Cerita | Masalah Menjadi Perasa Kehidupan

Jan 11, 2010

Masalah akan datang bila² masa jer


Di dalam dunia ada macam² perasa kita boleh rasa kerana lidah kita mempunyai 4 Struktur perasa iaitu Masin , Masam , Pahit dan Manis ini cukup untuk kita melihat kebesaranNya . Aku bukan nak bercerita tentang lidah , tetapi aku ingin bercerita tentang Pengalaman kehidupan . Kita sebagai manusia tidak akan lari dari masalah biarpun masalah itu sekecil ataupun sebesar manapun , ia sudah cukup dilabelkan sebagai Masalah . Aku menulis untuk semua dan jika ada perkataan Semua , maka ia juga tertumpu kepada diri aku sendiri . Aku menulis untuk menegur korang dan aku menulis untuk menegur diri aku sendiri . FairTalk !

Di dunia yang penuh dengan cabaran untuk kita tempuh satu persatu sememangnya berat untuk kita atasi . Namun begitu , sekiranya kita sebagai seorang yang tabah dan sentiasa berfikiran positif dan dalam masa yang sama kita berdoa kepadaNya terhadap suatu perkara itu, nescaya kita dapat atasinya. Bukan setakat berharap kepadaNya tetapi tiada inisiatif terhadap berjuang untuk mendapatkannya . Itu orang akan cakap , menunggu kucing bertanduk pun kau tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu .

Setiap orang di dunia juga mempunyai masalahnya tersendiri dan sememangnya jika kau menyelesaikan masalah tersebut , kau dapat mematangkan diri kau sebagai seorang manusia yang baru sahaja menyelesaikan suatu masalah . Cuba kau bayangkan , kau ingin menyelesaikan soalan Matematik yang kau tidak akan dapat selesaikannya kerana Rumus² yang diberikan tidak pernah kau pelajari selama ini . Oleh itu , apa yang kita perlukan adalah meminta bantuan ataupun sokongan daripada mereka yang berpengalaman .

Semua manusia tidak akan lari dari kebahagian . Maksud aku disini walaupun sedikit kebahagian yang kau dapat , ia tetap dianggap kau telah bahagia . Di Dalam dunia kita sebagai Manusia dan kita juga memerlukan perasa² untuk menyedapkan lagi kisah kehidupan kita . Perasa² itu adalah pengalaman hidup kita , semakin banyak perasa yang dicampur ke dalam kehidupan kita, semakin sedap kehidupan kita . Maka , janganlah anggap masalah itu suatu perkara yang boleh membuatkan kau dimurkaiNya .

Note28.3 : LinkExchange telah Update !

16 Comments:

[z@ck] said...

hidup tanpa masalah amat membosankan.
=P

Kujie said...

masalah tu bukan masalah sebenarnya - itu kehidupan

|arieza| said...

manusia yg penuh kebahagiaan pun satu mslh juge.

hBz said...

masalah ni...kaunselor. boleh ke aku cakap macamtu?

^ ZuMaWaMBa ^ said...

Lenka kate Trouble is A Friend..
hehee (^_^)

Eyriqazz said...

masalah mematangkan kehidupan
kehidupan itu indah

Fathiha Zainal said...

Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Pandang ia dari sudut positif.

Masalah yg dtg adalah satu ujian. Allah tidak akan menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

Rabiatul Adawiyah said...

betul apa tu.. semua org ada masalah.. so, berblog la untuk kurangkan rasa unhappy tu.. hehe.. :D

Mel tak join Samsung Corby Contest tu ke? Bulan lepas Nuffnang buat.. Ni rabiatul punya url

http://rabiatuladawiyahzakaria.blogspot.com/2009/12/colour-me-corby.html

fiD said...

yup! masalah itu dugaan.

Kak Aidah said...

Agak2 ada tak org yg hidupnya tak bermasalah. Something wrong somewhere

@juera said...

sume org de mslh..tp klu ari2 ditimpa mslh lg mna tu..sllu je dugaan menimpa..smpai bila nk mghadapinya..allahuakbar!sabo aje ler..

F I T said...

memang idup ni penuh masalah..tapi apapun kena pandai2 handle..tak perlu stress sangat sbb pengakhiran masalah pn hanya ada satu penyelesaian je..so hanya pilih 1 solution yg terbaik.. apapun bagi aku, stress memang tak baik utk kesihatan dan emosi.. briliant entry,bro! heh..


http://fitrihadi.blogspot.com/2009/10/tertekan-stress-hadapinya-dengan-tips.html

ManDan said...

Mal Romeo...bila bukak blog ni, teringat aku. Aku jua masa muda2 dulu prnah jd romeo. Aku ada sebuah artikel mengenai ke'romeoan'. aku sndiri tk tau mcm mna aku boleh tulih artikel merapu tu. Tp entahlah...mna tau ada yg suka:

artikel episod cinta

mello said...

aku hidup bahagia dikelilingi seksa yg tak sudah yg mungkin meruntuhkan kebahagiaan aku..hmm

cik EPAL said...

semua orang ada masalah...cara solve kena betul :)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

masalah adalah dugaan...pasti ade hikmah di sebaliknya:)

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo