Kehidupan Seorang Blogger Picasan Mencari Makna Yang Tersirat Dalam Blogging

May 19, 2010

Salam Dari Melz

Tadi aku berada di luar rumah, sengaja mengambil mood menulis entry di luar rumah. Tengok atas ada awan. Tengok depan ada screen, Tengok bawah ada keyboard ngan touch mouse. Erm aku tidak akan pandang kebelakang kerana aku malas dan aku tau yang belakang aku cumalah dinding rumah! Apa yang aku tengok hanyalah screen lappy ini untuk aku terus menaip entry yang akan aku paparkan dekat korang semua. Ops!tiba² Aku buntu untuk meneruskan penulisan entry ini.....
Aku bangun dan masuk ke bilik untuk baring seketika sambil lelapkan mata ini.



Aku kerut²kan dahi untuk memikirkan ayat yang perlu aku sambungkan dan aku fikir² sehingga tidak dapat aku fikirkan lagi. Terus aku bangun nak pergi ke toilet untuk aku membasuh muka, dan aku melihat cermin. Kelihatan muka aku dan aku tiba-tiba tiada apa yang aku fikirkan kecuali 'masa'. Aku habiskan masa untuk berada didepan lappy ini sambil menulis entry untuk blog kesayanganku ? Aku tak tau kenapa aku fikirkan benda ini lalu aku gelengkan kepala dan membasuh muka untuk kali ke dua.

Aku keluar dari toilet dan aku duduk di meja makan. Terlalu jauh aku renungkan tetapi apa yang aku renungkan hanyalah masa. Tiba² teringat dulu aku menulis pagi² buta tetapi aku menulis entry ini di petang hari. Aku gunakan masa macam tidak terurus kerana blog? Erm Aku fikir lagi, adakah aku membuang masa kerana blogging? Erm aku menjawab dalam keadaan monolog sahaja. "tidak, apa yang aku type ini akan ditontonkan kepada ribuan orang dan mungkin mereka akan gunakan entry aku untuk dijadikan motivasi dan juga sebagai bahan senyuman mereka" dan apa yang ingin aku sampaikan? . "Apa yang ingin aku sampaikan?" aku tidak dapat menjawab kerana aku takdapat menghayati blog aku sendiri.

Aku hentikan monolog itu lalu mengambil Roti yang berada di dapur untuk aku isi perut ini kerana lapar



Aku duduk kembali dan aku ingin menjawab pertanyaan monolog itu . "Apa yang ingin aku sampaikan adalah suatu perkara yang lain daripada lain, apa yang ingin aku sampaikan adalah perkongsian 'pengalaman,pembelajaran,info,motivasi yang buat orang berfikir apa yang ada dalam setiap entry aku dan macam² lagi" , Aku tanya lagi adakah aku puas dengan jawapan itu? aku jawab "Puas" tetapi aku masih mencari untuk membetulkan apa yang aku rasa keliru lagi dalam blogging.

Aku duduk mengadap lappy aku dan aku salin balik apa yang aku fikir 15minit yang telah berlalu dengan bermonolog dan macam² lagi. Akhirnya aku cakap "OMG aku dah buat satu entry yang mungkin aku boleh share kepada korang semua" Aku harap korang dapat fahami isi tersirat dalam entry ini.
EndMelz

35 Comments:

kaizen shinobi said...

ada yang tersirat ke kat sini?

hahhaa nampak tersurat je sume? hohoho

ZihNuN FaTiN said...

faham faham...maknanya Mel suda tdk leh berpisah dgn dunia blogging!sbb mel dh jd sebahagian drnya..perkongsian demi perkongsian yg Mel dh kongsi..so sgt sayang kalau dileburkan begitu sahaja...

betul ke g2 Mel?ngeee~~

encik tikus said...

Tak fahamlah weyy.

nursarah said...

kebelakangan ni entry makin mendalam maksudnya.. macam ahli falsafah lak. ehehhee.


blogging jangan sampai buang masa. tapi luangkan sikit masa untuk blogging. after all. we are bloggers rite.

fiD said...

maksud ko, kite ibarat org yg menggembirakan hati org, sdgkan mase kite hbs mcm tu saje kan?

keywordnye adelah enjoy berblog, huhuhuh

fiD!

Anis izyan Abd Rahman said...

wow
nice
best~

taz said...

kan best kalau rajin blogging mcm melz. hehe

myself0618 said...

?

kulanz said...

idea menulis yang bagus untuk dikongsikan..

Fatimah Samsuddin said...

xphm jugeekkkkk.. huhuhu

Fatimah Samsuddin said...

oh.. da paham cket..

sikit2 lma2 jd bukit ke?? tulis entri sket2 lama2 habisla.. hehuu.. ak hentam je.. ;p

ザ-sylver-shooter said...

penin2

Sharinginfoz said...

faham2... itulah kisah seorang blogger yang tengah cari idea nak tulis kan....

Pelajar IPT Beli Kamera Duit PTPTN

@juera said...

susah skit nk paham makna yg tersirat ni..huhu..

helena's said...

masih memikirkan apa yang tersirat mahupun tersurat.hahaha

hazarimi ♥ said...

agak blur tapi kamu sangat bagus...
teruskan menulis untuk membantu yang lain =)

✿ shuhada said...

ha'ah betullah tu...
eh, apa yang betul?
ntahla labu...
tp maksud ko aku paham. heh.
sharing is caring, rite?

+akufobia+ said...

kisah orang yang takde idea nak tulis apa da kat blog dia.aa.pengsan.

INTANKUTERPILIH said...

dah macam baca novel dah aku rasa... tapi aku paham... sebenarnya ko nak wat entry tapi pk punya pk, idea tak datang2...tp nak gak wat entry kan... kan kan,..???

||| PöJìé PööH ||| said...

Sorry Melz, can't get you ;p

Love,
PojiePooh Abdullah

Nurul Harun said...

mcm blur sikit kot. hehehehe

JAI said...

Entri penuh makna membuat aku terfikir..fikir..fikir dan befikir terus berfikir tapi apa yang aku fikir?? ahaks

x-po said...

aku tgh nk memahami apa yg tersirat di sebalik entry ko ni bro..hehe

FarhanaDr said...

Fuh.. Gaya menulis entry mel menjadi semakin berat dan berbahasa yang agak dalam.. Huhu..

Erk.. Rasenye paham tapi masih samar-samar.. Ngeee.. :)

Kujie said...

kadang2 time memandu - berselirat idea nak tulis tapi sentuh je keyboard..jadi kelu

tapi seorang blogger tiada prasyarat- tulis saja apa tak jadi kesalahan

WZulhilmi said...

I know what u are trying to tell. Kalau tak silap lah. Mel inginkan semua entry didlm blog Mel menjadi satu inspirasi kepada org lain. Maksudnya org lian boleh gunakan entry Mel sebagai satu anjakan utk berubah dr yg positif ke yg negatif.*tiba2 berfalsafah pulak*, hahaha. :)

wanes said...

hebat entri2 yg melz buat,tahniah...

suhaisweet said...

http://isaac-lee.blogspot.com

~ Ann ~ said...

melzzzzzzzz, aku slalu alami menda yang sama. tetiba da ada entri, kadang tak terfikir pun. Betul cakap cikgu kakjie aku. Tanpa syarat. auwww, my sifu is the best!

windi said...

mel nak buat entry gempak tapi takda idea. nak buat hentam keromo tapi nanti buang masa orang baca. kemudian, secara taj sengaja dapat idea.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

i got it;)
nice writing although it doesn't related at all.haha..btw nice stories in ur blog;)
i'm the new blogger here..:)

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ko buat diari jela Mel. Hehehe.

Aus said...

siap satu entri , hahahak .

em , ade yg tersirat kot , aku pun tak brape phm melz . kire macam kau nak kitorang pikir ape tujuan berblog ke ? cmtu ke ??

ezany said...

blog ni byk info.. mmg bagus.. sape kata buang masa lak tu.. haish..

syahirul said...

hahah sungguh lawak la encik melz buat entri... last2 siap eh...

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo