Contest : LizaRazak 2

Nov 19, 2009



Disebabkan Kredit aku pun sekarang kering , dibahagi dan ditolak pula aku malas nak pergi cucuk duit , ditambah pula aku malas nak pergi beli top up dan didarab pula semangat penulisan aku hari ini membuak² , so dengan kata lain aku Join Contest kau yang mengutuk tak hingat kepada kau !:)



Enjoy ~ Aku pernah kalah dan aku harap aku takmo kalah dah :D Dalam contest sebelumnya : Contest Liza Razak . Kali ini tentang Blog Liza Razak :D Tentang Blog LizaRazak itu bermakna tentang kau Juga ! :) So tahankan mata melihat ! Enjoy

Kutuk Tahap Climaks

1. Malas
Tuan Blog ini Kompem pemalas dan aku tau kau memang pemalas dan akibat daripada kemalasan kau wujudlah Contest Membuat Banner :) Kau malas sebab kau malas nak usha Cara nak buat banner dan kau mmg pemalas la senang citer sampai aku pun malas nak cerita pasal benda ni !

2. Sakit Mata
Sekarang aku berbual pasal blog kau , bukan blog aku . So aku boleh kutuk apa sahaja pasal blog kau muahahaha. Apsal Kau nak simple sangat ? Relax la buat la yang terbaik untuk blog kau sebab kau hari² mesti Tengok blog kau kan ? Aku sakit mata tengok kat "LIZARAZAK.COM" tuh siyes aku cakap sakit. Simple gila weh . apsal ?

3. Kedekut .
Wakakaka Kali ini pasal kau pula , Wakakaka walaupun aku yang suruh bagi RM10 tapi siyes weh apsal kau bagi RM10 juga untuk buat banner tuh ? bagi la RM15 ke RM20 ke best sket aku nak buat wakakak , makin berkobar jiwa dan raga aku untuk menjoin Contest mendesign banner kau :)

Puji Tahap Climaks

1. Penulisan
Cara penulisan kau , aku tabik spring macam spring kereta beb . Siyes aku suka cara penulisan kau yang bersahaja dan menjaga etika penulisan sebenar . Aku suka bukan sebab aku suka kau , weh jauh disudut hati aku wakakakka . Tapi aku suka kerana kau tahu bab Title , Content , Conclusion yang membuatkan cara penulisan kau tersusun dan mudah difahami . Bukan macam blog aku wakakaka :)

2. Lain dari Lain
Aku dah kenal dengan kau , aku macam dah faham siapa kau dan aku dah boleh baca siapa kau . InsyaAllah aku akan terus memahami rakan² blogger macam kau. Kau mudah mendengar , kau mudah tersentuh , kau juga mudah memahami ;) Kau ada bagi aku nasihat "Penat menjaga hati orang" okeh sampai sekarang aku dah faham :) Kau faham kerana kau seorang manusia yang berumur 25 tahun yang sememangnya banyak pengalaman hidup .

3. Kau Mudah Bertanya
Aku suka orang yang mudah bertanya , serious kat situ kau tak malu bertanya walaupun benda remeh temeh . Kat sini aku respect cara kau belajar walaupun Umur aku dan kau berbeza tapi kau tak segan untuk mendengar pengalaman orang yang lebih muda dari kau . Yeap kat sini aku respect kau sebab kau tak suka untuk membuat perbandingan umur untuk belajar :) GooD

Untuk kau faham : Kritik / Kutuk tuh ada certain aku main bedal dan ada certain ikhlas dari aku. untuk Puji : ikhlas dari hati aku yang baru kenal siapa kau :) Sekianz Enjoy ur holiday Babe

21 Comments:

Lizz said...

Pergh.kutukan membina batu batu siut.kikiki.anyway,aku malu plak mcm nk smbunyi bwh katil baca pujian2 itu.wakaka.tq j0in,aku rase ade harapan nk menang ni.hehe

NAJ HEBAT said...

woish.. hard to find blogger yg ckp taram tp berhikmah macam kau.. bagus la.. jujur dan ikhlas tanpe selindung.. cayalarr..!

Putra Al-Maliki said...

kutuk n puji direct je yer.. die x kisah ker? hehe =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

eyena said...

wah cam menarik jew ni.. tapi tak sampai hati plak nak kutuk ni, ekekeeee

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

melz..
mmg ktukan ko thap klimaks btol ni
haaha

♥chentaMAYA™ said...

wehee~
kutok n puji~

kutok kaw2~
puji pon kaw2 kan~
ngee~

Melz said...

Lizz : la kau ada ke.. kata away jab.. >.< kat kuching tuh beli ole2 sket :P muahaha

Melz said...

NAJ HEBAT : hahaha nanti aku la kena maki balik tuh :P cettt

Melz said...

Putra Al-Maliki : dah dia suruh.. wakkakaa.. jangan lepaskan peluang..apa yang tak best bagi ta ajer na :)

Melz said...

eyena : uish apa tak menarik lak ? kalau dah dapat free kutuk orang..tuh kutuk berbayar tuh muahahaha

Melz said...

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ : tau xpa na :P hahaha belum Super Klimaks lagi tuh

Melz said...

♥chentaMAYA™ : hahaha dia kena stabil. kang tuan blog marah hahaha dush² :P

Cik aiNa said...

hahahaaa..boleh tak aku nak kutuk jugak? heeee

{lumut} said...

isk..aku pon tringin gak nak masuk..hehe

Melz said...

Cik Aina : teruskan niat tuh aina oit :P hahaha

Melz said...

Lumut : hahaha lumut ! masuk jangan x masuk hahaha sajer2 kan :P

Lizz said...

wah wah wah, ramai ek yg sokong ko nyer kutukan kat aku. wakakaka!siut lahabau sungguh budak2 ni.

anyway, aku tak puas nak main contest ni even ade yg cakap murah sangat aku bagi..wakakaka!! peduli ape, contest aku..suke ati aku ar nak bagi bape hengget.muahahaa.

aku panjangkan tarikh luput.kahkahkah

Melz said...

Lizz : apsal nak panjangkan lak nie ?

kang aku kutuk lagi satu .. extra vaganza karang ..

TIADA PENDIRIAN wakakakka amek ko ubat

ash said...

Memang terbaek la! Patot menang hehe. Congratz :)

Melz said...

@ash

hehe thnx mate ash :)

F I T said...

pergh ayat..tak tercapai dek akal a..heh tahniah bro!

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo