Apa perbezaan Views dan Unique ?

Nov 30, 2009

89 Comments

Aku menulis ini hanya kepada segelintir blogger yang masih tak paham apa makna dua natang nie . Dulu aku pun tak berapa faham sebab dulunyer konsep macam ada sket berbeza dengan sekarang . Ntahlah tapi sekarang aku dah betul² paham dan aku rasa ada patut aku berkongsi sikit dengan korang ye tak ? Ahaks .

Woraite Antara Views dan Unique , Kita sangatlah perlukan Unique kerana ia adalah hits untuk blog kita terus mantap dan maju di persada Alexa . Harus diingatkan disini yang Unique dan Views akan diReset kepada 0 apabila tepat Sejam selepas jam sebelumnya . Sebagai contoh

Ali datang ke blog MelRomeo.Blogspot.com pada pukul 2.15pm
ini dikirakan sebagai 1 unique dan 1 Views

Dan Ali datang lagi ke blog MelRomeo.Blogspot.com pada pukul 2.35pm
ini dikirakan sebagai 1 Unique dan 2 Views

Ali dan Alibu datang ke blog MelRomeo.Blogspot.com pada pukul 2.45pm
ini dikirakan sebagai 2 Unique dan 4 Views

Ali , Alibu , Abu datang ke blog MelRomeo.Blogspot.com pada pukul 2.55pm
ini dikirakan sebagai 3 Unique dan 7 Views

Ini bermakna setiap 1 individu yang memasuki ke blog MelRomeo.blogspot.com akan dikira 1 Unique dalam 1 jam . dan 1 individu yang sama dan memasuki ke blog MelRomeo.blogspot.com akan bertambah menjadi banyak kepada Views.

Selepas jam 2 berakhir , ia akan diresetkan pada jam 3 . Ini bermakna pada jam 3.00pm semua 3 Unique dan 7 Views akan direset kepada 0 dan sekiranya Ali , Alibu , dan Abu datang ke blog MelRomeo.Blogspot.com pada pukul 3.05pm ini bermakna ia akan dikira menjadi

3 Unique dan 3 Views

So Total untuk 2 dan 3 berakhir itu ialah 6 Unique dan 10 Views . Siapa yang kurang faham boleh roger di bahagian Comment Box . Sekian , terima kasih kepada yang bertanya dan aku suka orang bertanya dari berdiam diri :)

Aku akan ceritakan juga kenapa Nuffnang kamu tidur ? uhuks Relax keh

Entry Penuh Persoalan

24 Comments
Kemana kau Pergi Melz ?
Hoho setelah 5 hari menyepi bersama Mee Hun Sup dicampur plak dengan Begedil seperti perut aku dibedil . Neway lately mood aku down gilos dan aku pun tak tau kenapa , maybe disebabkan problem yang aku tengah go on nie . but sokey aku akan handle dia selagi aku boleh keh² .

Mana MelRomeo.Com Melz ?
Seriously aku orang baru untuk buat hosting ni , so banyak yang aku kena godeh dulu sebelum bertukar dan aku akan cepat belajar secepat mungkin coz aku pun tak sabar nak bertukar . So pasal MelRomeo.Com berkemungkinan akan ditangguh kerana Nine suruh aku master dulu Ftp 0fees.net , so aku akan ikut pada yang pakar dulu . Sorry bebanyak kerana tarikhnya berganjak coz aku pun tak sabar nak pakai nie . haha

Bila nak umum pemenang untuk Kuiz 6 Melz ?
Pemenang untuk kuiz 6 akan aku releasekan dalam minggu nie dan korang relax tengok tv tuh dulu banyak citer lately , So terima kasih kepada yang menyertainya .

Aku ada 8 invitation untuk Google Wave , Siapa yang nak ?
Nak story banyak pasal google wave nie , aku pun masih terkedek lagi nak paham . hahaha tapi best la jgak sebab conference etc semua dalam 1 wave . Kiranya benda nie upgrade dari google talk dan gmail etc ntahlah . nak ke ?


Tiada persoalan yang tak boleh dijawab kan? Thnx coz support MelRomeo.Blogspot.com

Aku akan Terjah blog korang balik nanti :) sorry keh


Selamat Hari Raya

Nov 26, 2009

23 Comments

Aku nak kemas² baju semua nak gi basuh stokin 8 bulan tak basuh . Nak kemas Katil 10 Bulan cadar tak basuh . Nak Amek berus gigi 2 Tahun tak tukar . Nak Lipat baju yang berlonggok kat tepi sudut tuh . Nak cari baju kesayangan bawah katil bersama Abuk² serta labah² bersamanya .

Nak cari bag untuk sumbat segala baju , seluar , boxer , tuala , segala mala bala dalam bag nie akan aku sumbatkan senang citer . Nak cari seluar jeans yang tak pernah basuh sejak aku beli . Nak cari Kunci rumah yang selalu hilang ntah ke mana . Nak pergi beli Nasi Goreng USA kat kedai mak cik kedekut . Lantak kau lah nak kedekut , sebab tuh aku selalu buat TRICKS

Semua aku cari time nie sebab aku nak balik JB dari hari Khamis sampai Ahad . Kejab je malam ni punya tiket aku dah beli sejak zaman azali lagi . Malam nie nak balik JB . Aku nak buat hosting Malam nie atau mungkin esok siap agaknya . Malam nie kompem bosan .

Esok kompem penat . Esok kompem happy juga sebab tengok lembu . Tapi aku tak nak tengok lembu kena sembelih sebab aku tak leh tengok darah . miahaha . Neway Cakap banyak tak guna sebab buat dosa lebih .Miahaha neway lagi sekali , aku nak ucap Selamat Hari Raya .

Nama Samaran Dan Gelaran

35 Comments


Kau orang semua dah tau ke nama sebenar aku siapa ? Aku dulu dilabel sebagai M adakah Macho ? hahaha budus gilos kalau camtuh . aku pun tak nak ngaku . Neway Nama sebenar aku ialah Muzammil Bin Mudzakir dan aku akan story Pasal nama yang aku kerap dipanggil . M&M haha

Okeh start dengan dalam family aku . Kakak sulong aku A.k.a Apapaje.blogspot.com dan rangkaiannya memanggil aku dengan nama Baby sebab aku adalah anak paling Bongsu dan mungkin muka aku cute kot*. hehe

Mak aku pulak selalunya panggil aku Mel atau lebih manjer aku akan dipanggil Adik ! dan kalau mak aku marah kompem mak aku panggil nama penuh " MuzammiL tidurlah adik, mata dah naik kuyau dah , tau tak kuyau tuh apa ? " Pfttt sampai sekarang aku tatau apa itu Kuyau ( Sila Google )

Okeh nie pulak member² seangkatan dengan aku , kiranya geng kamcing yang selalu kencing tepi jalan . Wakaka dorang akan panggil aku dengan nama Panjang dan mungkin kerana sifat fizikal aku yang kurang normal iaitu ketinggian aku yang sangat menyerlah . Last kiraan 192cm ntah naik lagi kot hahaha lantaklah labu.

Kalau dorang nak panggil lagi sedap dorang akan panggil aku Panjang LoLo dan lagi aku ada dengar Panjang Lolo Penarik beca ? Sejak bila aku ada mengusahakan Beca nie ? haha lantak kau la labu , janji kau happy aku pun happy hahaha. Ex² aku pulak akan roger nama pendek aku iaitu Amir haha yeap . pun lantak kau lah janji kau senang dengan panggilan tuh.

Tapi dalam dunia maya aku labelkan diri aku MelRomeo start 2003 dan sekarang aku tengok macam dah beralih arah ke nama baru 2009 Melz kerana mood blogging yang telah bertukar muahahaha. Neway aku sekarang macam biasa dipanggil Melz dan sewaktu dengannya .

Apa² pun kau panggil aku . Janji kau jangan nak panggil aku benda² yang boleh buat aku tacing sudah ~ Cheer ur life calo betey
So apa orang panggil kau ?

Tinggal Kenangan Terindah

Nov 25, 2009

58 Comments
Semalam macam-macam jadi . tapi ada juga benda aku taknak publish , tapi aku sedih coz kasut aku hilang semalam . Mood aku terus rasa nak pergi laut pastu pancing ikan mana la tau kot-kot dapat kasut baru kan ? uhuks

Gila babas weh aku sayang gilos kat kasut tuh sebab kat mana - mana aku mesti bawak dia . Aku rasa nak demam sebab kasut tuh ilang sebab semalam aku pakai pergi banting relax je dia kat kaki aku pastu petangnya takda dah kat kaki aku , yela takkan aku nak pakai dalam rumah , apa kau ingat rumah aku macam mat saleh ke ? uhuks

Macam nie ceritanya ...

Hari isnin dia megah kat kaki aku bersama stokin yang 8 bulan tak basuh boleh ? tak boleh lantak la kaki aku . Aku pergi configure switch dan pasang switch kat Kolej Matrikulasi Selangor Banting haha sajer je nie nak main SEO sebab tengah hot . Korang nak main apa salahnya :P
Dia sanggup redah rumput dan tanah yang belum sehat . Relax jer dia redah demi aku nak menapak dan tup tup terkena lak paku . adus kesian seb baik tak luka kasut tuh . Petang aku balik relax je aku campak kat luar . pastu masuk terus off .

Hari Selasa aku relax kat office yeala mesti la relax takkan aku nak buat-buat busy pegang kertas ke hulu kehilir ? nie nak cerita lak ni kepada sapa yang kerja gomen ( abang aku story ) .
Aku pergi kerja pakai Selipar pastu aku lupa nak campak kasut tuh masuk dalam rumah , adus aku silap!! . Pastu petang tuh relax abang aku roger aku .

Jack : Mel kau tak pakai kasut ke ?
Melz : eh, tak kenapa ?
Jack : Hah hilang lah tuh .
Melz : owh yeke . aa tape-tape . ( cettt bajek cool padahal hati rasa pilu gila viva bukan Alza )

Balik-balik aku tenung je kaki aku . Gila Sedih weh , korang tak sedih ke ? Tsk tsk korang nak tengok kasut tuh korang scroll tengok kat gambar "aku kahwin" hahaha lantak kau la labu . Last-last aku roger mak aku hari rabu pagi . Aku rasa tenang sket :) thnx mom ;|

Aku Nak Kahwin Pulak!

Nov 24, 2009

47 Comments
Haha Cettt tajuk tak leh blah tahap kelaut dah nie . Neway aku seperti aku cakap " Aku hanya pada kata ganti diri nama yang sememangnya ia boleh menjadi kau dan orang lain " . Takkan la aku nak kahwin time camni ? duhh Abg² aku belum ada calon lagi termasuklah aku , huahua ignore saja Title tuh coz aku saja nak buat gimik yang teramat best kerana aku rasa best time tuh.

Actually aku dapat jemputan dari seorang blogger yang bernama YnaaOhYnaa . Yeap kak Long Ynaa kahwin pada 22 November 2009 . Aku kena cerita dari mula aku pergi sampai lah aku kat tempat wedding tuh . Sesungguhnya aku orang baru di Kuala Lumpur dan aku telah mendapat ramai kenalan kerana BloggeR !

Foto Gedik Sket

Seriously aku cakap banyak halangan yang aku lalui time aku nak pergi ke Dewan Felda Merak Kayangan dan pertamanya aku bangun cun² kol 12 tengah hari coz aku tidur 6 pagi semalam . best x ? Bangun² Aina Roger aku yang Wedding abes pukul 3 petang . Ah sudah lambat dah ni pastu aku roger member aku dari UPM , tapi aku sedikit hampa kerana tak dijawab dan aku mengambil keputusan untuk pergi dengan Abang aku ( Jack ) dari Bandar Tasik Selatan .

Tujam minyak memang takde dan jam menunjukan pukul 1petang dan kitorang terus pecut ke Bandar Tasik Selatan dan terlihat Stesen Minyak BTS tutup ! (apakah?) Aku mula tak sedap hati coz wedding abes pukul 3pm dan jam dah 1.30pm . Terus kitorang pergi Cornought Shell dan . Dari situ kitorang pecut dengan kelajuan 120KM/H ( nek motor je ) dan abang aku cakap kompem sampai kol 2.00pm nie coz dia kerja kat JUPEM .

Dalam diam hujan ada sedikit renyai . Abang aku bersuara " Mel kalau dah memang takleh pergi takapalah tapi kita cuba pergi " . Aku angguk kepala dan cakap Go je Jan kalau kuyup pun dapat nasi minyak * aku tambah disitu wakaka . Kalau aku dah orang baru Kuala Lumpur , tau plak aku jalan nak pergi sana . Tup² aku ada ternampak orang ramai + bunga telur kaler pepel . Terus aku ngan abang aku masuk dan tengok kot² betul ke ?

Rupanya salah ! Cettt nasib baik tak masuk , kalau tak konpem perut aku penuh 2x haha . Tapi dalam masa yang sama aku ternampak sign board Dewan Merak Kayangan ke kanan . Pergh nasib baik aku ternampak abang polis tuh . Terus aku tanya Dewan Merak Kayangan nie ada kawen kan ? "Yeap dik masuk dalam tuh terus turun" kata abang polis kepada Melz .

Masuk² aku jadi tak tentu arah , mana aku nak masuk ni coz ramai gilos orang . Tapi aku dan abang aku bukan masuk dalam untuk makan tapi terus masuk toilet untuk setting rambut dan berkata "Mana tau ada jodoh kat sini plak" kata Jack kepada Melz. hahaha banyaklah kau punya jodoh . Tapi takpe rambut aku lurus , guna jari je haha .

Senyum

Aku Usha² dalam nak cari port nak duduk , nak roger si Ynaa xdapat coz line sangkut ntah ada plumbum kot kat atas dewan nie . Tup² ynaa panggil aku untuk kumpul dengan blogger² lain , hahaha ada lah aku jumpa Aina , Liyanaa , RaRa , Huda , lyana , dan Nurull

Sekarang aku nak review pasal Wedding Nur Sobrina Donnie Brasco . Bagi aku yang telah melihat wedding nie . first sekali aku tengok corak perkahwinan yang sempoi dan pemilihan warna pink dan putih yang sememangnya terbaik dari ladang . Smooth colour beb sedap je mata memandang haha . Catering yang best dan serve terbaik jgak sebab aku makan kek coklat yang sedap gila babas . Ramai gila kameraman sampai aku pun tiba² teringin nak jadi KameraMan ? apakah? cett dah kelaut dah nie..

Firstly To Emie : Tadehal coz kau Urgent time tuh . Congrats kau jadi pakcik
Secondly : Wedding nie gempak dan mantap serta terbaek ! Aku enjoy wedding nie .
Lastly : Hehe selamat Pengantin Baru Kepada Nur Sobrina Donnie Brasco .

End

Contest : LizaRazak 2 BanneR

14 Comments
Aku menjoinkan Diri Juga untuk Contest LizaRazak

Woraite , Pagi ini tetibe aku terasa sangat rajin . Haha idea pun tetiba mencurah - curah nak buat banner si LizaRazak . 125x125 je ke babe ? x nampak lak hasil tangan aku . haha aku fikir balik RM10 pun RM10 la zaman sekarang mana ada orang nak bagi duit free . Kalau join MLM pun kena bayar pastu kena tipu . haha

Sokey , lantaklah kan ? aku nak buat jugak sebab aku nak dapat RM10 . Mana la tau kot² aku boleh beli coki² 5 bungkus kan ? haha . Aku tak tau sama ada kau suka atau tak tapi aku main buat dengan muka tak bersalah , yelakan tangan ni tetibe gatal nak buat banner kau .

Neway aku pun baru tahu nama "Element Vector" wakaka . Kiranya aku lagi buta Seni oit ! nama pun tak tau haha tapi aku jadi suka pula dengan Element Vector ni . Tunggu aku buat banner untuk WordPress aku nanti hehe . Dah la malas nak cakap banyak , bukan orang nak baca pun apa aku bebel . Nah tengok nie korang nak kutuk atau puji atau sama waktu dengannya akan aku terima sama waktu dengannya juga !

Banner Cik LizaRazak Element Vector

Cerita Di CyberCafe Cornought!

Nov 23, 2009

50 Comments
Aku pernah layan Tornament DotA kat sini bersama 4 Orang geng Cina + Aku
Dapat Rank 7 Johor haha.
Clan |Rag3| MelRomeo

Aku sekarang bukan nak bercerita pasal KingSurf Tornament tapi aku nak cerita yang Aku sekarang berada di CC Cornought . So siapa yang ada kat sini meh kat PC 09 . Haha Cett neway aku toleh kanan aku nampak awek . Aku toleh kiri aku nampak awek juga . Aku toleh belakang aku nampak Negro . Aku toleh kat tempat Casher aku nampak apek tuh tengah layan duk korek hidung . ( aku kena cakap keep the chance ke ? )

Aku toleh kat Negro ini lagi , " apa kau bebel weh ? memekak tak ingat , ingat cc nie abahkau punya ? " hahaha . Teringin aku bersuara seperti itu tapi aku cakap selo-selo jer kerana aku kerdil ajer kang dia babap aku , kompem KO yela badan tuff tak ingat tapi mungkin dia KO juga sebab katik boleh aku babab kepala dia kebawah hahaha.

Aku toleh kat Awek kanan dulu (pfft lebih afdal kalau tengok kanan dulu) aku tenung dia ntah apa la dia bukak . Gem azimat lah apa lah . "How to avoid Bad Luck lah " apa kes minah nie ? hahaha dah gian sangat dengan tangkal Azimat lah tuh . kah kah kah. lantak la kau . aku type blogger nie pun Buat Ayat paling Kecil :P lalala kau nampak Aku kutuk kau tak ? hahaha ;P

Aku toleh kat awek kiri plak . Aduh ini lagi syahdu , ntahlah aku sebagai seorang manusia biasa manalah boleh dengar apa kata hati beliau :P hahaha lainlah aku seorang BioMelz wakaka . Aku tengok jeling ajer macam meniru di sekolah tuh . Kang kalau aku tengok betul-betul , dia ingat aku jatuh hati kat dia haha . Ah sudah payah tuh !

Okeh-Okeh negro tuh dah belah , Fuhh aman seperti berada di Bukit Aman sikit ! tup tup awek sebelah kiri ini duk pandang aku main Blog haha . Harap-harap dia tekan la link MelRomeo.blogspot.com nie ( alang-alang dapat tambah traffic ) cettt . Okeh lah , karang aku cerita panjang - panjang pasal ini . Awek sebelah ni karang terasa seperti "Artis" pula . Hahaha lantak kau la labu Cettt abes dah .

P/s x : aku lebih suka tengok orang surf internet haha
p/s 2 : jangan lupa Join Kuiz 6 Uji Hati
p/s 3 : Lawakan jam lappy korang dengan INI

Berita Ringkas Oleh Melz

Nov 22, 2009

41 Comments
Hari ini penat sikit sebab baru balik dari wedding kakak YnaaOhYnaa . Aku ditegur oleh kakak Ynaa , Wah MelRomeo ada sekali ! ( jangan jadi Romeo Sangat ) wakakakaka . baik Kak ! :P
Ramai juga blogger lain yang aku jumpa , Alhamdullilah semua yang aku tengok berjalan dengan
lancar sekali . Aku penat sampai nak tulis pun maleh . hahaha berita Ringkas dariku Melz .
Neway dalam kepala Hotak aku ada Wordpress , MelRomeo.Com jer ni

Berita Ringkas ,
Melz




Dari Blogspot ke Wordpress

Nov 21, 2009

60 Comments
Setelah aku fikirkan dengan mendalam , ada baiknya aku bertukar ke WordPress kerana dari dulu lagi aku menggunakan Blogspot . ( murtad blogspot dah aku nie ) Siyesli aku tak pernah buat Hosting sendiri untuk blog walaupun aku dah berapa lama aku berkecimpung dalam dunia maya ini . haha Tibalah masanya untuk aku berubah.

WordPress Logo

So aku berfikir yang aku perlu mencuba untuk membuat pembaharuan dalam kehidupan dan mengambil beberapa risiko dalam hidup ini . Tidak mengapalah kalau aku mulakan dari bawah , tidak mengapalah aku hilang PageRank (2) , tidak mengapalah aku hilang Star (nuffnang) . Motif aku bertukar ini kerana aku ingin belajar lagi apa itu blog .

Aku bercadang menukar ini pada 26 November 2009 . Kerana aku ingin betul-betul memahami apa itu Hosting sendiri , Bandwitdh sendiri , Wordpress sendiri . Sememangnya aku dari dulu tak pernah buat blog yang mempunyai Hosting sendiri dan kerap diperli oleh rakan-rakan seperjuangan aku ( jika kau ingat ) haha

So kat sini , aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menyokong blog MelRomeo.Blogspot.com . Serious tanpa korang siapalah aku dan terima kasih juga kepada yang menyokong untuk aku beralih ke Wordpress dan menggunakan Hosting sendiri . Aku sangatlah berterima kasih kepada korang yang kerap membantu aku .

Logo Blogspot

Spec yang aku ingin masukkan dalam blog baru ini berkemungkinan berbeza dengan MelRomeo.blogspot.com . Kerana ia berkemungkinan penulisan aku akan mempunyai sedikit kelainan , Entry aku juga mungkin mempunyai sedikit kelainan , Cara aku juga mungkin mempunyai sedikit kelainan . Aku akan Reveal segala Tips yang mungkin belum ada dalam "google.com" hehe ini disebabkan aku suka memerhati suatu blog dan membuat satu kesimpulan .

So Tunggu..

Thanks To Mr.Cuz

23 Comments
Terima Kasih .. Hehehe yang part " Ko rase diri ko best kan Melz " Semua orang kat dunia ini tak perfect dan sememangnya aku tak perfect :) Aku terima dan akan aku gunakan untuk masa Kelak !

Seriously aku tak pernah rasa diri aku bagus atau best . aku masih ingin mencari sesuatu yang belum aku temui . Aku sememangnya seorang blogger yang masih kerdil dibawah yang ingin terus maju :) Terima kasih atas Teguran kau Cuz :)

1. Corak Susunan Tulisan

Aku menulis menggunakan Notepad , setelah aku gunakan aku akan copy paste dan aku tekan preview , bagi lappy 15' sememangnya bagi aku cukup kemas . Namun begitu aku ada 22' dan terlihat sama :) Neway akan aku gunakan Justify :) terima kasih kerana menegur :D (pfttt aku tak pernah guna justify >.<)

2. Widget Sidebar

Sidebar ini aku dah fikir sejak dulu lagi , aku pun tak tau nak buat camna sebab kadang - kadang aku tengok pun nak muntah yela muka aku kat situ , dah la tak ensem tapi cute dan comel (Erkk). Antara kenapa aku rasa dilema disebabkan Sidebar ini ialah :


a) Sekiranya aku buang gambar yang tak ensem tapi cute dan comel itu , Ramai orang akan Roger aku perempuan sebab aku punya nama samaran Mel ? uhuks tuh antara satu sebab kenapa aku harus pacak gambar kat situ :D

b) Sekiranya aku buang gambar Malaysia Blogger tuh . ahhh taknak buang lagi :D haha aku suka cute jer dia bulat kat situ .

c) Talk to the Hand - Aku gunakan ini pun sebab nak tengok ada orang comment ke tak :D haha kira benda nie berguna la untuk aku

3. Theme

Hidup aku simple , aku rasa putih menyenangkan mata untuk membaca dan disebabkan itu aku gunakan warna putih . Tapi bagi aku nampak seperti kosong di bahagian bawah hahahahah maaf aku tengah blur tentang ini :D

4. Entry

Untuk Entry ini , aku buat mengikut kehendak hati dan aku kalau dapat "keyword" memang aku bahas habis dalam entry tuh . Walaupun aku banyak entry - entry lain tapi aku ntahlah aku pun tak tau kenapa lately banyak sangat tips aku bagi . Adusss nanti aku slowkan :D

5. Read More

Best ke widget ini ? aku tak pernah guna , wakakaka nanti kau ajar aku :)

Neway terima kasih kerana Mengutuk , aku gunakan ini sepenuhnya untuk improve ;) terima kasih terima kasih dan terima kasih :) Sesiapa lagi nak buat ? boleh roger melz :) Aku sangat menghargainya kerana bagi aku sangatlah sukar untuk mereviewkan sesuatu blog :)

Update : aku masih baru dalam dunia blogger personal :) Sekarang aku ingin berubah , mungkin berubah yang teramat ketara . Kerana dari dulu lagi aku ingin berubah tapi adusss kenapa xleh ? hahaha neway sekian.

Thanks Mr.Cuz :)

Nuffnang Clicked Calculation

Nov 20, 2009

76 Comments
Nuffnang Setiap Clicked akan dibayar sebanyak 0.25cent ! Itu kau harus tahu dan kau harus Fikir . Apa yang telah aku membuat pengiraan kerana aku sememangnya suka mengira dalam hal² begini dengan lebih mendalam :D muahaha So korang Usha hasil pengiraan aku.

Dalam Satu Blog mempunyai 3 Content adds yang berbeza sekiranya diClick . Kau harus tahu yang ini . kerana walaupun iklan yang dipaparkan adalah sama , tetapi ia masih boleh dikira sebagai 3 Iklan yang berbeza kerana ia mempunyai Code HTML yang berbeza iaitu

LEADERBOARD
SKYSCRAPER
LARGE RECTANGLE

Jangan membuat Andaian bahawa setiap Adds yang sama mempunyai 1 click yang sama . Itu salah kerana aku telah membuat 1 minggu tempoh untuk aku usha sendiri. So kat sini aku ingin memberi tahu yang Setiap Adds yang berbeza atau sama pada Setiap LB,SS,LR akan dikira sebagai harga click yang berbeza. Kerana aku telah membuat satu pengiraan dan satu survey terhadap Clicker semua :) sila rujuk gambar di bawah


dan pengiraan yang aku buat juga :

SS : 0.25 x 3click = 0.75Sen
LB : 0.25 x 3click = 0.75Sen
LR : 0.25 x 1click = 0.25Sen


So semuanya dikira hanyalah 7 click :) . Ops kepada Clicker , jangan fikir aku tak catat kat dalam Notepad okeh ! hahaha aku catat sekadar untuk mengetahui. Minggu ini jer next week tak dah hahaha

Sekiranya ada kesilapan , sila roger Melz . semua orang kat dunia nie tak perfect duhhh haha . Tunggu Tips Unique , Youtube , Yahoo dari melz :)

Jom Main 4 Ayat Berangkai

231 Comments
Mode : Bosan

Hari Ini aku Bosan dan sangat bosan . Tak macam hari² yang sebelumnya . Walaupun ada entry yang tengah schedule tapi aku malas nak publish untuk hari ini. Serious aku Bosan ! Disebabkan aku bosan , Jom layan kepala hotak aku. Hurm Jom Main 4 Ayat Berangkai . Mudah dan senang dan ntahlah. Aku nak hilangkan bosan ini :)


Tau x camna nak main nie ? Takpa aku bagi tau camna nak main . Aku akan bagi tau Ayat permulaan. Dan aku berminat so aku bosan aku main la hahaha dah jom kita main . Cara nak main nie hah Contohnya :

Melz : Hari Ini Sungguh Bosan
Kau : Bosan Tak Ingat Dunia
Melz : Dunia kita sudah Berubah
Kau : Berubah Untuk Kebaikan Bersama
Kau : Bersama kita mencegah Dadah
Melz : Dadah itu Sungguh Bahaya

So korang mulakan ayat dengan

BAHAYA

Sekiranya korang terlepas , korang kena ikut apa yang orang sebelum ini cakap

Contest : LizaRazak 2

Nov 19, 2009

21 Comments


Disebabkan Kredit aku pun sekarang kering , dibahagi dan ditolak pula aku malas nak pergi cucuk duit , ditambah pula aku malas nak pergi beli top up dan didarab pula semangat penulisan aku hari ini membuak² , so dengan kata lain aku Join Contest kau yang mengutuk tak hingat kepada kau !:)



Enjoy ~ Aku pernah kalah dan aku harap aku takmo kalah dah :D Dalam contest sebelumnya : Contest Liza Razak . Kali ini tentang Blog Liza Razak :D Tentang Blog LizaRazak itu bermakna tentang kau Juga ! :) So tahankan mata melihat ! Enjoy

Kutuk Tahap Climaks

1. Malas
Tuan Blog ini Kompem pemalas dan aku tau kau memang pemalas dan akibat daripada kemalasan kau wujudlah Contest Membuat Banner :) Kau malas sebab kau malas nak usha Cara nak buat banner dan kau mmg pemalas la senang citer sampai aku pun malas nak cerita pasal benda ni !

2. Sakit Mata
Sekarang aku berbual pasal blog kau , bukan blog aku . So aku boleh kutuk apa sahaja pasal blog kau muahahaha. Apsal Kau nak simple sangat ? Relax la buat la yang terbaik untuk blog kau sebab kau hari² mesti Tengok blog kau kan ? Aku sakit mata tengok kat "LIZARAZAK.COM" tuh siyes aku cakap sakit. Simple gila weh . apsal ?

3. Kedekut .
Wakakaka Kali ini pasal kau pula , Wakakaka walaupun aku yang suruh bagi RM10 tapi siyes weh apsal kau bagi RM10 juga untuk buat banner tuh ? bagi la RM15 ke RM20 ke best sket aku nak buat wakakak , makin berkobar jiwa dan raga aku untuk menjoin Contest mendesign banner kau :)

Puji Tahap Climaks

1. Penulisan
Cara penulisan kau , aku tabik spring macam spring kereta beb . Siyes aku suka cara penulisan kau yang bersahaja dan menjaga etika penulisan sebenar . Aku suka bukan sebab aku suka kau , weh jauh disudut hati aku wakakakka . Tapi aku suka kerana kau tahu bab Title , Content , Conclusion yang membuatkan cara penulisan kau tersusun dan mudah difahami . Bukan macam blog aku wakakaka :)

2. Lain dari Lain
Aku dah kenal dengan kau , aku macam dah faham siapa kau dan aku dah boleh baca siapa kau . InsyaAllah aku akan terus memahami rakan² blogger macam kau. Kau mudah mendengar , kau mudah tersentuh , kau juga mudah memahami ;) Kau ada bagi aku nasihat "Penat menjaga hati orang" okeh sampai sekarang aku dah faham :) Kau faham kerana kau seorang manusia yang berumur 25 tahun yang sememangnya banyak pengalaman hidup .

3. Kau Mudah Bertanya
Aku suka orang yang mudah bertanya , serious kat situ kau tak malu bertanya walaupun benda remeh temeh . Kat sini aku respect cara kau belajar walaupun Umur aku dan kau berbeza tapi kau tak segan untuk mendengar pengalaman orang yang lebih muda dari kau . Yeap kat sini aku respect kau sebab kau tak suka untuk membuat perbandingan umur untuk belajar :) GooD

Untuk kau faham : Kritik / Kutuk tuh ada certain aku main bedal dan ada certain ikhlas dari aku. untuk Puji : ikhlas dari hati aku yang baru kenal siapa kau :) Sekianz Enjoy ur holiday Babe

Personal VS Public Blog

69 Comments
lagi 2 hari genaplah aku Berblogging Selama 3 Bulan :) . Berbalik kepada masa lalu tiada apa yang aku boleh banggakan sebab aku masih mentah dalam dunia personal blogging . Public blog dan personal blogging sangatlah berbeza dan tidak boleh disamakan .

Disebabkan oleh itu aku tidak respect sangat kepada BeautifulNara.Com . Kerana apa ? Kerana bagi aku Public blog adalah umum dan tidak susah untuk menarik minat pembaca untuk membaca , namun personal blog bagi aku adalah sangat sukar dan sangat memerlukan mental yang kuat untuk terus maju . Melainkan kau mempunyai ciri fizikal yang menarik yang sememangnya kau mudah menjadi perhatian umum bak kata Fatt Chin Choy

Cuba kau bayangkan , sekiranya kau menulis bagai nak rak tapi tiada siapa yang suka terhadap apa yang kau tulis dan dari situ mental kau akan tercabar dan kau akan berasa seperti malas untuk berblogging .

Logo BloggeR

Namun untuk Public Blog , bagi aku teramatlah mudah untuk dipandang oleh semua orang tetapi sukarnya untuk mencari sumber . Namun sekiranya kau telah biasa mendapatkan sumber, itu bermakna mudahlah kau untuk berblogging dalam dunia Public Blog .

Aku Respect kepada Personal Blog yang telah maju , kerana bagi aku ia sungguh sukar untuk menaikkan nama di persada blogger . Serious kerana aku juga telah menulis artikel berunsur game dalam public blog dan sekarang aku merasakan menulis artikel berunsur diri dan tips dalam personal blog .

Believe it or Not ? Youtube , Yahoo boleh menjanakan Traffic yang sangat mengancam :) Tunggu Tips dari aku . hehe . Jangan Lupa Join Kuiz 6 Kutuk Dan Puji MeLz

Yang Masih belajar ,

Melz :)

Tips Blogging Comment Reveal By Melz

68 Comments
1. Kali ini aku nak bagi tau pasal Comment dan comment . Kau nak jaga hati follower dan jaga hati orang senang dalam dunia blogging . Kau jangan suka sangat ingat yang diri kau dah femes , semua benda kau anggap rendah ! ingat tuh pesanan dari penaja. haha

Kali ini aku nak bagi 2 Tips juga sama jer semua , iaitu Comment . Ada sesetengah orang tak suka nak balas balik comment dalam ruangan Comment dorang , aku cakap sesetengah bukan keseluruhan . Take Note kat situ ! Okeh sebagai seorang blogger yang mesra dengan Visitornya ialah kita buatkan Visitor kita sebagai seorang Customer atau kawan . Customer is always right !

Maksud aku disini sekiranya Visitor kau memberi comment di ruangan comment kau , haruslah kau membalas apa yang telah dia comment .
Example :

Mr. Cuz said...
gunakan warna..yes melz..my feveret tu..klu aku ske biru merah hijau kunig..xleh pkai 3 kaler je..nnt org ingat lain plak..wakaka cri warne yg sesuai dgn theme yg plaing penting aku rase..lagi pembace rase meriah..huhu (psiologi manusia) spe otai2 tu melz..aku de jumpe bdak ni..bye aku..power beb..tp baik gile dgn visitor die..mmg best bdak tu..bnyak tlg org..termasuk aku..haha

Mr.Cuz : psikologi na :P hahaha..bab kaler tuh...bukan aper..aku dulu pernah jgak buat kaler ijo pink kelabu biru semua aku pacak dalam 1 entry...pastu aku baca balik.. adeh serabut nyiok ;P hahaha yang bab otai tuh..aku buat general sapa yang terasa , rasa la . LOL

Jadikan Visitor kau sebagai Kawan ! Cara ini juga boleh membuatkan suatu perkara dapat dibincangkan dalam satu Comment Box . Gunakan ia seadanya !


2. Kali ini cara kau nak menjadi lebih mesra dengan visitor kau . Cara ini mudah dan sempoi ! ingat kita dibawah perlu banyak menempuih halangan untuk maju keatas ! pesanan dari penaja . Cettt banyak la kaunyer penaja melz oit :P

Cara kali ini juga datangnya dari Comment Box. Bagi aku pun aku kadang² tak terbuat bila terlalu ramai. Tapi aku perlu buat untuk terus bersama dengan Visitor aku ! Cara aku ialah dengan menekan Comment Box dan melihat Visitor aku yang memberi Comment dan dari situ aku click pada link dia dan aku akan baca Entry yang paling latest dan aku akan membalas Comment di dalam blog dia semula.

Cara ini boleh mengeratkan lagi antara 2 blogger , kerana kita menggunakan konsep Win - Win. Ini apa yang aku sedang praktikkan dan akan aku usaha untuk menjadi blogger yang tegar hahaha ;p cetttt pesanan dari Sumber Bernama :P

Kepada semua Visitor : Harap Dapat Join Quiz Kutuk dan Puji Melz

Awek Malaysia Suka Mat Korea

Nov 18, 2009

123 Comments
Hahaha kau orang jangan cakap awek aja. Aku pun suka jgak.Opss bukankernakugay ! aku bukan suka dorang. aku suka lagu dorang , siap boleh hafal lagi na ! Actually aku bukan suka lagu aja , tapi Movie pun aku suka dan antara Movie yang telah aku layan , meh aku listkan


1. SaSSy Girl Chun Hyang
2. Great Teacher Onizuka
3. 200 Pound Beauty
4. Winter Sonata
5. Dan banyak lagi malas plak aku nak ingat balik :)

Best beb . cerita dia aku layan sampai aku meleleh jugak air mata nak nak time Sassy Girl tuh . pergh syahdu gila kena tinggal haha. ( aku bukan jambu ) aku ni jenis yang suka melayan suatu cerita dengan sedalam - dalamnya dan memahami prospect suatu cerita :D

Macam Lagu juga , memang lagu yang best aku akan cari makna tersirat dalam lagu tuh pastu aku try ada tak sama dengan kehidupan aku , kalau aku rasa ada dan on the spot aku akan touching dan dari lagu tuh aku olah lagi untuk menjadikan suatu cerita lain :) dan terjadilah suatu entry yang bernama Puisi seperti Pengalaman Itu Banyak Erti , Aku Masih perlu Belajar ,Dunia Kita Dah Berubah . Dan banyak lagi :) hek²

Ehhh macam kelaut plak Entry ini , neway apa yang aku nak bagi tau kat sini korang boleh usha cerita² korea ke jepun ke apa ka dekat sini . Download atau tengok (Buffering)

Update sket :
Heroin My Boss My Hero
awek nie plak buat aku tak tido malam kalau tertengok dia :P
muka pun macam amoi kat sekolah aku.. tu sebab aku tak suka ponteng sekolah wakakkakaka


Enjoy :)

Jangan segan nak join Quiz : Kutuk Dan Puji Bersama Melz asyik aku je kutuk korang bila lagi korang nak kutuk aku ? :P

Quiz Melz 6 Uji Hati

Nov 17, 2009

38 Comments
QUIZ CLOSED

Review Blog Melz
Tak Perlu Follow Blog Ini Untuk Join

20Mp
15Mp
10Mp

Mudah dan simple , Kutuk dan puji , suka dan hati :) haha Jawapan kali ini sangat mudah ! kerana jawapan ada pada diri kau sendiri . kau perlu sambung ayat ini . dan harus diingatkan ianya tidak boleh melebihi 15 patah perkataan

Blog Melz Best kerana ...

dan ayat ini .

Blog Melz Tak Best Kerana ...

CONTOH :
1. Blog melz Best kerana Tuan blog ini tak sengal pastu hensem tak tinggi lak tuh tak bajet romeo ( 15 Patah Perkataan )

2. Blog Melz Tak Best Kerana tuan blog ini sengal pastu tak hensem tinggi lak tuh bajet nama romeo bla bla ( 15 patah perkataan )

Jawab Didalam blog korang . aku ingin ketahui apa yang tak best . so dari situ aku akan improve untuk ia menjadikannya best . dan yang best itu akan aku jadikanya lagi best . insyaAllah . harap ia adalah jawapan yang tulus dari hati kerana aku benar2 inginkan pendapat korang selaku visitor MelRomeo.Blogspot.Com

Setelah Menjawab Letakkan Link Disini

Tempoh Menjawab ( 1 - 2 Minggu )


Yang Masuk Bertanding

11. CikTi
16. DaHLia

Bunuh Diri Kerana Dia ?

72 Comments
Aku pernah ada baca dalam Youthsay yang sememangnya tak perlu aku bongkarkan siapa dia dan takperlu lah korang nak tanya aku siapa dia . Aku pun tak kenal dan aku pun tak pernah jumpa dia dan aku juga taknak ambil tahu siapa dia ? uhuks . Neway sebelum aku berbicara tentang benda simple nak mampus ini . Come on korang ada otak jangan guna lutut kalau nak berbicara . Aku mengambil keputusan untuk membuat entry "GENERAL" sebagai mengingat.

Guna otak sebelum membuat sesuatu perkara . Apa kau ingat diri kau tuh memang hak kau ? jangan jadi bodoh disebabkan cinta . Kau harus ingat yang diri kau itu hanya "MEMINJAM" kalau kau nak mampus ingat orang yang sayang kat kau . kalau takda orang yang nak sayangkan kau come on Ingat Tuhan . Dia sentiasa ada bersama kau , jangan kerana benda remeh temeh camni boleh buat kau jadi Bodoh . Ingat itu

Aku terkejut dengan kenyataan yang kau buat , terus hilang rasa hormat aku terhadap kau , hilang kelaut beb . Kau kena ingat sebelum buat sesuatu perkara , fikir yang mana baik dan yang mana buruk . Even kau hanya menganggap menulis itu hal remeh temeh aja tapi ingat kau menulis menggunakan Niat , tanpa niat tiada penulisan !

Pemikiran yang cetek boleh membawa kau terus hanyut dengan Ego yang kau simpan , jangan kerana benda ini kau nak bunuh diri . Come on ! get up babe kau bukan bodoh dan itu aku tahu dan aku tahu kau boleh bangun semula lepas apa yang jadi kat kau! jangan kerana Lelaki @ perempuan kau boleh kecundang dengan membunuh diri ! ingat tuh babe , kalau kau nak bunuh diri kau kena ingat yang masih ramai yang menyayangi kau , ingat mak bapak kat rumah tuh yang penat menjaga kau dan asuh kau .



Kau sebagai Manusia yang terlalu asyik bercinta dan akhirnya putus ditengah jalan , jangan kau terlalu nak fikirkan benda ini ! Kerana benda inilah hasutan Setan² yang sememangnya buatkan kau berasa ingin membuat suatu yang luar dari jangkaan , let's say kau ingin membunuh , kau ingin membunuh diri , kau juga ingin merosakkan diri kau ! jangan babe. Ingat Sekiranya kau kehilangan dia, Kau kena fikir apa akan terjadi sekiranya kau berkahwin dengan dia ? kau telah putus ditengah jalan tanpa ikatan yang kukuh . Itu bermakna kau tiada jodoh dengannya . Terimalah dengan seadannya !

Aku terlalu pelik dan sangat pelik kerana Seorang Manusia yang bernama Manusia meninggalkan pasangannya boleh menjadi gila disebabkan terlalu mencintainya . Ahhh aku dulu bercinta juga dan aku juga rasa apa itu cinta , tak perlulah kau nak sebut aku tiada pengalaman tentang ini . Senyap ! Aku ada ikut ceramah masa aku belajar dulu , yang Cinta kepada pasangan tidak boleh 100% even 50% even 20% hanya 1% untuk pasangan . Yeap dari situ aku faham dan aku ambil konsep yang bercinta ini hanyalah mainan hidup untuk kita belajar apa itu Perasaan .

Tips Blogging General Reveal By Melz

Nov 16, 2009

41 Comments
General bermaksud Umum dan dengan erti kata lain , boleh nak ikut atau tidak mahu ikut ! Dari pemandangan aku sebaiknya korang ikut la yer sebab mungkin ia baik digunakan dan sekiranya ia tidak baik bagi korang , janganlah korang ikut ! Ini disebabkan aku menaip menggunakan pemandangan aku , bukan pemandangan orang lain ok ! :)

1. Show word verification for comments perlu ke ?


Kenapa mesti nak ada ? Bagi akulah benda ini sememangnya boleh bikin aku gila. Tapi aku tak tahulah kepada korang . Aku bagi tau ini disebabkan aku ingin berkongsi . Let's say kau fikir mostly dalam Malaysia ini memakai BerukBand yang tahap kelajuannya ala² siput , dan sekiranya blogger yang ingin mengomen tapi memerlukan Word Verification itu tergendala disebabkan salah menaip .

Dan dari situ juga berkemungkinan besar Blogger itu rasa menyampah untuk mengomen :) . Benda ini ditulis mengelakkan spammer , Come on ! kita sebagai admin blog boleh delete la kalau setakat terspam 1 atau dua :)

2. Waktu yang Best untuk korang Mempublishkan Entry !

Ini Jam

Setelah aku godeh dan memikirkan dari siang ke malam dan dari malam ke subuh . Akhirnya aku terfikir sejenak pasal benda ini . Semangnya benda ini penting untuk memastikan entry korang "dibaca" untuk firasat aku yang telah lama berfikir .

Ada baiknya Entry pada hari Isnin - Jumaat Dipublishkan pada pukul 12PM ke atas , kerana ramai blogger yang bekerja ataupun yang bersekolah berada di depan komputer untuk menunggu masa rehat :) menular itu bagus sekiranya kena pada tempat. hahaha

Dan jam seterusnya bagus di publishkan arround jam 8PM - 8.30PM kerana apa ? kerana waktu ini adalah waktu kemuncak untuk blogger² merehatkan diri lepas Solat Maghrib + makan² . dan pada masa yang sama tiada apa yang boleh dibuat pada masa itu selainkan melipat baju ,menonton tv ,mengonlinekan diri :)

Ok lah nanti aku ada ternampak lagi aku bagi tau na :) Enjoy blogging ~

Tips Blogging Writing Reveal By Melz

54 Comments
Mungkin ada sedikit sebanyak yang dah diceritakan oleh X-PO tapi aku nak tambah sikit mana la tau aku tersama ngan entry dia kan , itu sebab aku link awal² karang jadi isu pula . Neway tips aku mudah dan simple .

Kalau kau nak orang baca blog kau . Janganlah first² dah rasa diri Kau tuh bagus , hebat dan tertinggi dalam dunia blog . Relax kita nak naik kena guna step by step . Belajar dari kesilapan itu paling betul , Orang tegur benda yang membina dan Kau kena ambil untuk membina . Kalau orang tegur benda yang buat kau down , apa lagi ? campak ke laut aja .

Macam entry yang lepas pasal BlogWalking . kau boleh ikut serious kat situ kau akan up! kau punya Traffic dan pembaca . Kau tulis penat² tapi orang tak baca nak buat apa? baik buat diari dalam buku ajer , tapi sekarang dah maju diari pun ada dalam internet apadahalkan?

Opss bercerita pasal Diari , kalau ko nak tulis tuh , tulis mengikut perenggan boleh?
Perenggan yang aku maksudkan ialah membuat Spacing antara suatu perkara dengan satu perkara . Kalau kau menulis bagai nak rak tapi takda perenggan sakit mata weh membaca . Bukan apa , cuba kau kira kambing dalam gambar kambing yang banyak . pening + tertidur tak?


Kalau kau ingin menegaskan suatu perkara silalah Highlight atau Boltkan . Dalam blog kau tetapkan berapa color yang kau nak gunakan , kira macam aku 3 je iaitu Birucair + Hitam + Merah. Sampai disini sapa yang tak paham ? dah berbuih aku menulis ni :P

Hahaha aku bercerita bukan kerana aku tak pernah tulis macam ni . Siyes aku penah buat entry yang panjang nak mampuih , tapi seb baik aku tak mampuih , belajar dari pengalaman dan dari pengalaman tuh kita ikut kalau tak ikut memang bodoh la orang itu .

SomBongonG

Nov 14, 2009

77 Comments
Sombong + Bongong = Jadilah SombonGong

Haha pagi-pagi dah belajar matematik . Haha ok la tu kan ? ok lah nak bercerita pula , aku pun dah lama tinggalkan Matematik yang aku respect cikgu sekolah aku dulu Norheza sampai la ni kita kamcing na :)

Neway entry ini sememangnya bukan kerana matematik tapi kerana aku ada seorang kawan yang namanya dia dirahsiakan . Aku tidak suka untuk membongkarkan keburukan kawan . Anggaplah entri kali ini untuk semua orang . Betul atau tidak ? kira general untuk semua orang . paham tak ni ? haha


ok Orang SombonGong ni ibarat bahasa jawanya Goblok . aku bahasa jawa tau perkataan nie dengan Waras ( sehat ) haha. Bapak aku jawa tapi aku tak leh nak ikut . Kiranya kalau ramai - ramai tu berbual , aku cuma senyum dan ikut ja kalau depa gelak , aku gelak . hahaha
( sat-sat entry kelaut dah ni )

berpatah balik kepada SombonGong , kau semua mesti tahu apa kena mengena dengan tajuk ini , mudah simple seperti memicit pimple ;) pertamanya aku ada kawan yang belagak bagus , dah la tak tau nak buat tapi cakap "Woh aku tau tuh , mudah jer 5 minit siap dah " iyolah ekau buat nak tengok camne . Hahaha senang kerja aku kalau kau cakap senang .

5 minit kepada 10 minit kepada 1 jam . Terkial mial aku tunggu sampai nak berbuih dah mulut aku ( tiduq ) hahaha . Kalau dia kejutkan aku dan bertanya , best juga kan ? haha tapi takpe dah dia kata 5 minit. hebat la kan ? dan Akhirnya 1 jam 15 minit macam tuh , akhirnya ia masih tidak berjaya dibuat !

Tuh aku respect kat dia , Cakap 5 minit tapi terlebih 1 jam 10 minit dah dan last -last dia kejutkan aku " sorry mel aku tak dapat buat " . Aku respect jugalah sebab akhirnya dia bertanya . wah best la kau . ini je aku puji na . Kalau kau terbaca ke terasa entri ini ada kena mengena dengan kau . Khas untuk kau ni

Tapi SombonGong ni juga boleh dikaitkan rapat dengan Bodoh Sombong , haha yeap sapa kat sini tak suka dengan orang yang bodoh sombong ? aku sememangnya akan angkat tangan dulu . Dah tahu yang diri tak tahu tuh , bertanya la . kan ?

Dah la aku malas mahu story .. idea takde tapi ini aja yang aku nak sampaikan tetiba teringat dengan orang-orang begini. haha

Aku masih belajar dan aku akan kerap bertanya , jika dimarah " ada aku kesah ?"

KFC jom :) lapo2

Quiz Melz 5 Uji TangaN WinneR

Nov 13, 2009

22 Comments

Aku nak ingin mengucapkan ratusan atau ribuan atau jutaan atau trialan kerana mengambil masa untuk menjawab kuiz ini . Walaupun ada yang salah ada yang betul ada yang kelaut . Aku Tersangat2 Apeciet :P muahahaha

Tapi Motif Kuiz ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara semua blogger , itu motif aku nak korang happy2 dan tak perlulah kita terlalu berkerut dahi kerana membaca entry ajer .

kadang2 Kuiz ini boleh merelaxkan kepala kan ? uhuks yela tuh.. tak macam berbuih plak aku tgk korang jawab.... hahahaha neway once again.. i Love You All ! thnx For Support !

Jawapan Untuk Kuiz Ini adalah

1 melintang : BERDANSA

1 ke bawah: BLOG

2 melintang: CELCOM

Pemenang dan Jawapan yang dijawab

Tempat ke - 1 = 9MP


Tempat ke - 2 = 6MP



Tempat ke - 3 = 3MP


NANA


Tahniah kepada anda yang menang.. dan jangan Segan atau sedih atau pilu..relax..esok masih ada Kuiz... tunggu~~~ i ♥ u All ~~~ don't Give up !! Remember this... " if i lose....at least i tried !"

Photoshop Untuk Header

22 Comments
Bosan - Bosan aku main² dengan Photoshop :P hahaha Header ngade² sebab nak buat Header si CikEpal aku masih mencari idea lain.. kau stay tune na kasi aku masa..hahaha


tic tac toe.. sapa brand main ngan aku ? hahaha


Saje je gedik nak pakai header baru :P ...
tapi aku rasa aku lagi suka header yang biru tuh :P i liokee mat rempit :P muahahaha

Genap 3 Bulan BlogginG

41 Comments
Alhamdullilah Syukur ,

21 November 2009 ini genaplah aku berblogging selama 3 Bulan ! Terima kasih kepada yang menyokong blog ini dari 21 Ogos 2009 :) Sesungguhnya dalam 3 Bulan ini , banyak yang telah aku harungi dan banyak yang telah aku tempuhi . Banyak cerita yang telah aku huraikan dan banyak cerita yang telah aku baca .

Aku hanya mampu tersenyum dan berasa sesuatu dengan apa yang telah aku buat selama . Namun aku akan terus berusaha untuk mencapai matlamat blogging aku kerana aku tahu yang blog ini adalah blog personal ! Tiada apa yang menarik tentang diri aku dan tiada apa yang menarik tentang apa yang aku ingin sampaikan. Namun Kau semua menerima baik hasil nukilan aku dari 1 entry ke 1 entry ! Aku berterima kasih kepada kau semua.


Ini yang aku mampu dan aku akan terus berusaha lagi
Terima kasih kepada korang yang menyokong blog ini !

Harus diingatkan tanpa pembaca apalah blog ini , tanpa visitor kemanalah blog ini boleh pergi . tanpa kau semua aku tak berdaya menulis . Terima kasih kepada semua yang menyokong blog

MelRomeo.Blogspot.Com !

Tujuan aku menulis ini bukanlah kerana apa. tapi kerana aku ingin berkongsi yang sekiranya aku boleh , maka kau semua juga boleh ! Aku masih baru dalam dunia blogging personal dan aku tahu masih ramai yang ingin memulakan suatu blog tapi keingginannya terbantut akibat perasaan negatif yang melanda diri . Buang perasaan itu dan majulah kita bersama untuk mencapai apa kehendak kita .

Mungkin kau semua pernah dengar , "Orang ada blog , kita pun nak ada blog" yea semua orang boleh berblogging walaupun kau cakap aku tiada idea dalam hidup aku simple dan tiada apa yang aku boleh olahkan . Berhenti disitu dan berfikir yang kau boleh menceritakan sesuatu perkara yang luar jangkaannya ! Dan kau juga boleh mengolah suatu cerita menjadi 1 cerita yang menarik !

Perempuan & Kereta

55 Comments
Haha. Pada kaum Hawa , ini bukanlah suatu diskriminasi ok !Neway korang layanz :)

Aku ingin bercerita mengikut pengalaman aku di jalan raya. Yang sememangnya aku kadang² menyumpah ataupun abang aku sendiri yang menyumpah. Tapi kadang² cara nak marah itu terbantut bila terlihat pemandunya :) keh² adakah anda faham ? ok jom kita teruskan.

Bukan apa , cerita yang aku nak ceritakan ini mestilah berkait rapat dengan keadaan di jalan raya. Haha berkata tentang jalan raya pula mestilah berkait rapat dengan kenderaan . Mostly yang aku tengok telah ramai manusia yang bergelar perempuan yang kini sudah pandai membawa kereta .

Yea . pada perempuan yang sudah memegang lesen P , wah kau sudah bangga dan kau peduli apa orang nak cakap sebab kau pemegang lesen P (perempuan) kau bawa kereta huahua pun dorang faham yang kau (P) kalau kau tersilap pun paling kuat dorang akan hon ajer. Pekakkan telinga sudah .

Fauziah Nawi

Haa yang aku nak bercerita ni , bukan pada pemegang lesen (P) take note disitu ! tapi aku ingin bercerita yang memegang lesen Penuh dan Perempuan . Aku bukan apa , kalau memandu tuh ada ke depa tengok Side Mirrow ? apa korang ingat nak buat Side Mirrow tuh perhiasan kereta sahaja kah ? Hahaha (opps dia dah marah)

Okeh aku teruskan lagi. Korang bagi Signal Ke Kanan atau Ke Kiri , itu bukan bermakna korang dah cukup syarat untuk masuk ke Line kiri atau kanan . Step yang perlu korang ikut adalah melihat Cermin Sisi dan Cermin tengah untuk melihat sama ada ada kereta yang menuju ke laluan itu atau tidak . Kemudian gunakan Signal dan melihat kembali Cermin Sisi untuk memastikan tiada halangan.

Haa kan abang traffic dah bagi tips membawa kereta menggunakan Cermin Sisi ! :) muahahaha so kat sini bukan nak marah ( eceh buat muka la tuh ) meh² sini aku bagi coki² :P Just nak remind jer. mana la tau kan korang dah lupa step² membawa kereta..Uhuks

Just my 2cent kalau nak maki ? Lai abang Beta balik ! haha

Quiz Melz 5 Uji TangaN

Nov 12, 2009

28 Comments
CASE CLOSED
Pemenang akan mengutip Points

1st : 9MP
2nd : 6MP
3rd : 3MP

Untuk Mendapatkan Soalan.
Sila pergi Ke blog LizaRazak.Com

Cara Menjawab
1. Pergi ke Blog LizaRazak.Com
2. Lihat atau Baca Soalan yang diberi
3. Jawab di dalam Blog MelRomeo.Blogspot.com

Sekiranya korang dah dapat mata yang terkumpul Korang boleh Redeem Hadiah mengikut Point
sila rujuk link ini untuk meredeem HADIAH

JAWAPAN DI BLOG INI! sekianz
Enjoy :)


kalau boleh click la nuff tuh yer..boleh aku upgrade hadiah lagi :P


Blog Banyak Mengajar Aku

35 Comments
Dulu Aku bodoh menggunakan internet ! aku menggunakan internet hanya untuk bermain game dan hinggalah sekarang aku masih bodoh menggunakan internet . Dulu aku menghasilkan Satu blog yang blog ini hanyalah untuk aku suka². Namun semakin aku suka², semakin aku menyintai berblogging. Blogging bukanlah sekadar melepaskan geram , menulis artikel berfaedah, menulis tentang diri dan dia yang sememangnya hanyalah suatu ilusi yang aku dapat dari benak pemikiran aku !

Berpatah balik kepada masa lalu sebelum aku mengenali Blog.

Aku masih Perlu belajar dan belajar apa kegunaan sebenar blogging , blog yang telah dicipta sejak dulu lagi tapi aku masih tidak faham apa motif berblogging ? Aku tidak tahu kenapa ramai orang berblogging dan untuk apa mereka berblogging ? adakah kerana aku terlalu bodoh untuk memahami suatu perkara ? Adakah kerana aku tidak reti membuat sesuatu tanpa melibatkan orang ? Namun , Aku berhenti sejenak dan berfikir aku perlu membuat satu blog untuk aku kongsikan bersama .

Aku memulakan dengan sepotong ayat dan dari situ tiada siapa yang melihat dan tiada siapa yang membaca . Aku terfikir untuk apa blogging kalau tiada orang membaca dan melihat hasil nukilan aku ? Dari situ aku sudah belajar berfikir untuk mencari sumber yang boleh membuatkan hasil nukilan aku dibaca. Selepas orang datang dan membaca , mereka suka dengan hasil nukilan aku dan aku semakin bersemangat untuk menambah nukilan aku sehinggalah aku berfikir yang aku sudah pandai belajar cara membuat satu nukilan


Aku berfikir , bagaimana aku ingin menarik lagi perhatian semua blogger yang hebat untuk masuk ke blog aku yang tiada apa²ini . Dan dari situ aku belajar bagaimana untuk mencantikkan blog dari mana²sumber . Dan dari situ juga aku belajar bagaimana suatu coding berfungsi . Aku meneruskan mencari dengan bertandang ke blog orang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging untuk menuntut ilmu bersama mereka . Dari situ aku juga sudah belajar cara menghormati orang yang sudah berpengalaman dan belajar cara menuntut ilmu dengan betul !

Kini aku telah mendapat banyak pengalaman berblogging dan kini juga aku ingin berkongsi pengalaman yang aku ada bersama kamu ! Kerana bak kata Ayat yang aku fikir sendiri

" Ilmu yang ada janganlah kau simpan kerana ia akan hilang di benak pemikiran kau dan tiada tempat untuk kau rujuk , Namun jika kau sebarkannya sekurang-kurangnya ada tempat untuk kau rujuk kembali "

Tips Blogging : Ruginya Menjadi Silent Reader

58 Comments
Aku ulang balik Ruginya kau menjadi Silent Reader sekiranya kau ada Blog..

Aku Cakap Rugi bukan kerana korang boleh jatuh bankrupt ke apa. Wakakaka
xda lah rugi camtuh sekali na. Rugi yang aku nak usha nie. Rugi dari Segi Traffic dan sekiranya kau mempunyai Nuffnang rugi juga disitu come on , kalau kau xleh nak balas comment orang. Aku ada sedikit tips yang boleh buatkan korang jangan jadi Silent Reader! Enjoy

1. Sekiranya Entry orang tuh payah gila korang nak faham apa tuh semua . Sebagai contoh. Entry tersebut bukan dalam bidang kau . Benda pelik atau Computer etc , tapi kau tak tau macam mana nak reply apa untuk comment tersebut .

Senang.. kau wujudkan satu pertanyaan , dan dari situ Comment tuh kau anggapkan sebagai tempat untuk kau berchatbox bersama blogger² lain . Yeap dari situ juga kau akan dipandang oleh blogger lain dan pada masa yang sama. Orang akan click blog kau through Comment Box :) Am i Right ?

Aku Kene Silent Reader Sebab Tak Boleh Bercakap :'(

2. Sekiranya Entry beliau yang panjang lebar nak mampuih sampai kau pun mampuih nak baca . Come on. Kalau kau malas nak baca..cari Keyword dia..dan kau elaborate sikit . Supaya ia menjadi panjang dan kau juga boleh amek point² blogger yang telah comment di blog dia dan jadikan satu comment. Bagi aku comment sekadar sedap mata membaca sudah mengcukupi pihak penulis .Am i Right ?

3. Sekiranya kau malas nak Comment. Buang sikap malas nak comment . come on ! kita berblogging sekadar merapatkan lagi ikatan dalam Dunia Maya. kau harus tahu dan kau harus fikir ya. Dunia kita sekarang sudah berubah ! Orang yang selalu menonjol diri akan dipandang tinggi dan orang yang senyap akan dipandang rendah yakni orang berfikir yang kau seperti tiada apa yang indah didalam benak pemikiran kau! :)

So masih ingin menjadi Silent Reader ?

p/s : Aku Cuba untuk Menulis dengan keadaan Format yang betul untuk Tips sahaja :P
Cara aku berblogging dulu dan sekarang sungguh berbeza :) Sekianz dari Ku Melz

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo