Motif Berblogging Aku Hampir Terlaksana Setelah 9 Bulan Berblogging .

Apr 22, 2010

Motif² Berblogging aku telah dapat aku kecapi sedikit sebanyak . Motif² ini pernah aku bahaskan dalam Vlog ini .Walaupun motif² ini masih belum tercapai 100% tetapi aku berasa sedikit berpuas hati dengan apa yang telah aku lalui .

Terima kasih kepada korang yang terus support apa yang aku buat dan apa yang aku tulis di dalam blog ini mahupun di alam nyata. Perkataan famous bukanlah untuk aku . Seriously aku berblogging bukan kejarkan populariti coz takda dalam 4 Motif utama aku . Sebenarnya aku lihat kalau diri menjadi famous 2 sebab utama yang aku benci dalam hidup , antaranya Bongkak dan Bangga diri !

Disebabkan itulah aku sentiasa berfikir supaya tidak ada unsur ini dalam diri aku . Sebenarnya manusia yang terlalu baik macam mana sekalipun , kalau dah popular tuh semuanya akan hilang dari pandangan dia . Siyes aku cakap .

Aku sentiasa hadkan traffic yang berada di blog aku , jika terlebeh dari had aku inginkan . aku akan relax dan tak update untuk menenangkan traffic aku . Bukan nak kecoh apa or whatever bangga ke . But aku blogging ada niat dan aku berblogging ada had dia . Aku tau aku nak hadkan kat mana dan aku tau bila aku perlu buat dan tak perlu buat .

Antara motif yang telah aku kecapi selama aku berbloging 9 bulan ini .


Kawan

Yes kawan itu general , ada yang kawan makan kawan , ada yang kawan bersebab , ada kawan yang betul² ikhlas , dan akhir sekali kawan biasa . Actually selama aku berblogging ini kawan yang paling aku rapat dulu adalah YnaaOhYnaa. Thanks Ynaa dan kawan kedua yang aku rapat RinaSalleh . Abes semua gathering yang aku buat , dia ada sertai ! Thanks you so much Rina ! Ada ramai lagi kawan yang banyak berkongsi tapi tak larat nak type ;].



Ilmu

Macam-macam ilmu aku dapat time aku berblogging . Sesungguhnya ini adalah perkara utama aku berblogging sebenarnya , daripada kawan aku dapat macam-macam pengetahuan . Thanks to NescafeAis coz banyak membantu aku dalam dunia Coding . Aku dahulunya memang ZERO dalam bidang ini . Tapi dari tunjuk ajar kau untuk segalanya , aku sangat menghargai dengan apa yang telah kau ajarkan . Aku akan terus ingat siapa yang pertama mengajar aku Coding² ini . Alhamdullilah sekarang aku agak mahir dalam CSS , HTML , JAVASCRIPT dan akhir sekali JQUERY . Terima kasih aku ucapkan !



Share

Aku share apa yang aku tau , dari situ aku pun belajar jgak. Sebagai contoh aku mencari segala informasi untuk aku kongsikan tetapi disitu aku berfikir kalau aku kongsi tanpa aku membuat research terlebih dahulu , apakah maknanya ? Disitu aku belajar dan try apa yang patut dan selepas itu aku kongsikan kepada korang . Caranya mudah dan senang bila semuanya suka dengan apa yang telah aku kongsikan . Terima kasih kerana menggunakan atau aplikasikan segala yang telah aku berikan kepada korang . Aku hargainya . Walaupun season Sharing Is Caring telah tamat dan akan up untuk season seterusnya namun jangan risau aku akan tetap share jika aku rasa aku perlu Share ! Oh ya mungkin Juga aku akan share dalam InfoKami



Duit

Duit is common , no kacing² no talk ! . Tapi korang jangan risau aku takkan mintak duit kat korang kalau ingin bertanya sesuatu , duit yang aku janakan dari Nuffnang pun boleh la buat makan ramai² . Tapi itu adalah Rezeki aku terhadap berblogging . Jika niatnya betul maka betullah duitnya.

Apa yang kita buat semuanya ada negatif dan positif serta neutral . jika kita inginkan sesuatu itu, kita pasti akan dapat tapi dengan syarat ! NIAT kita itu macam mana ;] Aku harap korang faham apa yang ingin aku sampaikan kerana entry ini lahirnya dari lubuk hatiku sendiri dan aku berniat untuk berkongsikan dengan korang apa motif aku berblogging !

Sekian Melz

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo