2 Nukilan Penuh Makna Yang Ingin Aku Sampaikan.

Apr 2, 2010

Salam Dari Melz ,

Pabila aku menulis entry ini didalam Notepad bersama lagu 'Hentian Ini' . Aku tersentap dan terfikir setiap perkara yang kita buat pasti ada Hentiannya . Sebagai contoh , setiap penulisan yang kita karang pasti ada penutupnya . Oleh itu, Setiap perkara yang kita laksanakan pasti ada kesudahannya . Dunia ini penuh dengan onak dan duka .Kadang² kita bahagia dan kadang² kita berada dalam keadaan yang sangat sedih. Esok , lusa dan seterusnya pasti kita akan nantikan pengalaman yang lebih baik berbanding yang sebelumnya.

Dunia ini penuh dengan helaian kertas putih yang belum ada dakwatnya .Tiada apa yang bagus tentang kita dan tak perlu bangga dengan apa yang kita ada. Pengalaman yang berbeza, Dakwat yang berbeza , helaian kertas adalah sama . Dakwatnya diukir pabila kita dapat suatu pengalaman yang baru . Oleh itu .


Jika kita menggunakan dakwat yang berwarna merah pasti akan kita ingat sampai bila² kerana warnanya sangat sakit dan pedih jika ditenung seperti melihat darah.

Jika kita menggunakan dakwat yang berwarna hitam pasti akan kita ingat sampai bila² kerana warnanya yang gelap akan membuatkan kita terus menghantuinya seperti berada dalam bilik yang gelap .

Jika kita menggunakan dakwat yang berwarna biru pasti akan kita ingat sampai bila² kerana warnanya yang lembut akan membuatkan kita berasa tenang seperti melihat lautan ataupun awan.

Aku tertanya kepada diriku . Sekiranya aku menggunakan dakwat yang berwarna putih pada helaian kertas putih . Apakah akan terjadi ? Sama² la kita renungkan

Sekilas ayat yang sangat bermakna .

Kita akan terkelu sekiranya mereka telah tiada di depan mata ,
Kita akan mengesali mereka sekiranya mereka tiada di dunia ,
Kita akan berubah 'seketika' kerana ada orang yang telah tiada .
Apa yang ingin aku sampaikan ? Biarlah aku berkata dalam Jiwa ,

Renungkan

Regards,
Melz

9 Comments:

ardinihumaira said...

adakah tribute untuk arwah Din Beramboi?

Alfatihah untuk arwah..

melz... are u okay? moga sihat2 dan ceria selalu ^_^

may happiness be around u now n 4eva

f_aRa_aINa989 said...

sama2 kita muhasabah diri kita..=)

. said...

al-fatihah.


*berkerut gak dahi baca bila si mel ni jadi serious :P

Fakhrur Razi said...

huk2
kte sume powng nnti bakal jdik pen warna putih gak :`)
kreatif gak ;D

NadiaShariful said...

dan kita perlu bersedia untuk ke arah itu :)

qasih nadira said...

mdalam maksud post nie~sama2 kita renung kan~~~

+akufobia+ said...

putih itu suci.haa?

ieQa sWetLuv said...

nampak x komen saya yg ditulis dengan dakwat putih?? ngee~

/Dayah/Hid/Nurul/ said...

putih warna bersih suci. org yg takde kita akan kenang sampai bila2

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo