Ada Orang Terasa Dengan Entry Aku ? Bagus ! AKU PUAS!

May 10, 2010

Salam Dari Melz

Tengok kiri , tengok kanan , tengok depan dan akhir sekali belakang . Takda orang , maknanya aku seorang-seorang jer type entry ini . Ini terbukti , sekiranya aku berseorangan dan bertemankan environment yang tenang dan relax . mesti macam-macam aku boleh type . Dari satu benda kepada satu benda yang berkait dan mungkin entry-entry aku boleh buatkan korang ketawa , menangis , marah dan macam-macam lagi . OK jom baca leklok dari A sampai la Z ye!

Walaupun aku menulis dalam keadaan seorang , tetapi pembaca iaitu korang mesti ada menemani aku . Terima kasih kepada korang yang terus membaca nukilan aku yang tah pape bagi seseorang yang mempunyai sifat 'dengki' . Penulisan aku kalau korang faham baguslah coz aku lebih suka memberi 'keyword' dan 'isi tersirat' dari sound direct yang ntah pape ahaha. Untuk mukadimah boleh sangat korang skip tetapi isinya . fahamilah baru utarakan comment dan macam-macam . hehe

Walaupun aku menulis dalam keadaan yang agak 'poyo' termenung dan menulis seperti orang takda masalah . 1 perenggan bolehlah abeskan 1-5 minit sekiranya otak aku kosong tanpa memikirkan orang lain . apasal ngan orang lain plak ? Erm camni , sekiranya aku berfikir orang lain akan mengkritik entry aku , erm pastinya aku ingin menulis dengan penuh berhati-hati ini kerana aku tidak ingin dikritik . namun begitu , apa yang aku tulis ini adalah dari pemikiran terus ke entry tanpa memikirkan orang nak marah ke , nangis ke , tacing ke apa ke . itu semua korang punya pasal la kan ?

Tapi janganlah nak herdik / marah / maki / hina / caci / sial / semua negatif la malas aku nak listkan karang korang cakap plak aku yang bagi kata-kata negatif kat korang ahaha . Kita nie ada adab . tulis ikut adab mesti orang suka ngan flow kita . setakat perkataan 'bodoh' itu semua ada dalam kamus dewan boleh la kan ? ahaha . fikiran janganlah sempit sangat ye benda kecik jangan kasi tacing sangat !

Erm aku terfikir kalaulah ramai orang memerhatikan aku dan sememangnya orang-orang itu aku tak kenal . aku akan rasa segan untuk menulis haha .Yelahkan ? Orang pun pelik apalah aku duk bebel dalam blog ini . dan kepelikan dorang tuh membuatkan aku menjadi lebih pelik pabila aku pelik melihat cara dorang melihat aku yang sebuk menaip entry yang terjadinya daripada nukilan aku sendiri .

Aku kerap berfikir luar dari jangkaan juga , tapi bukan perasaan orang terhadap apa yang aku tulis tetapi aku terfikir kalaulah kawan-kawan aku duduk disebelah aku dan dorang melihat apa yang aku type panjang-panjang dan dorang akan mengatakan kepada aku , kau ni buang masa je ke ? Tapi aku tak jawab apa yang dorang cakap malah aku senyum jer coz aku faham ada certain orang tak paham apa itu blog dan dorang tak tau apa fungsi blog ini ? Kau type-type tapi apa hasilnya ?


Padan muka! ahaha kenapa orang tunjuk ibu jari sebagai tanda 'bagus' dan 'padan muka' ?
aku masih tak dapat jawab !

ok hasilnya Puas! Aku puas luahkan apa yang ingin aku luahkan dan semuanya tertera didalam blog ini adalah hasil luahan aku . Sekiranya korang luahkan didalam blog mungkin* 1000 jenis orang yang akan membaca . Dan daripada 1000 tuh mungkin 500 akan terasa ngan apa yang aku tulis kerana pengalaman hidup dorang mungkin akan 'clash' ngan apa yang aku ceritakan . tetapi 500 orang lagi akan mengambil itu sebagai iktibar dalam kehidupan .

Sekiranya orang marah ngan apa yang aku tulis itu . Itu bermakna Entry aku berjaya membuatkan orang 'terasa' hehe ;] dan berjaya mengambil point-point penting dan menyedarkan banyak pihak ! Dari situ aku puaslah kan ? ahaha Tapi janganlah amek point simple yang sememangnya bodoh jer akan berfikiran begitu . come on aku menulis semua bukan untuk bergaduh tetapi untuk sama-sama sedar . aku nie pun masih new atau orang panggil 'freshmeat' so apa lah nak gadoh-gadoh kan ?

Apa-apapun aku puas setelah 9 bulan berblogging ngan macam-macam kerenah orang ! Aku ulang aku PUAS! ahaha

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo