Minta Maaf Atas PenulisanKu !

Jan 30, 2010

Salam Kepada Semua BloggeR,

Tak Kesah kepada yang baru atau yang lama atau sewaktu denganya . Firstly aku berterima kasih kerana mungkin ada sesetengah menggunakan tips² dari aku , mungkin ada sesetengah menggunakan pencarian sendiri untuk terus maju.

Berjaya dalam dunia blogging adalah sangat sukar kerana ia memerlukan kesabaran yang sangat utuh untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca kita . Lain orang lain cara , lain orang lain taste! Jangan selalu ingat , apa yang kita tulis itu akan membuatkan orang bahagia kerana penulisan itu lahirnya dari sebutan .

Apabila sebutan itu lahir dari percakapan maka ia mempunyai intonasi yang berbeza semasa kita menyampaikan dalam bentuk penulisan dan disebabkan inilah ada sesetengah pihak akan memahaminya dari pelbagai aspek .Mungkin pembaca akan berfikir yang penulis ini berasa dalam keadaan Sedih , Marah atau Bahagia .




Entry ini Wujud kerana aku ingin Meminta Maaf , kerana mungkin antara korang kurang faham, separa faham , dan Faham sepenuhnya terhadap Entry Bang , Nak Tanya ! Saya Budak Baru . Aku ingin Meminta Maaf kepada semua Visitor aku . Siyes mungkin ada antara korang tidak faham apa yang ingin aku sampaikan disini . Mungkin korang berfikir yang Melz menkritik kepada "Spoon Feed" , "Suka bertanya soalan Bodoh" , dan sebaliknya .

Siyesli maksud aku disini ialah " Kurangkan mengeluh sekiranya tiada apa yang kau dapat kerana kau tak berusaha untuk mendapatkannya ". Mostly aku nampak ramai blogger yang inginkan sesuatu tetapi tiada usaha yang mereka lakukan dan mereka kerap mengeluh . Come on takkan ada benda datang bergolek kalau kita takde usaha.

Once again , Aku bukan bermaksud korang tak leh nak tanya aku atau apa² ok! Sila faham apa yang ingin aku sampaikan . Aku tak kesah kalau korang nak tanya aku apa sahaja dan disebabkan itu Wujudnya AskMelz™ .

Aku ambil kesempatan ini juga untuk minta maaf kepada korang juga mungkin kerana lengok bahasa aku kadang² kasar , direct sound , perli² atau terkena batang hidung sendiri . Semua aku tulis = GENERAL iaitu kita semua terkena dan mungkin tak terkena . Aku memang tak suka nak buat Entry² Direct kepada Seseorang tetapi kepada semua ! Itulah Cara aku berblogging .

p/s : Bertanya tuh kan salah satu Usaha daripada duk mengeluh tanpa usaha ?

Sekianz
Melz™

39 Comments:

Kamil said...

Melz...

aq antara peminat blog kau...cara kau sampaikan memang aq faham ... xde apa yang aq tengok salah dalam entry sebelom ni.. so tak perlu kau minta maaf aq rasa.. tapi x tau orang lain..

apapon kau teruskan blog kau .. aq suka walaupun aq xde blog....ok Melz Best...hehe

Sendra said...

mel,aku selalu salah faham dgn kau dowh..aku benci kau..

(hahhahhaha..tiba2 je)

peace,blog kau best sgt2!

luna_e said...

aku ni baru je kenal blog ko smalam...so aku tak kenal sgt tulisan ko dan tenggelam punca. Tapi aku rasa dua tulisan ko yang baru ni macam tulisan orang tengah period je. Tp..ko lelaki. Ops...ehehehe. Aku bukan kutuk..sekadar pendapat je....ehehe PEACE!!!!!!!

Melz said...

@luna_e

hak² kurang faham camne dalam keadaan period :D
sebab tak pernah terjadi kat diri >.<

nursarah said...

melz.


nape ntah aku anggap ko macam otai. wa salute sama lu. haha. n aku rasa bagus gak ko wat entry cam ni supaya kami ini lebih mengerti. (walaupun bukan aku yg banyak tanya).

Fina Fento said...

mel..taktau nak taip apa sebenarnya, tp still nak tinggal tapak kaki..boleh camtu :P

aisha wUtevA!! said...

erk??
bukan aku kan??
huhuhu.

btw, betol kot mana ade bende dtg bergolek.
kire lam blog nih, kena rajen blogwalking kot, baru ah belog kite jadik meriah.
tol tak??

AdNan said...

Melz..walaupun tulisan kau aku separa tak paham kadang2...tapi kau macam ada aura yang buat aku suka dengan blog kau...hahahaha ikhlas dari hati aku ni....

Qismina said...

owhhh pasal itu ker?? aku tak rs pape.. sbb aku tk tnya ko pape.. tp apa salahnyer bertanya.. maybe tk jumpa kot org tu cari.. sbb tue bertanya.. kalu berada kat kawasan baru, tak jumpa jalan, so apa salahnyer bertanya.. tak tanya nnti tersesat plak.. kesian dia.. tak gtue?? ehee..

Melz said...

@aisha wUtevA!!

Indeed! hak²

blogwalking adalah satu usaha yang mungkin orang tak suka nak buat sebab "malas" hak².

tapi blogwalking la akan memberikan impak yang sangat memberangsangkan! hik²

Melz said...

@Qismina

yeap memang tak salah bertanya . aku Suka orang yang suka bertanya daripada diam dan sesat .

at least kat situ aku dapat ingat dan aku dapat memberi .

Melz said...

@AdNan

Mekaseh bro kerana terus menyokong blog aku nie :)
huhu terkesima aku!

farenova said...

alamak akak dah tertanya mcm ne, ok akak gi usaha jab, gigih nii...

F I T said...

aku baca entry ni rasa cam ni entry last je..kau jangan bro..haha rilex a bro..kitorang ok je..selama ni aku buang yang keruh ambik yang jernih..byk entry kau yang berguna..yang teguran tu pun banyak membantu utk paham apa reader suka dan tak suka. moga success slalu :)

Melz said...

@F I T

eh tak bro :) aku terus berblogging nie..
aku tulis nie sebab aku taknak orang kecik hati ngan aku dan tak nak salah sangka dengan aku .

aku berbloggin nak happy + cari kenalan + cari duit tepi haha ( jujur nie ) miahahaha

Neway taknak la sebab satu dua entry aku buat tuh menyinggung perasaan korang ye tak ?

itu sebab aku beranikan diri tampil dengan entry ini untuk minta maaf sekiranya aku ada singgung hati korang :)

|arieza| said...

erm ada org terasa hati ek?

Aus said...

ahahaha..melz..rilex sudah..
biase la tu..
lain orang lain pemahaman nye..
kalo biadap yang kau fikir
biadap yang kau dapat
kalau ilmu yang kau fikir
ilmu yang kau dapat dari penulisan itu..
hehek..

Khairi said...

Nasib la jaman korang benda ni meningkat popular. lalu ramai yg pasakkan buah fikir dalam blog yang dikunjungi ribu2 orang.

But, basic law doesn't change. Wisdom is not shown by how many followers you have, but, how much you give them the knowledge that they need.

And wisdom is all you need to put white, blue and dark people in one room satisfying.

Melz said...

@Khairi

betul bro :) Kita takleh nak puaskan hati semua pihak , bila satu pihak itu suka , namun ada beribu lagi pihak yang tidak puas hati .

kita mempunyai banyak pandangan tetapi pandangan itu kita jadikannya sebagai pencetus minda yang berbeza supaya ia menjadi lebih baik !

mcsue said...

melz,walaupun sue hanya jd silent reader dan kadang2 je drop msg,tp i like ur blog,tak kira la kena batang hidup ke ape ke..hahaha...be positive.

Melz said...

@nursarah

mekaseh sarah ! aku just nak orang faham apa yang ingin aku sampaikan dalam setiap entry aku .

Melz said...

@mcsue

mekaseh mcsue. sangatlah aku hargainya :)

GagaH@n cHenta said...

sgt setuju dgt khairi..
btw teruskan usaha yer melz..chaiyok2!!

GagaH@n cHenta said...

opps luper nak ckp..teddy kat atas tue sgt chumel.hikhik
*jgn marah erk..hikhik

Mr Superman said...

8lly melz, ape yang ko ckp tu aku setuju..

''Come on takkan ada benda datang bergolek kalau kita takde usaha.''

Bukan setakat blogging tapi dalam semua aspek, klau takde usaha kita takkan ke mane. Apa guna ayat magic 'usaha tangga kejayaan' klau kita cuma nk sumenye bersuap jer...

Apepun, aku sgt suke ngan en3 ko cz ko byk membantu n xpenah lokek bab2 share info. Tanpa bantuan ko, blog aku masih lagi ditakuk lame..thanx melz..

So, thumb ups 4 u bro..!!!peace...!!

~Sarah~ said...

Ohhh Melz???y ???

Sarah tengok takde apa sangat pun kenapa ni ??
Bagi sarah blog mel ni best sangat-sangat tau x.. sarah ni je belum ada niat nak ada belog haha just tengok blog mel jer..banyak info dan ilmiah yang sarah dapat dari mel .terima kasih sangat-sangat.. memang betul cakap mel tuh..kita takleh nak puaskan hati semua pihak...dan betul jugak apa yang mel cakap tuh xde benda datang bergolek kalau xde usaha ...love this blog .. hoyehh

azizan4444 said...

sy syg adik melz...hahaha..kipidap bro...

fiD said...

aku sentiasa layan jew n3 ko =)

Fathiha Zainal said...

Sy peminat setia Melz.. Eh.. Blog Melz. Suka follow blog kamu. Heeee~

Ape2 pn, teruskan blogging secara sihat! Yeahh! :D

ini blog wirdah said...

blog kau baguss doe.
keep it up okeh :)

cybernetic88 said...

entah mel. ok je cara pnyampaian ko. jnji diri sndiri hapy dah la kn. keep blogging k. u have a nice blog. nice visitor. n u... is a nice person k =)

mamashasha said...

melz....teruskan berblogging...akak suke tulisan & tips melz....kadang2 dlm idup perlu ada kritikan then baru kite tersedar....

Sharinginfoz said...

hmmm, yang penting sama-sama belajar... tak kisah le banyak mana pengalaman or pengetaahuan kita, ada aja yang kita tak tahu...

Siapa Nak Promo Blog???

Macam Mana Nak Didik Anak2????

Hati2 Guna Debit Card

beautiful_rose said...

betl ckp ko tuh..
kalo x usehe x mencari kite x kn dpt pulangannye...
nk terlalu mgharap pd bantuan org smpi bile kan,kdg2 mencube itu perlu...

BeaN MorENo said...

hakhak...tujuan blog pun untuk share...xkisahpun apa bende yang kite share...kalau nak sorok buat diary la...betul ke tak???jawab mel...hahaha

░♥si lampu neon♥░ said...

aku bengang gak kat ko ni!!! hahahah

Atiqah Adnan said...

ade ape yang salah pun kat mata aku..
ko harus dijadikan contoh blogger terbaik..
good luck ye!

Kujie said...

" Kurangkan mengeluh sekiranya tiada apa yang kau dapat kerana kau tak berusaha untuk mendapatkannya ". Mostly aku nampak ramai blogger yang inginkan sesuatu tetapi tiada usaha yang mereka lakukan dan mereka kerap mengeluh . Come on takkan ada benda datang bergolek kalau kita takde usaha."

Selalu jumpa blogger macam ni tetapi rasa serba salah nak ditegur..nanti keluarlah ayat

'melayu dengki melayu"

blogger otai sombong, blogger top berlagak..

selalu kak jie cakap " blogger perlu ada deria ke-6 untuk read between the lines.

Lopez said...

Their lifestyle dictated that sometimes hunters would have to spend several days hunting prey, with little food or water to sustain them. By lowering the amount of Hoodia, consumers are often not taking in enough of this plant to actually gain appetite support. Surely there's a catch?

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo