Anugerah Juara Lagu 24 | 2010

Jan 10, 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24

Salam Kepada Semua Visitor Melz ! Entry kali ini aku ingin membuat review sikit pasal semua lagu-lagu yang bakal dihidangkan pada Anugerah Juara Lagu ke 24 di Stadium bukit Jalil pada 10 Januari 2010 . Sememangnya semua lagu-lagu yang bakal di nobatkan ini mempunyai style yang tersendiri . Mari kita Usha satu persatu yeap !

Aku Skandal – Hujan
(komposer/penulis lirik: Noh)
Aku Skandal - Mempunyai ciri lagu yang berbeza kerana vocal yang diberikan oleh Noh Hujan adalah berstyle iaitu sempoi gitu ! Miahaha , tapi kalau korang dengar lagu-lagu dari Hujan nie semuanya lebih kurang jer kan ? haha betul tak ?

Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah
(komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)
Tak Mungkin Kerna Sayang - Mempunyai ciri lagu yang agak layan sekiranyan dinyanyikan Live kerana lagu ini mempunyai aura yang berbeza gitu ! Aku tak berapa minat dengar lagu nie haha tapi boleh la layan kadang-kadang ;P

Aurora – Estranged
(komposer/penulis lirik: Estranged)
Aurora - Lagu ini bagi aku terbaik ! dan tak bosan didengar kerana vocal yang diberikan oleh Rich sangatlah terbaik dan bagi aku boleh sangat layan gitu ! miahaha :P Komposer / penulis liriknya adalah Estranged sendiri oleh itu mereka membikin lagu nie dengan semangat teamwork dorang sendiri ye tak ? :P

Bengang – Akim
(komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)
Bengang - Lagu bengang nie best beb siyes , lirik yang ditulis oleh Sheikh Qalam adalah sangat terbaik kerana vocal yang diberikan oleh AKim Af7 nie pergh mantap siot haha . Sedap la kiranya kan ? :) best la kalau dia nyanyi time Live !

Aku Rindu Sayang Kamu – Black
(komposer/penulis lirik: Yuzai)
Lagu nie bagi aku plak tak de la berapa best sangat tatau la kenapa tapi aku try dengar jgak la kalau dah lagu nie asyik putar kat HotFm haha , dah macam terpaksa plak ye tak ? Lagu nie terlalu menarik suara tuh yang dengar tak best . Cuba plak dia nyanyi time live adui tatau la camna nak cakap

Dan Sebenarnya – Yuna
(komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
Dan Sebenarnya mempunyai Ciri lagu yang sempoi dan diminati oleh semua yang berumur dari 30 dan kebawah . aku dapat rasakan lagu ini dapat memberi impak yang terbaik ! Aku tatau la kenapa lagu Cinta Sempurna tak masuk best siot . Feeling gila tuh lagu sebab lagu tuh sememangnya menggunakan Keyboard atau piano haha , selalunya kalau lagu bersama piano boleh pergi jauh hehe sebab ada class gitu ! miahahaha . tuh pendapat aku okeh tatau la kepada korang miahaha.

* Rindu Terhenti – Tomok
(komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)
Dah kalau citer pasal Tomok , memang aku tak suka dengar lagu dia , sorry ye tomok memang aku bukan kipas susah mati ang haha , tapi kau dah menang OIM3 masa tuh mungkin peminat dia masih ada dan boleh pergi jauh la kot . ntah la tapi sorry mel tak minat :P

Pakai Buang – Stacy
(komposer/penulis lirik: Edry)
Pakai Buang - Lagu ini terlalu Enjoy kalau korang dengar nak plak Stacy nie memang jenis yang happening dan cergas orangnya . Susah beb nak menari sambil menyanyi ! Serious memerlukan stamina yang luar biasa gitu hehe . Sebab Style dia memang camni so apa pun lagu best -best la jgak kira aku boleh la layan tapi tak berapa menarik sangat hehe . neway good luck untuk anda stacy :)

Kau Aku – Aizat
(komposer/penulis lirik: Aizat)
Aizat , dengar saja nama dia sudah semestinya menjadi aku akan jadi kipas susah mati kau aizat . Lagu kau bikin semua gerek-gerek gitu miahaha apa-apa pun lagu nie ditulis dan dikompose oleh kau sendiri dan aku harap lagu nie dapat la menang yep !

Pergi – Aizat
(komposer/penulis lirik: Pete Teo)
Lagu nie lagi la terbaik ! haha aku baper kali dah ulang lagu nie . Vocal kau terbaik beb apa yang aku harap kau buat la yang terbaik untuk AJL 24 nie yep Aizat ! Chayokk hahaha

Situasi – Bunkface
(komposer/penulis lirik: Sam)
Lagu nie diminati oleh budak2 berumur 15 dan keatas , aku rasalah sebab mostly dorang suka dengar lagu camni kerana lagu nie agak rancak dan penuh tenaga nak-nak lak kalau dengar time live .pergh mesti masyuk beb . apa-apa buat la yang terbaik keh ;) ahaks .


Bencinta – Faizal Tahir
(komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
Kalau korang perasan la kan , Faizal tahir mesti ada menang dalam apa-apa contest yang dibuat oleh TV3 nie . miahaha kalau tak perasan aku bagi korang perasan la sekarang nie . Bagi aku , Faizal tahir style dia menanyi lagu kadang-kadang berterabur hehe ini disebabkan cara dia menyanyi macam ikut suka dia jer . Berterabur maksud aku disini Intonasi dia menyampaikan lagu . Lirik sama tetapi bunyinya dilainkan . ada paham ? aku noob sikit bab lagu-lagu nie miahaha . Neway kita tengok kali nie dia ada menang tak untuk AJL24 nie :) kita tunggu miahaha

Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar
(komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
Lagu nie mempunyai aura tersendiri , aku berkemungkinan juga lagu nie boleh pergi jauh sebab kalau dah Misya Omar punya Vocal miahaha paham-paham la , masa tuh lagu dia buat Bunga-Bunga Cinta pun dah meletup tak ingat miahaha . apa-apa pun buat terbaik keh !


Masih Jelas – Hafiz
(komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)
Best jgak lagu nie . Korang mesti dah pernah dengar Hafiz nyanyi lagu Masih Jelas nei time Live . Ala kan dia dah pernah nyanyi time AF7 Final masa tuh .aduiyai . best la jgak kan ? miahaha aku harap dia dapat improve untuk AJL Kali nie , miahahaha

Last But Not Least - aku rasa Perempuan yang menang untuk AJL kali nie la kan ? miahahaha , Neway Aku harap sangat YUNA ATAU AIZAT jer menang sebab aku kipas susah nak mati miahahahahaha

14 Comments:

|arieza| said...

darn! i love Pergi by Aizat! that song shud win.. huhuhu sgt syahdu :p

hBz said...

anugerah PIMP mana beb???mahaha

Zayani said...

ingtkn bt entry sape mng..trkjut sungguh.

Melz said...

@Zayani

haha entry nie lambat publish plak miahaha

black_mel said...

aku rasa lagu pergi menang...aizat 1 malaysia...

Mr. Bambino said...

me too..suka yuna dan aizat pergi..but akim also not bad

farenova said...

akak sokong aizattttt

green said...

ok fine..sme org tgok ajl mlm ni..kat bilik asrama xde tv..fine..fine..
dah nak g blaja..ecehhh

GhOsToNe said...

ak rase Siti Nurhaliza menang cz bg ak performance pling besh diew..

n vokal pling besh jgk diew..

hmm...

eiy_Da said...

Yeay,Aizat menang! faizal kalah.b0o0o tp tetap gak dpt n0 3.mmg i perasan u,pape c0ntest tv3 dia mst dapt la.xsuke2.huhu.

Zuewairy said...

AJL 24..

lain dr thn2 lepas..

Sempoi;)

cybernetic88 said...

aizat mng!. yeah!. hahaha. yuna cun pulk aku usha mlm tu. damn!. haha

Anonymous said...

paper pown BLACK menang jugak mlm tuh!!heg heg heg...peminat black la kte kn...wAchA!!!:)

Anonymous said...

Alyah the best-good luck

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo