Blog Banyak Mengajar Aku

Nov 12, 2009

Dulu Aku bodoh menggunakan internet ! aku menggunakan internet hanya untuk bermain game dan hinggalah sekarang aku masih bodoh menggunakan internet . Dulu aku menghasilkan Satu blog yang blog ini hanyalah untuk aku suka². Namun semakin aku suka², semakin aku menyintai berblogging. Blogging bukanlah sekadar melepaskan geram , menulis artikel berfaedah, menulis tentang diri dan dia yang sememangnya hanyalah suatu ilusi yang aku dapat dari benak pemikiran aku !

Berpatah balik kepada masa lalu sebelum aku mengenali Blog.

Aku masih Perlu belajar dan belajar apa kegunaan sebenar blogging , blog yang telah dicipta sejak dulu lagi tapi aku masih tidak faham apa motif berblogging ? Aku tidak tahu kenapa ramai orang berblogging dan untuk apa mereka berblogging ? adakah kerana aku terlalu bodoh untuk memahami suatu perkara ? Adakah kerana aku tidak reti membuat sesuatu tanpa melibatkan orang ? Namun , Aku berhenti sejenak dan berfikir aku perlu membuat satu blog untuk aku kongsikan bersama .

Aku memulakan dengan sepotong ayat dan dari situ tiada siapa yang melihat dan tiada siapa yang membaca . Aku terfikir untuk apa blogging kalau tiada orang membaca dan melihat hasil nukilan aku ? Dari situ aku sudah belajar berfikir untuk mencari sumber yang boleh membuatkan hasil nukilan aku dibaca. Selepas orang datang dan membaca , mereka suka dengan hasil nukilan aku dan aku semakin bersemangat untuk menambah nukilan aku sehinggalah aku berfikir yang aku sudah pandai belajar cara membuat satu nukilan


Aku berfikir , bagaimana aku ingin menarik lagi perhatian semua blogger yang hebat untuk masuk ke blog aku yang tiada apa²ini . Dan dari situ aku belajar bagaimana untuk mencantikkan blog dari mana²sumber . Dan dari situ juga aku belajar bagaimana suatu coding berfungsi . Aku meneruskan mencari dengan bertandang ke blog orang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging untuk menuntut ilmu bersama mereka . Dari situ aku juga sudah belajar cara menghormati orang yang sudah berpengalaman dan belajar cara menuntut ilmu dengan betul !

Kini aku telah mendapat banyak pengalaman berblogging dan kini juga aku ingin berkongsi pengalaman yang aku ada bersama kamu ! Kerana bak kata Ayat yang aku fikir sendiri

" Ilmu yang ada janganlah kau simpan kerana ia akan hilang di benak pemikiran kau dan tiada tempat untuk kau rujuk , Namun jika kau sebarkannya sekurang-kurangnya ada tempat untuk kau rujuk kembali "

35 Comments:

tricksrex said...

betul tu..through blog ni aku banyak menuntut ilmu..thanx utk ko gak kerana sudi berkongsi~~

Melz said...

Tricksrex : sama - sama.. neway aku berkongsi kerana aku menggunakan ayat dibawah itu :)

Namiedagreat said...

byk tol tips2 blog ko melz... >.<

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

ak masih bodoh dlm menggunakan internet..
dlm proses blajar untk membijakkan diri..

Melz said...

Namiedagreat : sekadar memberi apa yang aku tau namie :) hehe

Melz said...

Lyaa : yeap mel masih cuba membijakkan diri...hahaha sama2 kita membijakkan diri na

PeJuAnG HiDup said...

bro, ajar sy wat koding blog ble? sy xtau. huhuhu...

Melz said...

Pejuang Hidup : boleh ajer..hehe add ym .. slowtalk sana

.:Fathiha Zainal:. said...

" Ilmu yang ada janganlah kau simpan kerana ia akan hilang di benak pemikiran kau dan tiada tempat untuk kau rujuk , Namun jika kau sebarkannya sekurang-kurangnya ada tempat untuk kau rujuk kembali "
Really like this!

Bukan saja dpt rujuk kembali, pahal pun dapat gk.. =)
Happy sharin!

Melz said...

Fathiha : thnx kerana menyukai sepotong ayat yang ku fikir di office tgh malam camni..kah kahk ah

milymir4e said...

ilmu klu kiter smpan sowg2..
x kmne...
tp~
klu kiter kongsi...
phala utk kiter smakin bertambah..
mcm saham..
huhu..

Melz said...

milymir4e : yea mily :) hehehe uit macam saham yer..seb baik bukan cam ah long..ada bunga2 :P hahaha

mello said...

hahaha suka ngan ayat ko, "semakin aku suka, semakin aku menyintai"..

dulu,aku pun zero pasal blog neh.. hanya mampu memandang.. tp sekali aku "gatal tangan" menerokai alam berblog, semakin bnyk ilmu yg aku dapat..

btol tu.. ilmu yg ada kena la dikongsikan bersama..

sharing is caring..

berkongsi adalah seksi! ahahaha

Melz said...

Mello : aku pula suka ayat kau...

Berkongsi adalah seksi ! :P hahahaha lawa gilew

Mr. Cuz said...

best mel ayat ko..aku xpernah jemu membaca..haha
mmg ssh berblog ni..aku ingat dlu snang jer..last2 aku yg pening kpale smpai skang..haha
tp aku tetap nk blaja sebab mkin lama mkin bnyak bende baru yang aku jumpe dan ilmu tu xpernah habis..huhu

Melz said...

Mr Cuz : haha ayat aku karang depan TV sambil tgk Makan Maggie.. ROFL

neway betul tuh...Ilmu takkan pernah habis.. hari beganti hari .. ilmu bertambah ilmu :)

hBz said...

add 1.
tapi blogger perlu disiplin. kalau tak, sure bazir masa je dgn blogwalking. ada sampai tak tido pagi.tido siang. asgment ntah kemane. makan pun tak terurus. kawan hanya dalam elektrik je..so,
kalau yang macamni, kita nak cakap ape?

♥miszluna™ said...

blog boleh mengubah seseorang tuh..

kadang-kadang diri kita yang lain muncul dalam blog..
hakikat sebenar dalam dunia nyata kita tak macam tuh..


tapi hari2 kita fikir "blog. blog. blog."

sampai lupa makan. mandi.

blog = tranformation.

Kamsiah said...

salam..
betul..berblog bayak mengajar kita erti persahabatan,erti hidup,erti kawan maya..mcm2 lagi...mbaca kisah org..memaparkan kisah sendiri..membuatkan hidup terisi,bererti..

~@k1 is @utuMn!~ said...

uhh....
buta tenet??
sume org mle2 pon xtaw..
kn3!!
melz...
ohhh melz....
sj je pggil!=D

atiQah adNan said...

blogging ade baik ade buruk..
kalau bOleh biarlah kita blogging untuk berkongsi sesuatu yang dapat beri manfaat pada pembaca kita..

btw teruskan belajar n berkongsi dan kumpul pengetahuan ye..

Melz said...

Hbz : hidup aku tak terurus dulu disebabkan blogging..hahaha sekali orang terima baik hasil penulisan aku..semakin semangat aku untuk terus duduk depan lappy dan menaip :)

Melz said...

♥miszluna™ : betul tuh mis :) saya sangat setuju...ini disebabkan cara pergaulan dunia maya dan dunia sebenar tak sama dengan apa yang kita buat selalu :)

Melz said...

Kamsiah : Ada kalanya kita perlu belajar dari kesilapan orang..tanpa kita duga kita dah dapat mengatasinya sebelum kita ingin buat sesuatu perkara :)

Melz said...

~@k1 is @utuMn!~ : aki yah you rite.. semua orang tak perfect kat dunia..haha hanya 1 dalam sejuta ajer jumpa internet terus pandai segalanya :P opss mungkin tidak..

Melz said...

atiQah adNan : betul juga disitu.. ada baik dan buruknya..kita sebagai manusia kena bijak berfikir.

s h a r v i na said...

eh you!
i suka la ur words.. ;)

'Ilmu yang ada janganlah kau simpan kerana ia akan hilang di benak pemikiran kau dan tiada tempat untuk kau rujuk , Namun jika kau sebarkannya sekurang-kurangnya ada tempat untuk kau rujuk kembali'

Melz said...

sharvina : thnx sharvina :) hahaha neway its just simple quote ;)

Ku_yah said...

kalau cakap pasal tenet,,,mmg kiter pun x tau...
Dulu nk pegang komputer pun aku takut...per tah lagi tenet...
sbb kerana keje...aku belajar cam ne nk pegang komputer tanpa sijil...(tgk org pas tu testing sendiri)...kini kat opis aku ler org tempat bertanyer pasal komputer..ekekek..tapi bukan pakar lagi..baru peringkat sijil..sekarang aku duk belajar pasal bloq2 lak..hahahaha

Melz said...

ku_yah : yea pengalaman kita kat mana² boleh dapatkan ? Cuma kita perlu ada 1 "MiNat" untuk kita terus berusaha mencapai sesuatu.. for example aku mengambil ayat kau

"Kerana Kerja" ia sudah menjadi suatu kerja dan kita harus minat terhadapnya ..dan kerana kerjalah kita mencari rezeki , dan kerana kerjalah kita harus buatnya berhari².. so dari situ kita akan terbiasa dan dari situ juga kita akan dapat pengalaman yang tiada penghujungnya :) Minat penting dan Ilmu boleh dapat kat mana² that is the main point !

Ku_yah said...

betui..betui...usaha tanpa mgalah..selagi ada kudrat...ku nk cari 'kerja' selagi daya...
selagi hidup masih bersisa...

Melz said...

Ku_yah : hehe jangan mengalah na selagi kita masih hidup..tegakkan apa yang kita rasa benar..

eh nie macam dah kelaut jer mel balas..hahahaha

Ku_yah said...

hidup ku x pernah ada perasaan mengalah..cuma rasa terseksa je...tapi takper ku cuba nk buat yg terbaik selagi masa masih ada...
kehidupan mengajar kiter semua nyer...
xde kelaut..duk tepi sungai je..ekekke

SeE-DaH said...

byk bnda org blajar lam blog nih.. uhuhu

alfablue7 said...

sy new blogger.cek out my blog n give tips ya!

Copyright © 2011 !MelRomeo! Melz | Personal B.l.o.g

Design By Melz | MelRomeo