Sorry-Sorry Sajalah Sampai Mati!

May 17, 2010

Salam Dari Melz

Firstly apa yang aku nak bebel nie pun akan aku gunakan untuk diri aku jugak, dan aku sedar yang aku jgak ada banyak buat salah ngan member2 aku samada aku sedar atau tak sedar. Tapi serious aku kalau ada buat salah akan aku direct jer cakap , takda simpan2 punya ahaks. So enjoy this entry la keh!

Aku nak story pendek jer hari ini coz takda benda sangat nak sampaikan dalam entry ini dan aku harap entry ini boleh dijadikan pedoman untuk koranglah kan , mostly benda2 camni akan terjadi bila korang lalai dan tak dapat nak memahami hati orang. Memang susah nak faham hati orang tapi nak buat macam mana?


Kita sebagai manusia perlu belajar supaya kita mudah disenangi oleh orang lain. Macam sosial la kan? Time kita kat primary/secondary/kolej/ipt tuh semua, kita bukan berada disana hanya untuk segulung kertas tetapi kita berada disana untuk mempelajari bagaimana bersosial ngan masyarakat juga sebenarnya.

Antaranya korang diajar untuk 'berkawan', korang diajar untuk menjadi lebih berdisiplin dalam pelbagai aspek, korang diajar untuk berhadapan ngan audiens , korang jgak diajar untuk berdikari , selain itu jgak korang diajar untuk menjadi seorang insan yang boleh memahami orang lain. Setiap orang ada had untuk menjadi matang dan berfikiran matang akan membuatkan kau sangat2 mudah untuk didekati oleh masyarakat.

Macam aku cakap dalam pendahuluan diatas , nak memahami orang memang susah tapi ia akan terus susah kalau kita tak mengorak langkah untuk 'belajar' cara untuk memahami orang kan? Sebenarnya kalau tak memahami hati orang lain, kita akan lebih mudah terjerumus kepada membuat kesalahan tanpa kita sedari atau kita sedar tetapi tidak menganggap benda itu serious atau kita fikir benda itu tidak akan merobek hati orang lain.

Cuba kita fikir apa yang kita buat itu ini kepada orang lain dan kita fikir dalam2 sekiranya perkara itu sendiri yang terjadi pada diri kita sendiri. Apa yang boleh kita ucapkan ? Speechless rite ? hehe

So macam tajuk aku utarakan ini , Sorry-sorry Sajalah Sampai Mati! kerana kau tau apa yang kau buat akan terlepas bila orang yang kau dekati itu mudah untuk memaafkan dan kau seperti tak hargai perasaan orang yang suka memaafkan diri kau . Fikir dalam2 beb, aku bukannya baik pun tapi kadang2 kita kena fikir perasaan orang jugak kan?

Even kau tuh ''Musuh'' camna sekalipun tapi kita kena ada rasa ''hormat'' antara satu sama lain , aku ambil ini dari filem "Troy" 'But even enemy can show respect' oraite? Just think about it. Aku utarakan ini kepada diri sendiri dan aku utarakan kepada korang sekiranya korang boleh menerimanya.

p/s : kalau dah sedar apa yang kau buat tuh salah , Minta Maaflah dan Jangan ikutkan perasaan/ego yang negatif menguasai diri. Dan setelah apa yang terjadi , jadikan iktibar supaya tidak ulangi perbuatan itu.

EndMelz

8 Comments:

Nurul Harun said...

hmmm. thanks mel. nurul pun kadang2 tak sedar tersakitkan hati org. tp kadang2, masa sedar pun buat jugak! hadoi.

akira sendoh said...

best entry neh!!

Ariff Shah said...

sorry sampai mati. LOL~

syahirul said...

maaf andai ada terluka hati, terkasar bahasa, terperli tak sengaja, terchat serba tak kena :P

nursarah said...

mendalam entry nih...

even enemy can show respect


kalau kawan pun macam lahabau. taktau nak kata. :(

Mohd Shahrul Hafizi said...

Pesanan buat semua termasuk diri sendiri; belajarlah memaafkan orang lain dan juga memohon maaf pada orang lain. InshaAllah jiwa akan lebih tenang.

joegrimjow said...

cam tuju kat somebody je
;)

faz_e said...

haha..
aiyokkk, mmg susah nak mintak maaf~

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo