Wave 2009 and Wave 2010

Dec 31, 2009

33 Comments
Lets begone be bygone , hanya ini aku ingin ucapkan untuk tahun 2009 . Masa tidak boleh berpatah balik dan masa tidak boleh dibeli dengan emas so thats mean i have to say good bye 2009. Kenapa mesti Good Bye ? kenapa tidak Bad Bye ? Persoalan itu hanyalah suatu perkara yang teramat personal untuk aku bicarakan di blog . Masa itu Masa dan masa akan terus berlalu. Tiada mesin cahaya masa yang dibuat oleh Doraemon kerana itu hanyalah imiginasi seorang penulis Fujiko Fujio .

Bye-Bye

Sememangnya banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui . Dugaan hidup didunia hanyalah sementara tetapi dugaan disana adalah selamanya . Sememangnya aku seorang manusia biasa yang sering kali melakukan dosa . Tak kira dosa besar atau kecil , semuanya aku buat samada aku sedar atau tidak sedar .Oleh itu , aku memohon maaf kepada semua blogger didalam Malaysia mahupun luar negara . Aku memohon maaf sekiranya aku terkasar bahasa , termarah korang kerana aku tidak bisa membaca minda korang . Biarlah 2009 tinggal kenangan kita bersama dan kita mulakan hidup baru dengan minda yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang bakal kita hadapi untuk 2010

Hai-Hai

2009 juga mengajar aku untuk berblogging kembali . 2009 juga mengajar aku untuk menghormati . 2009 juga mengajar aku untuk lebih berjaga-jaga kerana aku kerap berfikiran pendek dalam membuat suatu keputusan . 2009 juga mengajar aku untuk memahami perasaan perempuan . 2009 juga mengajar aku untuk terus berusaha . 2009 akan jadi kenangan aku . Dan sekarang 2010 datang tanpa pesanan . 2010 datang tanpa teguran . Masa berlalu dengan pantas ! membuatkan aku ingin 2009 kembali untuk membaiki segala kesilapan aku . tetapi itu hanyalah imiginasi aku yang sememangya telah lapuk bersama masa ! Biarlah ia tinggalkan suatu kenangan yang boleh aku jadikan pengalaman kerana Pengalaman Itu Banyak Erti!

Kenapa Aku Suka Belu ?

20 Comments
belu² :)

Pergh kompem korang laju ajer tekan kan? hahaha mestinyer kah² . Dah² sekarang aku nak story kenapa aku suka belu a.k.a blue ak.a biru! Bagi aku Biru itu indah , Biru itu Cool ! Aku lebih suka cool dari hot , even ada awek yang hot aku lebih suka tengok yang cool kah² dah merepek tahap tenuk mengidam semut! . Semut pulak mengidam Corntoz aku nie. Ntah pehal aku biarkan 10 minit terus penuh ngan semut! arghhhh sakit jiwa dan raga aku .

Neway sememangnya kalau korang diluar dan tengok ke atas , kaler apa korang nampak . tetttt lambat! Biru cair dan putih² rite? Dan bila korang berada di pantai , korang tengok ke laut tuh dan kaler apa korang nampak ? Biru² jugak kan? huh so sememangnya kalau korang tengok ciptaan tuhan nie mesti otak korang atau mata korang tenang kan ? So sebab itulah aku suka sangat ngan kaler biru . Miahahaha tapi bukan kaler biru pekat , tak suka gila aku terhadap kaler biru yang pekat .ntahlah kenapa huhu..

PinkWhite

Offtopic : Nak story kaler pink plak la kan . Sumpah aku suka tengok pompuan pakai pink + putih , ntah tatau la kenapa tapi aku suka sangat nampak sweet gitu miahahaha . So jaga² gegel kat sana yang berpakaian pink² coz Melz mudah terjatuh chenta terhadap kamu kah² . Tapi kalau kaler pink melekat kat lelaki . adeh! blah please geli gilew aku tengok . miahaha So pandai² la kalau nak mewarnai baju mu.

Pfft Tunggu Tips Memilih Baju Bersama Melz :| Aku tetibe layan lagu Mana Janji Manismu!

Review Movie Paranormal Activity

Dec 30, 2009

20 Comments
"scariest movie of the year?"


Hah , setakat nie aku belum pernah lagi Review Movie kan ? haha Bagi aku Cerita Paranormal Activity ini sememangnya membosankan tapi nampak real dan kalau korang nak aku bagi rating terhadap cerita ini . Erm dalam 5 bintang ? Aku bagi 2.5 Bintang sebab aku dah tengok sampai habis kah-kah . Jom usha camna aku cakap cerita ini tak berapa nak best.

Review : Cerita ini semangnya lebih kurang macam cerita Quarantine ( 2009 ) yang korang boleh tengok sinopsisnya di IMDB . Tapi lainnya Quarantine - lebih kurang macam Resident Evil dan Paranormal Activity ini pulak cerita pasal Hantu yang duk kacau time tengah malam atau tengah pagi aa nasib baik tengah malam dan tengah pagi , kalau tengah petang camna ? memang kompem kena reject awal² citer camni kah² . Cerita Paranornal Activity sama dengan Quarantine sebab menggunakan tayangan 'CAM REC' dan biasalah nak nampak real kan ? uhuks

Paranormal Activity ini menceritakan tentang bapak dorang yang dah mati agaknya! aku tak berapa paham citer nie kah² sebab kejap jer terus night 1 , 2 , 3 , sampai berbelas² . Last² mati terus kakak dan maknya akibat tekanan la kot :P uhuks nasib la labu . Aku rasa kalau dorang belajar dengan Entity Malaysia boleh lepas kot kah² ntah la . Neway cerita ini average jer bagi aku dan tak baper nak menyerlah dan tak berapa nak meriah kah² sendiri tengok la yek kawan²

Korang nak tengok ? Mai Email aku bagi via Email :| Hihi

Manusia Tidak Pernah Puas 1 !

Dec 29, 2009

19 Comments
Sebelum aku berbicara , Adakah korang setuju dengan statement aku diatas ? Statement yang mudah dibaca dan mudah difaham ! Serious aku tak suka nak point kepada orang coz aku sendiri sebagai manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang aku ada . Yes! So aku point kepada diri sendiri sebagai tanda aku menceritakan kepada aku dan menceritakan kepada korang as General .

Aku memang tak pernah puas dengan apa yang aku ada . Bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada .Puas dengan Syukur adalah dua perkataan yang sememangnya berlainan dan tidak boleh disamakan . Syukur bermaksud dalam kamus Dewan dan pustaka ialah " Berterima kasih kepada Tuhan" manakala Puas bermaksud belum Jemu .

Antara kepuasan yang belum aku dapat ialah Traffic ! Believe it or not ? Aku takkan berpuas hati selagi aku tak dapat samakan target traffic aku yang dulu dengan sekarang . Yeah! manusia akan kerap mencari jalan untuk buat yang terbaik dengan apa yang telah mereka lakukan. Bagi aku sebagai manusia biasa akan berkata "dah la nie , dah ok dah nie tinggal nak maintainkan skit jer , kira syukur la nie daripada takde " . Its Pointless!

Korang dah berpuas hati dengan apa yang korang ada ?

Salah keh , itu hanyalah hasutan syaitan yang suka untuk menjatuhkan kau. Maksud aku disini , aku bersyukur terhadap apa yang aku ada tetapi aku masih tak berpuas hati terhadap pencapaian aku dan daripada itu aku jadikannya api semangat untuk mencapai suatu objektif dan itulah maksud aku atau ia juga boleh dikatakan anjakan paradikma yang ketara sekiranya korang berfikiran positif dengan apa yang ingin korang lakukan . Kalau korang just stay with your performance . Aip kapten we will fall down dramatically !

Serious beb , korang just buat suatu perkara macam ala kadar atau tangkap muat . So bagi aku , lebih baik kita berubah kepada yang lebih baik dan daripada lebih baik kepada terlebih suda baiknya! Sebab korang akan berasa best sangat bila korang dapat benda yang lebih baik itu ! Neway tunggu untuk Manusia Tidak Pernah Puas 2 ! Hit the Floor! and LinkExchange Updated!

Tips Memilih Tajuk Entry

37 Comments
Tajuk : Isteri Curang

Adakah korang faham terhadap apa yang bakal aku bahaskan ? Baiklah aku mulakan dengan maksud tajuk walaupun korang semua telah faham apa itu tajuk , aku merujuk Tajuk daripada Kamus Dewan Dan Pustaka iaitu Kepala atau Kepala Surat. Sudah termaktub ia adalah Kepala surat dan sememangnya ia adalah paling penting dalam Entry!

Mari aku bahaskan tentang memilih tajuk yang membuatkan ramai tertarik terhadap entry korang. Bagi aku tajuk hanyalah suatu tajuk yang terlalu banyak maknanya . Suatu makna tajuk itu boleh terungkai sekiranya kita memahami apa kehendak penulis untuk menceritakan sesuatu dengan hanya memaparkan tajuk yang ringkas dan mudah difahami atau mudah dibaca dan diingat .

Contoh Tips Memilih Tajuk Entry - Ini bermakna aku ingin memberi Tips atau panduan untuk memilih suatu tajuk yang berlandaskan suatu entry . Adakah korang faham setakat ini ?

Tajuk Berbahasa Inggeris : Bagi aku tajuk yang berbahasa inggeris adalah mudah dicari oleh blogger Malaysia atau mudah dicari oleh pembaca dari luar negara . Biarpun korang tidak tahu bagaimana ingin menulis dalam bahasa Inggeris tetapi cukup untuk titlenya sahaja kerana sekiranya korang menggunakan content yang berbahasa melayu , visitor korang tetap boleh membaca dengan menggunakan GoogleTranslate tetapi terapkan penulisan dalam keadaan yang formal dan penuh makna sekiranya Entry itu kau khaskan untuk khalayak umum .

Tajuk Berbahasa Melayu : Tajuk berbahasa melayu boleh digunakan tetapi korang seharusnya menggunakannya dalam keadaan yang sangat formal . Sekiranya korang ingin mengemukakan sesuatu perkara seperti "Sejarah Tsunami Yang Tidak Akan Dilupakan" . Jika korang menggunakan font Normalcase adalah digalakan untuk menaip font paling hadapan di besarkan kerana ia tampak lebih kemas dan teratur .

Elakkan penggunakan tajuk yang berbunyi "Akuuuuu,malas gilew ari nie huhu......" , bagi aku tak salah sekiranya korang ingin menggunakannya tapi ia nampak serabut kan? uhuks .

Neway lain orang lain cara , aku sekadar memberi sedikit pendapat .

Apa Maksud Bandwitdh Dan Connection Network ?

Dec 28, 2009

6 Comments
bandwitdh

Bandwidth

Kalau kita tengok kat website sekarang , banyak Syarikat hosting menawarkan berbagai pilihan bandwidth dalam website dorang . Jadi apa yang bandwidth yang berkaitan dengan web hosting? bandwidth adalah jumlah traffic yang dibenarkan antara laman web korang dan seluruh internet.

Bilangan bandwidth sebuah syarikat hosting boleh ditentukan oleh sambungan rangkaian dorang, Kiranya macam Datacenter dorang . Lepas korang beli then duduk bawah naungan dorang . ada pam ? ahaks ( Kalau salah Tegur! ) aku masih belajar dan ingin memahamkan pemahaman aku , sebab tuh entry ini dipublishkan kah²

Connection Network

Internet dalam maksud yang paling mudah adalah sekelompok jutaan komputer yang disambungkan dengan rangkaian. connection melalui internet besar atau kecil bergantung pada kabel dan alatan yang digunakan pada lokasi internet tertentu. Saiz setiap sambungan rangkaian yang menentukan seberapa banyak bandwidth sedia.

Sebagai contoh, jika korang gunakan sambungan DSL untuk connect ke internet, korang mempunyai 1,54 Mega bits (Mb) bandwidth. Bandwidth nie diukur dalam bit (satu 0 atau 1). Bits nie pulak dikategorikan dalam bytes yang membentuk kata, teks, dan maklumat lain yang dipindahkan antara komputer anda dan internet. Binary heximal semua tuh lew .

Kalau korang mempunyai Sambungan DSL ke internet, korang kiranya dah mendedikasikan bandwidth antara komputer korang dan pembekal internet korang.So thats mean dorang kena ada bandwidth yang cukup untuk melayani keperluan internet korang dan semua pelanggan lain. So sekarang korang ada connection ke 1.54Mb pembekal internet, pembekal internet korang mungkin mempunyai sambungan kepada 255Mb internet sehingga dapat memberi korang dan 166 pengguna lain (255/1.54). Ponat den calculate untuk pengguna kah² kalau salah cakap !

Take Note : aku gunakan Pembekal Internet korang coz korang guna macam² kan? haa itu sebab aku gunakan pembekal internet ajer miahahaha . Ok Sampai sini kot nanti aku cerita lagi Apa itu Traffic ? Hosting Bandwitdh ? Berapa banyak Bandwitdh Bla² . Neway Korang dah baca Perbezaan Unique Dan Views ?

Harold And Kumar Escape from Guantanamo Bay

Dec 27, 2009

28 Comments
Wtf ! itu akan aku cakap kepada Movie ini . Cerita ini best! Sangat best kerana dua ekor nie buat lawak terbaek dari ladang . tapi! 18 keatas sajer leh tengok kah-kah . Walaupun cerita ini sepatutnya dah lama iaitu pada tahun 2008 . Tapi aku lebih suka tengok cerita-cerita cani . Penuh dengan Humor ! kah-kah tapi ingat ye takleh tengok bersama orang yang bawah 18 .


Harold And Kumar Escape from Guantanamo Bay


So Jom kita enjoy dan Download kalau korang nak lew , Movie nie pun tak berat sangat sebab format MP4 dalam 360MB jer ahaks . Enjoy keh

Belajar Rangkaian atau Network

Dec 26, 2009

18 Comments
Network

Network atau rangkaian . Aku gunakan Network lebih senang diingat berbanding rangkaian . Apakah maksud Network ? Network bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara beroperasi . Network nie merupakan satu sistem perkongsian alat macam Pencetak kalau nak senang ingat lagi CD-ROM , perisian/software , pertukaran maklumat dan last sekali komunikasi. Semua maklumat yang korang dapat tuh dipindahkan dengan network lew . Sebagai contoh medium penghantaran dia Kabel , Gelombang Radio , Infra red takpun satelit .

Kebaikan Network
Memindahkan Fail . Korang boleh pindahkan file macam gambar ke DOCX ke file² berkaitan dengan software pun boleh . So dari sini senang la kan? tak payah nak cucuk² pendrive dari satu komputer ke satu computer . Kira korang berkongsi Fail antara 1 komputer dan satu komputer lagi . Senangkan?

Ok kali nie aku nak story Network LAN ,WAN, MAN
LAN - Local Area Network
korang mesti selalu dengar kan? sebab benda nie memang ada sekeliling korang kalau korang gunakan internet dirumah , sekolah , makmal , senang citer dalam bangunan jer la ha . LAN nie kalau korang nak tau hanya boleh digunakan untuk kawasan yang kecil jer iaitu tak lebih 9KM kalau tak silap aku .

MAN - Metropolitan Area Network
Woraite yang nie mesti korang jarang dengar rite ? Sebab benda nie digunakan jarak lebih besar dari LAN iaitu 10-40KM so benda nie elok sangat digunakan untuk dalam bandar atau dalam negeri atau lebih senang dalam Daerah sebab dia mempunyai keluasan yang agak besaq .

WAN - Wide Area Network
Mesti korang selalu dengarkan ? hehe aku tau nyer coz benda nie untuk seluruh dunia , negara , dan menyambungkan komputer korang dengan internet . Antara kat 2 kat atas tuh , yang paling besar WAN .

Actually aku tulis nie semua Basic coz akan aku update dengan lebih gempak lagi next entry.

Apa Akan Terjadi ?

25 Comments
Tadi aku minum


Lepas tuh Aku minum


Lepastuh aku Rasa


Note Bukan Perut sebenar! Kah²

Dah² Jom Layan Entry nie !

BlackShot Online!

Dec 25, 2009

4 Comments
Haha Malam² camni aku teringin lak nak main game FPS camnie . Actually aku belum sumbat lagi dalam lappy nie tapi kat dalam Computer game kat Johor sana dah berkurun miahahaha kepada kaki² game kat sana atau sini boleh la usha game nie dari platform Garena Jom layan!

BlackShotOnline

Spec yang korang nak kena ada nie kat bawah
System Requirements
==============
Minimum Specifications
CPU : Pentium 4, 2.0Ghz
RAM : 512 MB
VGA : GeForce FX 5700 / Radeon 9550

Recommended Specifications
CPU : Pentium 4, 3.0Ghz
RAM : 1 GB
VGA : GeForce 6800 / Radeon X550

Official Website:
http://www.blackshotonline.com

Belajar Buat Electronic PCB

15 Comments
Aku teringin nak selitkan pembelajaran dalam blog ini . Hehe korang semua kena tahu yang kita di dunia mempunyai ratusan ribuan atau jutaan benda yang boleh kita belajar dan manusia tak boleh nak belajar kesemuanya. Aku rasa kalau kita tahu basic sudah cukup kan? So aku akan masukkan semua benda yang aku tau dan akan aku improve lagi . Aku budak Electrical dulu na!

Kali ini aku nak ajar sikit cara buat PCB ( Printed Circuit Board ) dengan cara manual bersertakan gambar . Step By Step tuh !


Circuit dilukis diatas kertas dan dilukis diatas Board , Setiap point untuk lubang kaki² kompenen perlulah dihitamkan sehitamnya dengan menggunakan marker permanent pen.
PCB Board nie boleh dibeli dengan harga berbeza mengikut saiz dia .


Selepas itu , Process Itching dijalankan dengan menggunakan serbuk Itching yang boleh dibeli dengan harga RM 3.00 dapatlah sepaket . Process Itching ni dijalankan dengan memanaskan air pada takat didih dan masukkan PCB board kedalam gayung tuh dan goncangkan dia mengikut alunan supaya ia serata dengan lukisan yang telah dilukiskan di atas PCB Board itu.


Hasilnya korang akan dapat PCB board yang telah siap diItching .Sekarang korang perlu Check PCB Board itu sama ada dia connect antara satu sama lain dengan menggunakan MultiMeter seperti rajah dibawah .



Kemudian korang boleh cantumkan komponen² itu dengan menggunakan solder dan Timah

Ahaks Aku harap Cara² membuat PCB ini sedikit sebanyak dapat membantu korang yep ! haha coz aku dah lama tinggal benda nie so sekarang ingat² lupa . Aku dulu buat project Sensor Water Automatik tapi sorry gambar aku tak amek ! sadis siut sekarang dah terbengkalai kat rumah :P



Teringin Aku Nak Bersama Dia!

Dec 24, 2009

33 Comments
Ntah paperla


Kenapa aku asyik fikir pasal dia dan dia ?

Korang tau tak aku susah nak tidur malam pasal dia ?

Apakan lagi makan aku rase nak mencatu sebab aku nak dengan dia !

Aku teringin sangat² nak jenjalan dengan dia.

Aku rasa tak betul sekejap kalau aku tak tengok dia kat mana².

Korang tau tak aku tengok dia dengan orang lain . Aku Jeles sangat² sampai Sakit jiwa ragaku.

Korang tau tak aku tengok dia kat supermarket mase tuh pergh belagak tak ingat!

Aku tau kau jual mahal dengan aku sebab kau memang mahal , lawa , cantik , dan hebat!

Dah la aku malas nak cerita pasal kau , sebab kalau aku cerita pasal kau aku takleh tido!

Aku dah berbuih cerita pasal dia . Korang tau tak sapa dia?

Korang takyah susahkan diri nak cari. Kalau korang betul² nak tau meh Click [Melz]



























Melz
Sony Idou
Nikon D90







hehe :P

Check Laptop Sekali Sebulan

Dec 23, 2009

35 Comments
Sayangi Laptop anda sebelum Tokey itu Menyayanginya

Entry kali ini pasal Lappy kesayangan korang , korang perasan tak kenapa laptop korang makin lama makin selo ? Mungkin antara korang akan terfikir yang laptop korang ada virus , worm , bla bla benda² negatif la kiranya . Ahaks

Memang betul semua tuh dan bagi aku hanya kemungkinan sahaja . Korang boleh hindarkan ia dengan mengikut beberapa step yang bakal aku sajikan , sememangnya sekiranya korang jaga setiap sekali sebulan dan perkara² yang tidak diingini seperti format laptop takkan terjadi . hehe

1. Buang segala file yang tak diperlukan
a. Temp ( Start > Run > %Temp% > ok > Buang semua )
b. Lagu
c. File
d. Font yang berlebihan
e. Gambar yang tak patut disimpan haha

2. Check Malware dan Spyware

3. Update Antivirus
korang kena update seupdate yang boleh , sebab mostly korang mesti Skip Antivirus coz buat internet korang perlahan kan ? haha macam aku tatau :P

4. Clear Browsing History Internet
korang clear browsing history internet dengan step
Start > Control Panel > Internet Options > General > Delete > Delete History*
kalau korang nak buang semua pun boleh . Tapi nanti korang kena tulis balik Username + Password untuk setiap website :)

5. Defragment Hard Disk
korang defragment dengan mengikut step ini
My Computer > Right Click C:/ > Properties > Tools > Defragment now > Defragment

Haa apa tunggu lagi ? haha buat jer dan jangan risau sebab benda nie pun memang baik untuk laptop korang haha . Aku tulis ini sebab aku selalu buat natang 5 kat atas nie setiap bulan dan sampai sekarang Alhamdullilah tak pernah lagi aku format setelah 4 tahun bersama aku.

Game Kaum Adam & Hawa

28 Comments
lawa plak aku tengok gambar nie haha

Salam Sobat kepada semua warga Emas. eh silap warga Malaysia ( malas nak backspace).Baiklah tujuan utama aku menulis entry ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara Kaum Adam dan Kaum Hawa . Game sebelumnya si Propito telah buat iaitu kutuk mengutuk antara blogger untuk mengimprovekan lagi blog beliau , ahaks . Tapi untuk kali ini aku ciptakan game untuk para blogger bermain pikat memikat game!

Game ini berkisarkan tentang kau suka terhadap blog itu dan kau harus point ke blog dorang dan tidak boleh lebih kepada 2 point . Point maksud aku ialah menunjuk ke blog lain dengan erti kata lain Blog Kaum Adam cuba untuk memikat Blog Kaum Hawa tapi Kaum Hawa ni suka kepada Kaum Adam yang lain , dan Kaum Adam yang lain akan suka kepada Kaum Hawa yang lain dan seterusnya .

Sebagai Contoh

Melz - buat entry pasal coklat kegemaran Epal dan Lolly
Melz Linkkan blog Epal dan Lolly
Epal/Lolly - Baca dan Epal/Lolly buat tak suka dengan Coklat itu dan cakap coklat lain untuk menolak statement Melz pasal coklat itu dengan memberi nama Coklat lain dengan erti kata lain ( jual mahal ) dan tidak menerima Melz kerana salah kegemaran Coklat mereka!
Epal- Buat entry pasal Hobby kegemaran Eyriqazz dan FattChinChoy
Lolly - Buat Entry pasal Makanan Seafood kegemaran Acapz dan Aus
Eyriqazz , FattChinChoy , Acapz , Aus jual mahal dan buat sama seperti di atas dan
Eyriqazz , FattChinChoy , Acapz , Aus akan membuat entry seterusnya ke orang lain atau korang nak patah balik kepada blog yang korang suka!

No gay No Les thats all!
Antara contoh Entry yang bakal memikat kaum² itu ialah : Wayang ,Makanan ,Hobby ,dll
Kepada kaum Adam! gunakan ayat yang romantis! kah² Tunjukkan kerealanmu.

Aku menulis Entry tentang coklat dan aku rasa nak bagi coklat itu kepada 2 orang dan aku akan linkkan ke dua orang tuh dan selepas dorang dapat tau yang blog dorang di linkkan dua orang tuh akan create entry dan akan linkkan kepada blog kaum Adam yang lain pulak , kiranya lamaran aku kepada 2 blog hawa itu tak diterima , malah 2 kaum hawa tuh ingin ke blog kaum adam yang lain . Cintaku terkadas di blog kah² .

Adakah korang faham ? Aku perlukan Feedback dulu haha , aku nak korang enjoy okeh.

Update :
( kenyataan semua adalah palsu )
wakaka ramai yang tak paham . takpe camni game nie berjalan .

Aku suka ngan dua orang budak hawa . aku buat entry dan linkkan kepada 2 budak hawa itu. last² cinta aku terkandas di blog coz 2 budak hawa itu jual mahal ngan aku dengan berkata

: Coklat yang Melz cakap tuh salah betul coz aku suka coklat ada inti karipap , tapikan aku rasa aku syok kat budak ( 2x kaum adam ) nie la dan aku tau yang dorang mesti suka pergi berkelah : ini kenyataan CikEpal :

: Coklat yang Melz cakap tuh mmg salah dan aku tak suka langsung sebab aku tak suka makan coklat , yang aku suka Donut ! tapikan aku rasa aku syok kat budak nie (2x kaum adam ) sebab aku tau yang dorang suka makan coki² sambil berenang dan aku suka sangat ngan dorang nie la : ini kenyataan Lolly dalam entry beliau

Pastu kaum² adam tuh akan Jual mahal . haha ada paham na?

Nama Aku Kobis?

Dec 22, 2009

35 Comments
Salam Sobat kepada semua visitor Melromeo.blogspot.com miahaha atau nama pendek MelRomeo.co.cc , Terimas sekali lagi dong coz mampir ke blog ku .Miahaha actually aku rasa nama MelRomeo sekarang dah makin hilang ke laut .waaa coz mostly korang panggil aku Melz kan? miahahaha Melz nie aku rasa ditubuhkan pada 31 Ogos 2009. Cehhhh nak tarikh merdeka jgak kau ye Melz. Miahaha Lantak pi la aku nyer nama , suka aku la nak announce bila² kan² ? miahaha

Tapi aku memang tak kesah pun korang nak panggil aku apa , Mel ke Melz ke baby ke miahaha tapi! korang jangan panggil aku Kobis! Sebab mende nie aku tak suka makan dan member² kelas aku gemar memanggil aku dengan panggilan Kobis! Miahaha Kobis ni kan sejenis sayur²an yang sememangnya sukar untuk aku telan begitu saja , paling best pun aku kalau nak makan kena cicah ngan budu , eh silap ntah nak cicah ngan apa lantak pi la .

Nie kobis apa erk?

Walaupun cerita tentang panggilan pernah aku bahaskan pada entry lepas yang bertajuk Nama Samaran dan Gelaran . Tapi dalam entry itu , aku tak selitkan nama samaran Kobis! Mungkin korang tertanya² kenapa kobis? Nama kobis diambil sempena rambut aku yang berbentuk kobis. Aku tatau mana silapnya rambut aku sampai depa roger rambut aku nampak cam kobis . nak kata aku pakai Gatsby , dah macam² gatsby aku try . Nak kata aku pakai Shura ? lagi la tak pernah sentuh miahaha.

So lantak la aku pakai apa pun , tapi depa still panggil aku kobis! ahaha Tapi! sekarang no more kobis sebab aku luruskan rambut miahaha dah macam Zed Zaidi lak plak ! adui Artis² kang mintak sign otograph plak lagi la payah . Dunia oh Awan Dania

Link Exchange

Dec 21, 2009

177 Comments



Hensem tak aku ? baru sekarang nak up! Link Exchange miahaha

Check Google Page Rank

Link Exchange
Sile Guna Format

Nama Tuan Blog :
Nama Blog :
Tentang Blog :
Link Blog :

SEMUA LINK DISINI AKAN DILETAKKAN DI SIDEBAR - PENGAPTI TERBAIK

Ntahlah Kedai Makan

Dec 19, 2009

46 Comments
Selamat malam kepada semua visitor ku ahaks selamat malam bukan bermakna aku nak tidur ! oh tidak sama sekali miahaha. Malam nie nak overnite cam bese . Neway haha malam nie aku happy sebab aku makan nasi goreng USA dekat kedai makan , reti plak aku nak masak nasi goreng kat rumah , eh silap reti pulak aku nak masak . miahaha

Neway aku agak was-was dan ingin bertanya kepada korang . Apakah reaksi korang sekiranya servis kedai makan itu terbaek dari ladang , makanan terbaek dari lautan pasifik , harga murah memang mengancam tahap cipan . So kalau aku taknak makan kat situ , rugilah aku haha

TAPI

contoh muka ketat miahahaha

Muka tuan kedai tuh ketat tak hingat , aku ingat naklah menyakat macam Perli Tuan Kedai ke takpun Bergurau Di Kedai Makan hehe . So korang agak camna aku taknak bagi tuan kedai nie meneruskan keketatan mukanya ?

perlu ke aku longgarkan sedikit ? ahaha so apa kata korang kalau berada di tempat makan yang disajikan dengan Muka Tuan Kedai yang agak Ketat ? Berikan sedikit tips dan pendapat korang atau ceritakan sedikit kalau korang pernah hadapinya .

Apa Kata Korang ?

Dec 18, 2009

90 Comments
Apa kata korang ? Ahaks , aku ubah layout aku kerana teguran . Aku suka ambil teguran untuk membina . Aku takkan tau apa silap aku , aku taktau apa² aku cuma seorang manusia biasa . Tanpa teguran mungkin aku akan terus begitu . Neway setelah 1 Malam dan 1 hari Aku , Nescafe Ais (1) dan Suki mengedit Blog aku .Neway serious Aku tak tau , aku bertanya . Aku berterima kasih kepada Nescafe Ais (1) dan Suki coz aku tanya semua korang jawab . Bagi aku korang hebat bab HTML . Aku yang bodoh bab HTML masih terkedek² belajar tapi aku suka itu kerana minat .

Inilah Blog aku sekarang! Berwajah Biru . Aku akui aku suka Belu!



Bye template lama !
Neway Aku akan selalu mengingati mu Template Melblogger.xml!


Thnx!
Kad Kredit

Tagline GengBlogger

17 Comments




Amekobat sekali 5 aku bagi dan kalau korang tak tekan jgak . ntahlah labu .

Aku petang² camni minum teh ais best betol ditambah plak dengan biskut cap ping pong pergh. terbaek dari ladang ! beb . Aku nak join jugak GengBlogger punya contest nie Haha neway aku join ini sekadar menyertai , kalah menang itu semua terpulang . ahaks Enjoy Reading ~

GengBlogger! heh mesti ramai yang dah pernah dengar kan ? sebab lately aku tengok dah mantap dari hari ke hari . Actually aku nak juga join Contest yang dianjurkan oleh admin Gengblogger . Tapi tak tau la kenapa . Macam takleh generate ayat dalam kepala nie hahaha. Tapi! aku masih mempunyai idea untuk Tagline . Aku bagi Compilation sekali ada 5 tak kesah la menang ke tak janji aku support GengBlogger dari belakang. Miahahaha

Nak tarik mat saleh ? guna tagline english ye tak ? haha

1. GengBlogger | Where Real Blogger Meet

2. GengBlogger | Learn And Laugh

3. GengBlogger | Love to Make Friends

4. GengBlogger | Full of Story

5. GengBlogger | Life With BloggeR

Yang mana² english aku tuh tersalah . harap maaf la yek , aku try² jer haha sebab english aku pun hampeh tahap cipan laut . haha tapi apa yang penting ? If i lose , At least i tried ! miahaha Enjoy Guys

Tips Cara² Meminta Hutang Dari Member

Dec 17, 2009

34 Comments
Kusut ?

Actually tajuk entry ini adalah hasil daripada Mr.Bambino yang telah memenangi tempat pertama untuk Vote4Fame iaitu Kuiz 7 TajukTerchambest. Ahaks Congrats aku ucapkan kepada beliau dan kepada yang mengundi beliau. So dengan ini aku akan meneruskan niat aku untuk menulis tentang cara² meminta hutang dari member. Sila layan 1 per 1 kerana aku membuatkannya dalam bentuk Point . Actually , aku kurang idea tentang ini disebabkan orang kurang meminjam dari aku , kalau pinjam pun memang aku mintak direct haha .

Neway sekali lagi aku ulang yang entry ini aku buat khas untuk korang yang mempunyai masalah seperti ini . Sememangnya susahkan nak cakap ngan member yang dah berhutang. takpe aku bagi TIPS Perli terbaek dari ladang yang mungkin korang belom pernah buat . hehe kadang² Perli ini bagus jugak untuk diri sendiri dan mengingatkan pihak yang buat² lupa yetak ? huhu

1. First korang berborak dalam keadaan yang sungguh bahagia dan mengambil kesempatan untuk keluar untuk membeli Burger! dan pada mase yang sama , korang tanya kepada kawan kau yang meminjam pada kadar yang rendah tapi lupa* nak bayar hutang korang .

Sebagai Contoh
Melz : Weh kau nak beli burger tak ? aku nak pergi beli nie.
Hutang : Eh boleh jugak , kau guna duit kau dulu eh . (good point disitu)
*kalau dia nak keluarkan duit
Melz : Eh takpe , aku guna duit aku dulu .
*Beli dan balik , pastu kau duduk sama²
Melz : Eh apsal eh ? aku beli burger ayam ngan daging tapi harga dia RM 57.50 ? aku kena tipu ke atau aku salah kira ? . (cakap dengan nada yang perli )
Hutang : Ekk

2. Ingat kita bukan nak memalukan mereka tapi sekiranya sikap begitu tidak dibendung . Memang susah untuk kita berdiam diri kan ? ahaks . Sendiri mau ingatlah kalau dah pinjam tapi tak reti nak pulang , so kita nak mintak memang banyak cara tapi ikut style korang . Bagi aku , tips kedua ini memang boleh memalukan mereka yang meminjam . Korang boleh meminta balik hutang korang dengan timbulkan hal Hutang dan Hutang didepan dia atau teman kekasihnya.
(cara ini aku rasa kurangkan sebab mengakibatkan perasaan) tapi sendiri mau ingat ? yetak ?

3. Nie bukan point untuk memerli , tapi bagi aku ada baiknya kau panggil dia dan bawak berbincang . Sekiranya dia tidak boleh membayar pada kadar penuh , sokey kau mintak bayar 30% dulu . 30% is much better rather than 100% .Ingat jangan terlalu mendesak walaupun itu hak kau dan duit kau kerana desakan boleh membuatkan dia menghindarkan diri dari kau ! Kau mintak dalam kadar yang minima dan dari situ mungkin dia dapat membayar dalam keadaan 'ansuran' .

Sebagai Contoh : Ansuran itu seperti dia meminjam kau dalam kadar Rm1k dan sekiranya kau meminta Rm1k mungkin susah untuk dia laksanakan . Tapi sekiranya kau meminta Rm300 atau Rm400 dan sekiranya dia masih takleh bayar , kau mintak yang paling minima asalkan dia ada bayar ! :)

Tapi korang tak berasa pelik ke ? Kita sebagai pemberi kepada penghutang tapi segan dan malu untuk meminta hutang ? Itu hak kau dan kau berhak untuk menuntutnya. Jangan terlalu berlembut sampai penghutang itu memijak kepala kau !Renungkan

Point kepada penghutang : Kalau dah hutang tuh bayarlah okeh ? Senyum jer bayar selow² kalau kusut jgak meh join Kuiz 8 nanti !

Quiz Melz 7 Tajuk TerChambest WinneR

18 Comments

Woraite QuizMelz 7 telah pun terjawab
Pemenang

Mr.Bambino dengan Undian - 78Votes
mendapat MelzPoint - 15Mp
Dengan Tajuk : Cara² meminta hutang lama dari member Rapat

Cik Aina dengan Undian - 75Votes
mendapat MelzPoint - 10Mp
Dengan Tajuk : Terbaik Dari Melz Untuk Kamu

si lampu neon dengan Undian - 31Votes
mendapat MelzPoint - 5Mp
Dengan Tajuk : Apakah maksud blowjob dan mengapa lelaki suka blowjob ?

So dengan ini aku perlu membuat entry
"Cara² Meminta hutang lama dari member Rapat"

Nantikan !


Bila Bosan Aku..

37 Comments
Jom layan hehe

Kat office ? Takde benda korang nak buat ? haha Jom kita layan 2 Game nie miahahaha sebab aku tengah layan . Aku tatau lagi Support ke tak , tapi nie baru try² masukkan game arcade game dalam blog miahaha. Bila aku bosan aku layan nie Mungkin aku akan jadikan nie Sebagai Quiz 9 ke 10 :) Tunggu So Training kao² na. Hahaha

PacMan

Pertanyaan

Dec 16, 2009

36 Comments
Aku tanya kau jawab haha

Entry Terpendek aku ?

haha

Aku nak tukar background page nie.

Sapa setuju ?

Malas aku mau buat poll .

Lambat kah²

First Time Dapat Surat Cinta

60 Comments

Gelak guling² aku pasal benda ni , tapi dalam hati OMG Wtfish MF kantoi miahaha. Surat Cinta tuh kan ibarat surat saman ? Ye tak . Siyes aku dah banyak kali kena tahan ngan polis mungkin sebab muka aku desperate ? miahaha lantak pi la. Nak kata dorang tengok muka aku macam budak² , fuh jauh sekali . Sebab ada orang cakap bila nak kahwin dan ada plak tuh cakap muka aku dah macam bapak orang. adui lantak la . Tapi sememangnya aku mempunyai lesen yang halal untuk memandu di jalan raya .

Aku dapat surat cinta di Bandar Tasik Selatan . Kes pagi ini terjadi apabila pagi² aku sebat Roti canai kat kedai pakcik kedekut tapi hari ini dia baik , Standard Rm 3.30 tapi dia modify Rm3.00 huhu save aku Rm0.30 kat situ . Lepas makan jer terus gerak pi office menaiki motor aku . Hehe dari rumah ke Office ada la 1km je . Semangat nie! miahaha . Aku menaiki motor tanpa helmet bak kata orang kepala keras , ah iyolah tuh melz . Aku belok kekanan dan kekiri dan kekanan akhirnya kekiri aku ternampak dua berader polis tengah syok tulis surat cinta kat kereta .

Dengan Cun dia lambai aku macam aku drebar teksi . Takpa aku tetap berhenti sebab aku cool ! miahaha . Terus dia tanya helmet mana ? Aku senyum ( sebab salah aku! ) pastu dia tanya IC , Lesen . Terus laju aku keluarkan ( nie aku taksalah ) miahaha . Pastu dia tanya aku RoadTax . Ah sudah , dalam otak aku fikir "janganlah kau nak mati time² camni" Aku bukak jer seat terus aku tengok dulu sebelum dia tengok dan terpapar JUN 2010 . Wah satu jer la kesalahan aku miahaha .

Lepas tuh terus aku Roger dekat GengBloggeR dan terjumpa la Cintakusetia yang mempunyai entry tak pakai Helmet! aduh Terasa pakcik na! hahaha. Aku nie dah la tak pernah kena saman . Tup² kena saman pastu polis tuh boleh cakap RM300 kalau tak pakai helmet . wtfish aku cakap dalam hati jer na ! , terus Cintakusetia cakap kat aku kena RM70 jer kalau tak pakai helmet . Fuhhhh lega aku! oit takdelah luak mana duit Nuffnang aku miahahaha .

Aku curi dari google haha tak ingin aku nak snap surat aku tuh

So Lastly aku nak cakap "Dah akhir² tahun ini elakkan berjumpa abg polis sambil membuat kesalahan ataupun muka bersalah" Kerana depa nak abeskan surat cinta na. Aku boleh lupa plak yang sekarang dah dekat nak abes tahun dan satu lagi kerana duit mu begitu berharga haha

Notepad : Takpe Melz Pengalaman bayar saman ye tak ? (sedapkan ati) hehe

Movie Paling Best 2009

Dec 15, 2009

36 Comments
Hehe Sajer aku timbulkan entry ini iaitu Movie Paling Best 2009 . Yelakan sekarang pun dah nak masuk tahun 2010 . So aku nak jugaklah tau apa movie paling korang minat untuk tahun 2009 nie. Tak kesahlah movie tuh datangnya dari Siam ke , Matsaleh ke , Keturunan jawa ke , mahupun filem Malaysia . So korang boleh nyatakan di ruangan comment ye . Jangan segan , jangan malu aku tak gigit orang . So meh story sikit kat sini , seperti

Tajuk : Blabla
best sebab : blabla

Gi Joe The Rise Of Cobra

Kalau korang tanya aku , aku terus direct cakap cerita paling best untuk 2009 adalah
Gi Joe The Rise Of Cobra . Sebab apa ? sebab aku tengok jalan cerita yang gempak dan takde cacat sangat la cerita ni. Cuba korang tengok time dia bergaduh dan time dia kejar² macam polis entry (betulke?) pergh smart tak ingat lah aku tengok kan . Nak² Heroin yang Cun ( Sienna Miller ) 'jahat' dan boleh plak dia jadi 'baik' . Hoho itulah orang cakap penangan cinta tertusuk di jiwa . miahaha ayat jiwang dah mari abes la.

Rupa² adik si heroin yang cun tuh cam hampeh peralatkan kakak sendiri . Haha so kepada kakak² yang mempunyai adik tuh perhatikan la dia sikit ye . miahaha Neway aku nak story banyak pun aku dah lupa cerita ini . haha kalau korang nak tau korang tengok ajer la yek . Sapa nak Link untuk download ? Kalau lebih 10 orang cakap nak aku Update entry ini boleh ? Neway Cerita ini overall kalau ada 10 bintang , aku tetap akan bagi 9.5bintang jer sebab

Tips Menulis Dan Idea Entry

63 Comments
Bagaimana untuk kita memulakan suatu entry yang boleh orang lain kemukakan pendapat dan comment ? . Entry di blog sebenarnya sama dengan menulis karangan semasa korang menduduki SPM. Kenapa ? ok aku akan jelaskan . Menulis diblog sama dengan korang menduduki SPM kerana , semasa korang mendapat kertas soalan . Korang akan diberi 1 soalan sebagai contoh

"Adakah wajar 1Malaysia dibangkitkan? adakah anda setuju terhadapnya , jika setuju sila olahkan dan sekiranya tidak setuju sila hujahkan kenapa anda tidak bersetuju . "

So kat sini korang dah dapat 1 soalan dan kerja korang hanyalah menokok tambah dalam kertas jawapan . Setiap idea akan keluar kerana korang menggunakan khidmat 5W1H iaitu When , What , Where , Who , Why and How . Maksud aku disini korang boleh hujahkan suatu perkara kerana korang mempunyai satu soalan . Am i Right ?

Berbalik kepada blogging . Ada orang blogging kerana terlalu personal dan ada orang blogging kerana ingin menegur atau membincangkan suatu perkara. Itu terpulang kepada individu tersebut . Tapi bagi aku , aku menjadikan bloggernya sebagai platform untuk mengolahkan suatu perkara dan pada masa yang sama aku beri sedikit humor dan tentang diri aku . Bagi aku itu tak salah kerana blogging tidak memerlukan paksaan .

Menulis itu best kan ?

So Main point aku disini , untuk mencipta suatu entry yang boleh dibahaskan dan ingin mendapatkan perhatian adalah dengan mencipta satu SOALAN dan daripada itu, korang boleh olahkan kerana korang mempunyai soalan . Sebagai contoh "Apakah game pertama yang pernah korang main? " dan daripada 1 soalan ini , aku akan kembangkan menjadi "game apa aku main?" "genre apa ?" "bila aku main game nie ?" "apa platform untuk game nie?" "ada lagi tak game nie kat kedai ?" Bagi aku soalan ini aku akan jawab didalam entry tersebut dan dalam masa yang sama visitor korang akan turut dipanggil untuk menjawab di ruangan komen .

Entry tidak perlu panjang lebar . Haha tapi bagi aku , aku jenis suka menulis dan disebabkan oleh itu entry aku nampak sangat panjang . Ahaks , bagi aku sebenarnya penulisan yang tidak membosankan adalah Sejengkal jari korang terhadap Entry itu dan selitkan gambar yang berkaitan terhadap entry korang. Harus diingatkan gambar mempunyai 1001 makna .

Neway Enjoy your blogging style . Cheer!
Yang menulis Melz :)

Tips | Cara Aku Menulis

54 Comments
menulis kerana aku ingin belajar

Aku menggunakan perkataan menulis bukan kerana aku menulis diatas kertas tetapi aku menulis di keyboard iaitu menaip , tapi aku tak suka perkataan menaip apabila menulis..haaa korang paham tak? aku dah tak paham kat situ miahaha. Neway di blog orang akan melihat cara kita menulis . Adakah korang tau yang menulis itu sudah cukup untuk kita melihat perwatakan seseorang . Jika penuh caciannya maka apakan lagi cara personaliti dan cara seseorang itu berbicara ? ahaks . Renungkan

Sesungguhnya aku menulis mengikut keadaan mood aku , sekiranya mood aku swing maka swing la entry aku dan jika mood aku kelaut maka kelaut lah entry aku Miahaha. Perkara utama disini yang aku ingin bahaskan dalam entry ini ialah cara penulisan kita. Di blog kita belajar untuk mencari sesuatu yang kita tak pernah rasakan dan daripada blog juga kita belajar untuk menjadi lebih baik , harus diingatkan blog bukan sahaja untuk kita lepaskan amarah kita . Renungkan juga

Matang apabila kita ingin menulis dan matang ketika kita berfikir . Yeah! Kematangan yang membuatkan kita menulis dengan cara yang betul dan menghormati orang lain dan kematangan dalam diri juga membuatkan penulisan kita mudah dibaca dan difahami . Bagi aku , aku adalah pembaca entry itu yang pertama sebelum aku publish ke khalayak umum dan daripada membaca aku memahami dan daripada memahami aku jadikan ia sebagai panduan untuk aku terus hidup . Renungkan lagi

Maafkan aku sekiranya penulisan aku kurang difahami kerana dari dulu BM aku tak pernah A haha dan aku pun tak faham kenapa BM aku takleh nak A! Ini disebabkan daripada kematangan aku dalam membuat suatu ayat yang penuh makna adalah teruk atau kurang mahir ( elok sikit ) Namun daripada blog ini, aku belajar menggali macam mana untuk membuat suatu ayat yang mudah difahami . Aku dulu blogging (Public) tak banyak guna bahasa² melayu ni haha.

Kalau korang tengok cara aku blogging pada 3 bulan lepas , sila check cara aku penulisan dulu dan cara penulisan sekarang . Sungguh lain bukan ? Dulu aku menulis dengan cara aku bercakap kalau aku ketawa maka aku akan ketawa didalam entry itu kadang² sampai terbahak² dan guling² pastu ambil air segelas . Serious aku tipu kalau aku tak tipu lai coki² 3 bungkus kat aku . Haha

Cara Penulisan yang agak skema ? Yeap cara penulisan yang agak skema akan membuatkan satu individu itu menyukai individu yang menulis itu . Percaya atau tidak ? Itu terpulang kepada individu itu untuk menerima . Tapi bagi aku, aku belajar dari kesilapan dan aku belajar dari teguran yang membuatkan aku lebih matang dan fahami apa itu penulisan ! Aku menulis suatu entry bertemankan lagu dan daripada lagu itu , banyak idea yang boleh aku curahkan .Aku selalu berkata disetiap entry aku

Lepas Membaca Itu Tinggalkanlah Pesanan ,
Janganlah Kau Menegur Tanpa Sapaan ,
Janganlah Kau Tinggalkan Tanpa Perkataan ,
Supaya Diri Penulis Berasa Kelegaan.

Neway tanpa korang tak berdaya aku berfikir , tanpa sokongan korang tak berdaya aku menulis, tanpa korang juga tak berdaya aku berblogging . Sekian sahaja aku membahaskan tentang entry Penulisan. Aku akan ceritakan Tips bagaimana ingin mencari idea untuk menulis suatu entry .

Tips Etika Berblogging

Dec 14, 2009

139 Comments
Siapa dia ? Tak perlu aku heboh , coz aku nak kau terasa ajer miahaha

Hahaha. Sengaja aku nak buat Direct Sound . Bukan nak cari gaduh tapi aku menulis kerana aku perlu menasihatkan kau dan menegur. Mungkin kau dah lama berblogging sampai terlupa etika blogging dan terlupa diri . Takpe aku boleh ingatkan kau satu persatu na . Baca sampai habis dan kalau kau terasa dengan apa yang aku tulis , cheer² kan diri itu dan munasabah atau munasarawak , jangan jadi mona Fendi plak ye . Aku tak heran blog aku dipulau ke apa . Ada aku kesah ? haha itu hak masing² kan? Tapi kalau kau mudah tersentuh atau kau belum boleh dilabel tegar terhadap penulisan blogging, cepat² ambik tisu. Karang banjir pula .

First jangan ingat diri kau dah kat atas dan kau dikenali ramai membuatkan kau menjadikan platform itu sebagai tanda kau terhebat dan kau boleh buat apa yang kau suka . Jangan sesekali tau haha , Point aku disini tanpa orang yang kau maki itu, takkan kau berjaya di atas . Kau kena fikir semua ini sebab mungkin kau terlupa etika blogging sebab tuh kau khayal dan buat apa yang kau rasa best dan orang akan sokong kau 100% . Hoho tak ye jangan fikir orang kat dunia yang semua orang suka apa yang kita buat sebab aku dah berulang² kali tulis benda yang sama 'Kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak' . Banyak orang banyak Ragam . Hehe Renungkan.

Jangan kau 'hilang rasa hormat terhadap blogger lain' yang ini penting beb hilang hormat dan Maki , bagi aku sangat lain! . Kau kena fikir yang blogging memerlukan Traffic atau nak aku terjemahkan lagi kepada Pembaca? Pembaca itu manusia dan manusia itu ada perasaan . Kau buat silap tapi kau tidak minta maaf apa yang telah kau buat . Haha silap besar beb neway itu hak masing² dan tak perlu dipaksa atas apa yang telah kau buat sendiri . 'Semua dah besar panjang kan?'. Thats mean semua dah matang . Buang Ego tuh jauh² na sebab dalam etika blogging memang perlu hindarkan perasaan ego tuh coz ego tinggi orang benci hihi. Renungkan juga .

Hoho Jangan nak jadi hipokrit ye . Cakap pung pang pung pang sampai berdentum kepala hotak aku membaca . Haha tapi , diri sendiri buat juga huhu walaupun diri aku pun kadang² terbuat so aku pun ada terasa benda nie . So sama²la kita terasa. Apa yang terasa itu haha sememangnya banyak cabang yang boleh kita terasa untuk hipokrit tapi perlu ke aku hujahkan tentang ini ? tak perlu kot sebab masing² dah besar panjang haha dan boleh menilaikan apa baik dan buruk huhu. Tapi aku bagi satu je , tak perlulah nak bangkitkan hal² agama kalau diri sendiri pun buat benda yang sama . Haha sendiri mau ingat na .

Yang keempat , dalam blogging cubalah kau pupuk semangat 1 malaysia . Eh silap! haha , pupuk diri itu dengan sifat merendah diri bak kata mat saleh 'Humble' terhadap visitor . Sebab kalau orang puji dan kau terus nak kembang . Pergh memang susah weh nak up kalau camtuh haha . Tapi harus diingatkan Humble itu pun ada takatnya sebab kalau kau terlalu humble , orang senang nak pijak kau senang nak permainkan kau dalam dunia blogging . So point kat sini pula , jangan selalu nak guna sifat tinggi diri dan aku tak pernah lagi dengar orang cakap . Kau boleh tak bersifat tinggi diri kepada kami . pernah ke ? hahaha kalau tak pernah .Please ubah perangai dan rendahkan diri korang dalam dunia maya .

Oh ya terlupa pulak aku yang ada Orang cakap kat aku " baru blogging 3-4 bulan dah pandai nak menegur nak bagi tips semua?? kau ingat kau bagus sangat ke ?? " Tertulisnya ayat diatas seperti seorang budak yang belum matang dalam penulisan. Sokey aku dah penat nak ceritakan siapa aku dan tiada guna untuk aku ceritakan . neway itu hak kau untuk berbicara seperti itu. Aku hanya tersenyum membaca coleteh DiEmailku. Sebab tuh Entry ini wujud

Oklah panjang sangat dah ni . Neway No Bark and No Anonymouse yang tiada telur . Kalau berani tunjuk muka , tunjuk link . Baru Ensem yetak ? nie berbual berbuih² tapi avatar ? Pastu ada plak yang semangat nak hantar kat Email ? hahaha. Blog aku ini dah ada ruangan comment so please gunakan sebaiknya ahaks .Haha menulis hanya ingin menegur dan hanya ingin meluahkan sesuatu yang patut diluahkan. Nak kondem blog aku ? Go On ! No hal lah brader , tapi tengok aku tepis ayat kau camna hahaha . Blogging pun guna otak kalau tak de otak , jangan guna kepala lutut woraite ? Enjoy My Blog Ok ? Peace o.oY

Free Domain For Blogger

41 Comments
Entry ini sudah pernah dibahaskan oleh kak Farenova kita yang mempunyai blog simple + pepel . Siyes aku suka gilew kaler purple , putih , dan biru cair . pergh Kaler terbaek! haha Neway kali ini aku sengaja nak promote balik pasal MelRomeo.Co.Cc . Domain ini sememangnya free dan boleh dipakai oleh semua orang tanpa rasa serba salah.

First² aku was² terhadap benda nie tapi dek kerana kak Farenova berkata demikian dan aku tengok boleh redirect balik kepada MelRomeo.Blogspot.com . So Aku mencuba ! :) Lastly aku enjoy dengan Melromeo.co.cc kerana senang ditype dan senang diingat miahahaha. So korang nak try ? boleh tekan benda ini dan Rujuk step by step di bawah semudah ABC. Neway thnx ye Kak Farenova . Hihi

CO.CC:Free Domain

Sila click Banner untuk buat dan ikut step dibawah ahaks

1. Click Create an Account Now
2. Isi semua form yang ada
3. Getting a New Domain
4. Isi Domain.co.cc
5. Continue to Registration
6. Setup
7. URL Forwarding

seperti rajah dibawah

lepas tuh set up dan setel ahaks
Enjoy ur Free Domain yep
Try Dulu baru comment Kah²

Black & White Photo Contest

25 Comments
Sila Click Gambar di Atas untuk menjoinkan diri anda miahaha
RULES
  • create an entry (bukan Sticky Entry) with the title Black & White Photo Contest. tidak perlu elaborate panjang lebar because i myself kalau nak masuk contest tak suka buat entry yang bercerita. sebenarnya kalau takat hanya gambar sahaja pun dah mencukupi hehehe ;p tapi kalau nak juga elaborate, i don't mind :)
  • upload gambar Diri Anda Sendiri yang hitam putih yuk and leave a comment on this post that will directly link back to your post.
  • copy the above logo and paste it on your entry and please...link it back to this entry ye kawan-kawan :D (oh ye, you might want to resize the logo to fit your column size. sebab photo ni saya upload guna photobucket!)
  • this contest ends on 31st December 2009.
  • As simple as that.
    No sticky entry needed.

    Ok aku pertaruhkan gambar aku yang ini miahahaha lantak pi la orang nak cakap apa kan ?

    DESCRIPTION
    Gambar ini time aku praktikal sebagai seorang wireman yang tak terbaek lansung sebab apa yang aku buat asyik trip je kerja aku miahaha. lantak pi la . Gambar ini juga menunjukkan aku seorang penular pekerja yang terbaek dari ladang . Orang gi kerja tapi aku duk sodap main gitar sambil melayan jiwang yang sememangnya kelaut . apakan daya ? hanya lagu menjadi teman hidup aku . Ada nampak kaki disitu ? kalau tak nampak , cepat² cari kain. miahaha neway itulah Ajil , otai letrik yang tak kan kene letrik katanya . ntahlah labu . Papepon Ajil thnx ajaq aku main karen sampai lebam na . Best lak aku main karen ngan kau miahahahaha.. END

    pftt : ex boss aku terbaca , kompem aku kena baling selipar jepun!

    Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

    Design By Melz | MelRomeo