Tips Memilih Templates Blog Part 1

Jun 7, 2010

Salam Dari Melz

First impression adalah sangat diperlukan untuk memastikan blog kita nampak kemas dan teratur. Tak kira dari segi susunan mahupun grafik . Memang betul ada orang cakap 'simple² template pun tapi apa yang kita nak 'isi entry' tetapi penggunaan ' warna ,style, dan design ' akan memberikan kita sedikit impak terhadap mood untuk kita menulis. Memang aku bukan budak seni , tapi kadang² cuba kita fikir untuk memahami 'seni' itu hehe.

Selain daripada itu jugak , kita akan lebih peka terhadap blog sendiri kerana penggunaan template dari segi warna , susunan dan design yang akan memberangsangkan mata kita untuk lebih berfikiran kretif. Kita jangan fikir , ala biasa2 sudah lah . Itu semua pemikiran jangka masa pendek kerana kita TIDAK ingin mendapatkan pengetahuan lebih lanjut terhadap design dan sebagainya.

Come on , google , yahoo , youtube , ask , kawan , apa lagi ? Referlah kepada mereka² yang mahir kalau korang inginkan sesuatu yang baru dalam ' rumah internet' korang sendiri kan? Oraite , mel akan bagi tau sikit pasal template dan sedikit link untuk korang download dan upload kedalam rumah korang .

Firstly , dimana korang boleh dapatkan template yang smart² dan gempak ? Oraite

1. Btemplates
2. FinalSense
3. Pyzam
4. Bloggertemplates
5. Bloggerstyles

FullText Style & Summary Style

Contoh Full Style :



Pertamanya , pemerhatian mel terhadap blogger lebih suka terhadap Blog berunsur "Full Text" berbanding "Summary" ini kerana mungkin ada di antara korang tidak gemar dengan double click terhadap 1 page . Full Text style korang boleh tengok di blog aku sendiri dimana segala 'content' yang ada akan dipaparkan sepenuhnya didalam 1 page. So korang bayangkan kalau penulisan yang panjang² macam aku nie boleh ke taruk 5 Entry dalam 1 Page ?

Contoh Summary Style :



Namun begitu , Penggunaan Summary Style kurang digemari oleh 'personal' blogger mungkin korang takmau penulisan korang nampak terlalu formal rite ? Tapi sebenarnya Penggunaan Summary style ini lebih kemas dan tidak berat berbanding Full Text ini kerana display gambar yang korang letak adalah lebih kecik iaitu Thumbnail sajer. So load pun laju jer dan selain itu jugak , korang dapat meningkatkan lagi PageViews korang . So bila pageviews lebih tinggi maka penggunaan Percentange SEO lebih tinggi berbanding Full text . Ini disebabkan page static yang korang ada tuh pada setiap tajuk akan membuatkan % nya semakin masyuk ;) Ada paham ?


Susunan Column Templates
Keduanya Dari segi Susunan Widget. Widget yang berterabur pun memang akan jadi sakit hati jugak kalau nak baca! Actually terpulang kat korang coz ada beberapa jenis template iaitu 1 column , 2 column , 3 column , dan 4 column . Ramai memilih 2 Column kerana mahukan kekemasan! So susunan flow dia akan mel bagi untuk Next entry , hehe . Newaylah kan . kalau kita amek 3 column pun ok jugak sebab kita mengurangkan pengunaan Scrolling page yang sangat banyak. So bila korang pakai Summary Style campur plak ngan 3 column , pergh tak macam static giler plak kan korang pun boleh tengok demo kat page blog ini! [click Nescafe]

Oraite sekarang nak citer apa lagi eh ? Kang citer lelebeh takdalah Part 2 3 4 Miahaha! Oraite Kita sambung nanti la eh. tetibe buntu plak , actually banyak jugak aku nak cerita pasal template. yelah kan aku pun kerja buat theme itu ini . so banyak jugak contoh aku usha dan daripada contoh itu aku dapat belajar sikit2. Bila dah belajar tuh yang aku nak share ngan korang semua . Tak salah kita bersharing bercaring Miahaha!


End Melz

26 Comments:

noorss_kasih said...

salam kenalan,'

thank kerana memberi info yang sgt. cantikkk dan amat berguna kepada saya yang baru belajar

Melz said...

salam kenal jugak :)

mel banyak lagi nak olah pasal Template . dan mungkin akan olah juga pasal HTML

joegrimjow said...

hoho
ku tunggu part 2

Sendra said...

wah,info yang berguna..aku tak tahu ada fullstyle dengan summary style..tapi kalau orang yang pakai summary styl;e ni,macam melecehkan reader dia je.dah buka page dia,then kena read more lagi,satu lg kerja..kalau yang pakai berukband,dah nak maki2 apa semua pula nanti..sebab tu lah kot full summary menjadi pilihan ramai kot?

Melz said...

Joe : ngeh² aku dah siapkan 3 - 4 part sudah :P . semua tuh dari sudut pemerhatian ku .

Sendra : memang betul , itulah internet dia Malaysia ini agak terhad , tetapi kalau kita review blog orang luar jugak . kebanyakkannya semua gemarkan summary style . lagi pun dalam Wordpress boleh meletakkan POST TAG untuk menjadikannya Summary Style

nEo.. said...

malam ni keluarkan part 2 terus bro..kuikuikui

Melz said...

Neo : semangat blogging ku makin pudar :( huhu mungkin tekanan kerja bikin aku jadi begini kot..

Neway Part 2 next day lahh kot hehe

@juera said...

melz, ko tgok template kt blog ak ok x?pning ak tau nk main ngn kod html tu..hoho..bg komen skit kt template blog ak tu..bkn pe, utk penambahbaikan..^___^

Melz said...

@juera : oraite ;)

actually nanti mel tolong2 sikit pasal coding untuk entry next next. mel nak share pengetahuan pasal coding sikit2 ngan korang semua jgak :)

nUR_rOsALiNdA said...

Good Info =)

merah_s said...

Salam, trimas atas info yang berguna ni..

INTANKUTERPILIH said...

tak pandai nak buat partition kat sidebar...

Sharinginfoz said...

apa yang penting kita suka nak pembaca pun ok

QieFLy si Dolce said...

ouh begitu kagum aku dgn entry ini...tapi aku suka warna warni tu la pasal blog aku pown dah mcm pelangi....

'AQILAH said...

tapi tetap tak suka summary tuh...agak leceh, baca kene tekan satu2...prefer berjela kebawah :)

Ery Farieha said...

good info :)

hBz said...

lama tak singgah.tgk2 dah {dot}com. nice beb!

cik paro said...

nice info..

/Dayah//Nurul/ said...

thanks sharing info, nex cerita lagi psl sambungannya k

eykameow :) said...

tak suka read more :P

Anne Boleyn said...

thanx mel 4 d tips. tak sabar pulak nak tau susunan flow tu.. :)

p/s: dah tengok nota cinta episode 2? jom tengok kat blog Hana :)

Adeqq said...

waaaa. tips best! x sabar part 2,3 n 4. hehehe

Propito.com said...

lame mel menyepi.. hehe. betul gak kalau template cantik dan kemas. baru orang suke tngk. dan ayat yang menarik dan berinfomasi turut menambahkan lagi orang untuk jenguk balik. hehe

darkbatman said...

wah.. info yang bagus melz tp aku dh kene stick ngn template skg..hehe.

Iza said...

Salam....
Kita mesti nk buat yg terbaik supaya orang masuk blog kita kan....

kozumi_ro said...

bagus tips yang ko kasi ini...aku sokong 100%...

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo