Bunuh Diri Kerana Dia ?

Nov 17, 2009

Aku pernah ada baca dalam Youthsay yang sememangnya tak perlu aku bongkarkan siapa dia dan takperlu lah korang nak tanya aku siapa dia . Aku pun tak kenal dan aku pun tak pernah jumpa dia dan aku juga taknak ambil tahu siapa dia ? uhuks . Neway sebelum aku berbicara tentang benda simple nak mampus ini . Come on korang ada otak jangan guna lutut kalau nak berbicara . Aku mengambil keputusan untuk membuat entry "GENERAL" sebagai mengingat.

Guna otak sebelum membuat sesuatu perkara . Apa kau ingat diri kau tuh memang hak kau ? jangan jadi bodoh disebabkan cinta . Kau harus ingat yang diri kau itu hanya "MEMINJAM" kalau kau nak mampus ingat orang yang sayang kat kau . kalau takda orang yang nak sayangkan kau come on Ingat Tuhan . Dia sentiasa ada bersama kau , jangan kerana benda remeh temeh camni boleh buat kau jadi Bodoh . Ingat itu

Aku terkejut dengan kenyataan yang kau buat , terus hilang rasa hormat aku terhadap kau , hilang kelaut beb . Kau kena ingat sebelum buat sesuatu perkara , fikir yang mana baik dan yang mana buruk . Even kau hanya menganggap menulis itu hal remeh temeh aja tapi ingat kau menulis menggunakan Niat , tanpa niat tiada penulisan !

Pemikiran yang cetek boleh membawa kau terus hanyut dengan Ego yang kau simpan , jangan kerana benda ini kau nak bunuh diri . Come on ! get up babe kau bukan bodoh dan itu aku tahu dan aku tahu kau boleh bangun semula lepas apa yang jadi kat kau! jangan kerana Lelaki @ perempuan kau boleh kecundang dengan membunuh diri ! ingat tuh babe , kalau kau nak bunuh diri kau kena ingat yang masih ramai yang menyayangi kau , ingat mak bapak kat rumah tuh yang penat menjaga kau dan asuh kau .



Kau sebagai Manusia yang terlalu asyik bercinta dan akhirnya putus ditengah jalan , jangan kau terlalu nak fikirkan benda ini ! Kerana benda inilah hasutan Setan² yang sememangnya buatkan kau berasa ingin membuat suatu yang luar dari jangkaan , let's say kau ingin membunuh , kau ingin membunuh diri , kau juga ingin merosakkan diri kau ! jangan babe. Ingat Sekiranya kau kehilangan dia, Kau kena fikir apa akan terjadi sekiranya kau berkahwin dengan dia ? kau telah putus ditengah jalan tanpa ikatan yang kukuh . Itu bermakna kau tiada jodoh dengannya . Terimalah dengan seadannya !

Aku terlalu pelik dan sangat pelik kerana Seorang Manusia yang bernama Manusia meninggalkan pasangannya boleh menjadi gila disebabkan terlalu mencintainya . Ahhh aku dulu bercinta juga dan aku juga rasa apa itu cinta , tak perlulah kau nak sebut aku tiada pengalaman tentang ini . Senyap ! Aku ada ikut ceramah masa aku belajar dulu , yang Cinta kepada pasangan tidak boleh 100% even 50% even 20% hanya 1% untuk pasangan . Yeap dari situ aku faham dan aku ambil konsep yang bercinta ini hanyalah mainan hidup untuk kita belajar apa itu Perasaan .

72 Comments:

Cik aiNa said...

Bercinta biarlah berpada2..jangan la nak mengada2. Cinta yang satu..hanya pada yang Esa. cewahhh

Cik aiNa said...

psttt..aku je salu jadi fisrt pengomen..bangga jap..hehee

Melz said...

Cik aiNa : haha kau pengomen tegar aku la nie yer ? :P yea cetttt lawa ayat :P

.idahassan. said...

aku sokong!
fikir sblm brtindak
cinta bkn segala-galanya ;)

Mr. Cuz said...

ape yg ko ckap betul blaka mel..huhu aku dulu pn hampir hlang kewarasan lepas putus untuk kali pertamanya..dan sekarang aku sedar dan aku lebih mengenali cinta..wakaka (macam kenal sgt jer)
akhirnya aku jd mcm skang ni la..huhu keep it steady..hehe

Melz said...

idahassan : oh kazen ku.. thnx kerana menyokong ..hahaha

Melz said...

Mr.Cuz : hsahaha walaupun penulisan ini dalam keadaan kelaut..disebabkan menulis dalam keadaan demam..hahaha yeap bro cinta antara manusia bukan segalanya :)

[s][u][e][h][a][n][n] said...

yes kita setuju..

bukan kah bunuh diri tu berdosa besar???bukan itu jalan penyelesaian..

orang selalu kata mati lagi senang...tapi penah kita fikir..kat sana nnt senang ker kita????

(ade pengalaman kawan mati bunuh diri kerna CINTA)

~@k1 is @utuMn!~ said...

cintai MAHA ESA...
cinta yg hakiki... 2 je...

~@k1 is @utuMn!~ said...

lg 1..
tepok dada.. tny IMAN.. bkn eman!

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

akhir kate dr melz..
ingat la org yg trsayang......

atiQah adNan said...

tula kan jangan jadi bodoh.. kalau putus cinta dengan pasangan lepas tu bunuh diri.. pasangan boleh cari lain tapi nyawa? ko nak cari kat mane...

hiisshh tak patut betul..

imHepPie said...

bunuh diri tuh kira tahap mental kelas tertinggi dah kot...nauzubillah

MsAnisSyahirah said...

huhu...
aku dulu kena main kaw² punya, tapi masih waras lagi dalam melakukan apa² tindakan..

alhamdulillah, bukan berlagak tapi itu semua berkat dari akal fikiran dan pengaruh rakan² juga..

walaupun berbekas, tapi hidup dan perjalanan kan masih pjg..

buat apa mau bazir kan? hihi..

http://msanissyahirah.blogspot.com/

Nyetok said...

Bunuh diri? tu la yang jadi kalo sayang pasangan lebih dari sayang kat Allah.. Xpikir ke jalan tu boleh mengharamkan syurga..

black_mel said...

erm..btul tu melz..ayat semua org takut mati dh x bole pkai..org skrng nie rmai yg otak senget..x berbaloi nk bunuh diri..

siggplus said...

gua rasa entri lu ni akan tersenarai dalam majalah2 tamil tempatan..haha

good for them!

Melz said...

Sue : mel suka yang ini .

"orang selalu kata mati lagi senang...tapi penah kita fikir..kat sana nnt senang ker kita???? "

ayat ini boleh buat kita tergamam :)

owh yeke babe..? neway moga yang terbaik untuk dia :)

Melz said...

~@k1 is @utuMn!~ : ya aki.. u rite !

Melz said...

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ : yea lyaa. ingat kat dorang kalau kita nak bunuh diri..jangan fikir diri sendiri :)

SeE-DaH said...

plek kan org yg nk bunuh dri sbb bercinta ni..

x ingat ke makbpak yg lahirkan dorg..

kkasih yg knal hnya bbrapa thun tu bole d jadikan alasan tu bunuh diri?
x sedarkah dorg yg ada org lgi mnyayingi dorg??
plek2..
mnusia skang ni plek2..

hBz said...

sesungguhnya chenta itu pain!

sheezob0b said...

lorh...sampai nak bUnuh diri..mak ai.mcm xda mende len yang nak d buat selain mbunuh diri.

cikgu aku cakap..INGAT..bukan aku yang cakap..kLu di sisi Islam..orang Islam yang membunuh diri nie x plu duruskan jenazah nya mngikut Islam.kubur macm tu jew.Tp disebabkan x nak mengaibkan dia.uruslah mengikut Islam

Mel..sori komen aku membebel..

babymiLosh said...

thats why org tua2 ckp cinta itu buta,, dmensive ckp cinta ini membunuhku.. huuuu~~

cinta padaNya cinta hakiki :)

Melz said...

atiQah adNan : betul bak kata orang . kumbang bukan seko , bunga bukan sekuntum ;) haha .. nak jgak kat orang yang taknak wat apa kan ? uhuks

aNiSa hANg tUaH said...

em
aku penah jadik bodoh macam tu.
siyes
aku penah buat~
masuk wad~

em

tp sekarang dah tak laa

Tuhan sentiasa tunjk jalan
;P

Melz said...

imHepPie : dia terlalu menaruh harapan tuh pasal boleh jadi camtuh :)

Melz said...

MsAnisSyahirah : tabah untuk menghadapi kan ? betul walaupun perasaan kena main ke apa ke.. ingat ada orang masih sayangkan kita :)

Melz said...

Nyetok : setuju dengan apa yang kau tulis , sememangnya dorang memilih jalan singkat untuk menghilangkan rasa sakit itu :)

Melz said...

black_mel : yeap . tapi kita jangan takut mati ! hehehe.. lebih baik gi perang kerana islam..dapat mati syahid :)

Melz said...

siggplus : tamil ? awat beb ? :( ayat aku cam tamil ka .

1 malaysia

Melz said...

SeE-DaH : bukan sekarang. dari dulu lagi..hahaha manusia tak fikir panjang..itu la.. mel tekejut tgk caption yang dia bagi..

Melz said...

hBz : hahaha tak pain kalau pandai menguruskannya

Melz said...

sheezob0b : Sokey.. nak wat cam karangan pon boleh :P hahaha yeap itu pun ustaz mel ada cakap . tapi mostly ahli keluarga x sanggup itu sebab dorang gunakan jgak cara islam

Melz said...

babymiLosh : cinta itu buta , dan lebih membutakan sekiranya kita buta siapa kita

Melz said...

aNiSa hANg tUaH : Alhamdullilah kau masih ada aNisa :) terima kasih kerana berkongsi pengalaman

aLeen aVriL said...

melz nape cm mara entri nih??
saba lar melz....

Melz said...

aleen avril : hahaha mana ada marah.. menegaskan :)

zety said...

best la ayt ko melz tapi ak terhidu bau something la.nape ni?

Melz said...

zety : thnx ..haha bau apa ? >.<

Mohd Hazri said...

bunuh diri bukan jalan penyelesaian. yang bunuh diri mati katak camtu je. si kekasih bahagia ngan orang lain. tak ke kes naya. bawak-bawak la mengucap..

@juera said...

ape kes la nk bunuh2 diri ni krn cinta..dosa woo..klu dh ptus cinta kita truskn je la idop..byk berdoa kt allah s.w.t..mayb ade hikmah la cz ptus cinta tu..mayb ade yg lbih baik allah ciptakn utk kita..lu pk r sndiri..peace~

Anonymous said...

pergghh !
agak pedas tu .
ain suke entry nie .
5 bintang .

-ain mls log in

NiNa' said...

hehehe taw sape dia dlam youthsays tu~..
ntah suke sgt tmpah tiket free to hell.. haha~

wazy said...

bila tengok entry ni..aku teringat gak la masa saat2 kehilangan sidia (frust cintan cintun aa),time tu frust giler,semua tak terurus,tanpa pedoman dan iman yang kuat mesti aku terjebak dengan bunuh diri ni,nasib baik ada hamba Allah ni tolong sedarkan aku,kalau tak tatau la aku ni macam mana sekarang

Melz said...

Mohd Hazri : betultuh .. kalau sidia happy 2 ngan orang lain..kita lak nak mati..apa kejadah..hahaha tak dapat apa pun..walaupun kita lukakan tangan sendiri etc :)

Melz said...

@juera : hahaha yeap u rite babe . kita kene berfikiran terbuka dan sering menerima kenyataan . sebab tanpa semua tuh..kita akan kelaut :)

Melz said...

Ain : thnx ain :) uit boleh malas lak nak login meh :P hahaha

Nedy Nadia said...

kalau sebab cinta nak bunuh diri, tu mmg bodoh namenya..
Tuhan bagi akal, guna..huhu

QQQ said...

"I splintered Her coffin and lay Her on the floor of a vault as She clasped as the Moon hug the Shore, what a treachery that She breathed no more... Christ! You Bastard!"

Melz said...

NiNa' : hahaha tau na :) sokey jangan reveal suda :P

Melz said...

Wazy : Thnx bro kerana share pengalaman. bagi tau kat depa nie.yang bunuh diri takda gunanya

Melz said...

Nedy Nadia : kalau orang cakap "otak" semua ada otak kan ? binatang pun segelintir je yang bunuh diri. takkan kita cam haiwan lak ? thats why Tuhan bagi kita Akal :)

Melz said...

QQQ : aku english berbelit la QQQ.. hahahaha tapi nie macam lirik lagu :P

ween said...

terbaik. aku suka entry ni :)

Melz said...

ween : terbaik dari ladang :)) hahaha

aLeen aVriL said...

waaaaaaaaaaaaaa.byknya org komen....seme org sukew melz...shayer pon sukew melz..hehehe..

eh bukan...sukew bace belog melz...

Melz said...

aLeen aVriL : hehe tapi ada jgak yang tak suka .. kita takleh nak puaskan hati semua pihak :(

|arieza| said...

well, org yg nk bunuh diri due to love ni.. kita patut teriak kuat2 kt tinger dia 'get a life la weii!!' kan? :p

Fatt Chin Choy said...

1% je ker? hmmm... baru ku tau
thanks


org yg nak bunuh diri tu dah hilang pertimbangan mental tu... mental x kuat mcm tu ler

zety said...

mcm ko tgh frust dgn pmpn pn ade gak.pglmn eh..huhuhu

chokio_nia said...

biar btol????hadui...ko soh die g solat byk2 sane..islam ke bukan tu??apakah??heh...emo lak aku...

Melz said...

|arieza| : mungkin dia akan bunuh diri lagi kot ;P hahaha yeala dah pekak .. lagi xda life :P

Melz said...

Fatt Chin Choy : yeap 1% . kalau ada ikatan baru la naik percentage dia .

mental dan iman dalam diri tuh penting

Melz said...

zety : eh x la babe..aku bercerita tentang seseorang dan umum :) x kose aku nak mara pompuan2 nie :) hahaha

Melz said...

chokio_nia : macam mana aku nak suruh..hahaha aku bagi jawapan "jangan wat kerja bodoh" aku mana tau sapa dia..dalam youthsays kan? :P

neway aku buat la jadi General.. sebab kat malaysia pun berapa ramai dah bunuh diri pasal Chenta

zety said...

hahaha...bagus2.

chokio_nia said...

erk...btol gak kan..haha

Melz said...

zety : hahaha thnx thnx :P

Melz said...

chokio_nia : hahaha mesti la kena betul ! :P muhahaha

Aini said...

uh kalo dah cinta.. Baru ni,kes bunuh diri kat kampung saye. Melibatkan suami isteri. Si suami gantung diri lepas si isteri mintak cerai.. Cinta owh cinta..

Anonymous said...

I agree with you mr writer..baru2 ni di sitiawan sorang laki bunuh diri sbb xdapat cinta adik ipar aku..alahai..

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo