Beradab Ketika Menegur

Dec 1, 2009

Sekiranya kita ingin menegur seseorang , tegurlah dengan penuh adab kerana tanpa teguran yang beradab orang akan berfikiran negatif terhadap teguran kita . Berbicara menggunakan sususan kata yang tulus dari hati akan memberi banyak pengajaran kepada yang lemah . Kita berfikir , berkata didalam hati , dan menulis tulus menggunakan jari ke paparan dan berkongsi bersama .

Aku ingin memohon maaf sekiranya entry kali ini memberi impak yang negatif terhadap individu yang terasa . Maaf sekali lagi aku pinta kerana aku berbicara bukanlah kerana aku seorang blogger yang otai dan aku takkan anggap diri aku otai kerana aku suka berada ditengah dan supaya aku tidak berasa bangga atau megah . Berbalik kepada cara peneguran yang baik adalah cara penyampaian dan susunan kata yang boleh memberangsangkan pemikiran individu yang belum tahu tentang sesuatu perkara .

Sesuatu perkara boleh kita lunaskan dengan penuh rasa hormat terhadap individu yang masih cetek tentang sesuatu perkara . Mengapa kita perlu berfikiran yang kita sudah bagus tentang suatu perkara dan kita gunakan cara mengherdik terhadap individu yang masih tidak tahu ? Biarpun hati kita marah dan berasa sangat tidak puas hati , gunakanlah cara yang terbaik untuk menyampaikan suatu perkara dengan penuh rasa hormat kerana kita semua yang membaca adalah manusia bukan binatang yang tiada akal untuk membezakan suatu perkara.

aku menulis kerana ingin menegur

Sekiranya cara peneguran yang terlalu kasar dan terlalu tegas , individu tersebut akan berasa terhina dan berasa seperti mereka didalam tempat yang penuh dengan cacian . Aku menulis bukan kerana ingin menyokong mana² pihak kerana aku menulis hanya untuk menyedarkan semua pihak yang "cara" kita menegur individu yang mempunyai hati dan perasaan biarlah berpada .

Gunakan ayat yang sopan dan penuh makna walaupun ayat yang kita gunakan tidak boleh memberangsangkan tapi gunalah ayat yang penuh makna serta ayat yang enak dibaca atau didengar . Kita hidup di dunia penuh dengan manusia serta nukilan masing² dan sememangnya nukilan manusia di muka bumi ini tidak akan lari dengan kesilapan yang sememangnya penuh dengan pelbagai masalah dan disebabkan itu kita bergantung kepadaNya .

Kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak , tapi kita berfikirlah yang terbaik untuk kita berkongsi pendapat kerana tidak semua kita tahu dalam dunia maya mahupun dunia nyata. Aku yang menulis yang sememangnya masih dibawah , banyak lagi benda yang perlu aku belajar dan pada masa yang sama , aku belajar dari hasil nukilan aku sendiri kerana ia adalah tulus dari hati. sekali lagi aku minta maaf sekiranya entry ini menyingung perasaan korang.

74 Comments:

Cik aiNa said...

Tah la..orang melayu kite dah lupa adab sopan kot.

Aidi-Safuan said...

haha.... beser la.tengah tensen.type jer aper suker.hehe

Kak Aidah said...

Akak setuju ngan apa yg Melz tulis tu kalau tak takkan kerajaan sanggup berbelanja berjuta ringgit untuk kempen budi bahasa. Kesian pada pembayar cukai

nurain rodze said...

betolbetol :)

Jogger said...

nicely said melz..

welldone bro!

aLeen aVriL said...

owh setuju sgt...aleen ade workmate yg bg aleen lgsung xde adab...die nih da penah kene tgur dgn our CEO tp still xberubah...diew da keje kat stu da 14 taun...mebi diew ase diew otai kot...tp kn kiter melayu...mak bapak xajar ker beb...klu CEO da tegur mknenyer memang bnde nih diew kene amik seyes..tp x..diew wat derk jer...bukan sx org tegur diew da bratus kali..

mebi sbb diew owg Melaka kot...aleen kenal owg Melaka kebanyak kan nya xpandai ckp nicely with others...sory jika komen nih bt org Melaka naik darah...huhuuh..

atiQah adNan said...

berilah teguran yang membina..
betul tu.. tegur dengan lembut baru terasa kan... nak tegur biar kena dengan caranya jugaa...

JANGAN TEGURRR...

♥Hernee Nazir♥ said...

btul la melz..nk tgur msti kna caranye..

||| PöJìé PööH ||| said...

Betul² Melz..
Sokong kamu..
Walaupun kamu hebat blogging tapi kamu pnya adab sopan yang tggi..
Appreciate that.
Pojie tau siapa yang kamu maksudkan itu, bukan kamu jer terasa, Pojie dan ramai lagi blogger hingusan (excluding u) yang terasa..
Walaupun otai xperlu blagak diva..
Biar merendah diri itu lebih mulia..
Thanks bg reminder buat Pojie jugak, kdg² Pojie pun kurang ajar jugak apabila menulis entri lebih² lagi masuk bab hati dan perasaan..
Thanks again!!

Bravo Melz!

izzahfarhana said...

yep saya setuju.labangkan pribadi kite jgk kan =)

iniCIK yASmin said...

btull..teguran yg beradap org yg menerima x sakit hati sgt.xley bangga dri sgt kan..

mier@merr said...

budi bahasa budaya kita......~~~

sedang bernyanyi lagu itu..ehe

Encik Azizan said...

melz..aku beradap x tegur org?jgn marah plk klu buzz2 kt ym.hahaah

btol pe ko ckp ni melz..bile kite mengur dgn cara baik,at least org td akn dgr nasihat..kite yg bg teguran pon org akn hormat kite...klu la mngur dgn care kasar, bkn org x dgr nasihat, malah musuh pon makin ramai..tp musuh tu bkn komunis la.paham2 la ye.haahahaa

sblom mngur org..pandang,cermin diri kite dulu..jgn kerna perasaan dengki semta mata sampai nk jatuhkan org len..tp xde sesape boleh jatuhkan aku sbb aku x penah naik..asik duk bawah je..hahaha

black_mel said...

btul tu melz..aku setuju..kalau kita rasa kita hebat,ader lg hebat daripada kita..Allah s.w.t nk tarik nikmat kat kita ni kejap jer,dia bg lumpuh dah la x yah bnyk..menangis sesal x sudah..

Lyana Hisham said...

yep..agree on that..org skrg tgur xde adab..most of them lah, x kata smua..

well, kt mmg x mampu nk puaskn ht smua org..

MissA said...

betullah apa yg km ckp tu..
kita boleh tegur org, tapi biar beradab, berhemah..ni main serang tak tentu pasal..
eh, baguslah km guna blog as medium nak nasihat menasihati ni hehe

Kujie said...

dalam dunia maya ini kita akan jumpa berbagai jenis orang dan kita pun perlu bersedia untuk terima berbagai kesan pada emosi

itu pengalaman kak jie. Kita tak boleh halang org utk memilih bahasa atau apa gaya sekali pun, kita ada butang X utk tekan bila merasai sesuatu contents tidak menyenangi kita.... itu adalah salah satu cara utk jaga our feeling

Hisham said...

bro,aku ni gtal nk mngomen tp xtau ape nk komen coz bro dh luahkn isi2nye..sumenye benar..kalo nk mnegur biarlah berhemah dan sopan...tk cre bro

Mr.Clive said...

bila barat menang lawan timur...haih...

chokio_nia said...

tak tersinggung pon weh..da ckop lemah lembut ne ko tulis..huhu

unwanted said...

bagus melz.
kata2 yang sungguh bernas dan sesuai dipikir oleh sesiapa sahaja yang berasa dirinya megah dan hebat.

tiada apa yang perlu dibanggakan dengan kehebatan yang ada.
ramai lagi yang power2.
so, tidak kira la otai mana, berhemahlah.
maka akan lebih ramai orang menghormati anda..:)

unwanted said...

tp kan melz, ada masa pun aku hentam je..ha3.

farenova said...

betul2 setuju..kadang2 org yang menegur dengan cara yang macam dialah paling pandai dan hebat dan bagus sekali.dan rasa diri serba cukup..kalau ikut resmi padi semakin berisi(berilmu)semakin menunduk.. tq for posting this entry!

GhOsToNe said...

yup...

kite kne blajar care menegur owg dgn brhemat..

kalo nk tgor pn jg bg owg tue terasa sgt,kan???

YobSumo said...

saya sokong!

nak kasi comment pun berpada pada, sebab manusia ada hati.

zety said...

en3 sungguh beradab ye tuan tanah
hehe;)

Ries Lee said...

rendah diri always.

ahleng ariKen said...

betoi3..
sokong3..


kita sopan,org pon sopan :)

zures said...

Sokong...sokong...

Cik aiNa said...

to aleen:

saye sokong aleen..coz kt ofis ni got pmpuan sorang yg mulut cam longkang..die asal melaka..hehe

Cik aiNa said...

to pojie & melz:

aku sokong 500%..
kalau kite otai sekalipun x payah la nak berlagak cam bagus..sebab orang xkan hormat malah orang akan benci dan menyampah..dan orang akan cop,,"CAM BAGUS"..walaupun ape yg dietegur tu betol..tapi tegur la secare sopan..kami semua ni manusia yang punya hati perasaan! bukan nyer bengap untuk paham. kalau bahase yang digunakan itu sopan konpem ramai yang appreciate sebab itu teguran membina. kalau macam ni la cara nak menegur..cemane la nak tegur anak bini esok2..aku rase mau kaki tangan naik ke badan kot. Kami tidak mengata anda salah..tapi cara anda menegur itu salah. fikir-fikirkan la...kite ni manusia..punya adab sopan. Orang Melayu dan 1 Malaysia lak tu..jangan la malukan bangsa sendiri okeh.

"Budi Bahasa Budaya Kita"...ngeh3

Cik aiNa said...

cam best lak aku kupas orang komen kat sini..huahuaa. maap la ye mel..aku banyakkan komen ko neh. tegur secare berhemah lagi dipandang mulia..dan orang akan puji..aku rase kalo tegur secare x berhemah..ramai gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr kot musuh nyer nanti..hahahahaahhaa

MushiGirlz said...

budi bahasa budaya kitaaaa!!!! hehehe

cikTi said...

btol tuh,.
jage adab,,
jge tutur,,
baru org x pndg pelik,.

[s][u][e][h][a][n][n] said...

kita x rugi langsung kalau kita berbudi bahasa..bukan kna bayar pun sokong melz :)

eiy_Da said...

alolo..xdernyer mau terasa...budi bahasa kan budaya kite...so cakap sopan tu da mmg jadi kewajipan kan..jaga hati orang, pberfikir sebelum bercakap tu penting...tegur menegur xder salahnyer...asal kena ngan cara kan...nukilan yang terbaik...suke2..hehe

rathiqah azmira rosli said...

kite mmg perlu nasihat menasihati tetapi gayanya kene betul.nice post:)

cybernetic88 said...

huhu. kdng2 kte tgur bnda elok dorng marah. ade sstngh ni jenis tgur je mle la melenting. perngai cam hrm. haha. xbleh rilek lngsung. tu mmng kategori sawan la tu. bongok nk mmpus. hahaha.

aku ske tgur org dengan baik, lembut gitu. mcm ni ha. morning syg!. hahaha. best kn. lalalala

Cik aiNa said...

kalau dah tegur nyer pun macam haram ...memang akan melenting cam haram la kot..hahahaaa.

Mr. Cuz said...

melz..ko jgn hack aku punye akaun plak bile aku komen ni..wakaka
ntahla melz..bnyak bnde nak ckap..tp xmo keluar (alasan)..haha
ape2 pn aku doakan dunia blogging ni akan menjadi lebih meriah dan bukan lebih down..huhu

Apih said...

aa melz.. aku rasa macam "otai" tu tegur puak² binatang plak..

Nashrull said...

baru saja aku ditegur..oleh teman ana, karena teguranku pada dia "makan hati" katanya. tapi aku tak pernah niat buat sakitinya.

hanya ingin saling menasehati saja..
salam kenal ...nashrul surabya-indonesia

bolloqs said...

mmm besa la2...ble da rse diri2 duk tggi dr org jd xpndang sgt la org bwh ni...otai(k) la katekn~kukukuku..hak~....!!

Khai said...

Korang ni kelakar. Dah besar2 panjang menagih teguran yg baik2 dari kesalahan yang korang sendiri dah tahu salah tapi buat juga.

Lepas tu kesalahan sendiri buat2 macam tak pernah jadi. Timbulkan isu salah cara menegur pulak dah. Wohha! lagi lawak.

Isu ni sebenarnya dah lama dan ianya selalu ditegur secara baik, sopan, berhemah, 1malaysia dan macam2 lagi cuma korang je yang tak pernah perasan.

Sebab? Sebab teguran cara baik, sopan, berhemah, 1malaysia dan macam2 lagi yang korang impikan tu tak pernah dipedulikan.

Bila keluar entri pedas2 macam tu siap dapat sokongan 100% dari Nuffnang, baru nak perasan. terhegeh2 tutup blog takut kena ban. Masing2 sibuk kasi komen. Time tegur baik2, tak nampak batang idong pulak ye?

Lepas tu buat isu cara teguran salah ibarat tak cukup belaian kasih sayang.

Dan aku rasa, yang menegur tu takde plak claim dalam entri tu yang dia tu "otai" ke, "top", "tiru macam dia" ke or what-so-ever. Korang sendiri yang claim diorang tu top semata-mata kerana menegur blogger baru yang tak tahu etika komuniti blogger dalam malaysia ni. Then Makan hati. Tetap nak cari salah orang lain. Baling batu sorok tangan. Tuduh orang lain.

Kitorang just kesian kat korang ni. Sangat kesian. Byk perkara yang korang tak tahu tapi berlagak tak hengat. Bila ditegur cakap melayu jatuhkan melayu. Pulak dah?

Sebab taknak korang kena ban la korang ditegur. Kalau tak ditegur dan korang makin asyik dengan kegiatan tak ber'etika macam tu, tiba2 kena ban terus, lagi ape pun tak dapat.

Teguran aku ni sekadar dari seorang sahabat buat sahabat blogger yang lain. Aku mmg terkejut ada yang sampai nak buat topik khas pasal cara teguran sedangkan yang patut ada adalah entri khas tentang kesalahan utama mengapa entri sedemikian boleh wujud.

Lihat salah diri kita baru cari salah orang lain. Terang lagi bersuluh dah buat salah yang bukannya tak tahu benda tu salah pun.. Kena tegur camana cara pun bunyinya, terima ajelah seadanya.

Sekian..

- Khai

Melz said...

Khai : Aku bukan nak berdebat tentang hal ini khai , aku tau yang kita harus menegur . Bukankah lebih elok sekiranya kita menegur pada cara yang terbaik dan sekiranya mereka² masih tidak mendengar atau mengikut . Apakan daya untuk kita ubah perangai seseorang ?

some of them anggap yang "otai" adalah icon dan sumber inspirasi dorang . Cuba khai fikir , sekiranya seseorang itu telah glamer dalam dunia blogging dan sememangnya mereka ini diibaratkan sebagai seorang artis dan segala perbuatannya akan diperhatikan . Dalam makna yang sama , segala pertuturan yang kita tulis ada hikmahnya kepada sesetengah blogger dan mereka akan menjadikan "otai" sebagai contoh untuk mereka terus maju keatas.

Tapi sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang lama tapi kenapa harus menegur sedemikian rupa ? Sampah , najis dan sebagainya . Mereka mempunyai hati dan perasaan dan mereka juga mempunyai fikiran untuk berfikir . Mostly dalam dunia kita takkan lari dari kesilapan .

Kita Menegur dengan rasa hormat dan kita kena berfikir sekiranya kita diatas , kita seharusnya berfikiran matang kerana kita telah banyak lalui cabaran yang mereka belum lagi hadapinya .

Aku menulis bukan kerana aku bagus khai , aku sememangnya hormat khai kerana kau juga suka berkongsi pengalaman di dunia maya . Sekiranya entry ini seperti "ingin mencari masalah" maafkan diriku . Aku menulis kerana ingin menegur dan tidak salah bagi ku sekiranya menegur pada cara yang baik .

Nikmat kita boleh ditarik bila² sekiranya kita tidak tahu menjaganya . Maafkan aku sekiranya cara penyampaian aku agak kurang difahami atau terlalu menunjukkan aku lebih hebat . Aku masih dibawah dan masih perlu dibimbing .

Yang menulis ,

Melz

qiilans87 said...

kelakor dow..

wazy said...

Aku sokong apa yang ko tulis tu Melz,Bila nak tegur kene la juga beradap kan,sedangkan mak atau ayah kita tegur pun beradap juga terhadap anak-anak mereka,ni pula dalam dunia blogger,orang lama kene la gunakan adab ,bukan maki hamun tak tentu arah.Aku bagi komen ni bukan saja-saja but dari pengalaman aku .Kita semua dah besar,dah boleh tentukan mana yang baik ,mana yang buruk

Melz said...

qiilans87 : lol

siggplus said...

glamer sebab public blog boleh ah, cuba try personal blog..mampos kau tak famous..heh

siggplus said...

"Nikmat kita boleh ditarik bila² sekiranya kita tidak tahu menjaganya"

headshot di kepala..mampos tang tu gak

Khai said...

=.='

Hehe.. pandai2 korang le.. gi la klik klik iklan tu lagi.. pergi2..

kepada insan yg komen kat atas tu, aku ni bukan mak abah korang. So no wonder aku tegur dgn cara aku sendiri.

Kalau tak boleh nak terima, terpulang. Tiada paksaan. Tapi hakikatnya korang dah pun terima dengan terbuka.

salam..

@siggplus: ayat2 ko ni ayat manusia yang kecewa dengan diri sendiri. Wohha!

Khai said...

oh ya lagi satu boleh paste mana ayat "maki hamun" yang korang katakan dalam komen ni? nak juga baca kot kot tak perasan.. :P

Khai said...

oh ya lagi satu boleh paste mana ayat "maki hamun" yang korang katakan dalam komen ni? nak juga baca kot kot tak perasan.. :P

Khai - Justkhai.Com said...
This comment has been removed by the author.
Melz said...

Khai : sudah² lah tuh . aku bukan nak berdebat okeh . aku just menegur . kalau kau tak boleh terima pun aku tak kesah .

Neway aku tergelak yang nuffnang nak ban click² nie :) tuje bro . aku bukan budak baru ye

salam

Melz

Khai said...

Come on la. Aku rasa aku tengah berdiskusi dengan manusia yang dah besar-besar panjang. Dah berbulu dah pun. Jangan la buat perangai budak2 kecewa dgn teguran kasar kononnya.

Dan aku x harap pun rasa respek ke, title otai ke or what-so-ever dari korang sbb kenal korang pun tidak. Masuk sini pun sbb ada yg kasi link suruh nengok then aku respon.

Tak masuk blog aku pun aku x kisah. Kalau rasa dapat something bila masuk, x siapa halang. Masuk pun tak dipaksa.

So kalau rasa kritikan tu kurang ajar, biadap or ape ape je lah sebab dah tertepek kat dahi korang, pandai2 la solve sendiri gaya orang dewasa.

Kalau setakat artikel di blog Rjuna tu nak rasa touching, tak dapat den nak nolong.

to melz, aku malas nak berbahasa cantik2 macam tok imam kat blog ko ni. Aku tegur gaya kawan kepada seorang kawan. At least aku jadi diri sendiri. Wohha!!

Melz said...

Khai :
Owh kalau dah tau Besar panjang kenapa penulisan nampak agak tidak matang dan sememangnya kau harus berfikir sebelum menulis .

Hihi aku juga disuruh untuk ke blog itu untuk membaca . yea kata² itu betul tentang NuffnangeR tuh .

tapi Entry kali ini tentang "beradab ketika menegur " Bukan tentang nuffnang click etc . Kalau kau nak aku ceritakan sepenuhnya tentang nuffnang . mungkin kau tercengang . sila faham Entry ini dan amati dengan sepenuhnya

Aku tak tertouching langsung dengan entry di Rjuna :) kerana aku nak touching untuk apa dan sebab apa?

QieFLy si Dolce said...

hurm...no wonder la kat YM "beradab ketika menegur" terpampang distatus kamoo...

buatla apa yang terbaik untuk diri korang sebelum nikmat yg indah itew ditarik balik...

Cik aiNa said...

yela murid2..
merendah diri itew lagi dipandang mulia oke murid2..nak menjadi cikgu kena la tegur secare sopan dan halus mulus gitu..kerane teguran yang kasar akan menjadikan murid2 semua melenting kan murid2?? hik3...

haih..penat pulop bercerama dimalam hari..jom kte main klik2 murid2..wakakaa

cik EPAL said...

haaa....beradab lah...sebab aku rasa aku memang sopan santun kalau menegur..betul tak melzzz?? :D

Melz said...

hihi sudahlah . aku buat entry ini bukan kerana aku terlalu hebat . dan ingin menyakitkan hati mana² pihak Tidak , jauh disudut hati aku untuk berbuat demikian kerana aku blogging mempunyai motif tersendiri dan kau orang semua juga mempunyai motif sendiri .

Bagi aku isu² yang korang tuliskan sangatlah bagus jika kita ketengahkan supaya ramai yang membaca dan ramai mendapat input dan daripada input itu akan dijadikan contoh untuk masa depan.

Aku menulis hanya menegur dan sekiranya teguran ini tak boleh digunakan . Tiada apa yang boleh aku ucapkan selain 'terpulanglah kepada individu' kerana bagi aku entry kali ini juga banyak mengajar diri aku juga untuk terus menjaga etika blogging .

To Khai : Sekiranya entry ini seperti membuatkan kau marah atau perasaan sebaliknya .Aku minta maaf.

Kita kawan kan (blogger) :)

Sue Ellyn said...

Melayu = Pantang Di tego.
Melayu = Dah takde adab.
Melayu = Dah hilang sopannya.
Melayu = Blablabla....

Bangga teman jadi Melayu! :D

Melz said...

Sue : hihi nice one sue :)

siggplus said...

wohha wohha wohha

sekurang2 gua ada life, gua share dengan orang..

dari buat blog dan entri2 macam terer sangat semua benda, then orang jentik sikit dah menggelupur..heh

wohha!

aidilx said...

kohkohkoh.. panas gak entri ni ye.

ada betulnya apa yg ko tulis.menegur & ditegur. dan dlm masa yg sama kita terima dan menerima.

mana yg baik, kita ambik pengajaran. mana yg salah kita ambik iktibar.

CONNIE said...

sejuk je hati dgr/bace teguran org y lemah lembut n berhemah.

hati pun rs terbukak nk ikut ape y org tu tegur.

tp tak ramai y ade skill menegur dgn berhemah.kan?

nursarah87 said...

beradap menegur, dan beradap juga menerima teguran..haa, macam tulah.

Nurul Harun said...

hmm. kalau rasa nak marah tu, diam dulu. tenangkan hati dulu, baru cakap. InsyaAllah apa yang keluar dari mulut tidak menyakitkan hati mana2 pihak.

nice entri.
:)
saya follow blog ni.
best.

salam kenal.

Anonymous said...

alhamdulillah..menegur adalah salah satu proses dakwah..bil lisan..tegurlah secara berhemah spt yang dituntut dlm islam..=)

Make Dreams said...

i am trying to translate this article into yahoo bubble fish and google translate to trying to understand what you're write.

nornazliana said...

sama2 kita bermaafan ..tambahkn manis dlm senyuman kurangkan gula dlm minuman heheh..jgn marahh

Hazzy Ishak said...

peliklah benda kecik ni pun nak dijadikan isu & dibesar besarkan...

amik yang jernih buang yg keruh
aku ttp sokong melz tntg beradab ketika menegur

DaHLia said...

nice job bro!!

sis really like this...yang other side tu lantak depa laaa...perasan bagus...teguran tak membina...menjatuhkan orang lagi ada...opsss over lak aku ni...habislah jap lagi aku lak kena kutuk... jom klik2 jom... :P lol

Anak Perak said...

Melayu terkenal dengan gurindam, pantun, syair, peribahasa dan pelbagai lagi. Ini membuktikan orang melayu ini tinggi budi bahasanya dalam percakapan. Jadi kalau jadi sebaliknya. lu pk ler sendiri..melayu jenis ape.

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo