Cerpen : Aku Dia Dan Kamera

Dec 9, 2009

Cerita ini hanyalah Dongeng semata² namun jika antara korang nak jadikan cerita ini sebagai teman tidur korang , sangatlah aku suka ! miahaha . Sekiranya pihak Abg Afdlin sauki ingin menggunakan jalan cerita ini , tersangatlah aku mintak loyaltynyer miahaha. ( harap² dia baca la blog aku ) uhuks lantak pi la. Sememangnya cerita ini direka dan tiada kena mengena sama ada hidup atau mati dan tiada kena mengena dengan AKU (admin blog melz) Baiklah aku akan mulakan Cerpen yang bertajuk

AKU , DIA DAN KAMERA
Cerita ini aku reka kerana aku ingin menjoinkan diri aku kedalam Contest Blog Dawie dan korang boleh usha link dia di sini Oh!Dawie.com




Ceritanya bermula apabila aku berada di dalam bilik temu duga , Nama aku Dawie dan aku berumur 21 tahun , berasal dari Kuala Lumpur dan segala pertanyaan dari bakal boss aku , akan aku jawab dalam interviu untuk menjadi Cameraman yang berjaya !Akhirnya aku berjaya memikat hati boss aku sehinggalah aku bekerja selama 5 tahun di syarikat CameraOtomen SDH BHD . Aku bekerja dari siang hingga ke malam dan dari malam ke siang tanpa rasa sedikit keluhan didada kerana minat aku terhadap Kamera sangat tinggi ketika aku berusia 10 tahun . Aku dinaikkan pangkat menjadi Kameraman profesional kerana cara kerja aku yang baik dan sering dipuji oleh boss sehinggalah aku dipanggil untuk mengambil gambar di suatu tempat yang agak terpencil .


Aku lalai kerana aku sering dipuji dan sering digodai ketika aku diatas . Kita diatas tak selalunya diatas dan akibat daripada kelalaian aku , aku tersilap langkah dengan mengambil gambar Angelina Jolie dan Bradpit di tempat yang agak terpencil . Aku yang lalai tidak memeriksa gambar itu akhirnya dipublishkan di surat kabar tempatan dan akhirnya aku dilabel sebagai Paparazzi . Akibat daripada itu juga , Syarikat CameraOtomen SDH.BHD di saman sebanyak 1juta oleh Angelina Jolie dan aku terus dibuang kerja akibat kelalaian aku .


Aku Seperti hilang arah dan berasa sangat sedih . Aku pulang kerumah dengan pelbagai pemikiran yang negatif dan sememangnya pemikiran negatif boleh mengundang ke jalan hitam ! Aku berjalan menuju ke rumah dengan menggunakan lorong gelap sama seperti hidupku yang sudah gelap . Aku berhenti dan menangis keseorangan dan berkata kenapa mesti aku yang mempunyai masalah seperti ini ? Aku yang mempunyai agama yang cetek terus berfikir untuk membunuh diri dengan mengambil botol kaca yang sudah pecah dan ingin menusuk ke badan aku , namun aku terdengar.....



Aku terdengar seorang bayi sedang menangis di sudut penjuru bangunan itu . Aku bergegas mencari jeritan bayi itu dan melepaskan botol kaca itu , aku terlihat bayi yang comel dan sempurna tubuhnya . Cepat² aku melihat alat sulitnya dan kelihatan aku sedang mendukung seorang bayi perempuan dan dengan tiba² aku berfikir , masih ada orang ingin hidup di dunia ini kenapa harus aku membunuh diri ? Aku membawa bayi itu balik kerumah dan setibanya aku dirumah aku memutuskan untuk menjaganya dan menamakan dirinya sebagai Diya ( dia ).


Walaupun aku tidak mempunyai wang tetapi akibat dari hati aku yang murni kerana ingin menjaga dia . Segala rezeki aku semakin bertambah dan pada masa yang sama aku tidak lagi memikirkan benda yang negatif . Namun begitu , aku pelik melihat dia yang terlalu cepat membesar kerana baru 2 tahun aku menjaganya tapi dia seperti sama umur dengan aku. Disebabkan oleh itu , aku seperti jatuh cinta kepada dia dan kerana wajahnya seakan² ex² aku dulu tetapi dia lain dan dia lebih baik daripada ex² aku !. Sememangnya hati ini telah jatuh cinta kepada dia tetapi aku tidak pernah meluahkan kepada dia . Aku semakin menyintai dia kerana dia tidak pernah memanggil aku 'AYAH' walaupun aku telah menjaganya selama 2 tahun !.


Selepas 2 tahun aku bersamanya dan ia terus berlanjutan sehinggalah aku mengalami tekanan di jiwa dan segala gambar yang aku ambil seperti tidak sempurna seperti sebelum ini dan dengan tiba² aku mengambil kata putus yang lahir dari lubuk hati aku . Aku perlu ! dan aku perlu luahkan kepada dia . Aku mengambil keputusan itu kerana aku tidak sanggup lagi menahan derita cinta yang membara setelah sekian lama aku pendam dan tidak pernah aku luahkan kerana dia adalah seperti 'anak angkat' aku !


Aku teruskan perjalanan dan berfikir kepada diri sendiri yang dia tidak akan tahu apa yang berada dilubuk hati aku dan sememangnya aku perlu bicarakan kepada dia kerana dia telah matang dan mungkin boleh menerima aku seadanya untuk menjadi teman hidup aku. Terus aku mengambil kata hati untuk pergi ke kedai bunga dan cincin dengan niat ingin menambat hatinya. Perjalanan aku kerumah bersama kamera aku yang penuh makna dan akan aku jadikan hari ini sebagai sejarah terbaik untuk hidup aku , dia dan kamera aku !


Dalam perjalanan ke rumah , tiba² percikan air dari kereta yang melanggar lopak air dan terkena kepada aku . Ia membuatkan kamera aku rosak serta bunga untuk aku beri kepada dia telah kotor dengan lumpur ! . Aku hampa dan terus hampa kerana niat aku seperti terbantut , kamera aku yang dari dulunya menjadi teman untuk berkongsi masa dan kamera itu juga aku gunakan untuk mencari sesuap nasi telah rosak diatas tangan aku sendiri . Aku seperti ingin menangis tetapi apakan daya ? Siapa yang inginkan sesuatu yang berharga pergi dari hidup kita ? Namun aku harus berfikir positif dan teruskan Niat aku untuk pergi kepada dia . Perjalanan aku dari One Utama ke Bandar Tasik Selatan memakan masa selama 30 minit dengan menaiki motosikal cabuk .



Setibanya aku dirumah aku melihat dia sedang bermuram di tepi sudut dan aku bertanya terus kepada dia dan dia terus menunjukkan kepada seorang gadis yang sangat cantik seperti bidadari dan berkata "Dia adalah ibuku Dawie dan aku harus balik kepangkuan ibuku di Planet Huskar untuk menyembuhkan penyakit yang kau takkan tau" kata Diya kepada Dawie. Aku terkelu dan tersentak kenapa harus aku? Aku seperti ingin mencari sesuatu yang boleh melenyapkan diri aku dari dunia ini namun ia terhenti apabila dia memberi aku sekotak hadiah yang bersampul . Dia menyuruh aku untuk membuka kotak itu dan terlihat Kamera yang belum pernah aku lihat sebelum ini dan dia berkata "aku tahu kau menyintai aku Dawie , aku akan kembali ke dunia ini untuk mendapatkan cinta kau sekiranya aku masih berupaya untuk kau" kata Diya kepada Dawie . Aku membalas "Biarlah cinta kita sebagai Aku, Dia dan Kamera menjadi cerita yang tidak akan aku lupakan sehingga aku mati " !



Update : Nanti aku buat entry Behind the Scene camna aku buat Entry ini :) Sharing is Caring

52 Comments:

oh!dawie said...

Nice bro..terkejut gk aku bace cerpen nukilan ko nie..hehe.Nice try..

Life of Emy... said...

wah!! sungguh comel... =)
hee... bley jd pnuls t'bek neh. =P

Melz said...

ohdawie : hehe aku mmg suka try² nie :)

Melz said...

Life of Emy... :Thnx for ur compliment beb :)

aisyah said...

waaahhhhh..
teruja aq mmbacenye..
dn bila habis cite d tnda seru itu..abis kring air d mulot aq krn tnpa sedar aq mmbcanye dgn khusyuk smbil mulot ternganga..
wow!!
terbaeekk dr ladang~
:D

aNiSa hANg tUaH said...

wa..
melz mmg ade bakat dalam penulisan

hehe
smoge aflin shauki bace blog ni
dpt loyalty tu
kite share la ye

:))

eiy_Da said...

wah...best2'.der lawak..der sedeh..
hiope berjaya..hehe :P cayyok2!

Melz said...

aisyah : wakaka ternganga kenapa :D neway thnx aisyah support entry nie :) huhu terharu aku

Melz said...

aNiSa hANg tUaH : phuuh..betul la apa awak cakap tuh..miahahaha nie sekadar cerpen nanti mel tunjuk Behind the scene

Melz said...

eiy_Da : hihi thnx eiy_da coz membaca huhu :)

||| PöJìé PööH ||| said...

Ada bakat Melz utk jadi penulis cerpen kanak²..
Heheheh

ieQa sWetLuv said...

ooo..last2 baru la paham upenyer ni cite cinta antara 2 spesies.. manusia vs alien.. haha.. papepun cerpen yang agak mencabar untuk memahami mesejnya.. tapi ending yang jelas berjaya merungkai segala konflik dalaman pembaca.. nice work huhu...~

Melz said...

||| PöJìé PööH ||| : hahaha teringin jgak buat citer imiginasi . tapi otak ni macam sempit untuk mencari cabang..aish..nanti mel cuba munasabahkan diri :)

Melz said...

ieQa sWetLuv : hihi alien yang menyerupai manusia . terima kasih kerana membaca ok ieQa. sangatlah mel hargai :)

++***hana zaty**++ said...

ohh tomell!!!!
sgt tomelllll!!!~~~~
tomel3!!~~~~

ngeee...tomel la cite ni kmooo...
tersenyum2 hana dpn lappy..

hope xde org nmpk!!hehe...congratz tomel!

Melz said...

++***hana zaty**++ : hahaha thnx hana coz baca huhu :) sebab panjang sangat dah macam Cerpan :P

neway tomelll tuh macam mel plak miahahaha
tomel or to mel ? ahaha

siggplus said...

first time aku baca entri kau yang complete

slalu tangkap muat saja

aku bukan perli, tapi nak bagitau..jgn amek ati ngn aku tau..hehe

gudluck utk contest ni

Melz said...

Siggplus : haha kau perasan juga rupanya :)

actually tuh memang cara aku , aku nak visitor aku fikir apa yang seterusnya :)

.:Fathiha Zainal:. said...

Wawawa.. Nice story. Mcm nak sedih.. Tp lucu pn ado. Heheh! Anda ada bakat! ;)
Nway, gdluck for the contest!! :D

Melz said...

.:Fathiha Zainal:. : thnx fathiha :) hehe nangis je pastu gelak sama2 jom hahaha

~@k1 is @utuMn!~ said...

lapaaaa~~
th2 bce rce cm nmpk mknan???
apakah...

hBz said...

wahh..thumbs up..yeah..hidup berani untuk gagal. sesuai.

Putra Al-Maliki said...

lepas buat kuiz, karang cerpen pulak.. bagus2.. sangat kreaatif.. -)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

hAnIsAh_aMmRaN said...

nice imagination! menarik tau. bace sikit rasa macam nak teruskan baca smpai habis.tp bleh smbung lg ni...cm best je klu ade next episode.hehehe

;))

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

caya la melz..
xsangka ko de bakat..
nanti blh ganti norhayati ibrahim
hehe

Miss Hirose said...

uwaaaaaaaaaaaaaa
sungguh sedey la cite ni melz..
meleleh2 da air mata ini..uhuk3..
nk lg! nk lg!

Milofloat said...

wahhh....melz ni bleh ganti sasterawan negara nii...Good luck..

Nescafe ais said...

Gua saspek mesti ko punya karangan SPM dapat A. Pandai ko buat karangan yer. Hehe

Melz said...

~@k1 is @utuMn!~ : haha makanan? apa mekdi ke? nak jgak miahaha

Melz said...

hBz : thnx bro . yang gagal tuh nanti aku try buat ayat huhu pening2

Melz said...

Putra Al-Maliki : Thnx coz support yeh :) hihi

Melz said...

hAnIsAh_aMmRaN : InsyaAllah mel try sambung kalau ada idea terlintas hihi

Melz said...

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ : haha seb baik kau tak cakap A samad said huhu phewww

Melz said...

Miss Hirose : hihi nanti mel try fikir citer lain plak hihi

Melz said...

Milofloat : huhu thnx bro coz support entry ini :) hihi ku hargai

Melz said...

Nescafe ais : masa belajar aku malas nes. haha tapi blog banyak mengajar aku apa itu penulisan :) hihi

Lady Fyza ;) said...

huhu, menarik! ;)

ade bakat ni jd penulis cerpen.

go go darl! ;)

Melz said...

Lady Fyza ;) : thnx babe :) ahaks. i hope u enjoy this blog ahaks

y@n@ M!B said...

hebat aa cerpen ni..i loike! =)
tp mcm ada sambungan je.tls la lg..huhuhu~

Melz said...

y@n@ M!B : thnx yana :) hehe akan mel cuba sambung miahahaha

a1zudd1n said...

hebatnye ko wat karangan..
da macam novel da ak bace..
lemah tol aku bace cite pnjg2 ni..hehe
btw..gud luck bro :)

Melz said...

a1zudd1n : hehe thnx bro :) nanti aku try sambung lagi kalau boleh hehe

AeNa Helaena said...

kreatifnya cerpen ne~
hmm imaginasi yang baik & telus~
umo pjg,sambung lg keyh,nak gak tau akhr cinta si DAwie tu..
gdLuck!!

Melz said...

AeNa Helaena : Worait :) Draft dah ada . hehe tapi nak buat ayatnya nanti keh :) hihi

Lady Fyza ;) said...

wah melz! ;)

cerpen yg hebat.

short story yg mnarik sgt ;)

xbosan bace, ngee.

gudlux for the contest.

melz ade talent dlm mnulis cerpen.

Anonymous said...

hahahaha..
eh.. sorry2.. t'over plak..
heheh..
chantek lah!!
bleh menang..
wlupn dy ade ngarut sdkt..

Melz said...

Lady Fyza ;) Omg thnx babe coz support this short story :) hehe

Melz said...

anonymous : thnx sebab sokong hihi :) boleh jgak baca dia punya behind the scene :) hihi

Billet-DOux said...

Best criter.

bulat said...

wahh..jln cerita yg senang nk phm..cam tahu2 jer kamera dawie rosak kn..ap2 pun chenta yang unik..hehe

peqaxlol said...

erm,. tengok ayat xpuitis langsung!
tp citer ade makna,. oklahh tu..

ari said...

bagi kamu2 yang suka dengan design grafis, silahkan kunjungi http://abdoelcharies.blogspot.com/ ada berbagai software desing grafis, office, antivirus, dan juga windows 7, semoga bermanfaat...

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo