Renungkan | Orang Datang Dan Pergi

Apr 9, 2010

Salam Dari Melz

Tertulisnya entry ini , sengaja aku ingin meluahkan sesuatu yang sentiasa berada di lubuk minda aku. Selalunya kita akan berfikir bahawa kita tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya kepada 1 individu sahaja. Sekiranya semua orang boleh buat begitu , Oh indahnya diri ini sekiranya dapat memuaskan hati semua pihak , tapi apakan daya itu semua hanyalah suatu perkara yang tidak boleh diucapkan. Kita sebagai manusia , pasti ada sahaja perkara yang baik dan tidak baik akan kita lakukan ini kerana kita sebagai manusia tidak akan lari dari pelbagai masalah dan kesilapan.

Secara lisannya , Semua perkara yang kita lakukan. Tak kira kita gunakan cara negatif ataupun positif , ada antara mereka akan memuji atau suka dengan perbuatan yang kita buat walaupun kita tahu itu adalah salah satu perkara negatif. Apakan lagi kalau kita membuat perkara yang positif . Lain orang lain cara , lain orang lain ragam .



Ikutlah Lorong itu Sekiranya Mahu Pergi

Kita sebagai manusia jugak akan memikirkan suatu hubungan antara 1 individu dengan 1 individu yang lain , Walau macam mana kita cuba untuk eratkan hubungan , namun ada masa kita akan pergi jugak dari seseorang kerana semua ini adalah suatu realiti atau aku hubung kaitkan sebagai kitaran hidup yang semua manusia akan lalui .

Pabila orang itu pergi meninggalkan kita , tak kesah dia meninggalkan kita kerana suatu perkara negatif atau positif , kita yang telah menolong mereka , ada baiknya berfikiran positif terhadap apa yang telah terjadi , Sebagai contoh kita telah banyak menolong mereka dalam pelbagai aspek dan last² dia meninggalkan kita tanpa perkataan . Anggap sajalah semua itu perkara 'Orang datang dan pergi'. Dan halalkan sajalah apa yang telah kita beri kepadanya atau aku panggil 'ikhlas'.

Apa kena mengena Perenggan 1 dan 2 berkait dengan perenggan 3 dan 4 ? kalau kita fikirkan secara tulus . Sememangnya semuanya berkait , kita cuba membina perhubungan dengan seseorang dan kita berjaya mendapatkan perhubungan antara 1 pihak , tetapi lama kelamaan hubungan itu akan terpisah hanya kerana sikap positif dan negatif yang tidak dapat diterima oleh pihak yang telah kita eratkan hubungan sejak dulu lagi. Terima kasih kepada yang datang dan pergi , aku hargai setiap saat kita bersama .

P/S : Aku terfikir tentang tumbuhan Parasit . Renungkan

12 Comments:

eD's photography said...

aku setuju dengan ko melz...aku xleh taip panjang sebab tengah sakit perut..
nice entry bro

DaHLia said...

ermm memula macam blur tapi bila baca balik yang Mel boldkan tu, sis faham ...


xperlah, yang penting, bukan kita ataupun sikap kita yang menyebabkannya pergi...kerelaan mereka sendiri...

mana tau, mungkin mereka akan kembali seperti dahulu??

p/s: Sis pun xmoh jadi kacang lupakan kulit..Banyak tips sis dapat dari blog Mel ni, antara praktik atau tidak jer...

Terima Kasih Melz!!!

~~andai kata sis lupa ucapkan sebelum ni.. :)

YobSumo said...

biasalah tu kan... kehidupan...

✖ẅдẅд ѕчĦдϊΖд✖ said...

entri yg bgs...yg datang da pergi ada hikmah nye..yg penting life must go on....

NuRul said...

setelah baca smpai habis baru paham apa yang melz nak smpaikan
cuma takut apa yang nurul paham tak sama dengan apa yg melz cuba nak pahamkan
kenapa jadi macam tu..
kerana kita manusia dijadikan bebeza-beza dengan cara berpikir yang tak sama.walau kembar pun
ish knapa rasanye macam dah lari topik ni...errk
apa pun itulah lumrah kehidupan orang datang & pergi dengan pelbagai sebab.walaupun hati kita belum tentu sepenuhnya rela nak melepaskan nya...ikhlaskanlah

Hezesuze said...

patah tumbuh ilang berganti...ahaks!

sakuraputih said...

nice n3..mmg lumrah kehidupan kan..setiap yg dtg akan pergi..

Hanafana said...

Salam..hurm..paham2.. :)

azizuan said...

setuju ngan hezesuze
patah tumbuh
hilang berganti
normal la tuh
wold change
people change
and sometime shit happens
keke

~ ReD ~ said...

err...apsal eh?? tiap kali mel buat entry je, mesti related to my situation?hiks

+akufobia+ said...

ohhohh.parasit yang jahat.

syaitanirajim said...

aku nk ckp pe ek?? aku bace entry... then aku bace komen.. kemdian entry again..then get back to commnt..well.. ppl come n go bro.. juz get back to basic. kalu pemergian org tu menyakitkan pun.. sbln dua je .. memory kita ngan dia..keep flashing on n off.. lama2.. dah jadik cam sambal kacang.. celup sate..ngapp!!~ abih. life muz goes on.. teringat pepatah arwah abah..eh.. aku lupa ape dia.. astaga.byk mkn semut aku ni..

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo