Penulisan Itu Bermula Dari Pengalaman

Jan 16, 2010

Setiap penulisan itu wujudnya dari pengalaman individu . Kenapa aku bicarakan tentang pengalaman ? Kerana setiap perkara yang kita buat itu adalah pengalaman hidup walaupun seseorang itu plagiat entry orang dan daripada situ dia telah mempelajari suatu perkara iaitu Plagiat ! Walaupun perkara ini sememangnya boleh mengundang individu itu ke lembah yang malang , tetapi dari situ juga dia dapat belajar suatu pengajaran yang boleh diambil untuk menambah baik kesilapan sekiranya dia masih baru dalam dunia penulisan .

Isu² yang berkaitan dengan cara manusia menyampaikan adalah dengan berfikir samada berani atau tidak . Itu adalah perkara utama sebelum kita menulis suatu perkara , walaupun dalam hati terdapat banyak ilmu yang ingin diluahkan tetapi terbantut akibat perasaan takut dalam diri . Ingat tak semua orang suka terhadap apa yang kita tulis dan tak semua orang tak suka terhadap apa yang kita luahkan .



Bagi aku , penulisan terukir apabila ia tercipta dari benak pemikiran yang berbeza atau kita boleh definasikannya sebagai sebuah nukilan dan daripada itu penulisan itu timbul dengan rasa ghairahnya terhadap sesuatu perkara . Dalam masa yang sama , penulis itu akan berasa ingin meluahkan dan sekiranya penulis itu benar² ingin berkongsi , janganlah dalam masa yang sama suka memikirkan perkara negatif yang bakal korang lalui . Just be yourself . Beranikan diri kerana benar , beranikan diri kerana ingin menyuarakan pendapat ! itu tak salah .

Setiap kali kita menulis , setiap pemikiran akan bertanya dan akan menjawab dan daripada itu jugalah penulis itu akan dapat mematangkan dirinya serta mencari sesuatu yang baru untuk mempertahan atau memperjuangkan apa yang bakal dia sebarkan . Kritikan dan komen itu dijadikan teman untuk menambah perkara yang mampu mengubah perumpamaan dalam setiap perkara . Dan daripada kritikan dan komen itu jugalah ia akan dijadikan sebagai percanggahan idea . Jangan Takut !

Setiap penyampaian kita juga kemungkinan boleh menyebabkan salah faham , itu takkan lari dari etika penulisan . kerana intonasi kita bercakap adalah berbeza dengan intonasi kita menulis. gerak geri hati kita juga berbeza dan daripada itu tafsiran akan sentiasa berubah dari manusia ke manusia ! Sebagai contoh , korang menulis suatu entry berkisarkan kesedihan tetapi cara korang menulis bukan berada dalam kesedihan dan daripada itu penulisan itu akan seperti bersahaja dan tiada emosi yang mendalam terhadap penulisan itu .

Kesimpulannya , setiap perkara yang kita lakukan adalah pengalaman hidup dan daripada pengalaman hidup itu kita olahkannya menjadi suatu penulisan yang sangat berkesan . Aku menulis kerana aku berfikir yang penulisan kita harus dibaiki dari masa ke semasa .

Ahaks Aku Menulis sekadar berkongsi !

21 Comments:

aLeen aVriL said...

erm...pnjang nyer bebel....huhuuhu..

Ms.Independant said...

aku pon suke tulis berdasarkan pengalaman!
sekurang2 nya kite jadik yakin ble sampaikan dalam entri kat blog!

:)

Brilliant Marjan@اداويه said...

Salam..

Setuju..Penulisan umpama karangan peribadi jika ia melibatkan hati sendiri..penulisan juga umpama kerjaya bg yg meminati bidang ini..Penulisan juga mampu membentuk motivasi diri tuk menjadi lebih baik lagi

~ Good entry..peringatan tuk sy juga..

YobSumo said...

hah, aku tak reti menulis dengan ayat yg best macam kau. tersusun, teratur.

F I T said...

thanks bro..aku pun ada nak kuar artikel panas..tapi takut feedback negatif..lpas baca entry ni ada keyakinan skit nk publish..sebelum ni aku jaga sangat hati reader..heh ye ke?..nanti a sok ke baru publish..baru wat separuh jalan.. ^_^

GhOsToNe said...

menulis slgi ade idea!

|arieza| said...

thumbsup for u melz! :) i love this entry :)

Eyriqazz said...

bagus melz...jauh perjalanan luas pengalaman..luas pengalaman,banyak yang boleh dikongsi..

Huda said...

yay~!
aku menulis kerana aku bosan
buleh kan.
hehew~

hisham said...

aku stuju ngn ko bro...aku jrg komen blog ko ..aku silent reader jer..tp aku prasan byk en3 ko yg berilmiah...bgus utk aku n sume org...keep it up bro

ohmalaysia.com said...

"Beranikan diri kerana benar , beranikan diri kerana ingin menyuarakan pendapat ! itu tak salah ."

tp kdg2 kalo cerita itu benar sekalipun, aku tetap fikir 2,3 kali kalo nak tulis. bukan apa, kalo org x puas hati kt kita, x pasal2 disaman masuk mahkamah..

sueanne said...

bila pengalaman ada, kite akan jadi lebih yakin utk menulis..

.Anna. said...

incik mel ni mesti manyaaak pengalaman kan!
ehee

fiza Mastar said...

yes.mmg & experience is the best teacher of life.

a kl citizen said...

mel

menulis merangsang pemikiran, membaca mencambah fikiran

Mus said...

kalau pengalaman tu elok.. kongsikan saja..

cikTi said...

yela,.
ko kan suka menulis,.,

ko xnak buat buku ke mel,.

nursarah said...

pengalaman kan ke guru terbaik dlm idup..so ianya macam sifu dalam pencoretan juga..

Melz said...

@cikTi

belum dapat seru :P kah²

chirol said...

haih..betul semua apa yang ko tulis tu..smpai sekarang aku takut2 lagi nk luah semua rasa hati ni...and slam kenalan..heheh.. :)

Nour Eyza said...

penulisan pengalaman seseorang adalah satu aliran penghidupan seseorang..
kerana seorang manusia itu ada cerita disebaliknya!

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo