Perempuan , Mari Kenali Hati Lelaki Part 1

Mar 31, 2010

27 Comments

Salam Dari Melz ,

Lelaki itu simple kan ? Tapi susah nak faham hati lelaki , Melz nie lelaki so mel nak share sikit pasal lelaki . Memang betul tak semua lelaki sama , so stop la nak cakap tang tuh ok . Ini cuma dari pandangan mel dan mungkin sama dengan diri mel sendiri . hehe . Actually entry kali ini takda kena mengena ngan rancangan TV3 " Hati Lelaki " ok ! hehe . So mari kita layan apa yang mel nak bahaskan dalam entry ini . Actually ada sedikit yang mel bincang dengan sorang blogger RinaSalleh sewaktu pulang ke Johor . Thanks Rina! :)

Baiklah Melz mulakan dengan Lelaki itu dianggap ketua keluarga jika sudah berkahwin .Bila mempunyai 1 tanggungjawab yang agak berat so si Lelaki ini mempunyai 1 Ego yang perempuan susah nak faham . Dari pandangan Melz , memang betul lelaki ada 1 Ego . Ego dia general ok , tapi Melz still takdapat kaji lagi ego nie yang macam mana . yelah macam Melz cakap , ego lelaki nie general . Ahaha

Rina ada cakap pasal perempuan kalau nak sesuatu benda , dia takkan cakap yang dia nak benda tuh sebaliknya nak lelaki faham apa yang dia inginkan. Ahhh kat sini payah beb , lelaki ini susah sikit nak paham . Sebab Melz pun ada tertengok satu scene cerita yang best , tapi aku lupa apa nama tajuk dia . Korang usha jer kat Youtube pasal 'Cerita Cinta' kot something like that la . Ahaha

Cerita dia lebih kurang camnie .

Si lelaki kuar ngan si awek dia , dan² esok hari jadi awek dia . So sajer la cari modal nak suruh si pakwe dia belikan hadiah time² dia memerlukan satu handbag. Tup² pergi la dia ke satu butik yang agak chambest dan si awek nie ternampak bag idaman dia. Duk tenung jer bag tuh tapi si lelaki ni macam tak paham . So si awek nie tetibe jer pissed . LOL ( kan aku dah cakap si lelaki nie memang tak faham ) .

Lepas si awek tuh pissed , si lelaki blur , so kalau angpa semua gaduh si lelaki ini akan cari jalan untuk betulkan apa yang salah . Sampai la dia roger member dia , dan dia masih tak faham barang apa yang dia nak? Handbag ke purse ke or baju . (butik kan ? benda kat dalam tuh dah la macam² ada) .

So si lelaki pun tengok la handbag dan berkata " Mak aih ,mahal gilak! kopak² " . Tup² dia beli la purse sebagai penganti untuk hadiah hari jadi . Tapi si awek dia nie still muram , so dia tau la yang dia betul² nak kan handbag tuh . selang seminggu barulah si lelaki nie belikan untuk dia.

So moral kat story nie. (Melz compilekan dari cerita ni , mungkin benar mungkin tak )
  1. Kalau si lelaki nie jenis malas nak amik tau , memang perang besarlah jawabnya . Kan ? yelah kalau si lelaki nie buat dono jer , pastu si perempuan tetibe* nak marah² si lelaki nie. So si lelaki nie marah la balik ahaha.
  2. Si perempuan tak nak cakap apa yang dia nak direct kat lelaki ( macam Melz cakap lelaki tak faham bai ) last² dapat 2 hadiah dari lelaki nie . (kat situ si lelaki nie rasa yang perempuan nie kikis duit dia ahahaha)
  3. Si lelaki nie pengorbanan dalam menjaga hati si perempuan kuat gila kan ?
  4. Si lelaki nie cuba untuk memahami hati perempuan tapi si perempuan tak faham hati lelaki .

Ok , kepada perempuan . Kalau korang nak tau , selalunya lah kan . Si lelaki nie akan cepat bosan bila dia dah dapat tenangkan hati si perempuan . Korang faham²lah yep ;) So cubalah faham hati si lelaki dengan cara korang sendiri .

p/s : Part 2 ? Erm Melz akan cuba story pasal Apa yang lelaki tak suka pada perempuan !
p/s : Jangan pula cakap yang Melz cakap nie semua macam betul jer semua lelaki camtuh . Tak² nie hanya sedikit dari pandangan Melz dan pandangan lelaki lain iaitu merangkap kepada kawan² Melz! :) hehe

Maaf-Maaf itu Jer kau Tau kan ?

Mar 29, 2010

28 Comments
Salam Dari Melz


Yeap entry ini pasal aku nak mintak maaf sangat-sangat . Yelakan dunia blogging nie atau pun dunia realiti . Kita takkan terlepas dari buat kesalahan antara 1 sama lain. Erm Aku sedar sapa aku , aku sedar aku kat mana , aku pun masih sedar tak gila lagi ahaha . Hari pun makin lama makin tua .

Maaf aku pinta kepada korang yang mungkin ada tacing² ngan entry² aku . Yela kan , hati ayam sedap dimakan , hati manusia siapa yang tau ? pernah rasa ke ? LOL ok² aku merepek sat . Erm Actually aku baca balik entry aku yang lama² . Makan dalam jugak kalau betul² kena kat korang kan ? Tapi anggaplah aku tegur tuh ok .

Maaf juga aku pinta kat korang coz lately aku busy gilak ! Sampai banyak email yang bertanya pasal blog tak dapat aku jawab .Maaf weh serious aku akan try jawab 1 by 1 . Dont worry babeh . Aku harap korang bersabar yep !

Maaf lagi aku pinta nie kat korang coz lately banyak gilak entry² aku kelaut coz yelahkan sekarang kan musim kelaut so mood pun mood kelaut dan Entry pun kelaut . Sorry sangat² tang nie . Actually kalau korang tengok entry aku pun sekarang banyak yang tah pape coz aku rasa macam aku kureng konsisten sekarang . Dem! Aku benci kalau tak konsisten dalam blog .

Maaf juga aku pinta kat korang coz banyak gila aku cakap tapi tak buat . Kadang-kadang rasa terbantut sebab benda tuh macam bikin clash antara pemikiran aku dengan apa yang aku cakap tuh .ahh faham dak ? tak faham takpe . tak masuk exam pun miahaha .

Papepon dah nak masuk April weh .gila cepat kan masa berlalu . Tape , papepon mari kita pupuk semangat 1 Blogger hehe. ok tak nak cakap banyak

SORRY Guys ! :'( Aku akan cuba improve mana yang tak best . Sila lah comment apa yang aku perlu improve lagi . Aku tak kesah benda tuh negatif or positif . Aku akan terima untuk baiki . Coz aku tulis korang baca kan ? So aku perlu buat yang terbaik untuk korang .

Writer ,
Melz

Ramai Orang Tanya Aku Soklan ini Dan Aku Jawab ini .

Mar 28, 2010

40 Comments
Love Awan! hehe

Hey o ! Biskut rendam Coke tarik hey o Jangan keco ! ahaha
Yo wassap² Malaysia , Salam dariku Melz !

Ramai dah bertanya kat aku , so aku share ngan korang sekali gus la soklan yang kerap ditanya kan . Mungkin semua hal-hal berkenaan aku ahaha .

Ramai tanya aku , Melz Umur ko baper ?
Kekeke hanya segelintir jer yang tau umur aku baper kot LOL
Kalau angpa nak tau jgak , umur aku 20An. Miahaha

Ramai tanya Melz , amacam tak buat apa² ke birthday ?
Actually Mel memang tak sambut pun . Taktau nak sambut just berdoa jer la :)

Ramai jugak tanya , Camna kau boleh maju dalam blog ?
Erm actually mel nak kata maju . Still low dan masih mencari kualiti yang sebenar . Papepon blog jer ikut naluri hati okeh ?
Enjoy Blogging Mate!
Cheers Melz .

Ramai tanya , Melz ko kerja ke belajar ?
Melz keje! Keje itu best dapat duit pastu boleh beli Felolosher pastu boleh beli RotiCanai best kan ? :P Nak best lagi KinderBueno campur ngan Dutchlady Strawberry Nyummy .

Ramai juga tanya , Melz ko nie duk mana ?
Duk KL tapi Hometown ku Johor .

Ramai tanya juga , ( ah dah biol nie ) Tinggi Melz baper ?
Erm mel tatau la tapi dulu kira 192Cm taktau la sekarang LOL ataupun Skala pembaris masa tuh problem ataupun kawan mel yang tak betul dalam pengiraannya ahaha . Erk

Soklan Cepu Emas memang banyak giler orang tanya gila viva !

Ramai tanya Melz , dah ada awek ?
Erk² aku takda awek tapi aku ada admire sorang . Blogger . perempuan . Ada hidung . Ada mata. Cute . ahaha best kan ?
Oh bestnyer kalau dapat dia ^^ Miahaha

P/s : Ramai kat sini aku maksudkan lebih dari 5 orang Tapi soklan cepu emas tuh malas nak kira dah . Miahaha

Mana dorang tanya ?
Facebook

Melz ko dah Tua. sekian!
Cheers

Tips Blogging Blogwalking Reveal By Melz Part 2

Mar 26, 2010

40 Comments
Hi guys , Melz disini ahaha.

First aku nak cakap yang aku pernah utarakan pasal Blogwalking Part 1 dulu². Bapak lama sudah ahaha. Oraite sekarang aku ada benda sikit nak tambah la kan. Benda nie semua aku dah share ngan memember yang aku sudah jumpa. Tapi ada baiknya jika aku reveal sekali ngan korang. Actually ada 1 pertambahan yang aku rasa baik untuk koranglah kan .

Dalam blogging juga tak perlu rasa dah hebat . Sebab bila rasa dah hebat tuh , kompem kau malas dah blogwalking kan ? Pernah aku terfikir malas untuk blogwalking tapi sumpah benda nie aku motivate diri aku balik lah kan . Ahaha pengakuan jujur nie!

Dalam blogging , untuk memperkenalkan blog kita . Ada baiknya kita berblogwalking tak kesah la ko dah ensem ke cute ke macho ke dalam dunia blogging ahaha . Kita kena fikir jauh beb jangan fikir pendek . kan?


Ok Tips aku kali nie simple . Dalam satu hari , cuba cari blogger yang berbeza atau tak pernah korang jumpa dan tinggalkan jejak di blog mereka untuk kita meng'invite' dorang masuk ke blog kita . Ahhh maksud aku kat sini , dalam satu hari cari 5 Blog yang tak pernah kita jejak lagi dan tinggalkan jejak . Buat setiap hari tau! Simple ait?

Contoh : 5 Blogger x 10 Hari = 50 blogger korang dah jejak. Kalau korang nak lebeh pun apa salahnya . Takkan la dalam 50 blogger tuh takda 20 Blogger tak suka dengan Blog kau kan? Mesti ada naluri antara manusia akan suka² . So darisitu pun kawan korang bertambah kan? dan 'stalker' korang pun bertambah hak²

Melz : Aku suka terhadap keberangkalian ( Matematik ) Miahaha Enjoy this tips ok!

Hadoi Mood Kelaut Pulak Nie ! Perbualan Abu Dan Melz !

Mar 24, 2010

20 Comments
Salam Dari Melz .

Sorry la yep kepada geng² yang bertanya kat aku time² mood tak best ! Ahaha . Aku Suka orang , orang tak suka kat aku .Nasib la labu oi ! Kecundang dah ekau mel oi! Miahaha .

Sorry la kepada member aku yep yang bertanya :
tetibe* Henpon NokiaEricson aku berdering ..

Abu : Hello Mel ko kerja ke sekarang ?
Melz : A-ah kenape ?
Abu : Keje aper ?
Melz : Stalker Sepenuh Masa . Kenapa ?
Abu : Aku hempuk kepala ko pendek ko nanti .
Melz : Meh la ...
Abu : ( letak telepon )

Abu : ( Call balik )
Melz : Eh nape ?
Abu : Sajer nak buat² tacing ngan ko .
Melz : ahaha cilakenyer member suka plak ko tacing² an . Nie pehal tetibe call aku nie
Abu : Ari ini ari jadi aku weh . Tupasal aku call ko Sebab Free ahaha.
Melz : Cilake time free la ko call kan! time tak free haram ..
Abu : Aku nak dengar ko wish lagu birthday kat aku mel .
Melz : Sejadah ko , kau taukan aku memang susah nak buat wish² nie ahaha
Abu : ehh mel apsal suara ko dah jadi cam 'gay'
Melz : Ah fakap ! dan² ko cari modal kan ?
Abu : betul mel suara ko time kat JB macho jer tapi time kat Kl mula cam gay. Ko jual ke ?
Melz : ( Letak tepon )

Abu : ( Call balik )
Melz : Wtf !
Abu : Wtf tuh apa ?
Melz : Coklat , ko tak pernah makan ke?
Abu : Tak aku budak baik .
Melz : apa kene mengena ?
Abu : Sajer nak cakap aku baik . Ahaha
Melz : Noob
Abu : Noob tuh apa ?
Melz : Sejenis Karipap berinti sardin dan sambal
Abu : Puh best tuh .
Melz : tak best pun sebab orang sengal jer makan wakakak
Abu : Perghkan weh aku kacau kau ke?
Melz : tak mood aku cam tapir laknat tahap ke 3 Dewa²
Abu : Hebat! first time aku call ko lama² jangan ingat aku gay plak
Melz : ah fakap la ko , bila plak aku jadi gay nie . aku suka pompuan la ahaha
Abu : Ceh Dulu Awek ada minat kau tolak pastu suruh pas kat aku .
Melz : aku tak bersedia LOL coz awek tuh cun weh mana stended ngan aku
Abu : Beriya ko nie . Weh ok la aku nak roger Akir. Rindu dia
Melz : Oklah Akir tuh kan gay ko WAKAKAKA BYE
Melz ( Letak tepon )

Abu ( Call balik )
Abu : weh cepat la nak dengar kau wish nie .
Melz : yela Pi beday Abu!
Abu : Wah kau la orang pertama wish! Best! Muah²
Melz : ahh fakap ko ingat aku gay ke ? LOL
Abu : ahaha Thanks Mel
Melz : Ur welcome bro!
Abu ( Letak tepon )

Aku Record Perbualan nie coz First time abu Call aku! Dalam sejarah weh! Miahaha
Ada yang aku skip ( Personal miahaha ) TAkda yang aku tambah sekian!
Amek 30 minit jgak nak dengar betol² =.="

Sorry la yep AbuRinggo . Aku mood kelaut tujam ko call ahaha , dan² plak jawapan aku bikin ang panas tetibe miahaha. AbuRinggo merangkap kepada kawan yang selalu bikin aku panas time study dulu wakakaka . Pelik tetibe call aku tapi best weh borak ngan dia ! Rindu kau abu ! Till We meet again.

Jangan Jadi Lalang Boleh ?

Mar 23, 2010

43 Comments
Salam Dari Melz ,

Lama sungguh mel tak serious dalam blogging . Maaf dipinta ini kerana lately mel kerap berfikiran santai . Itu terpulang kepada korang coz cara blogging boleh bertukar² mengikut mood masing² . Aku nak minta maaf sekiranya ada terguris hati korang sepanjang aku berblogging . Mungkin aku ada buat gurauan kasar atau sebaliknya . Sumpah aku tak minat nak bermusuh dengan korang atau sebaliknya . Ini seperti Munasabah diri aku jugak .

Hidup di dunia maya ini kalau dah rasa ada pandangan yang best , hujahkannya dan jangan takut pabila menghujahkannya . perkara seperti diherdik , dimaki , dihina itu semua common sense . Itu terpulang kepada dorang untuk mengemukakan perkara yang aku katakan 'mengumpat' . Nak buat macam mana ? mulut dan tangan orang mana kita boleh tahan . Kalau korang rasa benda yang korang sampaikan itu ada maknanya teruskan saja niat itu .



Lalang itu lawa kan ?

Macam aku ceritalah dalam Vlog lepas , Kalau visitor ko 10 orang takkan la 5 - 6 orang tak suka dengan apa yang kau buat . Oh ya , takpayah la jadi bebal nak bikin kontroversi yang boleh bikin orang panas , Fikir tenang² untuk kita berkongsi dalam penulisan . Penulisan jugak ada rules dia , kalau tak tau come on google bersepah dah , kau tanya dia jawab dengan pantas sekali .

Dalam blogging atau seangkatannya , Standard la orang dok mengata sana sini dan burukkan apa yang kau dah buat . Ok fine kentalkan hati itu bila ada jer orang duk mengata kau . Itulah pengalaman paling best bagi akulah. Memang betul ada orang cakap ' mana best orang cakap benda² tak best ' . Memang aku pun tak suka orang cakap benda² tak best , tapi nak buat camna kita semua manusia . Pengalaman itu ada kat mana² . Kalau kita asyik dengar benda² best pun tak best beb.

Hidup kalau jadi lalang memang tak kemana beb .Sekejap nak buat dan sekejap taknak buat . Kita berfikiran biar jangan seperti kebudak²an dan belajar berfikiran matang dalam suatu perkara. Dan kepada haters benda remeh temeh macam tempe kalau acapkali di utarakan untuk dibesar²kan , macam mana nak maju ? come on la blogging ini kecik jer kalau kita duk pusing2 pun jumpa orang yang sama. Pandang la betul² apa yang ingin aku sampaikan .


Aku Naik Belon Terbang ke Bulan!

Mar 22, 2010

34 Comments
Salam Dari Romeo

Ripley's Believe It Or Not ! Eceh tetibe plak kan ? Eceh tajuk takleh blah sedapkan hati jer sebab takdapat pun nak naik belon tuh ! urghhh pissed off ! Miahaha . Ok² aku nak direct jer citer dan pacak dua tiga gambar dalam entry nie . Korang layan okeh .

Sememangnya karnival nie memang gempak tapi cam tenuk sebab line maxis problem . Tujam aku nak cari member² yang kenal tapi hampa . Hampa kejap je kot dalam 15 minit pastu togak air cincau 2 3 kali abes terus .

Aku jumpa 'Ramai' blogger . Tapi semuanya aku jumpa dalam keadaan 'terjumpa' best kan ? First² aku terjumpa Deya . Terkejut jgak nampak dia dengan memember dia . Aku sorang jer la kan macho gitu ! eh silap Cute gitu! miahaha. Tak amek gambar pon sebab aku takdo kamera . Aku pun blah dengan selambernyer tanpa mengacau depa bersama .

Aku meneruskan perjalanan dalam 'Jalan² Cari awek' . Rancangan ini kat TV3 pukul 2 Pagi. Sumpah awek bersepah , miahaha rambang mata aku duk usha jer. Usha jer la , nak dapatnya urghh harapan ! ok aku gatal kejap jer kan. Actually Romeo pun dah jatuh pangkat so sekarang Romeo kecundang jer pun! LOL

Ok pastu 'tetibe' terjumpa ngan AyongQila! Urghh time jumpa dia memang sempoi giler la. First time jumpa dan first time aku tegur dia ! lalala Time aku jumpa dia macam dalam drama TV beb! Sebab aku sedang elok² tengok belon nak naik bulan tup² tergerak hati aku untuk toleh belakang dan taraa Tora datang lagi ! Aku berjumpalah dengan AyongQila! Bestla jumpa dia , happening jer Miahaha .

Pastu aku cakap aku nak cari 'line' . Memang fakap giler nak dapat line time tempat penuh dengan manusia . Rasa nak pasang jer tiang Maxis kat depan aku! Miahaha.

Aleh² AyongQila terjumpa la Ynaa . Fuhh port plak bawah pokok memang cantik sangat lah tuh kan ? ahaha. Ok Ynaadey ? aku malas nak story sebab dah banyak kali aku story pasal dia ahaha cettt . Tengok Vlog aku terjah dia , ahh kat situ semua complete set 2 Sausage Mcmuffin with Egg! Urghhh best gilak.

Pastu jalan sikit , dan² terjumpa Eny ( blogger big gathering ) dia macam lost mencari kawan akibat daripada 'line' yang agak fakap pada hari itu! ahaha So aku invite la dia join kitorang daripada dok tercari² 'line' yang agak fakap itu kan ? miahaha .

Ok jom Kita bergambar! ececece



Korang nak Sponge Bob ke Doraemon ? Cepat pilih!




Antara belon² yang turut serta ! LoL



AyongQila Feat Ynaadey



Taknak cakap nanti kena Saman! ahaha Random Pic




The Cute man! LOL

EnD! Lelebeh plak ko kan ? Nak video ? Ermmm ok! ♥ you lah ahah

Enjoy



Contest | Aina Wedding Contest

Mar 19, 2010

14 Comments
Salam Dari Romeo! Miahaha

Oraite guys , nak join contest orang memang memerlukan otak yang penuh dengan nukilan . Dan² hari ini aku mempunyai otak yang sangat bernukilan . Nukilan itu apa ? Nukilan itu sejenis kuih adunan yang dicampur Felololosher ( maaf tak reti eja ) serta coklat KinderBueno ( sila meleleh ).

Story panjang² takbest lakkan sebab ini contest kene serious! Haip² pakcik serious time² camni . Ok tersebut la alkisahnya my fren dah nak kawen so sekali jalanla dia ada modal untuk buat contest yang sangat smart dan sempoi .

Aku boleh listkan jer la hadiah² yang macho untuk ang dapat pada hari perkahwinan ang nie . Kalau ang nak dari aku , memang aku kasi Jajan jer la ataupun stock maggie 2 bulan miahahaha tak pun! Grand sikit aku bagi barang 'baik' punya miahahaha . Ok aku duk bebel nie pun bosan jgak kan. Meh tengok hadiah² nya .

Tempat Pertama

http://www.vintagemobilephones.com/MyImages/8000x%204.JPG

Pergh henset nie Stock baling anjing boleh la nie miahahaha .

Kenapa? Boleh la ang roger2 dan defense

Tempat kedua :

http://img.mudah.my/images/63/6368717900.jpg

Komputer azimat

Kenapa? : boleh la ang duk online 24 jam berblogging

Tempat Ketiga :



pic diambil dari Eyriqazz -
saja jer ko kan . Bukan nak ajak aku seframe dua tengok LCD 80 inci ang miahaha

Kenapa bagus untuk ang ? :ang boleh la layan citer nie ngan dia



Dah kepada ang² yang berminat , boleh layan contest si Aina nie . Support memember buat contest weh , baru meriah miahahaha .

Rindu Pulak Nak Balik JOHOR

Mar 18, 2010

30 Comments
Salam Dari MelRomeo .

Rindu plak aku kat Johor weh , Miahaha sajer wat mood gedik time maghrib² camni . Oh kepada geng² aku kat sana , angpa semua masih ingat kat aku kah ? miahaha anytime jer aku boleh muncul depan ang semua na . Kita men guli , karok sampai berbuih , makan steambot sampai berjuir anak tekak, isap shisha sampai tingtong kepala hotak masing² , togak air coke tarik sampai bosan orang MCD tuh tengok orang sama jer Refill wakakaka . Papepon Aku taklah aku budak baik , semua aku buat ada limit dia tapi tang Karok sampai berbuih tuh ada la kot ! Miahaha


http://en.wikivisual.com/images/thumb/5/5a/Flag_of_Johor.svg/650px-Flag_of_Johor.svg.png
Bendera Johor - Merah - putih - Biru

Nak citer banyak tak guna , kang aku ngidam terus nak balik malam nie jgak karang ,ahh dapat jajan dan tujam gelabah cari tiket miahaha . Dan² plak time aku ngidam nak balik time tuh la nak dekat dengan Code hari aku "28032010" kalau angpa tatau nie la code kerajaan yang semua orang mesti wajib cuti! Kiranya kalau tak cuti memang ang seorang pekerja bangla yang hebat! wakaka. Atau nak kasi sodap lagi ( pekerja yang berwawasan ) Puh koma* ! Miahaha

Kalau aku balik , biasalah telur / tepung / roti gardenia / air ayam semua hinggap kat aku untuk diuli menjadi satu produk yang belum ada kat pasarmalam lagi ! siyes weh , kalau jual mau dapat untung ma ! Miahahaha .

Nak story panjang² pun bahaya , karang ada jugak geng² di Johor duk bahan aku sebab kalau aku cakap aku rindu kat depa dalam blog. Kompem! depa nak cari modal untuk aku dijadikan bahan yang sangat hebat ! Miahaha . Papehal aku tak declare lagi na yang aku rindu kat ang semua :) Ahhh lantak lah , aku nak story jgak yang aku Rindu kat Ang semua aih! :) Muntah darah*

Oklah nak mandi! Babai

3 Blog Yang AKu Selalu Usha Part 1

Mar 17, 2010

37 Comments
Salam Dari Melz


http://gado2net.files.wordpress.com/2009/11/blogger-and-wordpress-differences-logo.jpg

Ada Wordpress Ada Blogger

Aku buat Part demi Part yeah , tapi blog yang aku usha nie mesti akan aku click walaupun depa semua tak update kenapa yeh ? ntahlah aku pun tatau . Miahaha tapi aku rasa aku dah terBookMark rasanya depa² nie . So here We go !

1. ZackZukhairi - Realiti Konspirasi

http://i909.photobucket.com/albums/ac292/zackzukhairi/headerakhir2.jpg

Aku SilentReader Sepenuh masa untuk blog ini . Kadang² part time lah jugak Miahaha . Serious ini adalah personal ! Oraite kalau angpa semua nak tau . Aku ada sekali panas ngan entry mamat nie sebab bikin aku touching kao² hahaha , So dari situ memang makan dalam lah kat aku kan. Tapi slow² aku ubatinya dengan kartun² yang memang superblah aku cakap . Kang cakap lelebeh kang kembang lak si zack nie wakakaka. Okeh malas nak story panjang² , sebab aku memang pemalas Miahahaha boleh terima tak alasan camni ?

Teguran Untuk Zack : Konsistenkan berblog bro :)

2. NadiaShariful - LietomewithStyle

http://2.bp.blogspot.com/_HYCcurJbLh4/SZ2yKZARvgI/AAAAAAAAAO8/K_eod2Jt6cs/S1600-R/blog.jpg

Blog dia nie cam tak kejarkan apa² dan sebab tuh aku suka baca kot .Angpa boleh la layan blog dia nie . Best dan ngancam bagi akulah dan aku makin pelik sebab aku taktau kenapa aku bukak blog aku dan aku akan terbukak blog dia ok aku tatau kenapa! Sapa² yang tau boleh ke kaunter pertanyaan Jusco berdekatan . Sekian mekaseh . URLnya LietomewithStyle ? Ok aku akan cuba tipu ang dengan style yang bergaya! Wakakaka Ok taknak cakap banyak kang kena sumpit .

Teguran untuk Nadia : Buang Verify Code pada Comment please ! Miahaha

3. Bang Nara - BerBlog Bukan Sekadar Untuk Wang!



Penulisannya yang sempoi dan kadang² makan dalam . Aku suka motivasikan diri aku dalam blog ini. Macam aku cakap kat ang semua la Aku suka cari blog yang matang dalam penulisan jugak untuk mematangkan lagi cara penulisan aku serupa jugak blog Eyriqazz . Macam aku cakap dulu, Tagline itu penting ! Berblog bukan sekadar untuk wang . Yeap aku jadikan ini sebagai motivasi terhadap diri aku sendiri , aku kerap berfikir tentang keikhlasan dalam blog . Aku tulis , aku sebarkan dengan satu niat - Berkongsi .

Teguran untuk bangNara - Try buat Header bro , First Impression itu penting bro .

Melz : Dulu aku pernah kena tegur dengan kawan blogger aku yang agak lama dah kecimpung dalam dunia blogging sejak Tahun 2000 kot . Start dia tegur ( Mel kenapa kau suka buat ayat SMS ? ) Ok start dari situ lah kebanyak penulisan aku terus penuh jer memanjang hahaha .

OK tunggu untuk 3 Blog yang Seterusnya ! Enjoy keh

Perhatian Kepada Awek-Awek Di Luar Sana !

Mar 16, 2010

24 Comments
Salam Dari Melz ,

Apsal tah mood blogging aku semakin menjadi-jadi lately , mungkin disebabkan aku terlalu busy dengan InfoKami kot So kerinduan terhadap MelRomeo ini menjadi-jadi! ahahaha lantak lah , Okeh Aku nak story panjang lebar pun malas tapi aku nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada Ang-ang semua yang digelarkan awek , makwe , wanita , makcik-makcik , mak-mak , janda , bibik , dan seangkatan denganya .

Cerita pasal Selamat Hari Wanita ini aku ada join 1 Event 3R AjwinAjeera 13 Mac lepas . hahaha Join plak aku ! Takdelah aku just menyebuk tengok awek-awek tiup wisel pastu bawak sepanduk tertulis "UNDI MELZ dan HANTARKAN ke 28032010" hahaha gila viva kan aku? Papepon takenote korang kena hantar hadiah kat aku ok ! alamat roger2 jer miahaha. Ok merepek!

Oraite Event yang dorang lancarkan pada 13 Mac 2010 tuh memang mengancam aku cakap ngan korang , kira terbaik dari pasar malam beb ! hak-hak sebab awek2 berkeliaran dimataku Wakakaka takleh blah ok ! Kompem kalau korang tengok aku pastu mesti korang rasa nak sumpit aku jer kan ?


Kelihat Jumpa berader nie dengan adik dia kat OneUtama , Sorry bro buat ang tertunggu na !Sapa bro nie ? nama dia AieSeiryue - Blogger yang sedang memuncak naik! good bro


Kelihatan : Nara , Cute , Rina , Awin


Nie team sokongan padu Ajwin gila'lah' esok buat baju Melz lak yep! miahaha


perghhhh Aizat siut ! nie la aku duk habaq kat angpa semua .
Sumpah sedap dia nyanyi! kalau bagi rating 9/10


Selina nie hot jgak kan ? Ok PUSH STOP! wakakakaka

ok Blogger yang support si awin nie !
yang Kiri tuh - Arina
Yang tengah tuh - Deya

Papepon Nak story panjang tak guna , Meehun aku dah kecut! wakakaka taleh blah okeh ! Oklah nak calo dulu miahaha . Papepon Dengarlah lagu nie , kalau Youtube korang sekat-sekat takpa cubalah belajar bersabar sebagai seorang perempuan ! [CLICK] teringin nak nyanyi kat korang hahaha .

PIC DICURI DARI AWIN! Sekian - pakcik takda kamera uhuks!

Takperlulah Nak Samakan Aku Dengan Blogger Lain Please!

44 Comments
Salam Dari Melz !

Entry ini mungkin akan bagi panas kat ko tapi jangan risau aku tak suka 'direct link' . Entry ini mungkin korang akan terfikir benda-benda negatif ! yes bagi aku , ia semua negatif kerana aku cuba untuk berfikiran positif terhadapnya . Mungkin orang tak tau kenapa dan bagaimana . Itu semua persoalan yang akan dijawab oleh aku sekiranya aku mahu !

1 perkara yang paling aku benci yang kerap aku dapat email . Stop'lah' bandingkan blog aku dengan blog orang lain ! . Please'lah' . Aku ada target aku sendiri dan aku tau aku nak stay kat mana dan aku tau aku dekat mana dan dimana . Takperlulah duk laga-lagakan aku coz kalau korang nak lagakan aku dengan blogger lain pun tak kemana la beb . Aku masih waras dan masih boleh berfikir .

http://www.mediabistro.com/agencyspy/original/Email%20Icon.jpg

Ko duk banding2kan nie kenapa ? kenapa kau taknak majukan diri sendiri daripada duk lagakan orang lain nie ?Please'lah' cari kehidupan itu dan bina kehidupan itu . Tak tau tanya semua orang boleh bagi ilmu kat kau kalau kau betul2 bersungguh2. Please'lah' hentikan ajer pemikiran kolot kau yang suka duk bandingkan dengan ayat yang lebih kurang sama iaitu 'blog kau bukan best pun dari blog dia' okeh fine ! tak best kau blah la please .

Lain orang lain cara beb , lain orang lain penulisan . Once again tak suka sila blah , aku tak kesah beb! Siyes Aku takda nak pakse2. Aku buat entry ini pun sebab dah Muak baca email yang bikin semak jer kat inbox aku. Email yang putar-putar belit ayatnya aduhh Please'lah' . Aku bukan nak sekolahkan sesiapa tapi aku dah muak ! okeh End

Daripada kau duk email aku benda-benda camni , lebih baik kau post entry hahaha , janganlah bikin lawak kat sini please! . Neway aku harap takda lagilah email-email annoying gila viva nie , takde pekdahnya weh!

Vlog | Sengal | TerSarapan Pagi Bersama Melz!

9 Comments
Sumpah sengal vLog kali nie . Aku dengan tak tidor lagi + dengan kekusutan yang melanda diri akibat takleh tidoq hahaha . Mak aku baca kompem kena Sumpit dari jarak 1KM . Wakaka , papehal Aku sajer nak kasi korang meleleh dengan Set 2 Mcd breakfast punya hahahaha terbaik wa cakap !

http://i236.photobucket.com/albums/ff79/sgoiler/Breakfast.jpg
Sila meleleh please! Miahaha

Cakap panjang tak guna , Jom gelakkan aku hahaha . Siyes gua tingtong sebab kepala tengah mengalami sindrom tak tidor . Selamat melayan gua dalam Vlog ini ! Miahahahaha Enjoy Mate



Jangan Tidur Lagi ! Ahhh Amek Ko Ubat!

Mar 15, 2010

26 Comments
Salam Dari Melz !

Adeh , inilah kan ? Kalau dah lama tak layan Tv . Pastu tetibe tergerak hati nak bukak Tv time memalam . Hah amekkobat ! First² terlayanlah citer KingKong , hahaha ye ada sorang blogger ni Ynaa panggil aku KingKong! (Tsk² jab nak amek tisu)

Lepas abes citer KingKong tuh , alamak takleh tidurlah jawabnya sebab ada 1 citer matsaleh nie Just for Variety !Pergh lama siut taklayan Network Just For nie hahaha layan beb! Tak caya jom layan kat Youtube!

Lepas terlayan JustForVariety kat TV3 tuh aku boleh terlayan citer seterusnya plak , Boom Boom Bang. Syit serious aku berdekah tengok depa main belon air ! Apa lagi makin tak tertidurlah diri ini ! DeNg Apa²pun sempoi giler brader² nie. Teringin jgak nak mengacarakan citer camtuh miahaha . Tapi takpe itu semua mimpi jer kot hak² .

Lepas terlayan BoomBoomBang , DeNg Nightline tujam lah nak ada! aku paling benci Night² Line atau Night Stalker atau sebagainya ! wakakaka Terus aku ambik bantal dan selam , tapi mata taleh tutup jgak sebab tetibe tekak nie kempunan nak sumbat Teh O Panas ! Relax² jer aku masak air panas (Aku reti buat air weh!) So sapa nak cari calon . Meh aku orangnya Miahahaha . DeNg!

http://www.tv3.com.my/App_Themes/tv3_09/images/logo_tv3_2010.png

Terjah ! Oh syit aku tak suka siut pompuan mulut becok tuh , lelebeh plak dia kan, banyak modal beb mulut diah Miahaha dah² aku tamo citer pasal Terjah nie tapi yang pompuan hot tuh sapa plak eh? dalam crew Terjah tuh jgaklah , aku malas nak gugel sebab aku memang pemalas wakaka.

Biasalah lepas dah layan Teh O Panas kan ? badan pun tetibe panas walaupun ujan kat luar tuh lepak 1 saat jer kompem kuyup . Jam plak menunjukkan 2 pagi ! Adessss mata takleh lelap! Akibat dari itu , Aku bukak TV balik . Ah sudah citer Jangan Tidur Lagi plak dah . Oh deng! Nak plak artis jemputan dia Aizat! U rock aizat! wakakaka aku suka dengar lagu² dia tu sebab aku makin teruja duk tercangak depan tV . So daripada citer Jangan Tidur Lagi tuh jgak lah bikin aku makin takleh Tidur! Deng!

MelRomeo Maintenance !

Mar 13, 2010

27 Comments
Salam Dari Melz

Mel akan buat kelainan sikit kat blog ni . Coz dah banyak serabut coding bersepah-sepah . Isk Tekanan lak bila tengok lelama . Hahaha So mel rasa , tibalah masanya Bertukar wajah dan semestinya Melz akan berikan visual yang penuh dengan keasyikan miahahaha .



Antara perubahan yang mel nak buat :
1. No More Read More ( coz Simple Entry soon )
2. More Stylish & Design
3. No More 3 Column Template ( 2 Maybe )

4. Akan letak Switch lampu ! Wakakaka

Tuh jer kot , Tengok la camne kalau ada benda mel rasa cun , mel tambah haha . Actually mel nak sumbat beberapa Jquery yang mel dah belajar hahaha . New Style yoh before My Birthday . Oh ya sekali buat entry ini , sekarang Blogger.com dah bagi kemudahan kat korang untuk mendesign blog korang . Kalau korang nak tau , korang ikut step kat bawah .

Follow Step ini :
1. Layari Draft.Blogger.Com
2. Tick Pada kotak biru kat atas tuh
3. Tekan Layout dan Tekan Template designer
4. Taraa teruskan mendesign disitu ;)
Korang godeh jer sampai berbuih , takdehal njoy !

Persamaan - Warna still black , white , blue . Muah kiri muah kanan warna nie hahaha COOL kan ?

Bila Dah Minat Semuanya Jadi Best Bila Berjaya !

Mar 11, 2010

22 Comments
Salam dari Melz ,

Hehe bestkan tajuk nie ? ahaks , so bila dah ada minat nak buat benda yang kita betul² minat . So bestla jadinya bila kita berjaya buat ye tak ? hak² . Terima Kasih aku ucapkan kepada Bro Nescafe coz guide aku sikit² macam mana nak mulakan Jquery dan terus aku maju dengan pantasnya dalam bidang Jquery ini . Sesungguhnya aku ambil masa 3 hari duk godeh benda yang sama tanpa henti !

http://www.static.leonbarrett.com/images/jquery.png
Jquery : Write less , do more !

Tanpa henti itu maksudnya dari pagi sampai la kesubuh* ( serious nie ) terperap jer depan lappy bermain dengan coding . Oh aku suka Jquery ♥ . Neway sumpah semalam aku dapat keyword yang selama ini aku cari dok payah akhirnya telah diberitahu oleh bro Nescafe . Bila aku dapat , serious aku tersangat teruja ! Aku jadi jakun ~

Yep memang aku jakun ! takyah cakap kejakunan aku terhadap coding baru yang aku belajar ni. Kalau korang tengok mesti korang nak sumpit aku sebab kejakunan aku terserlah ! hak² Korang boleh usha semua hasil orang yang aku ciplak dan aku try dan akhirnya berjaya kat sini
CodingMelz . Terima kasih kepada Queness coz tutorial dia GEMPAK! hak²

Papepon aku akan terus bersama Jquery untuk tambah lagi skill yang aku ada dalam CodingMelz . Once again thanks to Nescafe and Queness !

UPDATE : Jquery nie ada Librarynya sendiri yang boleh kita gabungkan . Ang boleh usha kat sini untuk Jquery . Jquery itu sejenis coding campuran HTML , CSS dan JAVASCRIPT . Menatang nie bagi visual UI yang sangat semart dan sempoi . Ang boleh usha kat sini selebihnya CodingMelz nie apa yang aku dah buat lah hehe

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

19 Comments

Salam Dari Melz ,

Oraite aku rasa benda nie dah ramai yang tahu iaitu projek 400 nuffnang yang nuffnang akan bagi RM50 pervisit. ahaks terima kasih nuffnang atas usaha merapatkan dan mengkayakan kami blogger. papehal aku nak buat pengumuman terhadap event yang terbaik daripada nuffnang . RM15 , 000 termasuklah semua tuh dalam hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai.

Bila event ini berlangsung dan dimana serta starnya bila ?
Big Event ini akan berlangsung pada 17 April 2010, Sabtu dan bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur

Event apa kat sana ?
Gatsby Deodorant Street Fair
akan melangsungkan pelbagai aktiviti , contohnya Membaling getah, Gusti sumo di dalam beg udara dan macam - macam lagi. Selain itu juga lebih menarik di Gatsby Deodorant Street Fair adalah pengunjung² yang menyertai acara ketika Gatsby Deodorant Street Fair berlangsung, secara automatiknya layak untuk menyertai Lucky Draw . Huwaw! Menarikkan ? Apa lagi ? baling² getah , aku takdapat nak tunggu gusti sumo ! Come bring it on .

Jangan Tunggu lama²
Jangan tunggu lama² . Tuliskan entry korang tentang Gatsby Deodorant Street Fair dan nikmatinya pada 17 April 2010 ! Nantikan Miahaha

Bagaimana untuk Ke Times Square ?
1. Mudah dan sangat mudah . Just roger abang teksi yang berdekatan dan terus katakan kepadanya , Bang saya nak pergi ke Times Square Coz ada Gatsby Deodorant Street Fair !!

2. Atau gunakan alternatif lain iaitu menggunakan Monorail , katakan kepada kakak² disana saya ingin ke Times Square ( Jalan Imbi ) coz ada Gatsby Deodorant Street Fair !!



Mari Lihat lagi disini !!
Korang juga boleh tengok kat website ini , macam² ada ! www.Gatsby.com.my/StreetFair dan nikmatinya sebelum 17 April 2010 !

Terima kasih Nuffnang dan Gatsby untuk Program ini ! Saya teruja , Anda ?



Vlog | Kenapa Kita Perlu Segan Bila ...

Mar 10, 2010

35 Comments
Salam Dari Melz ,
http://www.unionroom.com/blog/wp-content/uploads/2009/09/segan.jpg

Vlog ini menerangkan kenapa kita perlu segan bila ... ? Nak tau ? korang usha vlog ini . Mungkin dapat menaikkan lagi semangat korang dalam blogging atau mencari kelainan ! Hak² Papepon hari ini aku cute tak ? Miahahaha Enjoy my Vlog Guys ! Muah kiri Muah Kanan :-*



Thumbnail Aku tengah tacing² isk² huhu

Contest | Teka Bola Oh Bola - Mietos

Mar 9, 2010

8 Comments
Haaa Contest mudah jer , aku suka ! miahahaha walaupun aku tak hebat main bola tapi aku hebat main meneka . Kompem betulnyer . So kepada yang lain Jadikan aku refferer kalau nak join contest ini ! Miahaha . Enjoy ! Nice Contest Mietos .


Jawapan : G atau F

TARIKH TUTUP : 15 March 2010

Saya tau mengenai contest ni dari link :
Mietos

Pastu saya kelik2 link kat bawah ni :
Mietos

Invite 13 Mac 2010 | One Utama | Hari Wanita Sedunia

10 Comments
Salam Dari Melz .

Mari abang² adik² awek² bapak² ke karnival 3R . Actually aku dijemput oleh si gadis ini AjwinAjeera yang salah seorang contestant dalam peraduan sapa nak kawen jutawan ? Miahaha cettt takda la . Sebenarnya dia adalah salah seorang contestant TOP 15 dalam 3R nie. TOP 15 yoh ! Salute spring kereta sat lagi mel bagi . Miahaha

artis ada , awek ada Miahaha

Tarikh : 13 Mac 2010 , Sabtu
Masa : 12 tengah hari - 8 Malam ( aku tak lama sangat )
Tempat : Sentral Park , One Utama ( gugel sat )

So kepada korang yang nak join meh la reramai boleh kita beborak dan macam² lagi . Sharing is Caring hoh ! Ini mesti mau ada , banyak benda jgak aku nak share . Oh ya AbangNara pun join hak² so korang boleh la beramah mesra dan tanya apa jer kat we oll . Boleh kita bertukar pendapat juga kan ? Aku dak paksa na.. kalau ang semua nak datang mari² dialu²kan.

Boleh dikatakan nie Laypark Borack Mini Gathering ke #5

So kepada wanita di luar sana . Mel ucapkan Selamat hari Wanita ! Muah kiri muah kanan miahaha.

Pandangan Melz Terhadap LinkExchange , Apa Gunanya ?

Mar 8, 2010

34 Comments
Salam Dari Melz


Blog Exchange Link

LinkExchange atau pertukaran link yang sering dibuat oleh semua blogger sekarang . Namun begitu tahukah korang terhadap apa fungsinya pertukaran link ini ? Pertukaran link adalah untuk membantu menaikkan PR . Oh ya korang boleh baca di InfoKami dan pertukaran link juga boleh membantu blogger lain menaikkan Visitor blognya .

Lately pertukaran link kerap dibuat oleh sesetengah blogger Wordpress . So sekali aku membuat entry ini , sekali imbas aku menegur apa gunanya LinkExchange ini kalau salah cara penggunaanya ?

Baiklah , kita perlu berfikiran logik dan berfikir semua benda ada Matematiknya . Ops mengapa aku berbicara tentang matematik ? Oraite . Mostly aku selalu nampak dalam sesetengah blogger suka membuat LinkExchange pada Page yang berbeza . Dari situ aku terfikir, apa gunanya ?


Ada ke orang nak tekan kalau camtuh ?
Gigih la orang tuh kalau nak tekan Tab Tukar link dan tekan nama blogger

Matematik yang ingin aku olahkan ialah Keberangkalian* . Keberangkalian kita untuk menekan page ' TukarLink ' untuk melihat page blogger lain adalah sangat tipis iaitu 20% Sahaja dan itu sekiranya nama Blogger itu telah dikenali ramai .


Kalau korang tengok Tajuk dah sedap mesti korang tekan kan ?

Namun begitu , pertukaran link pada Bloglist masing² pada sidebar adalah lebih tinggi keberangkaliannya iaitu 80% sekiranya Tajuk blog mereka dapat menarik perhatian seseorang untuk membaca. Disebabkan oleh itu aku sangat menegur korang , Tajuk memain peranan penting dalam blog . Korang boleh baca kat sini tentang TIPS MENULIS TAJUK

So disini , aku ada 2 persoalan

Persoalan 1 : Korang rasa mana lebih baik ?
A - Blog tambahan yang mengumpul bloglistnya sebagai contoh ( Click )
B - Blog yang mempunyai Bloglist pada Sidebarnya ( Minimumkan penggunaanya )
C - Blog yang mempaparkan pada page "ExchangeLink" Contoh - ( TukarLink )

Persoalan 2 : Adakah korang setuju dengan apa yang aku sampaikan ?

Sendiri fikir sendiri tau jawapannya . Salam

Teringin Nak Blog Macam Mashable.Com

Mar 7, 2010

22 Comments
Salam Dari Melz

Pagi-pagi buta baru nak update kah-kah maaflah yep semua . Neway pagi-pagi nie aku nak bagi tau kat korang 1 website yang sangat aku idamkan sejak dulu lagi untuk menjadi sepertinya . Ahaks tak mustahil kalau ada minat yang mendalam , mungkin ia akan menjadi benar kan ? Nak seribu daya tak nak seribu dalih .

http://www.giveforward.org/blog/wp-content/uploads/2009/10/Mashable-Logo.png
Logo yang simple dan Warna yang menawan ahaks !

Well website yang aku nak roger itu adalah Mashable.com . Sebut aja Mashable.Com , semua orang mesti dah kenalkan ? Pengasas blog ini adalah Pete CashMore orangnya pun kacak kalah Brad pit . Oh ya korang boleh usha lagi siapa dia kat "About Us" Puh ramai gila dorang punya Contributor dalam blog ni .

Blog ni pun dah beroperasi sejak tahun 2005 lagi so masuk tahun nie dah dekat 5 tahun jgak beroperasi kan ? Nice one. Konsep blog ini adalah seperti membincangkan berita tentang Web-web social yang terkini dan lain-lain . Banyak sumber yang kita boleh dapat dengan Mashable.com nie .

Aku bukan sajer minat kat dia punya content tapi aku minat dengan susunan blog dan warna yang terdapat dalam blog ini . Kalau tak silap aku web nie menggunakan konsep Fade Jquery kat dalam blog nie . Sapa-sapa hebat tang Jquery sila bagi tau aku apa jenis yang depa gunakan yep . Teringin jgak nak pakai dalam blog-blog aku hehe !

Melz - Satu Hari Nanti kan ? Ahaks

MelRomeo Reviews

Mar 6, 2010

27 Comments
Salam Dari Melz ,


Terima Kasih kepada yang telah Me'review' blog MelRomeo . Siapa yang telah review? Korang boleh usha kat bawah nie satu persatu yep ! Once again , terima kasih kepada yang telah Mereview ! Ku hargai sangat nie ! hehe

Blog yang berkonsep mesra pengguna memberi ilham kepada semua bloggers tentang berblog , bagaimana meningkatkan traffik melalui penulisan yang berkualiti . Boleh bertanya apa sahaja yang tidak difahami kepada AskMelz dan sudah tentu ada jawapannya . 5 Star Untuk Melz




Direview Oleh Farenova

Baca blog Mel kamu akan belajar lebih dari sekadar coding . Duduk,baca dengan tenang gaya pemikiran dia =]
[zara+stadium+JOHO+Muar.JPG]

Direview Oleh Shafaza-Zara

Blog yang penuh informasi dan tips-tips menarik terutamanya untuk new bloggers. Tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan mencurahkan perasaan hati .Seorang yang cool dan sedia melayan karenah peminat blognya .Berpewatakan menarik dan menjadi pujaan ramai wanita cantik di luar sana .Indah khabar , indah rupa, itulah MelRomeo

[Eyriqazz.jpg]

Direview Oleh Eyriqazz

Blog banyak info nih.. Sesuai untuk newbies =)

http://ariffshah.com/wp-content/uploads/2010/02/blogariff125.png

Direview oleh AriffShah

tutorial beliau amat berkesan....huhu tertarik ngan artikel tntang cara penulisan dlam blog..aku praktikkan..dan ayat aku da jd skema giler...lol.hahaha anyway ayat skema tulah bantu aku thank to melromeo huhu....nice...nice...nice...-Heatzik


Direview oleh HeatZik

Terima Kasih aku ucapkan kat korang yang sudi mereview blog aku .Kepada yang ingin review blog ini . Korang boleh pergi ke laman web Alexa.com ataupun Gengblogger . Review dari segi Kritikan juga amatlah aku iginkan ! Sekian Melz

Tulis & Menang AriffShah.Com

Mar 4, 2010

37 Comments
Salam Dari Ku Melz !



Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com DenaiHati.com

Tulis & Menang AriffShah.com
Tujuan aku menulis ini untuk mereview blog aku dan dalam masa yang sama aku ingin menjoinkan diri ke dalam Contest Tulis & Menang AriffShah . Dan dalam masa yang sama aku ingin berkongsi bagaiman aku menaikkan blog ini .Entry ini aku tulis khas untuk Blogger Ariffshah.Com untuk aku review blog aku sendiri .

Bismillah . Aku mulakan dengan diri penulis ini yang cute! hak² .


Guala Melz Miahahaha

MELZ A.K.A MELROMEO
Aku Melz , Seorang lelaki yang berumur 20+ tahun . Seorang blogger biasa yang mempunyai ciri² blogger timuran ahaks , bukan aku cakap tetapi visitor ku yang cakap ! Terima kasih kepada anda yang terus menyokong blog ini . Sesungguhnya setiap entry yang menjadi sumber ilmiah kepada korang adalah dari pemerhatian aku terhadap blog korang jugak . Coz aku suka terhadap perkara baru yang orang lain tak ingin nak buat dalam setiap entry dan itulah yang aku buat .



Header dan Footer Pertama aku !



http://1.bp.blogspot.com/_peCDtCKCYpY/S1Rvpyxbu8I/AAAAAAAAAyQ/Swd3hASko0c/S980-R/2.png

EVOLUSI MELROMEO.BLOGSPOT.COM
HeaderKu bersama TaglineKu Hehah

TAGLINE & HEADER
Actually aku mempunyai 3 Tagline iaitu - ♥ To Make Friends , Sharing is Caring , dan Where Real Bloggers Meet . Namun begitu tagline aku sekarang adalah Sharing is Caring . Ini disebabkan ramai reader aku cakap "Sesuai tagline ini dengan blog ini" terima kasih aku ucapkan kepada korang . Oh ya, sharing is caring right ? so aku perlu berkongsi so dengan itu ilmu yang ada aku boleh kembangkan dan dengan beraninya aku membuka Slot AskMelz™ . Disitu korang boleh bertanya apa sahaja yang korang inginkan , tetapi harus diingatkan aku juga masih belajar dan sekiranya jawapan korang tidak dapat aku lunaskan maaf aku pinta .

TIPS
Blog aku mempunyai pelbagai aspek yang boleh korang pelajari oleh newbie² blogger .Ops aku pun newbie dalam dunia blogging tapi aku suka membaca dan dari situ aku simpulkannya untuk menjadi satu tips yang boleh korang ikuti . Seriously segala tips yang aku provide kat korang adalah dari pemerhatian aku dan aku provide kat korang dengan cara aku . Tidak pernah aku copy paste dari mana² website atau tukar atau sebaliknya . Hentikan pemikiran itu terhadap blog ini .


Inilah Statistik blog aku untuk Mingguan .
Note : 27 Feb aku berperang sila [Click]

MELROMEO SEJAK 21 OGOS 2009

Blog aku baru berusia 6 Bulan tetapi pengalaman aku sudah lama . Berapa lama ? tidak perlulah aku hujahkan , cukuplah korang kenal aku yang baru 6 bulan bertapak sebagai seorang blogger picisan . Didalam blog kita perlukan pembaharuan atau aku panggil sebagai kelainan yang sangat² ini kerana First impression orang akan datang dan perlihatkan segala yang ada didalam blog kita dan disebabkan itu aku menggunakan warna biru , blackgray dan putih sebagai warna tema di dalam blog .


Warnakanlah blog korang dengan sebaik mungkin ! Tips Untuk Pompuan ! [Click]

WARNA

Maksud warna yang tersirat dalam blog aku adalah Biru melambangkan aku seorang yang cool , sempoi dan selamber dalam suatu perkara , oleh sebab itu aku beranikan diri untuk membuat slot Vlog™ .Warna blackgray melambangkan aku sebagai seorang yang pentingkan kekemasan dalam entry mahupun blog aku , selain itu juga warna black gray ini aku gunakan untuk menenangkan pemerhatian aku setelah penat membaca . Warna putih melambangkan aku suka berkongsi ilmu yang baik untuk kita terus maju bersama dan warna putih adalah kertas yang kosong untuk aku isikan dengan ilmu yang aku ada .


Penulisan - Dua Perbezaan Entry Aku sekarang dan Dulu [Click]

PENULISAN

Personally , aku suka membaca blog yang mempunyai ciri² perkembangan yang drastik dari satu entry ke satu entry . Oleh sebab itu aku cuba mencari blog² yang matang untuk aku pelajari cara mereka berinteraksi dengan pengunjung mereka . Kita menulis entry adalah untuk mereka baca so kita perlu buat yang terbaik untuk mereka. So darisitu aku cuba improve penulisan ku dan cara aku berinteraksi dengan pembaca aku . Ada banyak Tips penulisan yang aku provide kat korang , so korang boleh usha satu persatu na !


Terima Kasih !

BLOGKU DIREVIEW
Terima kasih aku ucapkan kepada yang telah meriview blog aku tak kesahlah di Gengblogger ataupun Alexa.com . Terima Kasih kepada Eyriqazz , Farenova , Shafa zara , Ziks Cat , dan AriffShah

KONSISTEN

Konsisten yang aku ingin beritahu disini adalah setiap hari aku akan tetapkan dalam kotak pemikiran aku supaya aku perlu update entry setiap hari untuk pembaca aku membaca ! . Jangan fikir banyak sangat masalah dan lain² . Aku utamakan pembaca aku . Kalau aku busy di tengah hari , aku buat pada tengah malam . Apa salahnya sebelum tidur kan ? hehe . Nak seribu daya taknak seribu Dalih . Buang semua tuh please !


maaf akan aku improve lagi penggunaan bahasa ini!
Jika korang nak baca [Click]

READER

Blog aku penuh dengan silent reader dan aku terperasan dengan pengunjung mat saleh Namanya Make Dream . Inilah bestnya menaip entry dengan ayat SKEMA. Thanks pall , aku masih mencari jalan untuk lebih mesra dengan reader aku dan aku masih belajar banyak cara lagi bagaimana untuk menarik perhatian reader aku untuk berinteraksi dengan aku . Aku lebih suka melihat comment yang banyak kerana dari itu aku akan lebih bersemangat untuk meneruskan entry selanjutnya .


Ini untuk minggu ini
Terima kasih


Rombongan meminangku !

FOLLOWERS
Aku Sendiri tidak percaya yang bilangan pengikut aku sudah mencecah 1400 . Terima kasih kepada korang yang terus menyokong blog ini coz tanpa korang siapalah aku . Aku harap korang terus bersama blog ini supaya korang dapat tips² dan informasi tentang hal semasa dan isu tentang aku hehah! Insya-Allah aku akan buat yang terbaik untuk korang dari satu entry ke satu entry .


QuizMelz
Since 1 November 2009

CONTEST
Contest yang aku buat adalah dari pengalaman aku dalam dunia blogging . Style contest aku adalah dengan cara Redeem point . Setiap Point ada nilainya atau aku nilaikannya sebagai 1Mp bersamaan RM1.00 . Alhamdullilah sekarang sudah masuk ke QuizMelz 9 dan penyertaan korang yang terus menyokong apa yang aku buat , sangatlah aku hargai ! Quiz ini juga boleh mengeratkan lagi hubungan antara blogger kerana aku buat 2 Way Traffic dan korang boleh tengok disini [Click] .

Check Google Page Rank
PR - 3.
Alhamdullilah aku mendapat PR 3 pada bulan 11 tahun lepas . Terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi linkkan blog aku dalam blog korang . Disebabkan daripada itulah aku ingin membalas budi korang dengan membuat LinkExchange untuk aku tolong korang naikkan PR juga . Jangan segan² dan jangan malu² meletakkan link korang kat dalam blog ini .

Last but not least . I move with my own foot ! Jadilah diri sendiri bila nak menulis dan jangan nak takut orang kritik or what ever yang boleh bikin korang down ! Improve la diri korang bila berblogging coz korang kena fikir yang kita menulis ini untuk orang lain baca so buatlah yang terbaik untuk dorang . Walaupun ayat yang paling aku tak gemar nak dengar "Blog aku suka hati aku lah" Oraite tapi blog kau aku yang baca"

Enough is Enough , What done is Done! Jadikan aku sebagai Referer korang dan tak lupa juga kepada penganjur dan penaja contest ini ! Sekian Melz

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Ariffshah.com

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo