Berterus Terang Lebih Baik Dari Menyimpan Atau Sebaliknya ?

May 31, 2010

Salam.

Entry ini aku anggap sebagai satu contoh yang mungkin akan membuatkan sesetengah orang berfikir negatif ataupun positif. Entry yang mungkin pernah berlaku ataupun tidak pernah berlaku antara 2 pasangan atau lebih. Papepon diakhir entry ini, ingin sangat aku mendapatkan feedback dari korang terhadap apakah yang harus aku buat seterusnya ? Jom layan dulu .


Problem²

Berterus terang kalau itu ini atau sebaliknya memang sangatlah bagus tetapi demi menjaga hati seseorang , perkara ini mungkin tidak dapat dibuat oleh sesetengah manusia. Oraite Aku memang jenis suka berterus terang tetapi problem kalau kat 'certain' orang yang pernah aku suka atau sebaliknya! 'Certain' ok bukan semua . Kalau semua memang aku lepas jer, sebagai contoh aku suka ke tak suka apa yang mereka² buat , memang aku direct-x jer.

Tapi kat certain nie yang buat aku payah nak kuarkan kata² yang selalu terngiang² dalam kepalahotak aku. Sampai dah hafal setiap dialog yang akan aku bagi tau, tapi tengok muka jer aku terus kelu 20000 bahasa ngaahhh. Neway hasrat nak lepaskan jer tapi biasalah , timing cam cilaka jer memanjang. Urghh tekanan jugak bila memikirkan benda² remeh camni .

Aku fikir lagilah , kalau aku tarik 'certain' orang nie, duduk depan aku. Pastu direct lepas cakap apa yang terbuku kat dalam hati ini .Tapi aku takut dia takboleh terima apa yang aku nak bagi tau itu. urgh tapikan kalau aku tahan jer apa yang sepatutnya aku luahkan ini . Sampai bila² tanda tanya akan ada dalam diri ini. Memang serious aku paling tak suka benda ini berlaku dalam diri aku.

Even hati ini masih meragui adakah dia telah mendapat 'lorong' yang sememangnya membolehkan dia mendapat kebahagian yang sepenuhnya ?Urgh itu semua dalam permainan minda! Dalam diri ingin meluahkan , tetapi dalam minda memikirkan negatif lebih banyak berbanding positif. So apakah situasi ini akan korang panggil 'berterus terang lebih baik dari menyimpan' ? aku luahkan , takut tersentap dia . dan kalau aku tak luahkan . aku jer sentap . heh

Kalaulah korang disituasi 'aku' apakah perbuatan korang seterusnya? Sharing Is Caring yeah!
Take note ini 'mungkin ada kena mengena dan tidak kena mengena dengan si penulis' !

29 Comments:

~ ReD ~ said...

aku pun x suka sebenarnya nak simpan dalam hati. tapi karang, aku bagi tahu, mahunya aku sound direct tak bertapis..adess

Legasi Piston Pecah said...

susah nak terus terang...
tak pandai jaga hati orang

Nanie Hussin said...

mel, just want to share with you..
dari pengalaman nani sendiri, dlm byk perkara adalah lebih baik kte berterus terang jika itu cara yg memberi manfaat kpd org itu dan diri kita.

tp ada juga perkara yg perlu kte elakkan utk berterus terang biarpun diri kte sendiri tersentap..
takut persahabatan itu sukar menjadi seperti biasa selepas kte berterus terang.

Melz said...

Red : kalau sound direct tuh kita time marah kekeke :P

LPP : Aku pun kadang2 tak reti nak jaga hati orang .dem :[

Nanie : Erm betul jugak pendapat nanie tuh. apa yang kita takut - Persahabatan jadi sukar!

Nur Su'aidah said...

haaaa, mcm mana tuh? ni nak luahkan perasaan tak puas hati ke? susun ayat leklok jangan kasi terasa hati :)

ieQa sWetLuv said...

prefer berterus terang je.. penat jaga ati org tp org x jaga ati kita pon ish3 ;p

@juera said...

ak jnis terus trg jgk..wpon diorg x suka ah lantak la peduli hape..drpd mengutuk kt blkg baik direct trus..

nUR_rOsALiNdA said...

Saya pon x reti simpan dalam hati..tu pasal kekadang org x suka ngan saya..sebab mulut ni automatik je nak cakap ikut suka

Pensel Kontot said...

erk...aku suke pendam
dan diam2 je....
sbb kalu kecoh2...berangin...
nanti org terasa hati dan menci....

DiyanaDaniel said...

Luahkan dengan note, letak je kt atas meja ke hape..tulis beralas sikit..jangan direct sangat,tapi message sampai..x perlu berjela2..;).

ween said...

huu, pernah experienced the same thing mcm yg melz rasa. maybe sbb kita type yg takut nak hurt other people feeling. tp end up diri sendiri yg dibelenggu tanda tny. fuh, dilema sungguh. pd ween, being honest is better but try to find the perfect time ok :)

sI tEDI said...

aku juga tidak berani berterus terang!@

cik paro said...

berterus terang lah..
baru masalh kita akan jadi ringan..
percayalh!

[z@ck] said...

ko kena terang lebih detail weyh..
aku tak faham ko nak berterus terang pasal apa..
pasal cinta ka..pasal kawan ka..or sumthing else..

Encik Tikus said...

kena tengok orang jugak. kau mesti kenal orang yang kau nak direct-x tu kan ? kalau dia jenis melantun balik. better tak payah lah, :P

Mr Kamikaze said...

Aku pun kadang-kadang susah gak nak berterus terang dgn seseorang tue..takut nanti dia mkn dlm kan...Banyaklah kena fikir sebelum berterus terang nie..Klu org tue jenis yg open mind x kisah..Takut yg terus bermasam muka dan x bertegur sapa tue yg payah sikit...

~Ann~ said...

hurmm... susah gak ni.. kena cari masa dan time dan mood yang sesuai.. Smooth talk, bincang bebaik.. jangan main terjah, gerenti sentap.. kang dua2 lak sentap nanti.. haha

ouhh pandai jer aku cakap.. kena batang hidung, sakit otak aku fikir.. haha

Anonymous said...

terus terang jela..da penat nk simpan dalam hati, kalu suke ckp suke...kalu meluat rase nk ludah pn ckp jek...biar dua2 puas hati!

kalo tak, ko jgk yg biol kang :p

DuniakuAbstrak said...

Terus Terang...

tarik nafas dalam2, pandang mata dia dgn tepat..pastikan mata ko n mata dia bertentang..jgn kelip selama 3 saat..hembus nafas perlahan2..dlm hati baca bismillah 3 kali n selawat..jgn lupa senyum...pastu mulakan la tutur kata tu dgn penuh kelembutan selembut sutera..ini penting bagi memastikan dia dpt dgr dgn hati yg tenang wlaupun kata2 ko tu bleh wat hati dia tersentap....kira nk balance kan keadaan la..mmg agak tough..so ko kna wat latihan selama semiggu...

kalo ko x saggup better ko pendam...

@ien_R@z said...

kawan yg baik adalah seseorang yang benar dalam berkata-kata dan bukannya membenarkan kata-kata...

erk? mcm berbelit lak.. hehe.. pepon.. berterus terang lagi bagus... tp guna bahasa yg sepatutnya.. ^__^ its just an opinion.. (^_^)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

mana yang boleh kita terus terang bagi tau jer...tapi bukan semua boleh buat camtu..kna jaga hati orang jugak..

cari masa n keadaan yang betul2 sesuai...minta petunjuk dariNYA..biar mudah :)

Eciz said...

jenis aku tade nye nak simpan2. luahkan je. atleast orang tu tawuu dan aku pun lega. suka tak suka, nak dia tawuuu jugak! ;D

INTANKUTERPILIH said...

lebih baik berterus terang...tapi guna bahasa yang berhemah...maksudnya dengan cara yang terrrrbaik agar tidak menyinggung hati yang empunya diri...kene jugak tgk mood n situasi dia jugak...jgn main hentam keromo jer...abis ko kene hentam balik...

Nurul Harun said...

nurul rasa, mungkin mel boleh berkias2 dulu. hmm.. berkias macamana tu, mel kena fikir sendiri la. sbb mel tak akan tahu reaksi dia kalau tak cuba. mana tahu reaksi dia 'okay2' saja? :)

harap membantu.

+akufobia+ said...

vote untuk terus terang.go.

zulaikha said...

hrmm....memang susah kalau kita dalam situasi macam nieh. tapi, Nabi ada bersabda, bercakap benarlah walaupun ianya pahit. so, beter berteerus terang je. :)

MISH LOLIPOP said...

same like me la..ak mcm tue gk..nk trus trang tp atie kna jga..xnak bgduh..tp bila ak start trus trang kna marah n maki2..bila xnak trus trang pon sama gak..so blur la..xtaw nk bt per

hellioz said...

gwa akan tengok manusia tuyh macam mane...
kalau dia jenis yg boleh terima, gwa hembus
kalo xbleyh terima, gwa kias2 sampai dia paham...

bole x?
gyahahahahahahaah~

hi mel!
gyahahahahahahaahah~

samanosuke_04 said...

haha.. sori beb aku takleh bagik pendapat.. sampai skang aku tak berani luah perasaan kalo bab2 cintan2 niee.. hahaha

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo