Tips | Membawa Trademark Anda Di Dalam Blog PART 1

Mar 2, 2010

Salam Dari Melz ,

Hari ini hari selasa , hari yang paling aku suka untuk buat entry . Hehah! Nak tau kenapa aku suka? Aku bagi tau nanti so tunggu.........

Oraite kita mulakan , trademark itu macam² boleh jadi kerana trademark itu adalah suatu perkara yang orang lain tak pernah dengar atau orang lain pernah dengar tetapi kita mengambil suatu perkara itu menjadikan orang lain mudah mengingati kita . Orang akan mudah mengingatinya kerana kita berani membawa kelainan itu kerana suatu trademark itu mungkin bunyinya agak pelik tetapi itulah manusia inginkan . Kita membawa kelainan dan berani untuk membawa kelainan itu ke khalayak umum .



Trademark itu boleh dikatakan kepada 3 atau lebih jenisnya . Sokey aku akan listkan 1 by 1 . Once again aku bukan nak story pasal trademark dalam dunia perniagaan mahupun Produk² yang mempunyai logo ™ !

Pertama - Nickname

Benda nie dah diutarakan oleh Eyriqazz . Entry yang diolahkan sangatlah aku respect coz penuh dengan input dan korang boleh usha sedikit di entrinya.

Kenapa aku cakap Nickname penting dalam blog ? Oraite , mungkin antara korang suka terhadap penggunaan nama penuh . Ini kerana dari perhatian aku , Nickname yang korang bawa itu mempunyai kelainan dan orang akan cuba untuk mencari maksud yang terpendam dalam sesebuah nickname itu .

Contoh : Aku mempunyai 2 nickname iaitu : Melz dan MelRomeo . MelRomeo aku dah gunakan sejak aku berusia 14 Tahun gara² gunakan nickname ini untuk gaming :) . Manakala Melz nie sekarang dah terbiasa akibat blogging ! Hak² . Maksud Romeo itu ? Romeo sangatkah brader nie ? Hensem sangat ke Romeo nie ? Oh no ! aku tak hensem tapi aku cute ! Siyes . So disini cuba cari nickname korang yang terbaik untuk korang utarakan ke khalayak ramai . Beranikan diri untuk berubah okeh!

Kedua - Tagline

Ramai antara blogger mungkin tak tau yang tagline ini membawa peringatan yang sangat besar dalam blog . Ini kerana tagline itu seperti imbuhan atau pokok utama yang akan orang baca dahulu untuk orang mengenali lebih dekat apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam blog.

Contoh : Kak Kujie menggunakan Tagline - Hidup Biar Sedap . So disini kita boleh membayangkan apa yang sedap sangat dengan hidup dia? Dan apa yang membuatkan hidupnya biar sedap? Persoalan ini akan terjawab selepas membaca blognyer . First attraction terhadap tagline itu akan membuatkan si pembaca menyukai blog tersebut . So cuba cari tagline yang sesuai dalam blog masing² , kalau boleh lain daripada yang lain .

Ketiga - SoundTrack a.k.a Lagu
Aku bukan bermaksud untuk menyuruh korang letak widget lagu autoplay okeh! . Kadang² tuh korang selitkan satu dua lagu yang korang suka dalam sebuah entry . Ini kerana lagu yang selalu kedengaran akan memberikan impak yang besar kepada si penulis. Believe me! bila korang letak lagu dalam ENTRY , berkemungkinan si pembaca yang telah membaca akan terus mengingati korang pabila dorang terdengar lagu² itu di Radio .

Contoh : ZackZukhairi menggunakan widget yang dipasang di dalam blog entry . So aku tanya kat korang , adakah korang teringat kat ZackZukhairi pabila korang terdengar lagu itu diputarkan ?

Neway aku ada banyak lagi content tentang trademark di dalam blog , mungkin aku akan ceritakan lagi untuk entry yang seterusnya . Terima Kasih kerana membaca ! Wassalam

Out topic - Adakah korang senang dengan cara penyampaian aku sekarang?
Persoalan - Adakah korang mempunyai semua trademark diatas ?

p/s :Lepas aku type² , aku baca balik entry nie takdo gelak² . Agak Skema dan agak strict gitu! Miahaha ! Ops tergelak :P


51 Comments:

shandye. said...

username blog aku tak pernah bertukar sejak dulu.

dah terbiasa. sampai kawan yg baru add aku kat fesbuk pun ingat nama aku shandye.

hahaha.

Armyrule said...

yg soundtrack tu penah buat kat enrtri ku...emm, skang ni nak memikior tagline baru yg sesuai dgn blog merapu aku tuu...kahkahkahwin..

Emora Valeria said...

aku nak gelak sket.
hehe.
oke serius kembali.
trademark aku tak dapat dikesan lagi ah.agak2 ang kalau ingat nickname EmoraV,ang tingat pa eh.

Hazzy Ishak said...

masih hazzy

Kujie said...

trademark kak jie tu macam salah - saja tulis..kemudian dah bertahun2 tak boleh nak tukar lagi.

Lebih suka diskription blog - Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti

Melz said...

@Emora Valeria

aku ingat ang la..hahaha EmoraV dah dalam ingatan aku hak hak

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Melz.,adakah anda cute??hahaha..
Yang psti time kasih kerana bagi info ni..
Nampak sangat trademark ni ada fungsinya juga...

q-nizam said...

thanks for sharing this tips..masih baru dalam blog2 ni..boleh lar harapnya di jadikan panduan..thanks..hehe

Melz said...

@q-nizam

sama² . neway segala yang aku provide dalam blog ni , takde rujukan dari mana² google. ini adalah pemerhatian aku sendiri terhadap semua blog yang aku blogwalking

sekian :) selamat membaca okeh

Melz said...

@PEJUANG KESENIAN EXTREME

bagi mel fungsinya sangatlah Extreme! hehah!

nabilah_2908 said...

hmm...trademark sy ad pada lagu di blog..:)

kak ina kl said...

betul tu..akak pun ada trademark akak sendiri..

Liyanaa. said...

memel, trademark gua apa? ko dtg tak bgtau? HAHAGA

Billet-DOux said...

nampaknya kena cari trademark lah ne..
huhu.. apa yerk?




..susah dok fikir, blogwalking lu cari idea.. thanks for the tips mel

BeaN MorENo said...

melz cuba ko terangkan apa trademark aku???

P A U L I N E said...

semasa baca tu tak ada gelak.. tapi bila dah sampai part pesanan penaja tu.. hahaha.. XDD

ZIANA ♥ FARREL said...

erm...akan ku usaha buat macam sifu melz suruh...

Melz said...

@BeaN MorENo

serizawa kau la..aku tengok Crow 2 ingat kau wakakakakka

Jijahh @ f.k said...

thanks for the tips ....

From The News said...

something to be considered dalam renovation blog seterusnya :D

good tips

Matjoe said...

tang lagu tu mcm aku disagree. tak semua lagu yg kita suka org lain suka. unless blog tu ialah blog utk penyanyi dangdut amalina yg pengunjung yg dtg akan terhibur dgn amalina punya lagu.

Melz said...

@Matjoe

camni bro.. maksud aku . lagu² yang tengah top tuh . bila kita dengar kat radio kompem kita teringat kat brader yang ada buat entry lebih kurang dengan lagu tuh.. ini pengalaman aku .haha sampai sekarang aku ingat awek tuh coz terdengar lagu tuh hak hak..

neway 1 benda kita kena fikir . tak semua yang kita buat tuh orang akan suka .

Matjoe said...

@5928139731175038334.0
okey aku understand you point. ape jadi ko dgn aweks tu? haha

Melz said...

@Matjoe

just senyum jer :) awek blogging jugak kah²

ops terkantoi suda :P

Shykin said...

Em.. syg nk tukar nick blog. SHYKIN.
Sbb da lamee giler pakai nick ni.
and ramai da kenal nick ni. :)
Just tagline tu xde idea sgt

Nadia naddy said...

terbaik dr ladang laa melz!!!
hahaha...!! sgt bagus idea2 anda..........tp nk praktik kannye mengambil usaha yg tak berbelah bahagii...cume di darab dua tambah tiga jerr..huhu.

okey, thx for d ideas nwayy.......!! =)

RaMa2UnGU said...

nice info...thanks..heee

Nurul Harun said...

sama la.. sbnrnya nurul tu bukan nama sebenar. tapi bila siapa2 panggil nurul, pasti akan menoleh..hahaha.. :p

thanks utk tips ini.

hv a good day.

hawa lilis suriyani said...

ekk...mahu letak trademark ape...ish²..

letak trademark mate leh? hahaha...
elis sgt suke akan mate.. :))

1tomyam said...

menarik dan boleh buat panduan tu...steady

Daus said...

hoho, aku punya nickname simple dan tak unik...
Aku guna tagline INGAT HIJAU INGAT DAUS dan ada yang YM and email aku bertanyakan kenapa aku suka hijau, dia'orang cakap tagline tu meninggalkan kesan, ntah ye ke tidak, aku tak tau ler...

Kebanyakkan reader dan visitor suka panggil aku budak hijau/daus si hijau, greenking... Mungkin aku nak kekalkan trademark aku yang berkait dgn warna hijau...

Melz said...

@Daus

hoho hijau yep ;) good bro memang part 2 aku nak cerita pasal kaler hehe..

neway innity juga kaler hijau :P

Daus said...

@1184254739068493210.0
@Melz
tak sabar nak baca entri part 2... cepat2 publish ye... hehehe...

Liliyuli said...

saya rasa saya ada tag line la..."melodiku"
nickname saya pakai liliyuli. tak pernah tukar lagi dari awal..

Redbloodsnow said...

Pssttt, aku nyer nickname ok x ek? ade style x? hahahah...kene tanye pd yg pakar gitu...awuummm..hehehe :P

btw, dulu zie ade gune tagline which is Ade aku kesah??? but then lame dh x gune, so tenggelam ler org dok sebut² tagline zie tuh...lalalalala "D

btw, nice info bro. cayalah :)

ZE said...

nickname ZE
trade mark Zack Entry
slogan ak pndai hack makanan
ok tak ak nye melz??=P

bunga said...

nama blog aku guna nama eesyaheera. ee tu nickname aku. ada orang tanya nama aku nor eesyaheera ke? cet. burok kot nama camtu. haha

eiy_Da said...

pe ek trademark i?..huhu..xtau lah.. stobery mybe?. ke tak?..heheheh =.='

Mr. Bambino said...

tq melz for the tips...agak2 nick mr bam tu stylo tak..hehe

bellar0ssa said...

huhu.baik sifu.nice one.

Eyriqazz said...

good tips melz...saya pun banyak belajar dari melz...

Haah,senang dengan penyampaian melz..santai dan rileks..rasanya blom cukup lagi kot untuk trademark di atas

YobSumo said...

YobSumo pun trademark jugak kan :)


thanks for sharing the info!

~ ReD ~ said...

Haa.. nak tunggu part 2.. tang kaler.. lalala~;p

Lynn Nasir said...

salam kenal,

best!!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

trademark l0lly ape melz ?

cam tak jumpeeeeeeeeeee lak :D

Akif Mazlan said...

dan akhirnya ada jugak part tergelak,, hua3

BunBinG said...

menarik tips nie.. nk try la...

DiNa-DiaNa said...

yap...
tiap kali dgr lagu kembang perawan kat radio..
teringat kat entry zack zulkhairi

begitu mendalam..
thanx coz sharing..

nEo.. said...

kliklah iklan ,ringankan beban..hahahaha,ok ke trademark ni? waakkakakakaka

F U N F A B U L O S I T Y said...

sejak dex berblog-belum penah tukar lagi nickname (dexfab)nick ni tetibe je muncul dalam kepala mase create blog-sama lah juga dengan address blog-terlintas serta merta ;D

SyaNA saN said...

hi melz..
syaNa masih baru dalam dunia blog..
banyak lagi ilmu blogging yg kena tuntut.
Tapi suka sangat tips2 yg melz bg. senang difahami =)

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo