah ikhlas dan tulus dari sudut pemerhatian aku sendiri.



ScreenShot Dari Blog DarkBatMan

Blog

HEADER

Dalam Blog , berkali² aku dah pesan supaya buat First Impression , Simple header sudah memadai coz itu adalah Kepala blog .Memang betul orang cakap , jangan judge dari kulit bukunya tapi masalahnya sekarang ini orang sangat inginkan kecantikan luaran dari isinya. Setiap blog yang mempunyai Chatbox , ShoutMix , dan pelbagai jenis box lagi .

Pandangan kedua dorang adalah tepat kepada Chatbox jika dorang ingin berblogwalking . So apakah pandangan pertama dorang ? Header yes! ini kerana Header adalah kepala blog . So harap Disitu kau bikinlah header yang boleh membuatkan aku berkata 'WoW'.

CONTEST

Kau melakukan contest yang sangat banyak , relax take time jangan terlalu tergesa-gesa dalam membuat suatu perkara ok ! Apa-apa pun Contest kau memang daboom , semuanya harga yang sangat daboom dari akulah , tapi bro ini pandangan aku . Jangan bagi terlalu banyak contest coz dari situ visitor kau hanya akan menunggu contest ! bukan entry. So bila kau dah takda contest , visitor kau akan berkurangan dari masa ke semasa . So Relax jangan terlalu Pump blog dengan contest ok ? :]

Kalau kau nak buat contest juga , aku syorkan kau buatlah contest yang berbentuk design dan macam-macam lagi . Disitu kau jugak boleh buat contest pasal Header . Pada pandangan aku setiap contest mesti ada style dan rules dia . So buatlah yang terbaik kat situ .

Seperti yang telah aku cakap ,blogging nie semuanya ada step kalau nak berjaya . Kalau main redah jer semua , itu aku rasa 1 dalam 10000 la kot ;] . Contest ini kalau nak buat ada timing dia kan ;] So praktikan apa yang aku dah cakap kat kau ok ?


Apa yang Dark apa yang Bat apa yang Man , aku masih tak tau kenapa .
Boleh buat entry pasal nie bro ? Or aku ada tertinggal ? ekekeke


Ok sekarang mulalah sikit pasal kau . Ini pandangan dari aku sendirilah kan , kalau kau marah itu terpulang lah kot kekeke coz pun review kan . kalau kau marah review la balik aku ;] . Oraite, pandangan aku terhadap kau negatif dan positif semua ada don't worry la


Pencapaian yang boleh buat kita tersenyum bro ;] .
Aku bangga ngan pencapaian kau nie hehe

1. Kau nie cepat sangat nakkan sesuatu , dah 3x aku jumpa kau dan mostly aku tengok kau terlalu cepat dalam mencari traffic , relax bro jangan tunjukkan sangat diri itu terhadap perkara itu coz nanti hilang minat berblogging bila dah lama-lama camtuh . Dulu serious aku pun camtuh dan aku pun pernah ditegur camtuh oleh rakan aku ;] so aku harap pasni relax jer keh hehe .

2. Tunjukkan diri kau sebenar dalam blog . kita berblog adalah kita menunjukkan diri kita yang sebenar dan kita menulis pun gunakan cara kita . Kalau kita menegur orang atau menasihatkan orang , jadikan teguran dan nasihat itu sebagai pokok utama kita untuk tidak membuat perkara² itu . Baik yang aku cakap cara kau berblog aku tengok lain sikit kekeke ;] , ini hanyalah pandangan aku terhadap kau bila berbual di dunia nyata dan di dunia realiti ;]

3. Kau jenis yang cepat belajar ! Bagus aku suka , aku cakap A dan kau dah dapat B . Bagus aku harap kau teruskan style tuh papepon congrats kepada kau coz kau adalah orang yang agak cemerlang dalam blogging dan antara blogger yang aku respect ;]

4. Kau inginkan sesuatu dan kau berusaha . WoW aku memang respect tang nie , bukan nak memuji tapi kau bawak style kau lain dari yang lain . Ini aku pandang dari sudut blog dan kau jenis yang betul² suka menuntut ilmu , ilmu ada kat mana-mana kan ? cuma reti mendapatkannya atau tidak jer .

5. Seorang yang bukanlah 'Kacang Lupakan Kulit' . Ini antara sebab aku terus memberi guide kepada kau , itu kau harus tahu lah kan ? Kekeke . Neway anything tanya jer , gua tadehal la kot ;] . Enjoy blogging okeh

Okeh Review panjang-panjang pun penat jgak menaip kekeke . Yang negatif dan positif tuh cumalah dari sudut pandangan aku , aku pun baru jumpa kau baper kali jer kan ;] So takdapat nak tangkap sangat lah kot kekeke . Neway contest ini sangat COOL bagi aku Thanks DarkBatMan . Cheers

[DSC00217.jpg]

Regards Melz ,

P/S oh ya aku tak jadi Follower kau tapi aku Silent Reader kau

Motif Berblogging Aku Hampir Terlaksana Setelah 9 Bulan Berblogging .

Apr 22, 2010

Motif² Berblogging aku telah dapat aku kecapi sedikit sebanyak . Motif² ini pernah aku bahaskan dalam Vlog ini .Walaupun motif² ini masih belum tercapai 100% tetapi aku berasa sedikit berpuas hati dengan apa yang telah aku lalui .

Terima kasih kepada korang yang terus support apa yang aku buat dan apa yang aku tulis di dalam blog ini mahupun di alam nyata. Perkataan famous bukanlah untuk aku . Seriously aku berblogging bukan kejarkan populariti coz takda dalam 4 Motif utama aku . Sebenarnya aku lihat kalau diri menjadi famous 2 sebab utama yang aku benci dalam hidup , antaranya Bongkak dan Bangga diri !

Disebabkan itulah aku sentiasa berfikir supaya tidak ada unsur ini dalam diri aku . Sebenarnya manusia yang terlalu baik macam mana sekalipun , kalau dah popular tuh semuanya akan hilang dari pandangan dia . Siyes aku cakap .

Aku sentiasa hadkan traffic yang berada di blog aku , jika terlebeh dari had aku inginkan . aku akan relax dan tak update untuk menenangkan traffic aku . Bukan nak kecoh apa or whatever bangga ke . But aku blogging ada niat dan aku berblogging ada had dia . Aku tau aku nak hadkan kat mana dan aku tau bila aku perlu buat dan tak perlu buat .

Antara motif yang telah aku kecapi selama aku berbloging 9 bulan ini .


Kawan

Yes kawan itu general , ada yang kawan makan kawan , ada yang kawan bersebab , ada kawan yang betul² ikhlas , dan akhir sekali kawan biasa . Actually selama aku berblogging ini kawan yang paling aku rapat dulu adalah YnaaOhYnaa. Thanks Ynaa dan kawan kedua yang aku rapat RinaSalleh . Abes semua gathering yang aku buat , dia ada sertai ! Thanks you so much Rina ! Ada ramai lagi kawan yang banyak berkongsi tapi tak larat nak type ;].



Ilmu

Macam-macam ilmu aku dapat time aku berblogging . Sesungguhnya ini adalah perkara utama aku berblogging sebenarnya , daripada kawan aku dapat macam-macam pengetahuan . Thanks to NescafeAis coz banyak membantu aku dalam dunia Coding . Aku dahulunya memang ZERO dalam bidang ini . Tapi dari tunjuk ajar kau untuk segalanya , aku sangat menghargai dengan apa yang telah kau ajarkan . Aku akan terus ingat siapa yang pertama mengajar aku Coding² ini . Alhamdullilah sekarang aku agak mahir dalam CSS , HTML , JAVASCRIPT dan akhir sekali JQUERY . Terima kasih aku ucapkan !



Share

Aku share apa yang aku tau , dari situ aku pun belajar jgak. Sebagai contoh aku mencari segala informasi untuk aku kongsikan tetapi disitu aku berfikir kalau aku kongsi tanpa aku membuat research terlebih dahulu , apakah maknanya ? Disitu aku belajar dan try apa yang patut dan selepas itu aku kongsikan kepada korang . Caranya mudah dan senang bila semuanya suka dengan apa yang telah aku kongsikan . Terima kasih kerana menggunakan atau aplikasikan segala yang telah aku berikan kepada korang . Aku hargainya . Walaupun season Sharing Is Caring telah tamat dan akan up untuk season seterusnya namun jangan risau aku akan tetap share jika aku rasa aku perlu Share ! Oh ya mungkin Juga aku akan share dalam InfoKami



Duit

Duit is common , no kacing² no talk ! . Tapi korang jangan risau aku takkan mintak duit kat korang kalau ingin bertanya sesuatu , duit yang aku janakan dari Nuffnang pun boleh la buat makan ramai² . Tapi itu adalah Rezeki aku terhadap berblogging . Jika niatnya betul maka betullah duitnya.

Apa yang kita buat semuanya ada negatif dan positif serta neutral . jika kita inginkan sesuatu itu, kita pasti akan dapat tapi dengan syarat ! NIAT kita itu macam mana ;] Aku harap korang faham apa yang ingin aku sampaikan kerana entry ini lahirnya dari lubuk hatiku sendiri dan aku berniat untuk berkongsikan dengan korang apa motif aku berblogging !

Sekian Melz

Battle Of The Band MMU 18 April 2010

Salam Dari Melz

Fuh Tajuk takleh blah , dah macam nak layan SEO plak kan ahaha . Cis mana tau keyword nie orang duk cari oleh Student² MMU kan ? ahahaha ok poyo nak mampus kau mel! kekeke

Oraite² before aku sambung part 2 untuk Gatsby tuh . Aku ada 1 story line yang agak panjang dan story ini bikin aku blushing tak ingat dunia la kot . Takpe yang blushing tuh late² sikit la kan. Eh kau relax sudah ahaha

Jap² aku nak pergi toilet , buang air sat .......... Ok meh aku nak story satu-satu . Perkara yang agak terkujat pun ada la sikit , sikit jerlah ekelleh kau nie agak-agak lah kan .ahaha

First² aku nak kasi story kat korang yang aku pergi menjoinkan diri dalam Battle Of The Band yang kat MMU 18 April 2010 . Bukan aku join tapi just tengok dari belakang jer , band aku mana ada lagi semua dah terkubur kelaut cina selatan agaknya cilaka tol . Hoi geng meh la bikin reunion balik . eceh tetibe*



Ok Jom Start ! Baca macam baca paper ok ! Ahaha

Kuala Lumpur 18 April 2010 . Aku ngan machonyer memandu dalam keadaan yang agak skema dengan berdendangkan lagu-lagu hot balada yang sememangnya boleh bikin aku ngantok tak ingat dunia . Dan² terus aku tukar cd dan melayan lagu² Eminem . Dalam pemanduan ke Johor Bahru , aku mempunyai 2 dilema samada meneruskan ke Johor Bahru atau membelokkan kereta aku ke Melaka Ayer Keroh. Dalam dilema itu tetibe stearing aku tetibe berpusing ke arah kiri dan memasuki tol Ayer Keroh . So disitu aku pergilah ke Melaka .

Firstly , ada orang cakap aku 'stone' cismore betol coz aku tak tau jalan menuju ke MMU . Sumpah aku memang tak pernah jejak kot ke Melaka melainkan waterworld (eye ke?) Itu pun aku tidur coz abang aku yang drive . ahaha Sekarang amekobat rasakan penangan membawa kereta seorang diri dari KL ke Melaka dan Johor . Agak penat la jugak ahaha . Meh sapa nak urutkan aku nie . meh coki² aku bagi !

Dan² tepat jam menujukkan pukul 8.00pm . Aku sampai dalam keadaan yang agak macho coz sampai² ada parking . Lepas tuh aku masuk MMU dengan muka tak leh blah . Aku pun bertanya ngan Pak Guard 'Bang² agak² Estranged menyanyi kat mana eh?' ahaha . Cilaka berdekah plak dia , terus dia cakap . Oh kat sana incik. Berjalan aku seorang diri menuju ke Hall MMU , agak besaq la jugak port kat sana na . Ahaks

Masuk-masuk , ngan selamber aku duduk satu port pastu tengok jerlah show yang depa nyanyi . Dalam banyak-banyak group yang perform malam tuh . Aku sangat berminat ngan 1 Group ini . Nama group dia Second To None ! bapak gempak syit . Bak kata orang putih ' OMG WTF faking awesome babeh ' ahahaha . Dorang perform memang terbaiklah antara 6 group tuh semua .

Aku tak tau la dorang menang ke tak dan tak tau sapa yang menang dan sapa yang kalah coz aku balik awal kol 12pm. Kau gila ka apa nak stay lama-lama . Mata aku nie dah la rabun malam ahaha. So papepon Faculty of Rock memang gila babas Rock la syial ! Ahaha .



Gua relax² jer sorang , gambar nie pun gua cilok dari orang ahaha
mekaseh kepada jurucamera yep !

Sorang tak sorang la late² Fateha & Hairi datang jugak menemankan aku
THANKS . Oh ya Fateha aku kalau bukak blog kau memang sampai abes aku layan lagu i'm not single tuh ahahaha.

Babak Estranged tuh takmo la citer coz panjang sangat lah , dengan aku terus tetibe jer jadi tak betul. Record + Layan sekali . Sumpah suara aku sedap dari dorang ahaha.Puji diri itu best kan ?

Ok nie la yang aku nak story sangat-sangat. Giler teruja kot . Time aku menondowaykan diri balik ke JB . Aku singgah la Mcd beli makanan sikit coz aku tak makan dari kol 8pm tuh [Mak aku tau kompem kena bedil ngan otomik bom] ahaha .Time aku nak order tuh tetibe la plak ada seorang awek bernama Lina yang tegur " Awak nie Mel kan ? Blogger kan ? " Omaigod² terkedu cam syit aku kat depan counter tuh. Agak² kalau ada kencing manis terus jadi kencing masam kot ahahaha.

So perbualan sekejap jer kot coz ramai gila plak beratur time aku nak beratur , cismore betul kacau line okeh ! Ahaha

Aku dah cakap , aku nie tak reti nak cam muka orang . Muka si Lina nie giler cun la jugak ahaha tapi aku still tak recognize . tapi yang bodohnya aku plak , boleh tak tanya URL blog dia apa . Mungkin akibat teguran si cun membuatkan hatiku berdentum² ahaha poyo seh. So papepon Lina , kalau boleh u comment kat entry nie please tamo la jadi silent reader 24/7 i ahaha coz i dah puji u cun tuh miahahahahaha . tapi memang betul apa ? :]

Oklah itu jer kot nak story . Panjang tak ? ke biasa² jer ahaha Papepon Thanks Nadia coz Invite Melz ♥ Done!

Uji Mata Korang Lelaki Ke Perempuan ?

Apr 21, 2010

Salam Dari Melz,

Bosan² camni , uji mata korang best jgak kan ? Actually kalau kita kat luar sana iaitu dunia nyata , terlampau banyak dah kes² perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan . So kat sini aku nak share la ngan korang .

Korang Click Link ini . Jujur lah ok , just nak tengok kehebatan korang terhadap perbezaan Shemale or Female ;] Ahaha .ok Click ini dan jangan tipu ! jujur ok . Bagi result korang kat dalam bahagian comment aku ;] Enjoy


Takleh blah aku tengok logo dia ;]

JUJUR Akunyer 8/16 WTF ! ahaha

Bila AKU Malas Dan Bila AKU Rajin

Salam Dari Melz



Time² Maghrib nie tetibe jer terasa nak buat 1 post yang agak tak best papepon kepada korang yang nak layan tuh aku just nak Share sikit ;]

Bila Malas time Blog - Nak tulis ( . ) baca Noktah pun malas
Bila Rajin time Blog - Fuh dah macam karangan STPM + SPM + PHD punya style dah panjang dia !

Bila Malas nak Belajar - Cam bese aku akan cari port untuk duk seblah member² aku yang belajar dan dengar apa yang dorang baca
Bila Rajin nak Belajar - Aku mesti Kunci pintu bilik , bukak kipas sampai 3 , pastu baca kuat² pastu record apa yang aku baca dalam Npon pastu dengar time tidor . Gila vavi siut ahaha

Bila Malas nak Kuar - Aku akan cari 1000010 sebab untuk tak kuar time aku betul² Malas !
Bila Rajin nak Kuar - Habis semua member² aku roger , kalau dorang malas cam bese la aku pancing [ aku payung la ] cilaka tol

Bila Malas nak Mandi - Aku akan tidur sepanjang hari la kot ahahaha [take note ini kalau kat rumah jerla kot]
Bila Rajin nak Mandi - 1 hari ada dalam 5 x kot aku mandi Omaigod , buang tebiat la tuh ahahaha .

Bila Malas nak buat Kerja - Nak angkat badan nie rasa cam 150kg plak padahal 65kg je kot , bapak slim kan aku ? ahahaha ;]
Bila Rajin nak buat Kerja - Fuh jangan cakap la kalau takat bikin network tuh tak sampai 15 minit kot WAKAKA

Bila Malas Nak kuar ngan Awek - Aku kalau dah ada perkataan Malas kat dalam kamus hidup aku , pergh memang payahlah tapi malas tak malas kena kuar jgak beb sebab hati dah Sayang .
Bila Rajin Nak Kuar ngan Awek - Fuh tang nie kalau dah rajin , sebelum subuh lagi aku dah tercegat kat depan rumah dia kot* ahaha

Bila Aku Rajin : Aku agak aku dah dengar lagu ini 150Juta Kali kot ;] [ Click ] Thanks to Hana

Gambar² Big Gathering Gatsby Nuffnang Part1

Apr 20, 2010

Salam Dari Melz

Gambar² yang aku nak pacak mestilah nak interframe gambar aku jerlah yep . coz kalau nak tengok semua gambar² yang macho² semuanya ada kat sini [Click] . Thanks Daydeck! Muah kamera kau wakakaka

First² sekali mestilah gua nak cakap yang gua masuk tv9 . ahaha tv9 jer , tv3 esok lusalah kot wakaka. Actually rasa macho jer kena temu ramah kan ? . Thanks to Jai untuk pic ini !


http://3.bp.blogspot.com/_WjmshqFfQwo/S8yWARtrCoI/AAAAAAAADSA/ACy4Qj73eRA/s1600/TV9-10.jpg

Second² gua bergambar ngan Bean . Ok Cam biasa aku ada mesti dia ada lakan ? Event camni takda mamat nie , kureng meriah la kot ;] . Bean nie dah kawen ngan AienSepet ,first time aku jumpa si AienSepet tapi tak bergambor plak , kang bean marah ahaha Poyo So sepet ! suruh jer si bean nie belikan .com . apadahal kan ? Neway senyum sokmo la kito yoh .

http://4.bp.blogspot.com/_vRW2h9VzeKY/S8z2LKPtY8I/AAAAAAAAECo/cdkH18LeDAY/s1600/DSC_1141.JPG


ini pulak JAI . Brother nie bawak anak dia , so anak dia la tukang amek gambor ahaha Salah seorang blogger yang akan meletup tak lama lagi , papepon buatlah yang terbaik untuk blog ok bro ;] So enjoy blogging and cari lagi ilmu pasal blog ok ! ahaks


Ok nie aku bergambor ngan Kakinakl . Hoho sudah berdotcom disitu , congrats untuk akak , harap dapat mood berblogging dengan lebih serious disitu ;] . Papepon kakinakl seorang yang sangat cool ahaks .


Menjeling² mata kita sama memandang . ahaha Poyyo ok ! Actually yang aku duk jeling nie , Emy . Seorang blogger yang pernah aku jumpa time Digi kat OU dulu . Now jumpa lagi dan kami berborak! Yoh Wassap yoh . Seorang yang tak kedekut ngan senyuman yoh ahaks . Tak tau single lagi ke tak , kalau nak tau gi la usha kat blog dia yoh !


Ok Hairi . Kau memang relax and cool kot ahaha nie dari pandangan aku lah . So dalam pape event pun kalau dia ada , mesti Fateha ada . Kekeke . Hairi yang tengah tuh bukan yang kiri sekali LOL . Kalau yang kiri sekali tuh CikHel . Orang yang memang gila vavi cool bila main bowling . mesti dia jer yang leading . Cis !

http://1.bp.blogspot.com/_vRW2h9VzeKY/S8sjCuIl9SI/AAAAAAAAD1w/XXVZmly5qVM/s1600/DSC_0896.JPG

oklah , sambung part 2 ok ? :] Enjoy this entry Hokeh ahahaha

Vlog 4 Sebab Kenapa Melz Berblogging

Salam Dari Melz ,

Just nak share Vlog kenapa aku berblogging , Mungkin sedikit sebanyak korang boleh memahami maksud tersirat dalam dunia blogging . Enjoy



Gatsby Nuffnang , Den nak Mintak Maaf Dulu!

Apr 19, 2010

Salam Dari melz

Entry ini mengisahkan seorang blogger dari Johor datang ke Kuala Lumpur dan ingin menyertai Event Nuffnang pada 17 April 2010. Den dah kobarkan kat ekau semua yang den poie tapi ekau dak cayo . ahh amekobat .Papepon entry ini nak mintak maaf la iyo kepado yang ingat den nie sombong ka apo ka. Adehhh den boleh explain satu-satu na kenapa den tak berapo nak 'high' sangat time tuh .

High tuh maksudnya macam tahap immunity den terhadap persekitaran menjadi-jadi dan membuekkan den bertambah happening gila babun tahap dewa² . Dari situ den akan menjerit melalak cam orang gilo dan den ngan selamber mengorat anak dara orang . Ahhhh nie den tak berkonan nie . kalau den ngorat anak dara orang , abes yang 'tuh' nak campaq mano ? WAKAKAKA ( ada orang cakap buat spare part ) Spare part mekdi ko den nak buek spare part untuk dio ! ahaha

Hoho kalau den cerita dari A sampai la Z memang berbuih jari den ! Papepon firstly den nak cakap , den nak mintak maaf sangat² kat korang , den harap korang semua faham. Den nie jenis takleh cam muka orang dalam dunia maya dan aplikasikan dalam dunia nyata. Serious muka korang jauh berbeza. Mungkin faktor edit mengedit membuatkan den sukar untuk mengenali korang .



nie kenapa tetibe gambar kad raya plak nie aih ?
lantok ekau la mel oi miahaha

ok den mintak maaf sangat² , ada yang den tak tegur ke ada yang tegur den tapi den tak kenal ke apa ke . Sorry bro and sis , tapi memang dah den takleh cam nak buek camno aih . Den sampai dah berkerut dahi agaknya ahaha . So tamo la tacing² iyo bukan diri nie nak sombong tapi iyolah den dah kobarkan kat ekau , ekau tak cayo . ahhhh kan dah loghat nogori nie.

So papepon entry ini just nak minta maaf la yep. Den nie dah la cute orangnya , kalau angpa semua nak marah aih camno aih!

Vlog Tutorial Photoshop Header | Contest Rm100 Untuk Dimenangi

Apr 16, 2010

Salam Dari Melz

Tutorial Photoshop untuk header nie mel buat untuk koranglah ahaha abes untuk sapo lagi aih Miahaha. Apa²pun sorry untuk suara yang agak serak basah , Video yang kureng jelas coz mel nie tak reti sangat nak pakai Tipcam nie . Suara yang agak lari sikit ngan video nie coz mel attach AMR dalam FLV . Miahaha Sorry yep takda microphone la plak :P


papepon , sebelum korang start . Pergilah cari Font² yang lawa kat Dafont.com then korang startlah dengan membuat header yang sangat² macho ! Miahaha .


So dari video nie , kalau ada yang tak paham boleh terus direct tanya kat comment ok ?

oraite sekali jalan mel nak inform yang RinaSalleh ada buat contest pasal Logo. Kalau korang ada minat mendalam dan idea yang sangat bernas . Mel cadangkan korang try lah sebab Rm100 tuh sapo nak bagi aih . Cuba buat Logo dalam keadaan yang santai mesti smart weh! papepon Enjoy This tutorial and enjoy this great Contest!

Regards
Melz

Pergh Tacing Siut aku baca nie !

Apr 15, 2010

Salam Dari Melz

Di malam² gini , tetibe perut ini mengidam untuk mencernakan daging² yang berupe burger . Actually aku yang sememangnya seorang yang malas nak kuar rumah (contohi please coz nampak agak baik disitu miahaha)

Tetibe* terdengar kakakku ingin melangkah pergi meninggalkan rumah dan² aku memang nak suruh dia belikan pun tapi dan² jugaklah dia balik ngan sebungkus plastik burger tanpa aku mengodernya so aku pun melayan burger yang dibeli kakakku . Oh Kakakku yang sweet , thanks coz belikanku bege yang agak best! Terisilah perutku ngan daging dan roti bege itu ! Oh ya kakaku ada blog. Sweet jgaklah blog dia , tengok la sapa yang buatkan WAKAKAKA



Tacing jab . isk²

Dan² tengok blog si Hana yang dia dapat Rm20 daripada Nuffnang Instant Cash! Hehah terus teruja aku nak check kat email lakan . Tup² terdiam 20 bahasa jer! hak². Oh Melz kau takda rezeki disitu , isk² first² baca tuh agak tacing la kan sebab entry aku yang tak best tuh tak menang? Neway 100 entries means 100 blogger yang participate . Neway kepada yang menang aku ucapkan congrats dan teruskanlah berblogging dengan hensemnya okeh ! Enjoy

Regards ,
Melz

Disqus And Jquery LazyLoad And New Season

353 Comments
Salam dari Melz .

Ok just nak bagi tau sebelum korang tanya ahaks . Ceh dan² kau mel , sapa la yang nak tanya kau pasal blog kau kan ? tsk tsk . Okeh² sajer jer nak bagi tau. Jangan ler marah aku weh ahaks kang aku telan panadol 20bijik seminit karang wakaka!



Pertamanya aku dah berjaya buat Jquery Lazyload yang berasal dari Wp Plugin tapi aku amek then jadikan coding sepenuhnya . banyak jgak la convert sana sini pastu hosting kat sites.google.com .Last² Alhamdullilah berjaya jgak akhirnya !

Actually apa yang aku baca dari sumber² berdekatan iaitu Daniweb , Mashable , Techcrunch , Digg semua aku dah abes godeh kot. Kiranya aku try implement dalam blog trial aku lagi satu dan testing pada load time . Memang betullah kelajuan yang diberikan adalah berbeza. Research dari kol 2pagi sampai 7pagi . WAKAKAK tapi takpelah kan macam² jgak aku dapat.

Sumber lagi yang aku dapat lepas duk research itu ini , aku dapat tau yang LazyLoad ini jgak boleh kurangkan penggunaan bandwidth . itu tak taulah aku coz aku guna blogspot jer and bandwidth semua google yang tanggung WAKAKA.



Ok Sekarang setel bab Jquery tuh , now kita talk bout DisQus. Now aku ngan tak hensemnya tapi cute lagi kacak ingin mengumumkan bahawasanya blog MelRomeo telah menggunakan sistem komen DisQus. Hoho lepasnie boleh la aku comment , comment korang . ahh faham tak ? kalau tak faham jom makan ketupat 3 bakul ngan aku ahaha .Oh ya MelRomeo jugak akan berubah style . Season lain akan datang la . Maksudnya entry aku akan bertukar . Aku tanya korang jawab faham ! ahaks.

Papepon , thanks weh coz support aku dari 0 sampai sekarang nie ♥ Sayang lebey kat korang la kan Hak². Enjoy Reading my blog ( speaking sikit la kan )

Belajar²lah Hormat Orang

Apr 14, 2010

27 Comments
Salam Semua.

Hati jadi cam tisu bila kena perli, perasaan terumbang-ambing bila kena sentuh sikit, hidup tak tenteram bila kena maki sikit .ahh standard la tuh bai. Sokey certain manusia memang tak pernah face benda² camni. Apa yang perlu korang buat relax and tenang jer. Semua manusia kat dunia nie akan ada 1 perasaan dengki ngan kehebatan orang lain . ahh aku pun ada jgak , tapi pandai²lah control kan ?

Dengki nie pun janganlah korang fikir semuanya negatif , come on lah . kalau kita tengok bateri pun ada negatif ngan positif. Kalau kita pelbagaikan barulah bestkan ? Actually mungkin ada certain orang tak paham maksud dengki pada positif . Dengki positif nie bagus , kita gunakan dia sebagai api semangat untuk kita bersaing ngan dia atau aku roger sebagai pesaingan sihat! Sama² naik dan sama² tolong. Mesti akan rasa harmoni antara 1 sama lain.

Dengki pada negatif memang orang tak suka. Tapi apakan daya kita nie manusiakan ? Benda yang benci pun boleh jadi suka . Papepon memang betul sapa² pun boleh berikan comment yang pedih , pedas , sakit, marah , suka , best , dan tak best . Actually itu semua perasaan yang sekejap. kalau korang kuar rumah dan hua hua ngan member². Kompem hilangnyer perasaan itu rite?


Masalah manusia bila dengki negatif terlalu banyak dalam diri

Tapi aku fikir dalam-dalam . Kepada yang suka mengutuk atau mendengki dalam dunia blogging. Sebelum korang nak kuarkan statement mengarut atau aku panggil statement yang budak² nerd tapi hati cam syit jer kot yang selalu buat ahhh cerminlah diri tuh dulu, tengok aras kau kat mana. Aku tak salahkan korang nak dengki or whateverlah yang ko nak buat coz itu kerja kau bukan kerja aku.Tapi kalau dah buat camtuh, tak rasa diri tuh hina ke?

Bukan nak marah tapi tegur , ramai dah kot member aku yang kena camni. Kalau korang takda rasa baguslah tapi kepada yang terasa tuh cepat²lah berubah . Bukan susah mana pun kan ? So moral dalam entry ini , Orang lain itu juga ada perasaan macam kau ada kan ?So senang jerkan proses dia ? kalau kau tau hormat so kau takkan suka nak dengki² nie .Simple jer bahasa dia . Belajar²lah hormat orang lain.

Nuffnang Analaytics First Time Nie! + Recipe Pagi Buta !

Apr 13, 2010

33 Comments
Salam Dari Melz

Pagi tadi dok relax² la kan kat depan komputer. pastu tetibe tergerak hati nak bukak Nuffnang coz nak check account Current Earning ♥ baper la gamaknya. Aisehman punyalah relax² aku tergamam sikit sebab time tuh pun tengah pagi buta kot kol 4pagi . Dan² aku tertekan butang Came From .
Ahh Nie hah mana aku tak terkujat!

Ahh amekkobat tak pernah lagi kot aku tengok lebih 7+ orang pepagi camni yang online masuk dalam blog aku. foreigners plak tuh. Omaigod² whats Strong ? Korang nak kata aku jakun pun aku peduli apa , sebab aku memang tak pernah kot face benda² camni nie dalam blog melromeo !

Tapi aku relax , aku try cool jer pepagi nie sambil makan Roti Gardenia + Telur hancur + Mayonis + Lada putih + Sos BumiHijau Recipe Bujang Der ( RBD ) . Dan² time tuh plak ada air teh pepanas . Shrup² aku minum , tak sampai 23 saat kot aku sedut air tuh. Wakaka .




Der lu leleh ke tak leleh der . makan ngan roti best der!

Neway dengan kerelaxtan aku tuh , aku still mencari puncanya apa kes erk? Terus aku usha Rapidshare tuh , ahh amekobat terus dari 1056 berdesub 1502 ahaks . So kat situ aku barulah faham yang mat² saleh yang berada diluar sana sangat menginginkan Photoshop itu! Mekaseh kerana menggunakannya okeh ! Aku terharu nie ! Miahaha .

Nak Maju Kan? Tips Mendapatkan Traffic Blog Dengan Betul Part 2

Apr 12, 2010

16 Comments
Salam Dari Melz

Loyal Reader
Lepas dah setel semua Part 1, Mari kita biasakan diri dengan blogger lain. Blogger lain gunanya untuk mencari Loyal Reader dan kawan². Jangan rasa diri tuh cantik or whatever sampai jadikan perkara itu sebagai penghalang untuk korang mempromosikan blog korang dengan blogger² yang lain . Come on , Nak majukan ? Janganlah sombong. Cari segala ilmu yang ada dari orang² lain dan cantumkan pastu sebarkan kepada orang lain dengan 1 niat "Berkongsi". Kau kongsi, orang lain pun suka. Jangan plagiat kao² sudah. Boleh? Nak majukan? Mesti boleh punya.

Ada orang tanya , macam manalah nak dapat traffic ribu-riban kan ? Weh guys , kalau takda usaha takkan korang dapat semua tuh gedebuk jatuh kat depan mata weh .Semua tuh mesti ada usaha , usaha korang tuh semua terpulanglah kepada cara memasing . Memang betul ada yang dapat semua tuh jatuh begolek² kat depan. tapi tuh semua 1 dalam 1001. So semuanya janganlah bergantung kepada 'muka lawa,hensem,kacak dan bergaya' ah persetankan semua itu. Kalau penulisan kau power, orang akan direct suka dengan apa yang kau tulis.

Neway cara nak cari traffic nie bermula dari 0 dia macam biasa, antaranya buat contest , blogwalking , publish kat mana² social networking. Dari situ blog korang akan dikenali oleh blogger² lain . Senang jer kan proses dia ?



Blogwalking - Chatbox, Shoutmix apa bagi tuh semua penting kalau korang nak eratkan hubungan ngan blogger lain just nak borak² kan! benda nie penting dan perlu dibuat hari-hari just nak eratkan lagi perhubungan dengan blogger lain. Seriously aku dulu 0(kosong) beb , blogwalking semua mana aku tau. So nama pun newbiekan? apa lagi galilah apa yang tersirat untuk 'blogwalking' so aku ciptalah topic cara-cara berblogwalking dengan betul. 2 Entry aku berjaya publishkan dengan berpandukan daripada pandangan aku .


Contest - Benda nie aku akan ceritakan untuk next part lah kot sebab agak panjang bai ahaks.Bukan apa bai kalau korang nak buat contest pun semua ada cara dia, bukan main hentam jer. ahaks .

Tanya - Tanya² lah kepada yang korang rasa boleh bertanya. Kalau korang nak tanya kat aku direct pun aku takdehal . Coz latelypun aku dapat banyak soalan kat dalam email. Tapi guys nak tanya soalan tuh biarlah matang sikit. Kalau korang soal main² pun aku akan jawab tapi agak Keciwa dengan soalan yang macam 'main²' Fikirlah bebaik sebelum menyoal.

Bai kalau rasa tips aku korang dah selalu nampak, takyah baca bai wa tak pakse ahaha Neway Part 3 Lekluhder.

Terasa sangat Dihargai ! 1056 RapidShare DOWNLOADS!

7 Comments
Salam Dari Melz!

Hoho apa yang mel nak cakap memang tak boleh nak cakap . tacing seluruh badan dah nie . tergamam pun ada apa lagi eyh ? miahaha . Benda nie mel buat untuk korang ler sapa lagi kan ? miahaha .Walaupun bukan dalam Season Sharing Is Caring tapi nak bagi jgak nak wat camne kan ?

Neway seperti yang mel cakap , lepas korang dah download mel akan ajar tutorial buat header dan logo dan macam-macam lagi . tapi sekarang nak kena beli headPhone , kalau tak korang tak dengar kelunakkan suara ku WAKAKAKA . Relax eyh guys !


Yoh thanks yoh Miahaha Aku Puas!!

oh once again , thanks coz gunakan link dibawah ini untuk mendownload . Terima kasih sesangat, tak rugi mel abiskan 3 jam untuk remove files yang tak berkenaan ahaks! Muah kiri muah kanan ! Berbaloi yoh ! kalau korang nak download . [Click] Aku target 2000 sebelum abes bulan 4 WAKAKA. Enjoy

p/s Mesti korang dah tertunggu untuk tutorial tuh rite ? :)

Bermulalah Episod Dimana Aku Diatas Dan Kau Dibawah.

Apr 11, 2010

15 Comments
Salam Dari Melz .

Entry ini mengisahkan seorang manusia , pengalaman , cerita , kisah benar , gelagat manusia , perasaan , dan macam² lagi yang boleh kita satukan dan menjadi sebuah cerita untuk kita renungkan bersama . Suatu cerita yang direka untuk korang semua !



Lorong akan terukir bila kita mengorak langkah

Bermulalah episod dimana aku diatas dan kau dibawah,
Aku sedar yang aku telah jatuh ,
Jatuh kerana aku tergelincir ,
Tergelincir kerana minyak pelincir ,
Apa yang aku buat semua aku lupa ,
Mata aku terhuyung hayang mencari sebab ,
Kelihatan seorang budak ketawakan aku .
Aku mencari sebab walaupun tiada sebab ,
Sebab untuk menutup maluku ,

Aku ternampak seorang lelaki yang berjalan disitu ,
Aku menarik dia dan bawa dia ketempat ku jatuh ,
Aku membawa dia kerana aku ada niat ,
Niat yang jahat sentiasa ada dikalangan manusia ,
Dengki , marah , ego , benci semua orang ada .

Dia terjatuh dan aku ketawa ,
Apa yang aku dapat hanyalah seketika ,
Seketika disitu tetapi akan ku hiburkan kepada rakanku ,
Rakanku terdiam lalu beredar ,
berdedar meninggalkan diriku keseorangan ,
Keseorangan lalu terdiam ,
terdiam tanpa sepatah kata ,
kata yang tak terucap membuatkan aku pergi ,

Aku duduk ditepi sambil makan roti ,
Aku mencari dan mencari apakah sebabnya ,
Sebab itu ini semuanya pasti akan terjadi ,
Terjadi kerana hasad dengki ,
Dengki yang tidak pernah hilang ,
Hilang serangkai kata untuk berkata !

Aku celikkan mata dipagi hari ,
Hari ini pasti ada satu cerita ,
Cerita yang boleh membuatkan aku sedar ,
Sekarang aku sedar , aku seorang manusia ,
manusia yang sangat jahat dari sudut hatiku ,
hatiku hitam seperti arang ,
arang juga akan patah bila diketuk ,
diketuk sehingga aku menjadi abu ,
abu yang tinggal menunggu angin ,
angin yang datang membawa aku pergi .

Nukilan 3.50Am
Regards
Melz

Kawan Baik Dan Jahat

17 Comments
Salam Dari Melz , Jom Layan apa yang aku nak bebel !

Aku terfikir benda nie dalam² bila aku bersama kawan²ku. Mari Kita Fikir sama² .

Aku akan jadi gila² bila aku berkawan dengan kawan yang gila² .

Aku akan jadi normal bila aku berkawan dengan kawan yang normal .

Aku terfikir dan terfikir . Pabila mak aku bersuara :

Adik .

Adik akan jadi jahat bila berkawan dengan kawan yang jahat .

Adik akan jadi baik bila berkawan dengan kawan yang baik .

So disini.



Even muka kau Nerd sekalipun . Kalau korang berkawan ngan orang yang jahat .

Korang akan jadi orang yang jahat .

Even muka kau Punk sekalipun . Kalau korang berkawan ngan orang yang baik .

Korang akan jadi orang yang baik .

So Disini jugak , janganlah kita suka judge orang dari PARAS RUPA!

Bak omputih cakap : Dont judge a book by its cover .

Done!

Penulis Korang ,
Melz.

SOALJAWAB | Apa Kereta IDAMAN Korang ?

Apr 9, 2010

40 Comments
Salam Dari Melz ,

Ok Sekarang aku nak hidupkan Slot SOALJAWAB! Official dah nie. sekian sila teruskan baca okeh ! Enjoy ...

Cerita pasal kereta , kereta itu sejenis transport yang sememangnya selalu digunakan untuk ketempat kerja , ronda² ngan awek , pergi belajar(Cehdan²) dan macam -macam lagi . Ada jugak yang menggunakan kereta sebagai kegunaan merompak, meng'kidnap' , mencuri lembu dengan kereta atau kegiatan jenayah yang lain . Ish² macam² kegunaan yang boleh digunakankan ?

Sedikit pesanan dari aku . Jangan bawak kereta di kawasan Kuala Lumpur sekiranya korang masih noob dalam kawasan disana . Statistik OrangSesat pada tahun 2007 hingga 2009 telah meningkat dengan mendadak ini kerana kerajaan mendapati bahawa ramai antara pengunjung luar dari Kuala Lumpur telah sesat akibat daripada papan tanda yang memang hampeh tak ingat dunia ! Dalam statistik ini jugaklah aku antara sorang yang berada dalam senarai .

Gila hampeh ok jurutera yang pacak-pacak sign board cam cilake nie! arghh nie nak marah nie ! (statistik itu datangnya dari pengiraan 'yeye' jer) So jangan lak korang nak caya dan jadikan informasi WAKAKA.

Ok setel bab nak marah nie , wakakaka . Sekarang aku nak story kereta apa yang aku minat dari dulu sampai la sekarang ! Kereta ini memang mahal dan buatan jepun . Terbaik dari segi design dan enjin dia lah bagi aku . Dan semangat untuk aku menyukai kereta ini bertambah-tambah bila menonton Tokyo Drift . Fuh dengan cat yang berwarna merah dia memang bikin aku tergugat disitu ! Miahaha



Hahh Inilah Kereta Idamanku!

So nak cerita panjang pun malas , aku nak tanya korang la plakkan . Dalam banyak² kereta kat dalam Dunia ini. Kereta apa yang paling korang suka atau aku klasifikasikannya sebagai 'apa kereta idaman korang plak ?'. Jangan ar plak cakap korang takda kereta idaman kan! Memang aku sumpit dari jarak 10 Meter punya!

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo