Jangan Terlalu Mengharapkan Sesuatu Yang Mungkin Atau Tak Mungkin Terjadi!

May 12, 2010

Salam Dari Melz

Sebelum tengok Adamaya 6.30pm nanti , aku ada terfikir entry ini ada kaitan ngan Dani la sikit so aku terus tambah sikit untuk pendahuluan atau aku cakap mukadimah , tapi bukan menyeluruh atau kalau korang nak adaptasikan secara menyeluruh , itu terpulang kat korang lah kan . Tengok cara Dani nie dia punya mengharap tak ingat dunia dan kau tengok cara dia derita camna ? Papepon Adamaya dah nak abes der . dah2 jom kita teruskan ngan entry ini !

Setiap orang ada ajer benda baru yang ingin dicuba , tak kesahlah cubaan itu akan gagal ataupun berjaya , tetapi sekiranya mencuba dengan penuh yakin dan minat . Pasti cubaan itu mendapat peratusan yang tinggi untuk berjaya . Namun janganlah terlalu hampa pabila gagal , cuba lagi untuk cubaan yang lain .

Aku bukan nak story pasal cubaan dalam kehidupan coz itu semua mungkin aku akan utarakan dalam entry untuk kemudian hari , aku sekarang nak utarakan entry 'harapan yang sangat gila-gila boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam diri' ! Fikirkan semua ini setelah selesai entry ini dibaca !

Aku mencari sesuatu disebalik entry ini juga . kerana apa yang aku utarakan adalah salah satu pengalaman hidup aku . dan ada juga pengalaman dari rakan-rakanku kerana aku pernah dilabel 'Good Listener' ahaha aku ingin ketawa juga tapi apakan daya ia mungkin bahan gelakku ataupun mungkin bahan yang benar dalam diriku tapi aku masih belum sedar. siapa tahu kan ? Kita kadang-kadang tak dapat baca apa keistimewaan diri kita ini. hehe

Aku kadang-kadang akan terlalu mengharapkan sesuatu dan kadang-kadang aku tidak mengharapkan sesuatu itu untuk terjadi pada aku . Biarlah ia secara tenang dan mudah untuk datang pada aku. Aku pernah mengharap dulu , memang perit jiwa ini pabila mengharapkan sangat tetapi ia pudar dari satu masa ke satu masa setelah banyak laluan lain yang aku terapi dalam kehidupan ini .


i harap!

Seperti tajuk entry ini , Mencuba untuk tidak mengharap adalah lebih baik daripada mengharap. Kerana bagi aku , jika kita terlalu mengharap mesti kita akan bermusuhan antara satu sama lain sebagai contoh : 'berkata ingin tolong iaitu bukan kata janji' , 'bercinta' , 'aku mungkin datang' , 'kompem aku datang' dan macam-macam lagi .

Aku motivasikan diri ini untuk tidak mengharap dan sering aku utarakan 'Jangan mengharapkan sangat okeh' sekiranya buat event ke apa . kita fikir yang kita nie merancang dan 'Dia' yang menentukan . Ayat ini sentiasa aku ucapkan kepada diri sendiri ;) sebab aku takmau kecewa coz aku tau itu adalah harapan yang akan jadi atau tak jadi. harapan boleh menjadi sangat perit! ingat tuh yep coz aku pernah mengharap dan disebabkan itulah aku ingin kongsi ngan korang semua !

Ok kompem i balik 18/05/2010 ke JB . Sapa yang still kat KL .taknak bawak i jenjalan ke ? miahaha.

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo