Bermulalah Episod Dimana Aku Diatas Dan Kau Dibawah.

Apr 11, 2010

Salam Dari Melz .

Entry ini mengisahkan seorang manusia , pengalaman , cerita , kisah benar , gelagat manusia , perasaan , dan macam² lagi yang boleh kita satukan dan menjadi sebuah cerita untuk kita renungkan bersama . Suatu cerita yang direka untuk korang semua !



Lorong akan terukir bila kita mengorak langkah

Bermulalah episod dimana aku diatas dan kau dibawah,
Aku sedar yang aku telah jatuh ,
Jatuh kerana aku tergelincir ,
Tergelincir kerana minyak pelincir ,
Apa yang aku buat semua aku lupa ,
Mata aku terhuyung hayang mencari sebab ,
Kelihatan seorang budak ketawakan aku .
Aku mencari sebab walaupun tiada sebab ,
Sebab untuk menutup maluku ,

Aku ternampak seorang lelaki yang berjalan disitu ,
Aku menarik dia dan bawa dia ketempat ku jatuh ,
Aku membawa dia kerana aku ada niat ,
Niat yang jahat sentiasa ada dikalangan manusia ,
Dengki , marah , ego , benci semua orang ada .

Dia terjatuh dan aku ketawa ,
Apa yang aku dapat hanyalah seketika ,
Seketika disitu tetapi akan ku hiburkan kepada rakanku ,
Rakanku terdiam lalu beredar ,
berdedar meninggalkan diriku keseorangan ,
Keseorangan lalu terdiam ,
terdiam tanpa sepatah kata ,
kata yang tak terucap membuatkan aku pergi ,

Aku duduk ditepi sambil makan roti ,
Aku mencari dan mencari apakah sebabnya ,
Sebab itu ini semuanya pasti akan terjadi ,
Terjadi kerana hasad dengki ,
Dengki yang tidak pernah hilang ,
Hilang serangkai kata untuk berkata !

Aku celikkan mata dipagi hari ,
Hari ini pasti ada satu cerita ,
Cerita yang boleh membuatkan aku sedar ,
Sekarang aku sedar , aku seorang manusia ,
manusia yang sangat jahat dari sudut hatiku ,
hatiku hitam seperti arang ,
arang juga akan patah bila diketuk ,
diketuk sehingga aku menjadi abu ,
abu yang tinggal menunggu angin ,
angin yang datang membawa aku pergi .

Nukilan 3.50Am
Regards
Melz

15 Comments:

cahaya shieda said...

heyy ,
dh bace entry anda .
sgt menarikk ;]
bole follow sy balek ?
sy baru bwt blogger .
sila beri tunjuk ajar ;]]

|arieza| said...

wah.. sudah mula berpuisi juga :) heheh

@juera said...

amboi bermadah helah abg melz kita hari ni..hehe..dlm hati ada taman ker?^_^

DaHLia said...

wahhh bahasa melz dah puitis sungguh..

mesti makna dia mendalam kan?? :)

cybernetic88 said...

hoi syg. apkah. haha. dah start puisi2 blk ni. hee

Fakhrur Razi said...

ak igt peom the road not to be taken tadi

joegrimjow said...

baca 2 perenggan last je
ok la tu

cik eykameow :) said...

hihi makan roti :)

zikeryhassan said...

ayat makan dalam.

Legasi Piston Pecah said...

bermulalah...ceritera...ek?

JMR said...

tika di atas, pandanglah ke tanah..bukan niat utk turun ke bawah,tapi supaya kita sentiasa beringat yang kita dtgnya dari bwh...:-)

mindbreaking said...

bnyk mksd tersirat tu melz....

+akufobia+ said...

wow.memang pagi buta betul karang ni.

yaya@Ris said...

wahh!.. penulisan yang menarik..
banyak maksud tersirat..

Athirah Ibrahim said...

manusia. semua itu normal. =)))

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo